Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab100a

Benar kata angah satu ketika dulu, ajal maut di tangan Allah dan takkan ada siapa yang dapat menduganya. Fabuari…bulan yang akan sentiasa diingati. Abah menyesal tak sudah. Sumpah lamanya seperti sudah memberikan hasil, dan angah, betul-betul telah mendapat barah.

Setelah hampir setahun berjuang melawan penyakit barah tersebut, akhirnya angah dipanggil menghadap llahi. Hari-hari yang suram dilalui dengan tangisan dan pengharapan. Harapan agar satu masa nanti mereka akan bersatu semula di sisiNya.

 

Hujan renyai-renyai menemani perjalanan terakhir angah daripada Kuala Lumpur ke kampung, sehinggalah ke saat proses pengebumiannya.

“Alhamduillah…”

“Bersih dan tenang saja wajahnya. Serupa orang tidur.” tutur tok imam masjid di kawasan perumahan berkenaan, saat menatap wajah angah yang baru sahaja dibukakan. Teman-teman sekolah dan jiran tetangga turut sama mengimamkan solat jenazah buat kali yang kedua.

 

Suasana syahdu dan pilu kekal terasa walaupun jenazahnya sudah selamat dikebumikan. Safi masih tidak mahu berganjak. Matanya kekal terpaku pada rumah abadi angah, di dunia, sebelum mereka diperkenankan untuk bertemu semula di tempat abadi, akhirat yang sentiasa dinanti, insyaAllah.

Angah, terasa terlalu singkat masa kita bersama. Angahlah kakak dan juga sahabat, insan yang berjaya membuatnya memahami perkataan dan abjad. Mendidik tanpa jemu, agar adik-adik jadi terdidik. Tak pernah lokek menasihati dan berpesan-pesan ke arah kebaikan. Kasih sayangnya pada keluarga tak ada batasan dan demi keluarga, kebahagiaannya rela diketepikan. Semuanya dilakukan kerana ihsan mak dan abah yang telah membesarkan.

“Angah…”

“Safi sayang angah…” bisiknya sebelum air mata yang baru hilang terbit dan bermaharajalela semula.

“Safi, dahlah. Jom kita balik. Esok kita datang lagi.” pujuk mak yang sudah kekeringan air mata.

“Tapi…nanti angah tinggal sorang.” balasnya membangkang.

“Dah? Safi nak tidur sini teman angah?”

“Dah dah! Balik! Jangan nak fikir yang bukan-bukan.”

“Ini rumah angah. Rumah kita dekat rumah.” tegas mak tak merelakan membuatkan Safi melupakan hasrat yang terdetik di fikiran.

“Mak nak singgah rumah kampung?” soal Safi yang masih berusaha mengesat air mata dengan lengannya.

“Ingat memang nak pergi. Jomlah kita singgah sekejap. Mak nak pergi sungai.”

 

“Mak! Mak! Mak tengok ni!” panggil Safi yang sudah terlebih dahulu menuju ke tebing.

“Ni! Katak ni!”

“Macam mana boleh ada pulak katak lembik ni dekat sini?”

“Dah mati pulak tu.” tutur Safi pada mak yang berada tidak berapa jauh daripadanya.

“Mana? Mana kataknya?” soal mak tak percaya.

“Ni, ni! Mak tengok tangan dia. Tangan dia ada kesan merah. Macam kena ikat.” jawap Safi cuba memberanikan diri kerana katak bukanlah binatang yang disukai.

“Memang ada kesan. Takkan…”

“Takkan semuanya kebetulan?” soal mak sebelum dia segera membuat keputusan.

“Takpa. Kita kuburkan jelah dia dekat sini.” arah mak yang sudah mula menggali.

 

Dalam pada mereka sibuk meratapi kehilangan, abah dan yang lain-lain mula merancang sesuatu tanpa pengetahuan mak dan Safi. Mungkin benarlah kata Mak Cu dulu, abah memang ditakdirkan untuk tidak berubah dan rumah tangga mak tak bahagia sampai ke sudah.

