“Kenapa nangis ni?”
soal Hadif Fayyadh yang tiba-tiba muncul depannya.
“Tak ada apa-apa.
Qaseh...” Qisha Delisa menunjukkan telefon bimbitnya. “Dia cerita sedih tadi.
Itu yang aku nangis.” Dia mengelap air mata yang bersisa itu.
Hadif Fayyadh tidaklah
lambat sangat mahu memahaminya. Dia dapat meneka apa yang ada dalam hati Qisha
Delisa. Sedih aku marah dia tadi kan?
“Dah bersiap ke?”
soal Hadif Fayyadh tiba-tiba.
Qisha Delisa
terkebil-kebil. “Siap? Nak ke mana?”
“Kita nak pergi
honeymoon la. Pergi mana lagi. Kan tak sempat pula. Kau pergi siap, aku nak
tempah hotel.” Hadif Fayyadh berkata sambil membawa beg pakaian ke kereta
miliknya. Dia sudah memberitahu Datin Marissa mengenai ini. Tapi apa yang
dikatakan oleh Datin Marissa membuat dia rasa malu.
“Cepat-cepat beri
mama cucu ye?” kata Datin Marissa sebelum berlalu keluar.
“Dah siap!”Qisha
Delisa muncul. Dia mengemas ala kadar sahaja.
“Jom!”
“Tak jumpa mama dulu
ke?”
“Mama dah keluar tapi
aku dah bagitahu dia. So, jangan risau.” Jelas Hadif Fayyadh. Dia menyimpan beg
Qisha Delisa di bonet kereta.
Hadif Fayyadh terus
memandu ke KLIA. Semuanya berlaku dengan pantas. Mujur masih ada tiket.
“Kita nak ke mana
ni?” hati Qisha Delisa berdebar. Dia tidak pernah naik kapal terbang. Serius!
Dia tak pernah! Aku tak pernah naik kenderaan yang besar gila ni.
“Ada la. Ini kejutan
untuk kau dari aku. Harap kau layan aku dengan baik kat sana nanti...” Hadif
Fayyadh berkata penuh makna.
“Tak faham.”
“Tak apa. Nanti kau
faham.”
Hadif Fayyadh terus
ke bahagian beg. Dia bawa dua beg sahaja. Selesai urusan beg,di kembali semula
di sisi Qisha Delisa yang hanya memerhatikannya dari jauh.
“Jom sayang!” pantas
tangannya mencapai tangan si isteri.
Qisha Delisa hanya
membiarkan sahaja. Dia ikut sahaja game love yang diwujudkan. Dia membalas
genggaman tangan Hadif Fayyadh.
Hanya senyuman lebar Hadif
Fayyadh yang mengambarkan perasaan gembiranya. Dia ingin melupakan Wan Firaz.
Dia terserempak dengan Wan Firaz sebentar tadi. Kata-kata lelaki itu cukup
menyakitkan hati. Wan Firaz sudah menunjukkan belangnya yang sebenar.
“Encik Wan Firaz...”
ramah Hadif Fayyadh. Al-maklumlah lelaki ini salah seorang pelanggan
syarikatnya.
“Qisha mana?” soal
Wan Firaz.
“Oh, dia kat rumah.
Ini pun keluar sekejap je.” Hadif Fayyadh tersenyum.
“Kau tak payah nak
buat baik pada aku.” Wan Firaz mula bercakap kasar.
Senyuman yang terukir
di bibir Hadif Fayyadh mati. Kenapa mamat ni cakap macam ni? Pelik sungguh!
“Aku nak kau tau,
yang Qisha akan jadi milik aku semula.”
“Apa yang kau
cakapkan ini?” berkerut dahi Hadif Fayyadh.
“Kau tak payah
berpura-pura tak tahu. Aku dan Qisha pernah bersama dulu. Kau tu ambik bekas
aku je.” Sengaja Wan Firaz berkata begitu.
“Bekas?”
“Aku nak balik bekas
aku. Jadi, aku akan dapatkannya semula.” Wan Firaz berkata.
“Kau cakap baik-baik
sikit!” marah Hadif Fayyadh. “Qisha tu isteri aku. Walaupun dia bekas kau, tapi
kau kena ingat! Sekarang ni dia milik aku. Aku tak kan lepaskan dia dengan
begitu mudah!” Hadif Fayyadh terus berlalu.
Sakit hatiku cakap
dengan mamat ni!
“Hadif!” panggil
Qisha Delisa. Dia baru mahu rasa bahagia tetapi melihat wajah serius Hadif
Fayyadh membuatkan dia rasa takut pula.
“Kenapa?”
“Kita nak ke mana?”
“Langkawi!” Hadif
Fayyadh tersenyum.
“Langkawi? Best ke?”
Qisha Delisa tidak gembira. Dia ingatkan Hadif Fayyadh mahu membawanya ke
Cameron tetapi ke tempat lain pula.
“Best! Nanti awak tak
kan sesekali lupa pada Langkawi.”
“Okey....”
Hadif Fayyadh
tersenyum. Mereka terus berjalan dan dari jauh Qisha Delisa sudah nampak kapal
terbang yang bakal dia naik. Tangannya menggengam tangan Hadif Fayyadh
lebih erat.
