Laluan khas motosikal yang dipisahkan dengan jalan utama sesak diakibatkan oleh sekatan yang sedang dijalankan. Mat dan Azrie saling berpandangan setelah motosikal mereka dihentikan di hadapan sekumpulan polis trafik yang sedang menjalankan pemeriksaan. Namun kedua-duanya kekal dengan muka biasa, walaupun ombak didada bergelora tak terkata.
“Tolong keluarkan lesen.” tuturnya sebelum segera dipenuhi Azrie.
“Buka tempat duduk!” arah seorang pegawai polis beruniform putih itu pula selesai memeriksa, membuatkan Mat dan Azrie saling berpandangan lagi sebelum akur dengan arahan yang diberi.
Sudah sebulan berlalu daripada tarikh yang dijanjikan dan sudah berminggu-minggu juga Mat hilang tanpa kesan bila telefon bimbitnya seperti sengaja dimatikan. Mak dan abah semakin dipalit rasa bimbang. Setelah lama menahan, akhirnya mak terpaksa juga menghubungi along untuk mendapatkan jawapan.
“Assalammualaikum.” tutur mak perlahan, cuba untuk menyembunyikan perasaan yang sebenar kerana dia masih ingat janjinya pada Mat untuk merahsiakan segala yang berlaku.
“Walaikummussalam. Mak sihat?” balas along di hujung talian.
“Alhamdulillah. Sihat. Mak telefon ni nak tanya.”
“Mat kat mana? Dah lama mak cuba telifon dia tapi tak dapat. Telefon Mat ada masalah ke?” soal mak segera ingin tahu keadaan anaknya yang seorang itu.
“Mat?”
“Mat..Mat ada! Dia kerja.”
“Dia kata dia tak jadi nak behenti. Lagipun kontrak Mat masih ada lagi. Rugilah kalau berhenti waktu macam ni.” balas along lancar, tapi, mak tetap rasa tak sedap hati, sukar untuk mempercayai kata-kata along lagi.
Mak mula jadi geram. Mak geram kerana along dilihat langsung tak kesiankan Mat. Berpenat-lelah Mat bekerja, tapi along masih sanggup mengambil kesempatan daripadanya. Andai dia tahu lebih awal niat along itu, pasti takkan diizinkan. Biarlah Mat marahkannya. Dia sanggup. Asalkan Mat sentiasa ada didepan mata, senang untuk dipantau keadaannya. Tengoklah sekarang? Apa yang jadi dengan Mat pun dia tak tahu. Berminggu-minggu tidak dapat dihubungi, sampai tidur malam pun tak dapat nak lena. Risaunya? Hanya Allah yang tahu betapa banyaknya.
“Lah! Kata nak berhenti! Mak dah tanyakan pada mamak.”
“Mamak dah setuju nak ambil Mat bekerja. Nanti kalau along jumpa Mat, pesan, kata yang mak cari dia. Suruh dia telifon rumah.” arah mak pula.
“Ok, mak, ok. Nanti along bagitahu Mat. Assalammualaikum.” belumpun mak babis bercakap, along dah menyelesaikan. Mak jadi lebih tak sedap hati kerana seperti ada sesuatu yang along sedang sembunyi.
Hari-hari berikutnya kekal berlalu tanpa khabar berita daripada Mat dan kebimbangan mak serta abah jadi semakin memuncak. Safi perasan, mak dah mula tak keruan. Minum, makan, semuanya di kurangkan, bukan kerana tiada barangnya, tapi tak berselera.
“Awak! Kenapa dengan Mat ni? Tak pernah dia sunyi sampai lama macam ni. Biasanya setiap minggu dia mesti telifon kita.”
“Ni dah berbulan. Haritu saya dah pesan pada along, kalau jumpa Mat, suruh dia telifon rumah, tapi sampai sekarang masih tak ada. Bila ditelifon, tak dijawap. Risau saya ada apa-apa yang jadi pada dia.”
“Sejak dua menjak ni, hati saya asyik berdebar-debar je. Rasa macam ada yang tak kena.” luah mak sambil mengurut-ngurut dada bila hatinya sentiasa rasa tak selesa.
