(Maaf, dah puas dah cuba, dah makan berminggu, tapi tetap tak berjaya. Untuk bab-bab yang kedepan kena dibahagi pada beberapa bahagian kerana jumlah muka surat yang panjang, rata-rata melebih 10 untuk setiap bab, tak memungkinkan ianya dihantar secara bersama. Tak tahulah kenapa. Kalau nak dipisahkan, tak berapa ‘best’, sebab isi setiap bab memang dah ditetapkan daripada mula. Kalau nak ditambah bab, terlalu banyak pula jadinya nanti. Harap, keadaan tidak mengganggu kelancaran pembacaan. Terima kasih pada yang masih sudi meminjamkan hati. AngaWati. Salam.)
Bulan dah berganti bulan…lagi. Namun hasil yang diharapkan masih tak dapat dilihat. Sesi memasukkan ubat komoterapi yang sepatutnya ringkas dan cepat, sudah menjadi sangat lama dan berkederat. Safi pandang wajah angah yang makin susut sebelum matanya tertumpu pula pada rambut. Rambut angah dah makin berkurang sampai dah mula nampak sangat jarang.
“Betullah kata orang, sesi kimoterapi…”
“...tak mudah nak dihadapi.” bisiknya di dalam hati sebelum mengenggam erat tangan angah, membuatkan angah segera bergerak dan terjaga.
“Angah, makan.” tuturnya menjalankan tugas.
“Hmm…” balas angah dan Safi pantas bertindak membantunya untuk bangun. Tubuh angah didakap sebelum mereka sama-sama berusaha menegakkan badan. Safi mula terharu kerana semakin hari dia dapat rasa yang angah makin kurang kekuatan.
“Makan apa?” soal angah ingin mengetahui menunya.
“Kan semalam angah mintak makan nasi dengan gulai lemak ikan.” balas Safi sebelum mendekatkan meja mudah alih yang ada di hujung kaki.
“Gulai lemak? Sedap tu!” balasnya teruja, namun belumpun sempat menghabiskan beberapa suapan, angah sudah minta dijauhkan.
“La…kenapa? Kan baru makan sikit. Makanlah sikit lagi. Sikit je lagi.”
“Ha, makan tiga je lagi. Tiga!” tutur Safi memujuk sebelum menyuakan kembali nasi, namun angah cepat-cepat meneggeleng.
“Angah tak larat…”
“Dah tak boleh dah…” jawap angah pula membuatkan Safi hilang ketekunan untuk memaksa.
“Ok, takpa. Kalau tak nak makan nasi, angah makan pisang ya. Kan doktor cakap yang pisang ni banyak zat, ada vitamin k, boleh elak kejeng.” tutur Safi pula sambil menyuakan pisang yang ada turut sama dibekalkan.
“Hmm…”
“Tapi, pisang ni besar sangat.”
“Safilah makan…” jawapnya pula membuatkan Safi segera mencari idea yang lain pula.
“Kalau macam tu, angah minum madu ya. Madu yang Kak Imah bagi.” ubah Safi pula sebelum segera bergerak untuk membancuhnya.
“Angah, makan buah pisang ni. Ha, hari tu angah cakap yang angah nak pisang lemak manis kan?”
“Ni lemak manis. Baru tadi Man hantar. Man cakap mak pesan, makan banyak-banyak.” tutur Safi yang sudah menyuakan sebiji pisang yang saiznya hanya sebesar ibu jari.
“Nantilah angah makan…” balas angah dah mula ‘meragam’ lagi.
“Bukan ke hari tu angah yang cakap angah nak makan pisang ni. Dah tu makanlah. Safi bukak ya.” pujuk Safi semula. Izam yang ada di situ hanya mampu tersenyum sahaja melihat telatah kedua-duanya.
“Tak nak. Angah tak nak!” tutur angah kekal menolak.
“Angah, makanlah pisang. Pisang kan…” belumpun Safi sempat menghabiskan angah sudah memotong.
“Pisang! Pisang! Pisang! Tak habis-habis dengan pisang!” rentus angah dengan kening yang berkerut dan Safi tahu dia perlu segera menurut.
Safi sedang membelek-belek buku ‘ilmu rawatan tradisional’ yang abah kirimkan padanya. Puas semuka, semuka dia membaca sebelum dia memikirkan kebenarannya.
“Biar benar abah ni…”
“Bercampur-campur ilmunya. Ini ke kitab yang abah belajar?” bisiknya sebelum meneruskan penyelidikan lagi. Sesekali angah yang sedang terbaring dipandang sebelum dia menelaah semula.
“Sa..Safi!”
