Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab 67

Ateh sibuk ke hulu ke hilir mencari sokongan untuk memudahkannya memohon jawatan sebagai guru. Keputusan ujian KPLInya tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Pendek kata ateh gagal. Bukan gagal sikit, tapi gagal teruk. Sudah lebih dua tahun dia menunggu, tapi hasilnya tiada. Pengalaman sebagai guru semantara selama ini dilihat sia-sia.

Pak Rahman merangkap bapa angkat ateh, terkejut bila diberitahu tentang keputusan yang diterimanya itu. Pak Rahman, pak cik yang kebetullan dikenalinya ketika menunggu bas di bandar tak lama dulu. Wajah ateh yang putih bersih dengan penampilan yang kemas mampu membuatkan sesiapa tertarik bila memandang.

 

“Assalammialaikum. Anak mengajar ke? Anak mengajar di mana?” soal Pak Rahman yang sedari tadi memerhatikan ateh.

“Waalaikummussalam. Saya mengajar di sekolah menengah dekat hujung jalan tu.” balasnya.

“Anak siapa nama?” soalnya lagi.

“Saya Hasliza. Pak cik?” tuturnya. Perangai peramah ateh memang tak pernah berkurang. Senang diajak bersembang.

“Pak Rahman. Dah lama ke Liza jadi cikgu? Pak cik bukannya apa, dulu, pak cik pun bekerja sebagai kerani di jabatan pendidikan negeri juga.” terangnya pula.

“Oh…orang jabatan...”

“Dah lama dah saya kerja, itupun sebagai guru sementara. Ada juga masanya jadi guru ganti. Ikutlah yang mana-mana ada kosong. Ingat nak cuba pohon KPLI nanti. Kalau berjaya bolehlah jadi guru tetap.”

“Kalau Liza perlukan apa-apa bantuan bolehlah bagitahu pak cik. Apa yang pak cik mampu, insyaAllah pak cik tolong.” ucapnya yakin.

“Betul ke ni pak cik? Terima kasih banyak-banyak.” balas ateh senang hati, sampai nampak gigi.

“Liza duduk mana?” soal Pak Rahman yang sudah mula mesra.

“Dekat Bukit Kemuning. Pak cik?”

“Pak cik duduk dekat bandar ni je. Tapi pak cik ada saudara di sana. Namanya Ibrahim. Liza kenal? Rumahnya dekat dengan masjid.”

“Pak Berahim yang tukang jahit tu ke?”

“Ha…iyalah. Yang rumah dia warna kuning tu. Liza kenal?”

“Kalau Pak Berahim tu, memang kenallah. Biasa hantar baju ke situ, mintak anak dia jahitkan. Pak cik Rahman kalau ada masa datanglah ke rumah. Rumah Liza simpang ke surau. Tapi, jauh sikitlah ke dalam. Nanti bolehlah kenal dengan mak dan abah.” pelawa ateh.

“InsyaAllah. Tapi kalau Liza izinkan, boleh pak cik…” kata-katanya terhenti di situ membuatkan ateh sedia menunggu.

“Boleh pak cik ambil Liza sebagai anak angkat pak cik?”

“Sebab Liza ingatkan Pak cik pada satu-satunya anak perempuan pak cik…” pintanya mengharap dengan wajah yang kelihatan sugul.

“Kenapa? Anak pak cik duduk jauh ke?” soal ateh ingin tahu.

“Sepuluh tahu dulu…”

“Lebih sepuluh tahun dulu, pak cik hantar dia melanjutkan pelajaran ke UK, tapi, sampai sekarang dia tak pernah balik. Namanya Asiah, wajahnya mirip dengan wajah Liza.”

“Dah puas kami menjejaknya, tapi sampai sekarang masih tak berhasil. Kami tak pernah putus berdoa dan minta Allah bukakan hatinya untuk kembali satu hari nanti.” tuturnya, ateh tumpang sedih mendengar kisah Pak Rahman itu. Lagipun tak ada luaknya, kerana kata orang, lebih kenalan lebih beruntung.

“Takpalah, kalau macam tu, biar Liza jadi anak ayah.”

“Ayah nanti jemputlah datang ke rumah. Liza dah nak kena pergi ni, sebab bus dah sampai. Liza balik dulu ya. Assalammualaikum.” tuturnya meminta izin.

