Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,999
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 25 ; Apit perlu dibedah segera

Bab 25

Apit perlu dibedah segera

Rabu.. selepas 3 hari bercuti… hari ini Hani mula bekerja. Hani begitu sibuk membuat kerjanya kerana begitu banyak dokumen hendak disiapkan… maklumlah 2 hari beliau bercuti. Hani melihat jam.. sudah pukul 5.30 petang alamak…. Aku hendak pergi melawat Apit ni… leka buat kerja tup tup sudah sudah pukul 5.30 petang. Beliau bersiap-siap untuk pulang dan terus turun ke lobi… di lif beliau bertembung dengan Hasdi.

“Semalam dating yer?” tegur Hasdi… bagilah salam… buat aku terperanjat aja

“Dating?” tanya Hani yang tidak mengerti kata-kata Hasdi.

“Di Mines?” jawab Hasdi. Hani terkejut… Hasdi ada di Mines ke semalam?kenapa aku tak perasaan?

“Hahahahaha.. dating sampai tidak perasaan saya… saya ada di KFC.. saya nampak awak di Chicken rice shop.”

“Minta maaflah.. memang saya tidak perasan. Itu bukan pakwe saya… kawan” pintu lif terbuka.. kami masuk ;

“Hensem kawan awak.. ada stail.. orang korporat ker?” Jidin pakwe aku? Pliz… tapi bagus juga.. sekurang-kurangnya Hasdi tidak menganggu aku lagi ;

“Biasa sahaja Encik Hasdi” Ting! Lif sudah sampai ke tingkat bawah. Kami keluar… sebelum berpisah

“Nanti kalau awak kahwin jangan lupa jemput saya” siapa yang hendak kahwin dengan Jidin sengal.. sengal. Hani ke motornya… cuaca cerah.. beliau bercadang ke HKL untuk melawat Apit.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Sampai di Wad Pediatrik dalam pukul 5.50 petang.. Hani bergegas ke tingkat 3 dimana Apit ditempatkan.. sampai sahaja sudah ramai ahli keluarga Tasya dan juga abang Min yang datang melawat.. Hani melihat Apit kini bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan.. apa yang terjadi.? Hani memeluk Tasya;

“Kenapa Apit Tasya?” tanyaku.

“Keadaan dia semakin teruk.. mari kita berbual di luar” katanya sedih. Hani mengikutnya ke lobi… mereka duduk di ruang menunggu.

“Kenapa dengan Apitt?” ulang Hani.

“Rupanya jantung Apitt sudah berlubang lama. Sudah terlewat… Apit perlu dibedah segera” kata Tasya perlahan.

“Bedahlah. Apa yang ditunggu lagi?”

“Tapi kos pembedahannya tinggi… dalam RM 20,000. Itu kalau buat di hospital kerajaan.. kalau di swasta mahu dekat 60,000. Kos tersebut termasuk kos ubat dan bil. Aku mana ada duit sebanyak itu sekarang Hani,”

“Kau mintalah dekat Jabatan kebajikan Masyarakat, Majlis Zakat dan juga di media. Kenalah berusaha” kata Hani.

“Tapi.. Doktor hendak secepat yang mungkin.. keadaan Apitt kritikal sekarang ini. Perlu perlu dibedah dalam masa seminggu ini juga.. kalau aku buat itu semua.. mungkin 2-3 bulan baru aku dapat wangnya… masa itu keadaan Apit bertambah teruk,”

“Seminggu.. gosh….”

“Dalam masa seminggu Apit tidak dibedah. Keadaannya main kritikal…. Aku buntu sekarang ini” Hani terdiam memikirkan sesuatu…. Dia perlu membantu Tasya…. Dia turut bersedih atas dugaan yang diterima oleh Tasya.

“Beginilah.. aku cuba minta tolong bos aku” Tasya memandang Hani ;

“Minta tolong bos kau? Macamana tu?” tanyanya tidak mengerti.

“Aku tahu bapa dia terlibat dalam politik dan agak pemurah. Aku minta tolong bos aku ketengahkan perkara ini kepada ayahnya. Mana tahu ayahnya boleh menolong.. aku rasa dalam masa seminggu memang tidak siapa yang boleh menolong kau untuk dapatkan wang sebanyak itu.”

“Iya… boleh ker?”

“Kita cuba… syarikat aku pun kadang-kadang buat tanggungjawab sosial juga. Kalau tidak berjaya kita cuba cara lain pula.”

“Terimakasih Hani.. kaulah sahabat aku” Tasya memeluk Hani… Hani mententeramkan Tasya.

“Sekarang ini apa yang aku perlukan adalah surat Doktor dan dokumen yang berkaitan. Aku mahu perkara ini diselesaikan esok. Boleh?”

“Jom jumpa Doktor itu.. aku rasa dia ada di wad tadi” Hani dan Tasya bangun untuk berjumpa dengan Doktor pakar yang merawat Apit. Nasib baiklah doctor tersebut masih lagi belum balik ke rumah. Doktor bersetuju untuk menyiapkan dokumen termasuk surat kos rawatan 30 ribu. Pukul 8.00 malam Hani balik ke rumah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.