Fkiran Prof Amri berkecamuk. Dia teringat sembangnya dengan gadis bernama Ika lewat minggu lepas. Apakah benar gadis bernama Ika telah jatuh cinta padanya.Sepanjang seminggu cuti pertengahan semester ini dia langsung tidak dapat bersembang dengan Ika. Walaupun setiap hari Ika meninggalkan offline messages kedalam YM nya tapi dia tetap merasa tidak berpuas hati selagi tidak dapat bersembang dengan gadis itu.
Butir perbincangan di dalam bilik mesyuarat itu langsung tidak menarik minat Amri.Hujah-hujah yang dikemukakan oleh mereka yang berada di dalam bilik itu hanya menjadi bunyi latar kepada lamunan Amri. Di kepalanya hanya teringatkan Ika
Amri merasa cemburu pada gadis itu. Dia membayangkan Ika keluar bersama kekasih hati. Amri membayangkan Ika berjalan berpimpin tangan bersama buah hatinya.Keluar makan-makan. Menonton wayang. Membeli belah.Hatinya terasa pedih bila membayangkan itu semua. “Dah gilakah aku ni?” Bisik hati Amri.”Apakah hak aku untuk merasa cemburu kepada perempuan yang sebaya umurnya dengan anak aku?. “
Dia memerhatikan jam tangan jenama Bonia di pergelangan tangannya. “ Hari ni 19 haribulanOktober. Dua hari lagi cuti pertengahan semester akan berakhir. Nanti bolehlah aku bersembang lama-lama dengan Ika,” bisik hati Amri. Tak sabar rasanya menunggu masa dan saat dia boleh bersembang semula dengan Ika.
“ Prof., apa pandangan prof tentang cadangan untuk menambah satu lagi program baru di kampus kita ini. Mungkin bersesuaian dengan proses pembesaran kampus universiti kita ini , “. Suara Timbalan Naib Canselor Akedemik memecah lamunan Amri. Dengan sedikit terganggu Amri menjawab “ Bagi saya tak ada masalah kita nak tambah satu lagi program peringkat ijazah pertama di kampus kita ini.Lagipun kita dah mempunyai tenaga pengajar dan kemudahan infrastruktur yang mencukupi untuk tambahan pelajar, “ ujar Amri.
Mereka yang hadir pada mesyuarat itu mengangguk kepala mengiakan apa yang dicakapkan olehAmri. Sebagai kakitangan akademik yang berpengalaman luas, Amri dihormati oleh rakan-rakan sejawatnya samada yang masih muda mahupun yang sebaya dengannya.
Amri memandang telefon tangannya yang diletakkan di atas meja mesyuarat. Bunyi beep dari telefon tangannya menandakan ada sms yang masuk. Lantas Amri mengangkat dan membaca mesej yang terpampang di skrin telefon tangan miliknya itu. “ Bang, jangan lupa ambil Hada pukul 5.” Mesejnya ringkas tapi Amri sedar tanggungjawabnya petang itu untuk mengambil Syuhada dari sekolah. Tak sabar rasanya dia ingin meninggalkan bilik mesyuarat secepat mungkin. Setelah berpuluh tahun menjadi ahli akademik dia lali dengan rutin hariannya. Mengajar, menghadiri mesyuarat, membentang kertas kerja di seminar-seminar, menjalankan kerja-kerja yang banyak mengambil masa dan tenaganya.
Pada usia yang menjangkau 50an dia merasakan sewajarnya tugas ini disandang oleh mereka yan gjauh lebih muda dan lebih bertenaga dari beliau. Amri pernah memintad iringankan beban dari menghadiri segala macam mesyuarat dan terpaksa mewakili pihak univesiti dalam banyak perbincangan tetapi Naib Canselor merasakan pengalamannya amat diperlukan oleh pihak univerisiti.