“Waalaikummussalam.”

“Liza, sekejap. Ni, ambik no telefon ayah. Nanti kalau ada apa-apa, Liza telifon ayah.” balas Pak Rahman berserta dengan senyuman. Gembira kerana dapat menumpang kasih yang sudah lama hilang.

 

“Assalammualaikum…Assalammualaikumm…” ucap Pak Rahman setibanya di muka tangga.

“Waalaikummussalam. Ha, dah sampai dah? Ateh, pergi cepat tengok.” arah mak sedang membasuh gelas. Segera ateh bergegas ke pintu hadapan untuk menyambut tetamu yang dinanti-nantikan.

“Naik la ayah, naik! Duduk dulu.” pelawanya sebelum bergerak semula ke dapur. Safi, Man dan Ina segera menuju ke arah dinding pembahagi yang berlubang di sana-sini dan memulakan kerja-kerja ‘pengintipan’.

“Hei, apa kerja kalian tu ha? Mengintai pulak kerjanya!” bisik mak sambil mengeleng-gelengkan kepala.

“Abah kalian ni, mana? Tetamunya dah sampai, tapi tuan rumahnya entah ke mana!” bebel mak kekal perlahan.

“Abah kat sungai.” jawap Man pula.

“Ha, pergi panggil cepat abah tu, suruh dia balik. Cakap yang Pak Rahman dah sampai.” arah mak, namun Safi dan Man hanya saling berpandangan.

“Cepatlah! Buat apa lagi kalian duduk menongok dekat situ. Pergilah panggilkan cepat!”

“Siapa?” soal Man buat-buat tak tahu.

“Siapa apa? Abah kalianlah, siapa lagi?”

“Iyalah abah, tapi mak suruh siapa panggil abah?” soal Man masih mahu mengelak.

“Manlah yang pergi, siapa lagi! Takkan mak pulak! Cepatlah pergi. Pesan pada abah, cepat balik!” bidas mak sambil menyusun semangkuk kue tiow goreng ke dalam talam.

Mencicit-cicit Man berlari untuk mendapatkan abah, seperti mana yang mak hajati. Mujurlah dia sempat mengelak, kalau tak, dah terpijak barisan semut api yang sedang tekun berjalan.

 

“Laillahaillah! Siapa pulak ni? Siapa pulak yang dibawak balik dek ateh kali ni?” bisik mak tak percaya saat terpandangkan lelaki pertengahan umur yang amat pelik cara pemakainnya itu. Haruslah pelik, bila rambut berubannya sahaja dibiarkan panjang mencecah ke bahu. Pandangannya pula sentiasa tajam dengan alis berkerut tak sudah, manakala tangannya, dipenuhi dengan gelang yang diperbuat daripada manik dan benang.

“Mak, ni Pak Ungga. Ateh jumpa masa tunggu bus tadi, tu yang ateh ajak datang singgah ke rumah.” tutur ateh menerangkan membuatkan mata kelabu mak terus jadi terang.

“Ya, ya. Ha, duduklah dulu. Sila duduk. Nanti saya hidangkan air.”

“Ateh!” gamit mak minta ateh ke dapur. Sesudah ke dapur, mak pantas menarik lengan ateh untuk mengikutnya ke bilik belakang, mahu mengetahui tentang keadaan yang berlaku sekarang.

“Macam mana…ya-Allah! Apa yang ateh buat ni? Siapa tu?!”

“Ateh kenal ke orang tua tu? Daripada gayanya je dah nampak…hai, ya-Allah! Ateh ni kenapa ke? Mudah sangat percayakan orang tu kenapa? Entah-entah orang jual orang ke entah? Mana ateh tahu?” bisik mak yang sudah naik marah.

“Mak ni, tak baik cakap macam tu! Ateh nak balas jasa pak cik tu sebab dah hantar ateh balik tadi. Takkan itupun salah.” jawap ateh membela perbuatannya.

“Ateh berani naik kereta dengan dia dari bandar? Ya-Allah ateh ni! Kan ke baru sekali jumpa, kalau diculiknya tadi ateh macam mana?” bidas mak yang masih terkejut sambil menggeleng-gelengkan kepala, betul-betul tak dapat nak mempercayainya.