“Aaa..angah sejuk…” tutur angah tiba-tiba dan tanpa menunggu lama Safi terus menyelimut dan memeluk belakang tubuh angah untuk menyebarkan haba. Angah menarik selimut sampai ke paras hidung sambil berharap kesejukan yang dirasai segera pergi, kerana azabnya dah tak tertanggung rasa.
“Angah…” bisik Safi di dalam hati berteman harapan agar angah segera dapat dihangatkan.
“Allah…” rintihnya minta pertolongan.
“Allaahumma solli alaa muhammad…”
“Thibbil quluubi wa dawaa iihaa…”
“Wa aafiyati ajsaani wa syifaa iihaa…”
“Wa nuuril absori wa jilaaihaa.”
“Wa alla, aa lihii, wa shohbihii…”
“Wa baarik, wa sallim.” tambahnya ulang dan berulangan, kekal meminta pertolongan daripada sebaik-baik penolong.
Izam hanya duduk tercegat di tengah-tengah bilik sambil memerhatikan keadaan angah dan Safi yang sedang terlelap sambil berpelukan. Sesekali jam tangannya diperiksa untuk menentukan masa kerana tempoh rehat makan tengah harinya tak ada selama mana. Selesai memeriksa, dia menemankan Has semula, biarpun hanya dengan mata.
Safi yang baru tersedar segera bangun dan turun daripada katil, sedikit terkejut dengan kehadiran Izam, rakan sekerja angah yang dikenali dengan nama, lebih lama, berbanding secara fizikalnya. Safi berkira-kira untuk mengejutkan angah, namun segera Izam menegah.
“Takpayah, takpayah!”
“Jangan kejutkan Has. Biar dia tidur.” tuturnya perlahan, tak mahu membantutkan mata yang sudah selesa dipejamkan.
“Dah lama sampai?” bisik Safi pada Izam yang dilihat sudah mula mengangkat-angkat kaki.
“Baru lagi.” balas Izam menyembunyi.
“Amiklah kerusi, duduk.” cadang Safi pula.
“Takpa, takpa.” balasnya sebelum kedua-duanya sama-sama mengalihkan pandangan pada angah yang kekal tak terusik lenanya. Meneman, biarpun hanya dengan tenungan.
Angah memasang telinga mendengar setiap satu percakapan yang Safi tuturkan. Biarpun ada kalanya dia ingin bertanya, namun mulutnya rasa berat pula.
“Bila? Bila mak nak datang?” soalnya pada Safi yang sudah selesai membuat panggilan.
“Mak kirim salam…” jawap Safi pada yang perlu dulu, kerana dia tak mahu dibebankan dengan itu.
“Waalaikummussalam…”
“Bila mak nak datang?” soal angah semula, ingin sangat mendengar jawapan tentang masa. Bila mereka boleh dapat berjumpa kerana rasanya sudah terlalu lama mereka tak bersua.
“Esok! Mak datang esok!”
“Abah bagi mak datang, sebab hari ni Usop balik kampung, lepastu Usop ada ambik cuti. Dapatlah nanti Usop tolong abah berniaga.” terang Safi menceritakan perkembangan semasa.
“Iya?!”
“Betul ke esok mak datang?” soal angah yang dah mula teruja sampai nak terlompat dibuatnya.
“A’ah! Esok, insyaAllah. InsyaAllah esok mak datang. Tapi mak datang dengan bus je, sebab Man tak ada cuti. Man kena kerja nanti.” tutur Safi lagi.
“Naik bus?”
“Sorang-sorang?”
“Dahtu nanti, macam mana…”
“Macam mana mak nak datang sini?”
“Mak bukan biasa dengan KL ni.” tutur angah menyatakan kebimbangannya.
“Takpa, itu angah jangan risau. Safi kan ada. Safi boleh tunggu mak dekat sana. Lagipun mak naik satu bus je dari kampung, tak adalah bahaya sangat. Kita doa-doa jelah, jangan fikir yang bukan-bukan. Nanti Safi bertolaklah awal sikit ke sana, biar sampai dulu, jangan buat mak tunggu.” balas Safi setelah memikirkan apa yang terbaik.
“Safi, Safi nak bawak mak naik motor ke?” soal angah sedikit tak merestuinya.
“Taklah. Safi tak berani nak bawak, jauh tu. Lagipun kereta dekat situ mesti laju-laju. Kalau rempit sorang-sorang tu beranilah.”
“Safi ingat, Safi naik LRT je nanti. Lepastu naik teksi, sama macam yang angah selalu ajar.”
“Angah, station dekat depan ni nama Universiti. Nanti, daripada sana kena tukar train dekat Pasar Seni, lepastu…” tutur Safi mengulangkaji pemahaman dan angah tekun mendengar apa yang sedang dibentangkan.