Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab117c

“Awak…” tutur mereka serentak sebelum Wan memberikan ruang untuk Safi memulakannya.

“Takpalah, awak cakap dulu.” balas Safi menolak.

“Awak…” tutur Wan perlahan sebelum bibirnya terhenti, tak terjumpa kata-kata yang ingin ditanya awalnya saat mereka bertentang mata dan begitu jugalah keadaannya pada Safi. Akhirnya setelah seketika, mereka hanya tertunduk dan membisu sahaja.

“Ya-Allah…”

“Apalah kerjanya budak berdua tu? Cuba akak tengok!”

“Kita suruh mereka berkawan, tapi nampaknya, memang tak adalah.” tutur Puan Zaiton yang sedang mengintai di sebalik dinding dapur.

“Entahlah. Hari tu kata nak berjumpa. Tapi bila berjumpa, bisu pula. Dah? Ton rasa apa yang kita kena buat sekarang?”

“Jomlah kak, kita ke depan semula. Tak kena gaya, lain pulak jadinya. Budak-budak zaman sekarang ni, hari ni dia kata begini, esok dia kata begitu. Silap-silap, tak jadi berbesan kita.”

“Iyalah. Mohlah.” balas mak mempersetujuinya.

 

“Balik kami kak. InsyaAllah, dengan izin Dia, sebulan lagi kami datang semula. Akak jaga diri.” tutur Puan Zaiton sebelum kedua-duanya berjabat tangan. Selesai berjabat, kucupan dihadiahkan pada kanan dan kiri pipi.

“Iyalah. InsyaAllah. Ton pun sama, jaga diri.” jawap mak bertukar pesanan. Safi dan Wan sempat berbalas pandang sebelum kuntum senyum datang tak diundang.

“Safi, ibu balik dulu.” tutur Puan Zaiton. Segera Safi menghulurkan salam hormat pada yang lebih banyak usianya. Puan Zaiton tersenyum bahagia. Satu kucupan sempat dihadiahkan ke dahi dan di kedua-dua belah pipi Safi tanda penghargaan dan mak tak kurang banyak juga gembiranya.

“Hati-hati. Wan bawak kereta elok-elok.” pesan mak pada Wan yang sedang menyalaminya.

“InsyaAllah. Wan balik dulu, mak. Assalammualaikum.” balas Wan sebelum berjalan ke arah keretanya. Namun belum sempat bergerak ke mana, dia menyedari akan kekurangan setelah kocek seluar diperiksa.

“Hanset! Sekejap mak. Henset Wan tertinggal!” tuturnya Pada Puan Zaiton yang sudah bersiap sedia duduk di sebelah. Tak bertangguh, dia keluar semula untuk mendapatkannya.

“Kenapa?” soal mak saat terlihatkan gelagat.

“Henset Wan mak, tertinggal!” jawap Wan dan Safi pantas mencarinya.

“Jenis pelupa juga rupanya dia…” bisik Safi sambil tersenyum sendiri.

“Terima kasih…” tutur Wan pada Safi yang sudah datang sambil menatang.

“Ok, kasih diterima...” jawap Safi bersahaja sebelum kedua-duanya saling berkongsi pandang dan Safi terus berjaya mencari apa yang kurang.

“Alamak! Terlepaslah pulak!” bisiknya di dalam hati dan Wan sempat mengukirkan senyuman.

“Saya balik dulu. Assalammualikum…” tutur Wan perlahan menghargai penerimaan.

“Waalaikumussalam…” jawap Safi saling berkongsi rasa, sebelum mata dan hatinya rasa terhenti dengan sendiri saat terpandangkan Wan yang sudah berpaling. Seperti dejavu! Tangkap layar peneman lenanya, kini jadi nyata. Dia akhirnya bertemu dengan pemilik belakang itu! Lelaki yang sering menemaninya dalam mimpi. Bila Wan menoleh semula dan melambai, Safi terus hilang kata-kata, namun, tanpa sedar, tangan serta-merta bergerak untuk membalasnya.

 

Previous: Bab117b
Next: Bab 118

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.