Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 5 - Part 1

Farisya tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Dia dapat rasakan yang suaminya dengan perempuan itu ada hubungan sulit. Ish, makin geram aku dibuatnya!

Aku ingat, kahwin dengan lelaki ni, bolehlah hidup bahagia tapi sama je. Sakit juga hati aku ni. Makin membara rasa marah Farisya.

“Kenapa you buat Qisha macam tu...?” soal Wan Firaz. Wajah gadis itu berubah sedikit tetapi tetap cantik seperti dulu. Akhirnya jumpa juga aku dengan kau, Qisha Delisa.

“You kenal dia?” Persoalan Wan Firaz membuatkan hatinya sakit. Benci pada perempuan bernama Qisha itu bertambah.

“Mestilah I kenal dia. Dia orang kampung I dulu...” jawab Wan Firaz. Ada rahsia yang disembunyikan.

“What? Dunia ni kecil sangat ke sampai jumpa orang kampung you. Entah-entah itu bekas kekasih you...” Tengku Farisya Adilla benar-benar terkejut.

“Okey. I jujur dengan you. Itu memang bekas kekasih I dulu.”

“Bila you bercinta dengan dia?”

“Masa umurnya 18 tahun tapi dua bulan je kami dan kami pun...” Wan Firaz teringat kenangan lalu.

“Berpisah? Sekejapnya...”

“Tapi dia cantiklah...” puji Wan Firaz.

“You!” geram Farisya. Dia menampar paha suami yang dinikahinya semalam.

“Dah! You jangan nak tunjuk muka panda kat sini. Tak comel langsung. Inikan majlis perkahwinan kita. Tak kan sebab bekas kekasih I tu you nak rosakkan hari bahagia kita?” Wan Firaz tersenyum menggoda.

“You ni pandai betul pujuk I tau. Okey. I senyum semanis manisnya.” Farisya tersenyum tetapi dalam hatinya, dia pasti akan mencari perempuan itu nanti.

Qisha Delisa terus berlari. Dia kini di lobby hotel.

“Qisha!” aku mengejar gadis itu.

Qisha Delisa tidak mempedulikan panggilan aku. Dia terus berjalan pantas. Tanpa dia sedar, kasut tumit tinggi yang dipakainya patah dengan tiba-tiba. Mungkin hentakan tubuhnya jatuh mengejut tadi.

Dia hampir jatuh tetapi...

“Qisha!” pantas aku selamatkan tubuh Qisha Delisa daripada jatuh menghempap lantai.

Tubuhnya dipeluk kemas oleh aku. Dia nangis? Aku yakin yang aku nampak air matanya. Tapi kenapa? Sebab lelaki yang di panggil abang Wan tu ke?

Pang!

Qisha Delisa menampar pipiku!

Hadif Fayyadh tersedar dari mimpinya. Dia beristigfar berkali-kali.

“Awat aku mimpi si Qisha ni! Lepas tu kena penampar pula. Rasa sakit macam betul-betul kena tampar. Itulah akibat tidur lepas subuh.”

Hadif Fayyadh mengeliat. Dia akan mencari perempuan bernama Qisha Delisa. Nahas kau!

Datin Marissa rasa senang hati melihat cara anak lelakinya melayan Qisha Delisa dan semalam juga dia dapat mendengar pengakuan anaknya sendiri.

“Mama kenal siapa lelaki tu?”

“Kenal tu tak la. Tapi tahu namanya aje...”

“Mama, Hadif cemburu. Hadif tak sanggup tengok Qisha jadi milik lelaki lain. Mama kena kahwin Hadif dengan Qisha. Hadif janji, Hadif akan menjadi lelaki yang bertanggungjawab. Hadif takkan layan perempuan lain dah. Hadif nak Qisha aje...”

“Kau ni dah kemaruk nak kahwin ke?” soal Datin Marissa. Geram punya pasal. Over sangat rayuan anak aku ni...

“Mama, please. Hadif nak kahwin. Kahwinkan Hadif dengan Qisha.”

“Mama bagi penampar baru nak sedar? Kamu kena bersabar. Ingat senang ke nak pujuk Qisha kahwin. Hari tu pun hampir-hampir je kamu dah nak kahwin. Tapi Qisha sempat lari.”

“Dia dapat lari sebab Hadif yang tolong. Masa tu Hadif tak nak kahwin dengan dia.”

“Anak bertuah! Mama dah jodohkan kau dengan perempuan tu, tak nak.”

“Mama, itu dulu. Sekarang Hadif dah bersedia.”

“Tak apa. Nanti mama fikirkan...”

Datin Marissa suka jika anak lelakinya dapat berkahwin dengan gadis itu. Dia cukup kenal gadis itu siapa. Walaupun rancangan pertama gagal tapi aku yakin rancangan kedua akan buat mereka berkahwin. Senyuman terus terukir di bibir.

“Apa yang disenyum tu Mar?” sapa Dato Malik.

“Senyum la bila tengak Hadif bersama Qisha tu. Abang macam tak tahu Qisha tu menantu pilihan saya.”

“Yang tak cukup kain tu?” Dato Malik membuat muka. “Kalau ye pun nak menantu,carilah yang elok sikit. Yang menutup aurat. Awak ni Mar. Tak malu ke ada menantu macam tu sedangkan keluarga kita menitik beratkan tentang agama.”

“Abang, saya tahulah abang ni seorang ahli perniagaan yang menjual produk islamik tapi saya nak juga si Qisha tu jadi menantu saya.” Tegas Datin Marissa.

“Sudahlah tu Mar. Bercakap dengan awak pasal ni memang tak syok langsung! Kita cakap pasal kita la.” Dato Malik ingin menukar topik.

“Awak memang rasa tak syok. Feel mendapat menantu tu tak ada langsung. Macam suka aje si Hadif tak kahwin.” Datin Marissa berkata sambil dia berbaring lalu menarik selimut.

“Biarlah!” Dato Malik menyuapkan sekeping roti bakar ke mulutnya.

Datin Marissa berdiri sedikit jauh dari Dato Malik.

Dato Malik mengeluh.

“Merajuk la tu. Abang maafkan rajuk sayang tu tapi satu je. Malam ni tidur, jangan lupa bagi tangan awak tu. Saya tak boleh tidur tanpa pegang tangan awak tu.” Kata Dato Malik. Dia berdiri dan sudah bersiap mahu ke tempat kerja.

“Nah!” Datin Marissa menghulurkan tangannya untuk bersalama.

Dato Malik tersenyum. Dia menggengam kemas tangan yang lembut itu.

“Abang pergi dulu.” Katanya selepas Datin Marissa mengucup tangannya.


p/s: kisah hidupp qisha hampir terbongkar...tunggu bab seterusnya...

Previous: Bab 4 - Part 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.