Sudah lebih seminggu Syafika bertugas sebagai pembantu penyelidik Amri.Amri melihat Syafika sebagai seorang kakitangan yang mudah dilatih.Apa juga arahan dapat difahami oleh Syafika dengan mudah.Memang beruntung sesiapa yang berjaya memiliki Syafika. Disebalik wajahnya yang jelita dia juga mempunyai otak yang baik, satu kombinasi yang jarang ditemui.
Seboleh mungkin Amri cuba mengelak hubungannya dengan Syafika dari dihidu oleh masyarakat kampus Universiti Permata Timur.Sesekali apabila Amri menghadiri mesyuarat kedengaran juga usikan nakal dari pensyarah-pensyarah lain tentang Syafika.Amri cuma tersenyum apabila mendengar usikan dari rakan-rakan sejawatnya.
“ Prof, kalau saya jadi awak, saya ambik terus budak tu jadi pembantu seumur hidup, bukan setakat pembantu penyelidik aja. Kalau awak ambil dia jadi nombor dua awak biar awak yang selidik dialah pulak. Haha,” Profesor Nazir mengusik Amri. Amri sekadar tersenyum mendengar usikan rakan sejawatnya.Amri dah lali dengan usikan Profesor Nazir.
Profesor Nazir yang telah kenal lama dengan Amri memang rapat kerana mereka berdua antara orang lama di universiti itu. Walaupun sering mengusik tapi Amri tidak pernah mengambil hati atas usikannya.
Dia yang sedang duduk di dalam bilik Amri membelek-belek laporan kajian yang sedang disediakan oleh Amri.Walaupun kajian itu belum lengkap sepenuhnya tapi Profesor Nazir amat tertarik dengan laporan itu.
“Nasib baik pembantu penyelidik saya ni cerdik budaknya.Tak banyak perlu tunjuk ajar. Kalau Prof tengok grafik-grafik menarik dalam laporan tu, semua tu dialah yang buat.Orang lama macam saya ni manalah pandai nak buat benda-benda macam tu,” kata Amri sambil menunjukkan helaian laporan yang berada di atas meja di depannya.
Profesor Nazir mengangguk-anggukkan kepala bersetuju dengan kata-kata Amri.
“Saya nak bentangkan laporan kajian ini di Pangkor minggu depan.Ada seminar tentang pembasmian kemiskinan di sana, “ terang Amri kepada Nazir.
“Bawak pembantu penyelidik yang baru tu ke Pangkor? “ tanya Nazir separuh mengusik
“Eh, taklah.Saya cadang nak bawak keluarga bercuti sekali. Lagipun dah lama tak bawak anak bungsu saya tu bercuti. Kerja ni kalau nak diikutkan memang tak pernah habis,”kata Amri.
“Siapa nama pembantu penyeldik awak tu?” tanya Nazir.
“Syafika,” jawab Amri ringkas
“Oh. Cantik namanya secantik tuan punya nama” kata Nazir sambil tersenyum
“Kalau saya jadi awak saya bawak ke Pangkor.Apa-apa hal boleh tanya dia.Kan awak yang kata kita orang lama ni bukannya tahu sangat hal-hal komputer ni. Kalau ada Syafika bolehlah bertanya kan? Haha” Nazir tergelak besar.
Amri bimbang juga kalau-kalau perkataan Nazir didengari oleh Syafika dan Suriati yang berada di luar bilik Amri. Pada jarak yang tidak berapa jauh di antara bilik Amri dengan ruang bekerja mereka tidak mustahil mereka boleh mendengar perbualan Amri dan Nazir walaupun pintu pejabat Amri tertutup.
“Kalau saya bawak Syafika takut jadi hal lain pulak. Silap-silap tak jadi ke Pangkor tapi terlajak ke Medan Indonesia. Haha,” kali ini giliran Amri pula ketawa besar.
Nazir tersenyum sambil berkata, “ Amri, saya dah kenal awak begitu lama. Bukan setahun dua tapi dah berbelas tahun. Saya tahu awak suami yang baik.Awak pandai didik anak-anak.cuma satu aja saya nak mintak dari awak” kata Nazir dengan sedikit serius.
Amri agak sedikit tergamam dengan perubahan nada suara Nazir yang menjadi serius.
“Apa dia awak nak mintak dari saya?” Amri bertanya.
“ Boleh tak saya nak pinjam mata awak tu. Awak ni ada kebolehan untuk mengesan wanita cantik.Kenapa saya tak perasan budak secantik ini ada kat kampus kita? Boleh saya tahu awak kenal dia dari siapa? Awak pernah mengajar dia ke”tanya Nazir denganpanjang lebar.
“Tak pernah mengajar pun dia, “ kata Amri ringkas.
“Dah tu macam mana boleh kenal dengan Syafika?” Nazir bertanya lagi.
“Itu rahsia sayalah. Haha” Amri tertawa besar.
“Ok. Hari ni saya tahu awak sibuk. Nanti bila-bila awak dah tak sibuk awak kena turunkan rahsia ilmu menjejak wanita cantik. Awak ni tak sesuai jadi Profesor lah Amri.Lebih sesuai jadi ‘alent scout. Awak boleh naikkan nama artis yang awak pilih sebab di situ terletaknya bakat awak.Haha” gelak Nazir.
“Yelah tu,” Amri menjawab ringkas. Dia malas nak melayan celoteh Nazir yang jika dilayan semakin melarat.Sudah lebih setengah jam Nazir berada di biliknya satu kerja pun Amri tak boleh buat.
Sebaik sahaja Nazir meninggalkan bilik Amri memanggil Syafika masuk ke bilik.