“Dah! Telifonlah anak kesayangan awak tu! Tanyalah dia mana Matnya!” marah abah selesai teringatkan along, kerana setiap kali isu itu dibangkitkan, dia pasti akan naik angin semula. Benarlah sangkaannya, along memang tak boleh diharap.
“Bukan saya tak cuba. Sejak daripada hari tu, along pun dah tak angkat telifon. Risau saya. Macam ada benda yang dia nak rahsia daripada kita.” balas mak, makin murung wajahnya. Safi, Man dan Ina yang ada di ruangan dapur kekal menadah telinga.
“Takkanlah sampai nak susahkan angah? Angah tu baru sangat masuk latihan kerja. Nak menyusahkan dia, tak sampai hati pulak rasanya.”
“Mana nak mencari, mana nak bekerja lagi.” tambah mak, selesai menyusun semua.
“Dah tu awak nak saya buat macam mana?! Awak nak suruh saya ke KL tu semata-mata nak mencari mereka?!
“Along tu jangan sampai saya jumpa! Kalau hilang sabar, entah apa yang saya buat pada dia!” suara abah makin tegang. Safi dan adik-adik serta-merta jadi takut kerana sejak Mat tak ada, abah dah jadi makin garang dan hubungan kedua-dua orang tua mereka, dilihat semakin renggang. Segera mereka berhenti bermain sebelum batu seremban yang ada di tangan digenggam erat lalu pantas disimpan.
“Awak pun. Kalau marah, cubalah kawal sikit diri tu. Malu didengar dek budak-budak.” tegur mak, cuba membentuk alam kekeluargaan yang harmoni di mata anak-anaknya.
“Lantaklah! Dah besar dah semuanya!”
“Biar mereka faham masalah keluarga ni, supaya tak ada yang mengikut perangai anak tak berguna tu nanti. Tak habis-habis nak menyusahkan keluarga!”
“Awaklah puncanya! Percayakan sangat anak kesayangan awak tu! Ha, tengok sekarang? Apa yang dia dah buat pada kita!” balas abah makin tinggi nadanya. Baru ingat nak baring, tapi dia terus bangkit semula dengan wajah menyinga sambil satu jelingan tajam dihadiahkan ke arah mak, membuatkan mak terus kecut perut. Itu belum lagi mak ceritakan tentang hal along yang menghabiskan duit simpanan Mat. Kalau suaminya itu tahu, tentu dia akan lebih naik hantu. Paling pasti, dia juga yang akan kena nanti bila dituduh sentiasa memanjakan anak.
“Awak tahu apa yang anak awak tu buat? Malu saya tahu, malu!”
“Masa di kedai Tam tadi, Nora datang. Nora bagitahu yang dia baru dapat surat daripada peguam.”
“Tahu awak! Anak awak tu buat hal lagi! Dia tak bayar lagi pinjaman pendidikannya tu! Kan saya dah suruh awak pesan pada dia, selesaikan pinjamannya tu!”
“Tengoklah sekarang apa jadi. Memalukan! Nora tu pun satu. Masa tengah ramai orang, masatulah dia nak memekak. Tebal rasa muka ni tahu! Malu!” tutur abah geram dengan tangan yang dicekakkan ke kedua-dua belah pinggang.
Mak terdiam. Dia seperti tak percaya. Along betul-betul telah mengecewakannya. Bila ditanya, kata bayar, tapi kalau bayar takkanlah sampai dapat surat merah pula. Mak menarik nafas panjang. Penyakit along memang dah tak terubat. Tak pernah pendai nak menjaga air muka keluarga. Buat semua ikut suka. Belum selesai masalah dengan Mat, masalah lain pulak yang ditimbulkannya.
Safi, Man dan Ina yang mendengar turut terdiam dan didalam diam, mereka mula menyalahkan along. Along punca keluarga mereka berantakan. Asyik buat perangai. Tak pernah nak buat mak dan abah gembira sebaliknya disebabkan dia, kedua orang tua bercakaran sepanjang masa. Semuanya sebab along! Kini hubungan kekeluargaan mereka dah jadi semakin tak menentu.
