“Jauhnya mengelamun.Teringatkan pakwe lama ke?” Haikal mengusik apabila dia mengintai Syafika melalui cermin pandang belakang keretanya.Sebaik sahaja majlis bersurai dan mereka meninggalkan majlis Aqil dan Syafika duduk di tempat duduk belakang kereta. Aqil yang duduk bersama-sama Syafika sedang leka bermain-main dengan bunga telur hadiah perkahwinan Shikin sebentar tadi.
“ Ish abang ni.Kesitu pulak perginya.Mana ada pakwe pakwe.Sayang setia tau.Cuma bila terjumpa kawan-kawan lama yang dah lama tak jumpa teringat kisah dulu-dulu.Cepat betul masa berlalu kan bang?” kata Syafika.
“Memanglah. Masa bergerak pantas.Pejam celik pejam celik Aqil pun dah makin besar,” kata Haikal.
“Tadi sayang tengok abang dengan Shikin macam ada apa-apa aja.Bukan main lagi sayang tengok abang perhatikan Shikin.Yerlah Shikin sekarang bukan macam Shikin dulu.Dulu Shikin chubby sekarang dah slim. Entah-entah kuat berjoging tu.Kuat berjoging, kuat berdiet.Cantik Shikin sekarang ni,” kata Syafika.
Mendengar perkataan jogging Haikal agak tersentak.Seolah-olah Syafika boleh menghidu aktiviti mingguan antaranya dengan Shikin satu ketika dulu.Setiap minggu jika berkesempatan dia dan Shikin pergi berjoging bersama.Tak mungkin Syafika boleh tahu perkara itu kecuali dimaklumkan oleh dia atau pun Shikin.Ah, naluri hati perempuan memang jarang silap.Mustahil shikin memberitahu Syafika hubungan mereka berdua yang agak intim.Haikal tahu Shikin amat setia dalam persahabatan.Dia sanggup membawa hati yang luka apabila Haikal berkahwin dengan Syafika namun Shikin tidak akan tergamak untuk mengkhianati persahabatannya dengan Syafika.
Syafika merenung keluar tingkap kereta.Aqil sesekali datang mendakap Syafika dan mencium pipi Syafika .Syafika membalas ciuman Aqil dan Aqil ketawa apabila dicium berkali-kali oleh Syafika.
Ingatan Syafika tiba-tiba kembali kepertemuannya dengan Amri di majlis perkahwinan Shikin sebentar tadi. Lima tahun masa berlalu memisahkan mereka berdua.Redup wajahAmri memandang Syafika. Lelaki yang pernah dirinduinya itu kelihatan semakin berusia. Garis-garis kasar mula kelihatan di wajahnya.Rambutnya pun semakin diseliputi uban. Langkah Amri pun tidak sehebat dahulu.Mungkin kesan pembedahan pintasan jantung yang dialaminya dulu semakin terasa apabila umur semakin meningkat.
“ Sayang, inilah Syafika bekas pelajar dan pembantu penyelidik yang pernah bekerja dengan I dulu,” kata Amri sambil memperkenalkan Syafika kepada Zurina, isterinya.
Zurina menghulur tangan bersalaman dengan Syafika.Syafika menyambutnya sambil tersenyum.
“Bukan ke kita pernah jumpa di Kuantan dulu kan” kata Zurina tersenyum memandang Syafika.
“Ye puan. Masa tu saya masih lagi bekerja dengan Prof,” jawab Syafika.
“Macam mana kesihatan prof sekarang?” Syafika bertanya kepada Amri.
“ Macam inilah,”kata Amri tertawa kecil.
“ Prof ni degil.Saya dah suruh dia bersara awal tapi dia tak nak. Tak taulah apa lagi yang dia nak kejarkan. Kalau dengan duit pencen yang dia dapat rasanya kami berdua dah boleh hidup selesa.Dah tua-tua ni patutnya kena banyakkan masa ke masjid. Beribadah,” kata Zurina dengan nada berleter.Amri hanya tersenyum mendengar celoteh isterinya.
“ Prof kata kalau dia duduk goyang kaki kat rumah aja lagi cepat dia tua. Dia kan kuat bekerja.Syafika bukan tak tau perangai Prof ni.Entah-entah dia sayang nak tinggalkan pelajar-pelajar dia yang cantik-cantik kat universiti tu, Hihi,”kata Zurina.
Tersentak Syafika mendengar kata-kata Zurina.Timbul rasa cemburu di hati Syafika membayangkan Amri dikelilingi oleh siswi yang jauh lebih cantik dan lebih muda dari dirinya. Walaupun Amri bukan lagi kekasih hatinya namun perasaan cemburu tetap ada. Syafika tahu dia tidak boleh membuang ingatannya terhadap Amri walau sekuat mana pun dia mencubanya.
“Eh awak ni.dah tua-tua ni mana ada perempuan yang nakkan saya,” kata Amri tersenyum lebar.Mungkin ada sesuatu di dalam mindanya.
“Kalau macam tu masa muda mesti ramai yang nakkan Prof ni kan Syafika?” kata Zurina sambil tersenyum memandang wajah Syafika. Syafika hanya membalas senyuman Zurina.