Sebaik sahaja Syafika berada di depannya Amri terus berkata “Syafika, saya nak awak siapkan laporan ini dalam bentuk slides.Saya akan bentangkan laporan ini di seminar di Pangkor minggu depan.”
“Baik Prof.”Syafika menjawab ringkas.
Mereka sengaja menggunakan panggilan rasmi semasa berurusan di pejabat atas persetujuan bersama. Amri dan Syafika takut nanti mereka akan tersasul dan terbawa-bawa panggilan berbentuk peribadi semasa di pejabat.Amri juga telah meminta Syafika dan Suriati supaya tidak menutup pintu biliknya setiap kali mereka masuk ke biliknya.Amri sedar dalam masyarakat kampus sebegini terlalu banyak mata yang memandang dan telinga yang mendengar.Amri dan Syafika perlu berhati-hati agar tidak ada sesiapa yang merasa syak dengan hubungan mereka berdua.Malahan Amri telah berpesan kepada Syafika jangan menceritakan kepada Suriati tentang hubungannya dengan Amri.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Feri bergerak perlahan meninggalkan pelabuhan Lumut menuju ke Pulau Pangkor. Di dalam feri kelihatan penumpang menikmati keindahana pandangan Selat Melaka. Amri duduk berseorangan memandangkan feri pada pagi itu tidak penuh.Syuhada dan Zurina pula duduk di kerusi penumpang di sebelah Amri. Kelihatan riak kegembiraaan di wajah Zurina dan Syuhada dapat sesekali bercuti bertiga. Zurina mengkagumi sifat Amri yang tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga disebalik kesibukannya.
“Abah, senyum sikit,” kata Syuhada sambil memetik kamera yang berada di tangannya ke arah Amri.Amri tersenyum melihat keletah anak bungsunya itu.Liza tidak dapat bersama kerana dia sedang menghadapi peperiksaan akhir di kolej.Aizat, seorang lagi anaknya masih berada di Amerika Syarikat dah berjanji untuk balik ke Malaysia bulan Mei nanti sempena cuti musim panas.Sempatlah mereka lima beranak menyambut hariraya bersama-sama. Satu kesempatan yang jarang-jarang ditemui dan amat-amat dihargai olehAmri.
Di pejabat Syafika merenung jam tangannya. Semenjak dari pagi tadi dia cuma termenung tanpa melakukan apa-apa. Suriati yang melihat perubahan pada wajah Syafika yang nampak muram menegurnya. “Fika ok ke? Nampak macam Fika tak berapa sihat. Kalau Fika tak sihat akak bawak gi klinik,” kata Suriati.Semenjak beberapa hari lepas Syafika telah menyewa serumah dengan Suriati memandangkan jarak rumahnya di kampung ke kampus agak jauh. Dia tak perlu memandu untuk ke pejabat lagi. Setiap hari dia cuma menumpang kereta Suriati untuk pe pejabat.
“Saya ok aja.Akak jangan risaulah ye,” kata Syafika tersenyum tawar memandang kearah Suriati.
“Mesti teringat kekasih hati ni,” kata Surati mengusik Syafika.
Syafika tidak menjawab.Dia sekadar tersenyum mendengar usikan Suriati.
Syafika melihat jarum jam menunjukkan pukul 11 pagi.Syafika membayangkan pada ketika itu mesti Amri dan Zurina sedang duduk berdua menikmati pandangan indah pantai Pulau Pangkor.Hatinya merasa teramat-amat cemburu dengan apa yang dia bayangkan.Kalau ikutkan hati mahu saja pada ketika itu juga dia menelefon Amri. Terasa sakit hatinya bila menjadi orang ke tiga dalam perhubungan.
Sesekali Syafika mengintai telefonnya. Mengharapkan adanya sms dari Amri. Namun penantiannya berakhir dengan kehampaan.Tunggulah kau balik nanti , aku nak serahkan surat letak jawatan. Ikutlah orang nak kata apa pun. Aku tak peduli apa orang kata,perasaan Syafika bercampur baur antara marah, cemburu, sedih dan geram.
Tiba-tiba Syafika merasakan telefonnya bergetar menandakan ada pesanan ringkas yang masuk.Dengan rasa tidak sabar dia terus membaca mesej yang dihantar olehAmri.
‘Sayang, entah kenapa dengan hati abang. Isteri berada di sisi tapi ingatan abang kepada kekasih orang yang jauh di sana.Sayang jaga diri elok-elok. Nanti abang bawakan ole-ole untuk sayang dari Pulau Pangkor.’
Syafika tersenyum lebar sebaik sahaja membaca pesanan ringkas dari Amri. Hilang segala rasa gundah gulana selama beberapa jam menunggu sesuatu dari lelaki itu.Ahh,tak jadilah hantar surat perletakan jawatan. Nasib baik belum taip lagi surat tu. Kalau tak sia-sia aja tenaga menaip surat itu.Bisik hati Syafika sambil tersenyum lebar.
Suriati yang baru balik dari balik dari bilik air tercengang melihat wajah Syafika yang tadinya begitu murung tiba-tiba bertukar ceria.
“Kusangka mendung hingga kepetang, rupanya panas di tengah hari” Suriati berkata sambil tersenyum memandang Syafika.
“Eh akak ni.Pandai-pandai aja tukar peribahasa. Nanti marah pulak pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka,” kata Syafika ceria.
“Hihi. Dah lama akak tak dengar perkataan Dewan Bahasa dan Pustaka”kata Suriati sambil tertawa.
Syafika turut tertawa bersama. Pada ketika itu Haikal begitu jauh dari hati Syafika