Jam 5 mesyuarat selesai. Amri bergegas menuju ke kereta dan untuk mengambil Syuhada dari sekolah.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Sesudah solat Maghrib seperti biasa Amri meluangkan masa berzikir di tikar sembahyang sementara menunggu Isyak. Zurina masih belum balik walaupun jam sudah mmenunjukkan hampir masuk waktu Isyak. Kadang-kadang timbul juga rasa bosan di hati Amri dengan perjalanan hidupnya. Hidupnya kelihatan sempurna di mata orang lain tapi di hati nya terasa bagai ada satu kekosongan.Dia miliki segalanya. Ada pangkat dengan gaji 5 angka, Ada isteri cantik dan berjawatan tinggi . Anak-anak yang berjaya. Apa lagi yang diinginkan dalam hidup. Bukankah itu yang dikejar oleh setiap manusia di dunia ini?
Telefon tangannya berbunyi. Suara Zurina kedengaran . “ Bang, abang makan dululah ya. I lambat balik malam ni. Ada hal urgent nak kena settle malam ni jugak. Kalau lambat nanti lapar pula Hada tu nanti.Bye sayang. Love you.”
Kedengaran suara Zurina tergopoh gapah seolah-olah ada sesuatu yang mengejarnya. Amri menamatkan perbualan telefon dengan sedikit keluhan. Dalam hatinya berbisik sampai bilakah hidup mengejar dunia yang tak berkesudahanini. Ingin rasanya dia mengambil pilihan bersara awal tapi fikirnya jika dia bersara awal mungkin akan terasa kekosongan untuk mengisi masa seharian memandangkan dia seorang yang kuat bekerja.
Jarum jam menganjak ke pukul 10 malam. Rumah banglo dua tingkat itu sunyi sekali. Syuhada sudah masuk kedalam biliknya. Mungkin dia sudah tidur atau sedang menelaah pelajaran. Dalam kebosanan itu Amri membuka komputer bimbitnya dan terus ke Yahoo Messenger.
Ika: Hai pakcik. Pak cik apa kabar? Sihat? Ika baru balik dari KL semalam. Letih pun belum habis lagi ni. Did you miss me? Hihi…
Sebaik sahaja membaca offline message dari Ika hati Amri bagai berbunga. Hilang terus rasa kebosanan yang melanda jiwanya sejakdari tadi. Dia tersenyum lebar sambil membalas mesej dengan segara. Harapanny aagar Ika dapat membaca mesej itu sebaik dia online nanti.
Abang pemikir:Pak cik ok aja kat sini. Malas nak fikir orang tu jumpa dengan kekasih hati sesekali. Orang tu pun bukan ingatkan kita kat sini kan?
Ika: Sapa kata Ika tak ingat pak cik?
Amri terkejut melihat mesejnya dijawab Ika dengan serta merta. Rupa-rupanya Ika memang online semenjak dari tadi tapi invisible.
Ika: Pak cik tau tak dah hampir satu jam Ika online tunggu pak cik. Pak cik sibuklah tu.
Abang pemikir:Pakwe Ika apa kabar? Dia sihat?
Ika: Dia sihat.Ala pak cik ni,kita nak sembang dgn dia , dia tanya boyfriend kita pulak. Nak merajuklah kalau macam ni. Mesti masa Ika kat KL pak cik jumpa chatter lain.Sebab tu tak ingat kat Ika lagi. Betul tak?
Abang pemikir:Bukan macam tu lah Ika. Awak kan ada kekasih hati. Sebaiknya berikan tumpuan kepada boyfriend . Lagipun bukan selalu jumpa pun kan?
Ika: Kalau saya cakap pak cik percaya tak? Selama seminggu Ika kat Kuala Lumpur cuma dapat keluar dengan dia tiga kali aja. Selain dari tu saya cuma memerap aja kat rumah Mak Su. Boyfriend saya tu kuat sangat kerja, workaholic. Saya duduk rumah Mak Su tengok tv. Hari- hari tengok cerita kartun sampai otak kepala ni pun dah macam otak kepala kartun.