Syafika rasa mahu sahaja dia berkata sayalah antara perempuan yang tergila-gilakan suami awak tu. Tapi mustahil dalam keadaan sekarang dia masih boleh menyambung cinta dengan Amri.Dia telah bersuami.Telah ada anak.Tidak mungkin dia tinggalkan semua itu demi membuka semula lembaran lama.Biarlah segala kenangannya bersama Amri tersimpan di sudut hatinya.
“Mana suami Syafika? Tak pernah kenal pun suami Syafika yang mana satu,” Amri berkata.
“Tu, yang tengah bersembang tu,” kata Syafika sambil menujuk kearah Haikal yang sedang rancak berbual dengan seseorang.Syafika melihat Aqil sedang didukung oleh Ayu dan Rita silih berganti.Nampaknya Aqil sudah semakin mesra dengan kawan-kawan Syafika.
“Bang, ini Prof Amri yang sayang selalu cerita pada abang dulu,” kata Syafika memperkenalkan Haikal kepada Amri.
Amri menyambut salam Haikal sambil tersenyum.
“Ye prof.Syafika selalu juga cerita kepada saya tentang Prof. Terima kasih sebab menjaga Syafika dengan baik semasa dia belajar dengan Prof dan semasa dia bekerja dengan Prof,”kata Haikal.
Lebih dari jaga,bisik hati Amri.
Melihat wajah Haikal yang begitu segak timbul rasa cemburu di hati Amri.Selama dia bercinta dengan Syafika rupa-rupanya dia berkongsi kasih sayang dengan lelaki ini . Pandainya Syafika membahagikan kasih sayang kepada dua lelaki.
“ Saya tak jaga apa pun En Haikal.Syafika memang pelajar yang cukup berdikari .Sebagai staf saya pun dia memang seorang pekerja yang berdedikasi,” kata Amri.
“Sebagai isteri dan ibu pun dia seorang yang amat berdedikasi prof.Saya amat-amat beruntung mendapat Syafika sebagai isteri saya.Dulu masa kat universiti mesti ramai yang sukakan dia. Betul tak prof?” kata Haikal berseloroh.
“Yang itu kena tanya sendiri kepada Syafika,” jawab Amri ketawa kecil.Syafika dan Zurina yang mendengar perbualan antara dua lelaki itu hanya tersenyum sahaja.
Lamunan Syafika terhenti apabila melihat ada mesej wassapp dari Amri yang dihantar kepadanya.
‘Fika, saya ucapkan tahniah di atas kebahagiaan Fika di dalam mengharungi kehidupan berumahtangga. Saya akui saya mencemburui Haikal tapi saya tahu semenjak dari dahulu yang semua ini akan berlaku. Saya akui saya masih sayangkan Fika .Tidak pernah satu hari pun berlalu tanpa saya mengingati Fika.Tiap hari saya akan tengok gambar Fika di wassapp.Alhamdulillah Fika bahagia sekarang.Anggaplah semua yang berlaku antara kita dulu adalah mimpi indah yang tak mungkin akan berulang.Cinta tak mestinya bersatu.’
Cepat-cepat Syafika memadam mesej dari Amri .Entah kenapa hatinya tiba-tiba merasa sebak membaca ucapan Amri itu.Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi segalanya ini.
Bukan mudah untuk aku melupakan Amri dan kenapa hari ini dia muncul semula dalam hidupku.
Ya Allah, kau telah memberikan peluang kedua dalam hidupku.Tak mungkin aku sia-siakan peluang yang diberi dalam hidup ini.
Air mata Syafika tiba-tiba meleleh membasahi pipinya.Dia merasa berdosa kepada Haikal .Berdosa kepada Aqil yang tak mengerti apa-apa.Yang baru mengenal hidup.
Cepat-cepat dia mengesat airmata dengan lengan bajunya.Bimbang kalau-kalau Haikal menyedari yang dia sedang menangis.
Syafika memandang ke wajah Aqil yang sedang berbaring dipehanya.
“Aqil sayang mama?” Syafika bertanya.
“Sayang,” jawab Aqil ringkas sambil matanya tertumpu semula kepada bekas bunga telor yang berada ditangannya.
Syafika mencium dan mendakap anak kesayangannya.Dia cuba melontar jauh-jauh ingatannya terhadapAmri.
Jauh di kaki langit Syafika merenung remang-remang senja di ibukota. Banyak yang bermain di mindanya.Terasa ingin membalas mesej dari Amri tapi dia rasa bersalah terhadap Haikal.
Syafika teringat bagaimana dia dulu sentiasa mengharap sms dari Amri.Selagi belum menerima sms dari Amri selagi itulah jiwanya tak tenteram.Syafika dapat rasakan mungkin
Amri juga tertunggu-tunggu jawapan dari Syafika biarpun sebaris ayat.
Akhirnya Syafika kalah dengan dirinya sendiri.Dia membalas wassapp Amri.
‘Terima kasih Prof.Doakan kebahagiaan saya hingga ke jannah’
Sebaik sahaja dia menghantar mesej itu timbul pula rasa bersalahnya terhadap Haikal.
Haikal satu-satunya lelaki yang bertakhta dihatinya dikala ini.