Buku yang ada tersusun pada rak dikemaskan sebelum dia menyusuri rak-rak yang selebihnya. Selesai di situ dia beredar ke bahagian stor pula, memeriksa stok buku-buku yang ada terutamanya buku berkaitan akedemik yang sudah dilihat semakin berkurangan.
“Yang ni dah boleh nak order semula.” bisiknya sebelum bergerak ke ruangan pembacaan yang ada khas disediakan. Laju sahaja tangan menyimpan dan mengemaskan buku-buku yang kelihatan tidak berada di tempatnya itu.
“Dah balik?!” tuturnya terkejut saat terpandangkan kereta Safi yang sudah ada dipakir. Serta-merta senyumannya datang dengan sendiri mencerminkan keceriaan hati.
“Assalammualaikum…” tuturnya saat pintu rumah dibuka, namun Safi tiada menyambutnya. Sempat jam ditangan diperiksa lalu dia sedar yang dia sudah kelewatan bila jarum pendek sahaja sudah jauh melepasi angka 11.
Daun pintu biliknya dibuka dengan berhati-hati sebelum matanya tertangkap pada sekejur tubuh isteri yang sudah lena di perbaringan.
Kadar suara di kotak tv segara diperlahankan, bila bunyi semasa dirasakan bergema secara berlebihan. Segera matanya terarah pada pintu bilik untuk memastikan tiada gangguan yang dihasilkan. Seketika, bila dia jadi pasti yang Safi masih kekal terlena lagi.
Satu demi satu siaran diteroka, namun masih tiada yang menarik hatinya sebelum dia sampai ke saluran berita dunia yang sudah bermula.
“Ada cerita apa tentang dunia?” bisiknya sebelum menumpukan perhatian, tak lama sebelum mata mula minta dilayan pula.
“Allah hu akbar...” bisiknya yang sedang menelangkupkan tangan ke mulut demi menutup lubang yang baru sahaja dihasilkan.
“Allah hu akbar. Ya Allah…” ulangnya sambil bersandar pada sofa yang sedang didudukinya.
Mata yang masih berat dipaksa juga untuk dibuka sebelum tangan meraba-raba mencari telifonnya. Selesai memeriksa waktu, dia bangun dan keluar untuk ke ruang tamu.
“Tak balik lagi ke dia?” bisiknya setelah gagal mencari kelibat Wan yang dinanti-nanti sejak awal tadi.
“Huh? Kenapa dia tidur dekat luar?” soalnya pula saat terpandangkan Wan yang sedang terlena.
“Abang…” tuturnya perlahan sambil tangan pantas diarah ke lengan Wan, namun dia jadi teragak-agak pula untuk mengejutkan. Lama wajah Wan dipandang sebelum rasa hibanya datang. Perlahan-lahan kaki suaminya itu disentuh, minta pengampunan.
“Abang…”
“Safi minta maaf…” rintihnya, kekal di dalam hati, tak termampu nak diluahkan secara berdepan. Air mata yang cuba ditahan, gugur juga, tanda keinsafan. Wan yang baru bergerak sempat terpandangkan Safi yang ada duduk di lantai.
“Kenapa ni?” soal Wan dalam mamai pada Safi yang dilihat sedang cuba menyembunyikan perasaan.
“Tak ada apa-apa. Abang dah makan? Nak makan? Kalau nak, nanti Safi panaskan.” tutur Safi yang sudah ingin bangun, berkira-kira untuk ke dapur, namun pergerakannya terhenti bila Wan terlebih dahulu mencapai tangannya dan mula duduk di sebelah.
“Safi tak jawap abang lagi. Safi kenapa? Apa yang buat Safi sedih?” soalnya tak suka bertangguh-tangguh dalam mencari kebenaran. Safi tak terus membalas, sebaliknya dia memberanikan diri untuk menatap wajah suami, namun entah kenapa saat wajah itu dipandang, hibanya kembali datang. Segera dia menyapu air mata dengan belakang tangan, tak mahu terlalu terbawa-bawakan perasaan.
“Safi, kenapa ni? Apa yang tak kena? Ada abang buat salah pada Safi?” soal Wan tak menjangka akan reaksi yang Safi pamerkan. Segera Safi menggelengkan kepala, menidak.
“Abang tak pernah buat salah pada Safi. Tapi Safi…”
“Safi nak minta maaf. Safi tahu, Safi derhaka pada abang. Safi…”
“Kenapa Safi cakap macam ni?”
“Abang tak pernah rasa yang Safi derhaka pada abang. Tak, walaupun sekali.” pintas Wan.
“Betul? Betul abang tak marahkan Safi?” soal Safi mahu dipasti.
“Tak. Memang tak pernah. Kenapa mesti abang marah pada Safi bila Safi tak pernah buat salah apa-apa pun pada abang?”
“Tapi, Safi…” kata-katanya terhenti saat teringbau peristiwa di malam pertama mereka. Melihat keadaan itu, Wan seperti sudah dapat mengagak punca segala-galanya.
“Abang tahu yang Safi perlukan sedikit ruang untuk kenal abang, dan Safi masih lagi takut-takut pada abang…”
“Tapi, Safi nak tahu tak?”
“Yang sebenarnya, abang pun takut juga dengan Safi. Abang takut.”
“Abang takut Safi marah abang.” balasnya sambil meraih dan menggenggan jari-jemari Safi, kemas, menandakan keluhuran.
“Abang takut sangat. Abang takut, kalau sekali abang buat Safi marah, nanti Safi dah tak nak maafkan abang dah…” tambahnya lagi.
“Kita buka satu hubungan yang diredhaiNya, dan tak seharusnya kita cipta pintu untuk kebencian hadhir bersama.”
“Abang mengaku yang abang tak mampu untuk janjikan bulan, bintang, juga awan untuk Safi sebab abang sedar yang abang takkan berjaya buat semua tu.”
“Tapi abang nak Safi tahu…”
“Abang hanya ada segenggam setia yang boleh abang beri pada Safi…” tutur Wan sambil membawa telapak tangan Safi ke dadanya.
“Dan sekuat degupan jantung ni, sekuat itulah juga perasaan abang pada Safi.”
“Boleh…”
“Boleh Safi beri setia Safi pada abang?” soal Wan, minta diperkenan dan Safi tak perlukan masa yang lama untuk membalasnya. Dengan penuh harapan, tubuh Wan didakap demi meleraikan segala kekusutan yang telah tangannya hasilkan.
“Izinkan Safi,…”
“Tolong izinkan Safi jadi pelengkap tulang rusuk abang…” bisiknya mohon keizinan dan Wan menjawapnya dengan cara membalas pelukan.
“Safi tak perlu minta…sebab itu memang dah menjadi harapan abang sejak daripada mula.” balasnya berteman rasa kesyukuran yang tak dapat nak dijelaskan dengan kata-kata.
“Dah lama Safi jadi dian dalam hati abang…” tambahnya, menguatkan pengesahan, membuatkan Safi terus dibuai perasaan.