Abang pemikir:Haha. Kenapa pulak asik tengok kartun aja? Sikit punya banyak channel kat tv tu kenapa asik tengok kartun.
Ika: Anak Mak Sukan minat kartun. Kalau dia tak tidur memang tv tu tak boleh tukar channel lain. Sesekali aja bila dia terlelap bolehlah curi-curi tengok channel lain. Hihi
Abang pemikir:Ohh..
Ika: Pak cik,saya nak cakap sesuatu ni.Saya hairanlah dengan apa yang berlaku semenjak saya kenal pak cik. Saya tak pernah tengok muka pak cik. Tak pernah dengar suara pakcik. Pak cik lelaki misteri. Tapi saya tak boleh lupakan pak cik. Dah lama saya tak rasa macam ni. Pak cik tau? Bila saya keluar shopping dengan boyfriend masa di Kl hari tu, saya sentiasa tengok lelaki yang agak berumur. Dalam hati saya sentiasa berkata adakah rupa pak cik macam orang ni? Pak cik tolonglah tunjuk wajah sebenar pak cik. Tensionlah kalau macam ni.
Abang pemikir:Tak ada apa istimewanya diri saya ni. Dah tua. Sebaya dengan ayah Ika agaknya.
Ika: Ala. Ika tak kisahlah pak cik. Tua ke muda ke kita berkawan aja. Teringin sangat nak tengok muka pak cik.
Abang pemikir:Ika bayangkan ajalah muka saya boleh? Ika kenal tak pelakon Hindustan nama dia Shah Rukh Khan?
Ika: Mestilah kenal. Semua orang kenal sapa tu Shah Rukh Khan. Muka pak cik mcm Shah Rukh Khan ke? Hensemnya kalau betul pak cik macam Shah Rukh Khan .Hihi
Abang Pemikir:Taklah macam Shah Rukh Khan, tapi ada iras-iras dengan sedara mara Shah Rukh Khan juga.
Ika: Ye ke? Saya mana tau rupa sedara Shah Rukh Khan.
Abang Pemikir:Pernah dengar nama Kublai Khan. Pak cik macam tu lah. Haha
Ika: Ishh, Pakcik ni. Geramlah.
Abang pemikir:Ok. Sebelum pak cik tunjukkan rupa pak cik pada Ika pak cik nak Ika lakukan akujanji terlebih dulu. Kalau Ika setuju baru pak cik tunjukkan wajah pak cik pada Ika.
Ika: Alah pakcik ni. Nak tengok muka dia punyalah susah. Kalau macam ni baik Ika tengok mukaShah Rukh Khan aja. Dah tak payah nak minta-minta dari pak cik. Hehe
Abang Pemikir:Ika ni kan. Kena banyak sabar. Ok, pak cik tunjukkan muka pada Ika dengansyarat kalau jumpa di kampus Ika kena buat tak kenal aja. Lepas tu Ika janji takkan jadikan pak cik sebagai bahan lawak jenaka Ika dengan kawan-kawan.
Ika: Ika nak bagitau kat pak cik. Dalam persahabatan kena ada saling percaya mempercayai.Kalau pak cik rasa pak cik tak boleh percaya pada Ika tak perlulah kita sembang lama-lama. Ika pun banyak kerja lain nak buat. Terima kasihlah sebab dalam seminggu dua ni pak cik berjaya membuat Ika rasa bahagia. Ika tau Ika cuma mengejar bayang.
Syafika tersenyum sambil menaip keyboard. Dia merasakan pak cik misteri ini akan rasa simpati padanya. Syafika tau orang lelaki biasanya cair dengan rajuk dan pujukan wanita. Ika ingin mencuba tektik itu dan tengok hasilnya. Wanita dan air mata, dua gabungan mantap yang boleh menggegar dunia lelaki.