“Safi…Along buat hal lagi?” soal Man dan Ina turut sama menantikan jawapan.
“Shh…janganlah bising. Kalau abah dengar, teruk kita nanti.” bisik Safi. Jari telunjuknya diletakkan di bibir dan serentak itu, Man dan Ina segera mengangguk faham.
“Memang dasar anak kurang ajar!” jerkah abah, bak ombak yang menggulung tinggi, mengecutkan hati setiap yang mendengari.
“Cuba jangan disumpah seranah anak tu! Apapun yang jadi, dia tetap anak kita. Dah jadi tanggungjawab kita untuk didik dia.” balas mak, kekal berusaha mengurangkan kesannya. Hati abah jadi makin mendidih bila si isteri dilihat kekal cuba membela anak yang tak berguna.
“Dah tu sekarang, awak salahkan saya?! Awak nak cakap yang saya tak berikan didikan yang cukup pada dia?!”
“Kalau itulah maksud awak, iyalah! Memang saya yang salah! Saya ni! Saya!!! ” jerit abah melepaskan segala-gala yang disimpan. Dia kecewa dengan mak kerana isterinya itu dilihat langsung tak dapat nak memahaminya.
Serta-merta abah membuka langkah dan dengan sekelip mata dia sudah lengkap berpakaian semula. Safi, Man dan Ina masih mengintai dari dinding rumah yang belubang akibat dimakan asai. Mereka nampak abah bergegas mengemaskan beg pakaian lamanya yang tergantung di dinding. Beberapa helai baju dimasukkan ke dalam beg yang sudah amat lusuh itu. Segera mereka mendapatkan mak yang sedang terduduk dan memerhatikan segala perbuatan abah.
“Ha! Kalian tinggallah dengan mak kalian! Biar kalian merasa kebulur tak makan!” tutur abah kasar sebelum menuruni anak tangga dan hilang entah ke mana. Begitulah abah, lain punya angkara, lain pula merana. Man dan Ina mula meraung saat melihat mak yang dah bercucuran air mata, namun Safi kekal menahan rasa.
“Patutlah along cetek akal, rupanya menurun daripada genetik abah yang hanya buat benda ikut suka. Tak pernah nak berfikir panjang.” bisik Safi sebelum mengeluh sendiri. Wajah mak dipandang dengan pemandangan yang biasa dilihatnya. Hidup mak memang tak pernah sunyi daripada linangan air mata.
“Safi, homework akaun semalam kau dah siapkan? Soalan Syarikat Teguh tu kau dapat tak jawapan? Dah puas aku cuba, tapi tetap tak balance.” tutur Rita yang baru sampai lalu menarik kerusi ke bahagian hadapan meja membuatkan Safi segera tersedar daripada lamunan.
“Soalan fasal kunci kira-kira tu ke? Kenapa?”
“Aku tak tahu macam mana nak buat. Kau tahu? Mestilah kau tahu kan. Kan kau pandai akaun. Cepatlah, nak tengok, mana dia?” pintanya lagi kerana dia masih tak puas hati setelah semalaman mencari jawapan. Sampai tertidur, tapi baki debit dan kredit masih tidak sama.
“Nak mintak mak aku tunjukkan, diapun tak tahu. Kalau tanya fasal agama, tahulah.” tuturnya lagi sambil tersenyum sendiri.
“Cepatlah, mana?” soalnya semula, minta disegera.
“Kau ni pun satu. Cuba bawak bersabar sikit boleh? Jap aku ambil.” serentak tangannya meraba buku ledger yang disimpan awal tadi.
“Alamak!” tuturnya sepatah dengan mulut ternganga.
“Kenapa? Kau jangan cakap yang kau tinggal pulak.” duga Rita berteman riak wajah yang kecewa.
“Acah Mat Labu! Mestilah aku bawak. Nah, dipersilakan.” Safi tersenyum puas sebelum menghulurkan buku ledger yang dimaksudkan. Dia seronok dapat menyakat sahabatnya yang sorang ni dan dengan pantas, buku tersebut bertukar tangan. Rita segera membandingkan jawapannya dengan jawapan Safi. Kepalanya terangguk-angguk, nampak kusyuk sangat. Hai, anak sapalah agaknya tu. Bisik Safi berteman rasa senang hati.