“Tapi tak kan? Kalau dia jahat, dah tak sampai dah ateh ke rumah sekarang ni.” balasnya dengan muka masam, tak gembira dipersoalkan sebegitu, membuatkan mak sedar memang dah tak boleh nak buat apa. Ateh, memang ada genetik gila!

“Dahlah, dah malas dah mak nak cakap! Baik siapkan apa-apa untuk dia. Jerang air, lepastu cuba tengok biskut kat dalam tin tu ada lagi ke tak. Kalau ada, hidangkan sekali.” arah mak yang sudah bergerak ke dapur semula.

“Man, pergi panggilkan abah kalian. Mintak abah balik cepat!” arah mak, bila hatinya mula rasa tak tenteram. Manusia, bukan semuanya boleh dipercaya.

“Ok!” jawap Man sebelum mula mencari.   

 

Ateh yang penuh dengan kasih sayang begitu mudah memberi sayang. Buktinya di setiap sekolah yang ateh ajar pasti ada pelajar-pelajar yang mahu menjadikannya kakak angkat, sampai dah tak terkira banyaknya terutama daripada pelajar tingkatan enam atas yang seangkatan dengan Safi. Bila tahu, Safi sendiri turut tak senang hati. Suka-suka hati nak berangkat-angkat dengan budak-budak yang Safi sendiri tak berapa senangi perangainya.  

“Budak-budak enam atas tu berebut-rebut nak jadi adik angkat ateh. Ijanlah terutamanya. Kalau nampak ateh, sibuk sangat nak membawak beg dengan buku kerja ateh.” cerita ateh pad Safi yang sedang bercuti.

“Ijan? Ijan yang mana? Si Ronggak Ijan tu ke maksud ateh? Budak ulu tu?” soal Safi tak percaya pada apa yang baru didengarinya.

“Eee, Safi ni! Sedap-sedap je panggil dia rongak la, ulu la. Tak baik tau.” balas ateh membela.

“La, betullah, kan dia memang rongak. Tu, gigi dia tu, bukannya gigi betul. Gigi palsu je tau. Safi tahulah, Safi satu kelas dengan dia sejak tingkatan satu lagi. Lepastu, kan rumah dia memang letak dekat ulu, dah tu apa yang salah.”

“Ateh elok-elok sikit. Ijan tu miang tau. Merenyang, eee…Safi kenallah dengan dia tu. Bukannya betul sangat! Dulu masa sekolah, asyik bertukar couple je kerjanya. Entah-entah sampai sekarang pun masih macam tu lagi.”

“Lepas sorang, sorang. Entah apa masalah dia entah. Bukannya hensem mana pun. Tak faham Safi, macam mana boleh ramai sangat yang terpikat dengan dia. Dahlah samseng, siap ada geng.”

“Ooo, mungkinlah kot, sebab ayah dia ada banyak tanah kebun, ataupun sebab pandai sangat mengayat. Ateh jangan sampai cair pulak dengan si rongak tu sudah.” tutur Safi panjang lebar sambil memberi peringatan pada ateh yang suka sangat melayan.

“Ish, Safi ni! Sampai ke situ pulak Safi pikir. Ateh bukannya serius pun. Takkan ada apa-apalah. Takkanlah ateh sampai boleh terpikat.” balas ateh sambil ketawa tak menyangka apa yang ada di kepala adiknya.

“Iyalah tak terpikat. Kang dibubuhnya minyak senyonyong ha, baru haru. Orang lelaki bukannya boleh percaya. Sama je semuanya…”

“Mungkinlah ada yang baik, tapi nak jumpa satu dalam sejuta pun susah kot.” tutur Safi sambil mengingati keadaan semasa dunia. Gelagat rakan-rakan sekuliah yang bebas berpasangan ke sana sini, pantas muncul di mindanya. Kata berkawan, tapi daripada lagak dan gaya, dah macam orang berumahtangga. Makanan terhidang diatas, tapi tangan merayap-rayap di bawah meja. Keluar berdua-dua, paling dikesalkan ada yang sanggup bertindak berani mati, bermalam di luar atas alasan-alasan yang sengaja direka.

“Entahlah apa nak jadi dengan anak-anak muda zaman ni…” bisiknya kesal, juga berupa peringatan pada diri untuk menjauhi godaan duniawi.

Previous: Bab 66
Next: Bab 68

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.