Abang Pemikir:ok, ok. Pak cik akan tunjukkan muka pak cik pada Ika sekarang juga.
Syafika tergelakkecil. Mudahnya memujuk lelaki, bisik hati Syafika.
Abang Pemikir:Tapi bersyarat tau.
Ika: Tadi kan dah ada syarat. Apalah pulak syarat tambahan wahai pak cik si Putera Gunung Ledang. Hihi
Abang pemikir: Haha.Satu lagi syarat tambahan. Walau apa pun terjadi, kita tak akan bercinta kan?
Ika: Hihi. Pak cik pak cik. Dengan rela hati Ika terima semua syarat-syarat yang pak cik sebutkan itu. Ok, sekarang tunjukkan wajah pak cik pada saya.
Amir sedang berkira-kira untuk invite Ikamenonton webcamnya.Dia teragak-agak. Dalam hatinya timbul rasa cuak takut-takut Ika tidak lagi sudi berkawan dengannya lagi selepas melihat wajah sebenarnya di layar komputer riba itu nanti. Dia juga risau kalau-kalau Ika akan menyebarkan kepada rakan-rakan dia di universiti tentang siapakah Prof Amri yang sebenarnya.Takkanlah Ika buat macam tu, kata Amri di dalam hati. Melihat raut wajah gadis itu dilayar komputer riba tergambar kejujuran gadis itu.
Sejurus Syafika melihat wajah lelaki dilayar komputer ribanya dia terkejut besar. Memang dia biasa melihat wajah professor ini kerap kali berselisih dengannya di kampus.Syafika langsung tak menyangka yang Profesor Amri yang sering dikaguminya adalah Abang Pemikir. Shikin yang duduk di penjuru bilik memandang Syafika dengan rasa hairan.
“Dah angau ke kau ni? Senyum sorang-sorang? “ Tanya Shikin. Syafika diam tak menjawab sambil matanya tekun merenung layar komputer riba di depannya.
Tiba-tiba timbul rasa malu dihati Syafika. Apakah reaksi yang perlu dia tunjukkan kepadaProfesor Amri andai kata mereka berselisih di kampus nanti. Dia akan cuba mengelak seboleh mungkin dari bertembung dengan Profesor Amri tapi kampu sUniversiti Permata Timur ini bukanlah luas mana.Nak mengelak macam mana pun akan terserempak juga satu hari nanti.
Amri memandang reaksi Ika sebaik sahaja wajahnya di lihat dilayar komputer riba gadis itu. Dia melihat wajah gadis itu menyimpul senyum sebaik sahaja melihat webcam yang menunjukkan wajah Amri.Tidak terbayang langsung rasa kurang senang Ika semasa menatap wajah Amrimalahan ada sinar kegembiraan yang terpancar di wajah Ika. Atau adakah itu cuma lakonannya untuk menjaga hatiku? Bisik suara hati Amri.
Abang pemikir:Ok Ika. Pak cik tutup webcam niya.Nanti cair pulak screen tu Ika tenung lama-lama.
Ika: Hihi.ok pakcik. Silakan.
Sayup-sayup kedengaran bunyi enjin kereta Zurina memasuki anjung kereta rumah banglo dua tingkat itu. Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Ika, Amri mematikan komputer riba dan berjalan menuju ke muka pintu menyambut kehadiran Zurina.
Dengan wajah letih Zurina melangkah masuk ke dalam rumah.
“Sorry bang lambat balik hari ni. System down diofis. Abang dah makan?” Tanya Zurina sambil melemparkan ciuman ke pipi Amri.
“ Dah. Kalau nak tunggu sayang laparlah abang dengan Hada , “ balas Amri.
Zurina tersenyum sambil membawa masuk beg kerjanya keruang tamu. Dia bergerak ke bilik tidur untuk mandi dan menyalin pakaian.
Hampir 12 tengah malam barulah kedua pasangan suami isteri itu masuk ke bilik tidur.