“Abah. Rumah angah dekat KL tu baik dijual. Kereta tupun sekali. Kalau diikut rumah tu je dah boleh dapat sampai RM 250, 000.” tutur Usop menyampaikan apa yang dia tahu.

“Abah pun rasa itulah yang terbaik. Takpa, kita tunggu selesai tahlil ni dulu.” balas abah bersetuju.

 


“Rumah angah tu baik kita jual jelah!” tutur Usop yang berada di sebelah along sambil tersenyum di hadapan Safi yang sedang mengemaskan periuk belanga selesai majlis kenduri tahlil malam yang ketiga.

“Jual?! Kan angah dah pesan jangan! Rumah tu kan angah cakap untuk buat tempat singgah kalau ada yang nak buat apa-apa kat bandar.”

“Lepastu, Usop tak ingat yang angah pernah cakap, dia nak rumah tu jadi tempat anak-anak saudara tinggal bila ada yang belajar kat sana nanti? Tak ingat?” balas Safi mengangkat wasiat. Serta-merta wajah Usop berubah, along juga sudah hilang gembira, serta abah, terbantut terus untuk menambah.

 

Bayu terasa seakan sudah tidak seayu dulu bila belaiannya tampak sia-sia dan dah tak berasa. Daripada luar rumah, Safi bergegas masuk dan bersiap-siap ala kadar sebelum mencapai kunci motor yang ada di atas meja.

“Safi nak pergi mana?” soal mak saat terpandang.

“Safi nak tengok angah.” jawap Safi.

“Kan semalam kita dah pergi. Esok jelah! Esok kita pergi sama-sama. Lagipun mak tak siap masak lagi ni. Sekejap lagi Usop dah nak balik. Nanti…”

“Takpalah, biar Safi je pergi. Safi pergi dulu. Assalammualaikum.” tuturnya kekal dengan pendirian.

“Safi!” tutur mak, menegah, namun, sia-sia kerana Safi sudah mula menolak motornya.

 

Pusara angah diamati lagi, sebelum tangannya didaratkan pada permukaan tanah merah yang masih segar. Lama dia berkeadaan begitu, sebelum air mata menyusur kemudiannya.

“Angah…”

“Angah tidorlah ya. Rehat elok-elok…” tuturnya sebelum segera mengesat air mata yang makin menguasai dirinya.

“Angah…”

“Safi rindu angah…” tambahnya sebelum manik-manik air hujan dapat dikesan pada tangan. Dimulakan dengan renyai, sebelum bertukar sedikit kasar. Safi bergerak ke kawasan teduh, rumah stor yang ada berhampiran demi mengelak kebasahan.

“Bismillahir rahma nir rahim…”

“Yasin…” lafasnya ditemani hujan separa lebat dan suasana suram, seperti sedang berkongsi hati. Ayat demi ayat dibacakan dengan harapan, angah dijauhi daripada siksaan.

 

“Lupa Safi nak bagitahu mak.”

“Mak tahu, hari yang angah meninggal tu, kan mak suruh Safi balik ambik kain batik. Masa balik, Safi dengar telifon angah yang tengah bercas bunyi. Bila angkat, dia tanya angah.”

“Safi cakaplah pada dia yang angah baru meninggal, lepastu Safi tanya dia semula. Dia siapa?”

“Mak tahu dia jawap apa?”

“Apa?”

“Orang bank!”

“Orang bank?!”

“Ha, orang bank, lepastu dia tanya, kenal ke tak along. Di sebutlah nama along. Safi pun cakaplah kenal, yang tu abang.” terang Safi. Serentak itu, kedua-duanya memikirkan apa sebenarnya yang terjadi sebelum Safi seperti dapat menjejaki.

“Takkan along curi-curi gunakan angah sebagai penjamin pinjaman dia? Takkan…”

“Slip gaji angah yang ada dekat dalam bakul kat bilik Usop?” bisiknya sebelum segera bergerak untuk memeriksa dan setelah diteliti, dia akhirnya jadi pasti.

 “Tak guna!” gerutunya menzahirkan rasa.

Previous: Bab 99b
Next: Bab100b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.