“Yah!!!” sergah satu suara dari belakang. Tercampak semangat mereka berdua dibuatnya.
“Ya-Allah…” tutur kedua-duanya sambil mengurut dada.
“Ha! Soalan no 2 tu! Korang dapat jawapan? Puas aku cuba, tapi tetap tak dapat. Aku rasa soalan tu salah la. Mesti Cikgu Ayuni salah angka lagi macam soalan minggu dulu tu.” ucap Katy penuh yakin.
“Cakap tu cubalah berlapik sikit. Ni, Safi dapat je jawapan. Senang-senang je kata soalan salah.” tegur Rita.
“Ya ke? Mana? Bagi aku tengok.” Katy pentas mencapai buku ledger yang berada di hadapannya, namun, Rita tak rela nak lepaskan, tak mahu dibuli lagi, paling tidak, bukan kali ini.
“Kejaplah. Bagilah aku tengok kejap!” pinta Katy, tak puas hati.
“Tungguuu! Aku sikit je lagi ni. Tunggu kejap!” balas Rita sebelum mencari punca kegagalannya menyelesaikan soalan tersebut.
“Ish kau ni! Geram betul. Cepatlah sikit.” bebel Katy.
Safi yang melihat jadi terhibur. Rita baru bertukar ke sekolahnya beberapa bulan yang lalu. Katanya dia tak dapat nak teruskan pengajian di SMA, kerana dia tak dapat nak sesuaikan diri bila terlalu banyak ujian yang perlu ditempuhi dan semuanya menuntut konsentrasi yang amat tinggi. Dia putus asa setelah bermati-matian mencuba.
“Safi, kalau aku tukar ke sekolah kau, kau rasa ok tak?” soal Rita tiba-tiba semasa mereka pulang berjalan kaki bersama.
“Nak tukar? Tapi kenapa?” soal Safi cuba untuk memahami.
“Aku rasa aku tak dapat nak teruskan lagi. Susah sangat kat sini. Prinsip akaun tu susah tak?”
“Susah tu tak jugak. Biasa, macam matematik. Mengira je kerjanya, tapi Mak Ngah dengan Pak Ngah kasi ke? Mereka tak marah?” soal Safi mula bimbang.
“Aku tak bagitahu lagi. Aku nak tanya kau dulu. Kau boleh tolong ajarkan aku mana-mana yang aku tak tahu?” pintanya mengharap.
“Insya-Allah, boleh. Mana yang aku tahu aku akan tolong ajarkan, tapi bincanglah dulu, aku takut Mak Ngah dengan Pak Ngah tak izinkan.”
“Kan mereka nak sangat tengok kau masuk sekolah agama. Tapi, kalau mereka kata ok, oklah.” jawap Safi memberikan sokongan.
“Terima kasih Safi!” segera dibalas Rita, tanda penghargaan.
“Ok, kasih diterima.” balas Safi beserta senyuman ceria.
“Mak, bolehlah ya?” soalnya meminta dengan wajah bergula.
“Mak dengan ayah janganlah risau. Safi ada, dia boleh tolong ajarkan. Lagipun dia dah janji.”
“Dah tu, kira bolehlah ya?” tambahnya lagi kekal memujuk, membuatkan mak dan ayahnya terdiam. Mereka dah tak tahu nak cakap apa lagi. Maklumlah cuma tinggal berbaki kurang dari setahun sebelum peperiksaan SPM dijalankan. Mereka bimbang keadaan itu akan menjejaskan gred pelajaran anaknya nanti.
“Tapi Rita kena ingat, yang Rita dah jauh ketinggalan di belakang. Rita kena kerja lebih. Banyak yang perlu dikejar. Betul Rita tetap nak tukar? Rita tak menyesal?” soal Mak Ngah mahu memastikannya.
“Betul mak. Rita pasti.” jawapnya, membuatkan Pak Ngah dan Mak Ngah mengangguk tanda sokongan yang tak berbelah-bahagi pada pilihan anaknya itu.