Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
902,819
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 39 B ; Dato kedekut

Mungkin disebabkan oleh suaranya yang tinggi menyebabkan Dato keluar dari biliknya untuk melihat apa yang berlaku ;

“Hani… Aisy… kenapa ni?” tanya Dato.

“Si Aisy ini Dato.. tuduh saya hendak mengurat Dato” jawab Hani selamba.

“Memang betul Dato.. Dato jangan percaya dengan dia ini.. pandai dia ambil hati Dato dengan anak-anak Dato. Berlakon sahaja tu… ada udang sebalik mee. Dia hendak mengurat Dato.”

“Apa yang kamu merepek ini Aisy?”

“Saya lihat Dato dengan Hani berjalan-jalan di Berjaya Times Square. Kemain manja Hani dengan anak-anak Dato… pegang tangan… cium pipi.. mendukung. Itu semua lakonanlah Dato. Hendak ambil hati anak-anak Dato.”

“Yang awak cemburu kenapa? Awakkan dengan Hasdi? Jadi apa salahnya saya keluar dengan Hani?”

“Dato… bukankah saya menemani Dato kerana syarat yang diberikan oleh isteri Dato” sampuk Hani.

“Jadi betullah Dato ada hubungan dengan Hani?”

“Tidak Aisy… saya tidak ada apa-apa hubungan dengan Hani. Satu perkara yang ingin ditegaskan disini.. Hani menemani saya kerana itu syarat yang dikenakan oleh bekas isteri saya.. jika saya mahu berjumpa dengan anak-anak saya… Hani perlu ada menemani. Hani bukan tergedik-tergedik atau terhegeh-hegeh hendakkan saya. dia bukan seperti awak.. dahulu awak tergedik-gedik hendakkan sayakan… setiap hari hantar dokumen untuk saya tandatangan.. cakap manja-manja. Muntah saya tahu tak!!!” marah Dato. Padan muka!

“Tapi”

“Tapi apa? Satu lagi saya ingin ingatkan awak… ofis ini tempat bekerja.. bukan tempat awak mengumpat Hani.. mengunpat orang lain. Mulai hari ini.. jika saya dengar lagi awak bawa mulut ke sana kemari. Siap awak!! Hendak saya saman awak sepertimana saya saman Nat Ahmed!!!” Aisy terkedu… inilah kali pertama Hani melihat Dato mengamuk.

“Hendak ke Aisy!!!” tanya Dato dengang tegas

“Tidak Dato.. maafkan saya” Aisy terkedu.

“Lagi satu… sudah tiada orang di jabatan kewangan yang datang kepada saya meminta semakan atau tandatangan dokumen. Ini orang lain yang siapkan.. kamu pula yang menghantar.. apa ni? Kadang-kadang bila saya tanya awak kata si Amran buat.. si Faizah yang buat. Apa ni?” tanya Dato.

“Saya minta maaf Dato” airmata Aisy mula bergenang.

“Sudah! Pergi buat kerja kamu!!!!”

“Ya Dato” Dato memandang ke pejabat jabatan kewangan.

“Apa terjenguk-jenguk? Ingat ini ada pengambaraan filem ker?” kata Dato kepada beberapa orang pekerja yang melihat-lihat adegan tadi. Terkocoh-kocoh pekerja kembali ke tempat duduk masing-masing.

“Awak ok Hani?” tanya Dato Z kepada Hani.

“Saya ok Dato.”

“AMacam saya marah? Takut tak?” Dato Z tersenyum.

“Takut juga… macam nak makan orang.”

“Hahahahahahahahahahaha. Sekali sekala kena ajar juga si Aisy tu. sayapun dah bosan dengan sikap dia. Nasib baik dia bukan PA saya.. kalau tak asyik masuk sahaja bilik saya.”

“Ala… Dato pun sukakan perempuan seksi macam Aisy jadi PA Dato. Boleh cuci mata.”

“Ish!! Ke situ pulak. Tak jadi kerjalah saya.”

“Konon.”

“Apa?”

“Takde apa-apa.”

“Buatkan saya Milo Ais satu.. panas pula.”

“Mana ada ais dalam pantry Dato. Dato suruhlah Peon pi beli.”

“Kalau saya suruh Peon.. alamatnya nak balik nanti baru dia terpancul. Awaklah tolong beli” Dato Z menyeluk saku seluarnya.

“Nah 5 ringgit. Baki pulang tau” Dato Z meletakkan wang di atas meja Hani.

“Tapi”

“Terima kasih” Dato Z masuk ke dalam biliknya. Geramnya aku.. ingat aku ni budak penghantar pejabat ker. Dahla minta baki balik… Dato kedekut tahi hidung masin!!!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.