“Takut?” soal Hadif
Fayyadh.
“Ya...”
“Relaks ya? Doakan
kita selamat sampai ke destinasi kita okey?” pinta Hadif Fayyadh. Dia juga
berdoa di dalam hati.
“Okey...”
Hadif Fayyadh biarkan
Qisha Delisa duduk di tepi tingkap. Dapatlah isterinya menikmati keindahan
langit biru.
“Pakai tali pinggang
keledar ni.” Arah Hadif Fayyadh.
Walaupun Hadif
Fayyadh yang memberi arahan tetapi dia mengharap suaminya itu memakaikan
untuknya.
“Relaks...”
Kapal terbang itu
mula bergerak dan naik ke atas. Hati Qisha Delisa makin berdebar. Pengalaman naik
kapal terbang untuk pertama kali ini tidak akan dia lupakan. Tangannya tidak sesekali lepas dari
mencengkam tangan Hadif Fayyadh.
Tanpa mereka berdua
sedari, dia sudah diekori oleh seseorang.
Sebaik sahaja tiba di
Langkawi, Hadif Fayyadh menyewa sebuah kereta Myvi putih. Dia memandu menuju ke
rumah sewa.
“Besarnya rumah ni?”
“Aku nak sewa rumah
kecil sikit tapi semua dah tempah. Tinggal rumah ni aje.” Jelas Hadif Fayyadh
sambil mengeluarkan beg pakaian mereka.
“Oh...”
Memandangkan sudah
petang, mereka berehat seketika dan selepas maghrib, mereka berdua akan mencari
makan malam.
Selepas makan, mereka
singgah di satu tempat. Ada pasar malam di situ. Qisha Delisa mula leka. Dia suka
pasar malam. Banyak baju dengan pelbagai rekaan.
“No! No! No!” kata Hadif
Fayyadh apabila Qisha Delisa semakin jauh darinya. Dia sempat menarik tangan
itu.
“Kenapa?”
“Kalau nak tengok
baju-baju ni, kena pegang tangan aku. Jangan lupa tu?”
“Yelah!” Qisha Delisa
melayan sahaja. Tangan Hadif Fayyadh tidak sesekali dilepaskannya..
Sedang Qisha Delisa
berjalan, dia seperti ternampak kelibat Wan Firaz. Hatinya berdegup kencang. Perasaan
gembiranya hilang sekelip mata.
“Jom balik!” Dia
takut! Qisha Delisa tidak mahu berjumpa dengan lelaki jahat itu.
Dahi Hadif Fayyadh
berkerut. Tiba-tiba mahu balik ni tetapi dia tidak bertanya banyak. Balik awal
pun seronok. Boleh berdua-duaan dengan isteri tersayang.
Sebaik sahaja tiba di
rumah, Qisha Delisa gelisah. Dia duduk di sofa ruang tamu.
“Ada perkara aku nak
bincang?” kata Hadif Fayyadh sambil mengeluarkan seseuatu dalam fail.
“Apa dia?”
“Game love!”
“Game love nombor
tiga?” Qisha Delisa sedikit terkejut. Dia betul-betul tidak tahan dengan
gangguan yang dibuat oleh Wan Firaz. Dia akan setuju apa sahaja game love yang
dibuat oleh Hadif Fayyadh.
“Bacalah! Aku harap
kau setuju?” takut-takut juga Hadif Fayyadh mahu menaipnya siang tadi tetapi
demi perkahwinannya, dia terpaksa.
“Okey!”
Qisha Delisa
membacanya. Otaknya ligat berfikir mahu mentafsir apa yang di tulis.
“Game love ke
tiga....” mulutnya sedikit terbuka. Matanya terbeliak. Peluh mula mengalir
deras.
“Qisha, kau setuju
tak?” soal Hadif Fayyadh.
“Aku...” Dia tiada
jawapan. Lantas dia berlari ke bilik dan duduk di satu sudut dalam bilik
tersebut.
“Qisha...” panggil Hadif
Fayyadh. Perlahan dan mendayu-dayu.
Tetapi bagi Qisha
Delisa, suara Hadif Fayyadh seperti Wan Firaz. Dia cuba amatinya betul-betul.
“Qisha!” sedikit
keras suara Hadif Fayyadh. Sejurus itu, dia ternampak Qisha Delisa.
“Kau jangan rapat
pada aku!” jerit Qisha Delisa. Dalam fikirannya Hadif Fayyadh dilihat seperti
Wan Firaz.
“Qisha, kau dah
kenapa ni?” Hadif Fayyadh mula risau.
“Kau jangan sentuh
aku! Aku! Aku tak nak! Kau jangan paksa aku ikut cakap kau lagi! Aku tak suka!”
jerit Qisha Delisa makin kuat.
“Qisha ni, aku! Hadif
Fayyadh! Suami kau!” jerkah Hadif Fayyadh lebih kuat.
Qisha Delisa
tersedar.
p/s: kasihan qisha...trauma pasal apa pula ni.... nantikan bab 18 pula...