Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab 96b

Angah kekal terduduk di birai katil sambil menyaksikan kesan ‘banjir’ yang sudah dihasilkan berteman perasan kecewa pada badan.

 

“Safiii…” tutur angah pada Safi yang baru tiba, sesudah menyegarkan dirinya.

“Ha! Kenapa?” balas Safi pantas ketika mendengarkannya.

“Safi tu…”

“Angah terkencing dekat situ. Tak sempat nak pergi tandas…” balas angah sambil menuding jari pada lantai yang kebasahan berteman dengan rasa terkilan.

“Takpa, takpa! Biar Safi bersihkan. Angah punya baju macam mana? Ada kena?” soal Safi yang dah bergegas membuka beg galas.

“Kena. Kain angah basah…” tuturnya sambil mengangguk lemah.

“Takpa, nanti Safi pergi ambik baju ganti.” jawap Safi sebelum segera keluar dan mencari.

 

“Jom kita mandi.” arah Safi yang dah kembali dengan pakaian yang diperlukan. Segera dia memapah angah ke bilik mandi yang ada di situ. Selesai mendudukkan angah dia keluar semula untuk membersihkan kotoran yang ada di atas lantai pula.

 

Fizah dan Cen sampai agak awal hari itu dan keadaan itu telah membuatkan angah sedikit terkejut.

“Awalnya…”

“Sekarang baru pukul berapa?”

“Bertolak pukul berapa dari sana?” soal angah sukar untuk mempercaya, kerana sahabatnya itu sudah seperti berumah di situ.

“Assalammualaikum Has…”

“Waalaikumussalam.”

“Aku tumpang rumah Kak Cen.”

“Semalam, lepas habis kerja aku dah bertolak ke sini. Itulah sebabnya pagi-pagi lagi dah boleh datang.”

“Has apa khabar? Sihat?” soalnya selesai mengucup ubun-ubun rakan karibnya itu.

“Hmm. Macam nilah aku.” balas angah sebelum mengukir senyuman separuhnya.

“Imah mana?” soal angah pula setelah selesai mengira.

“Imah, biasalah dia. Budak sorang tu, kalau janji pukul lapan, maksudnya pukul sembilan. Bila janji pukul 9, hai, maknanya pukul sepuluh la tu.”

“Itupun kalau nasib baik, tiba tak baik, pukul 12 pun belum tentu nampak batang hidung lagi.”

“Tapi kan, aku ada benda nak gosip ni!” tambah Cen mahu menyampaikan berita.

“Khabar angin dah tersebar dah! Imah, dah kena risik!” tutur Cen, merangkap rakan sekerjanya.

“Serious? Kak Cen biar betul! Jangan buat berita palsu pulak.” sampuk Fizah cuba mencari kebenaran.

“Iya, betul! Takkanlah nak tipu. Lagipun budak tu, junior kita. Ingat tak, Mie, ala, budak Uitm yang praktikal tempat kita dulu, Rahimi. Ha, budak tulah!”

“Budak yang bersopan sangat orangnya tu. Yang Has cakap, macam lelaki melayu terakhir tu, ha, yang tulah!”

“Ooo…Rahimi.”

“Budak baik tu…”

“Alhamdulillahlah kalau macam tu.”

“Tapi nampaknya, tak lama nanti…”

“...tak bolehlah dia join kelab kita lagi.” tutur angah sambil tersenyum, setelah mendapat berita gembira.

“Eloklah kalau macam tu, jangan jadi macam kita. Sibuk sangat dengan ubat, sampai nak cari teman pun dah tak sempat. Alih-alih dah nak setengah abad.” ujar Fizah pula, sebelum semua yang ada sunyi buat seketika.

“Safi pun tak nak kahwinlah. Nanti bolehlah pusing satu dunia dengan angah.” sampuk Safi yang hanya memasang telinga sejak tadi.

“Kahwin Safi, kahwin!”

“Jangan jadi macam angah.”

“Tak perlu title bujang untuk pusing dunia.”

“Kalau dah ada suami pun boleh…”

“Janji, mintak restu daripada dia.” balas angah tak berapa bersetuju dengan cara pemikiran Safi, membuatkan Safi berfikir lagi.

“Safi dah nak balik?”

“Kalau Safi nak balik, Safi baliklah dulu…”

“Nanti baru datang balik.” tambah angah pula.

“Ok. Safi balik sekejap ya. Sekejap-sekejap lagi Safi datang balik. Angah ada apa-apa nak pesan tak?” soalnya sambil mencapai komputer riba dan memasukkannya ke dalam beg.

“Tak ada rasanya…”

“Takpa, nanti kalau ada apa-apa yang angah nak, angah massage Safi. Lagipun, rasanya hari ni Safi lambat sikit, sebab ingat nak basuh baju.”

“Ok, tapi Safi janganlah lambat-lambat sangat ya.” balas angah sambil mencebik, tak selesa bila Safi hilang di mata.

“Ok. Safi balik sekejap je. Jap-jap lagi Safi datang semula. Assalammualikum.” tuturnya setelah mengucup tangan kakaknya itu.

“Waalaikumussalam…ingat, jangan bawak laju-laju.” pesan angah, seperti biasa.

“Ok, tak lajulah. Safi bawak 120 je. Mana ada laju.” jawap Safi yang sudah menyarung topi keledarnya. Cermin topi gelap diangkat tinggi supaya dia tak dicurigai.

“Haaaa…jangan.” bidas angah, tak suka mendengarnya. Walaupun tahu yang ianya hanya sekadar gurauan semata.

“Bai-bai angah. Assalammualaikum…” tuturnya semula sebelum berlalu pergi.

“Waalaikummussalam…” jawap angah berteman pandangan yang kekal menemani setiap satu langkahan Safi dengan harapan adiknya itu akan segera kembali. Fizah dan Cen tak ketinggalan membalas lambaian.

“Safi tu…”

“...daripada kecil, susah nak menangis…”

“Walaupun ada yang buat khianat pada dia.”

“Hatinya keras, tapi…disebab aku, dia dah banyak sangat menangis.” tutur angah menceritakan keadaan. Mendengarnya, Fizah dan Cen, hanya mampu menarik nafas.

“Dah tu, master dia macam mana?” soal Fizah pula.

“Entahlah. Setiap kali aku tanya, dia jawap sambil lewa.”

“Kesian aku pada dia. Disebabkan aku…” kata-kata angah terhenti disitu sebelum dia segera mengesat air mata yang menitis dengan sendirinya.

“Has, dahlah. Janganlah sedih. Takpa, insyaAllah. InsyaAllah, semuanya akan pulih semula nanti. Kita doa yang baik-baik ya.” balas Fizah sebelum bangun dan duduk di sisi angah sambil memeluknya.

   

Previous: Bab 96a
Next: Bab 96c

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.