Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
902,800
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 37 B ; Persiapan Raya

Hujung minggu tersebut Hani sekeluarga membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Hani membelikan adik-adiknya sepasang Baju Melayu setiap seorang.. begitu juga dengan ayahnya turut dibelikan Baju Melayu. Emak pula dibelikan sepasang baju kurung Kedah sekali dengan tudung. Bapa pula membelikan adik-adik Hanu sepasang baju Raya biasa termasuk seluar Jeans. Kemudian kami berpecah… Hani dengan emak mencari pula hiasan rumah manakala adik-adik aku dan ayah berjalan ke Sogo mencari baju mereka.

Hani membeli satu baju kurung Kedah dan juga sehelai baju kurung Pahang. Selain itu Hani membeli 2 pasang tudung di Kedai tudung Fareeda. Beliau turut membeli kuih Coklat Strawbeery dan juga kuih sepit kegemarannya. Memang terlalu ramai umat manusia di sepanjang bazaar.. hendak memilihpun susah.

“Kamu beli sampai 3 botol kuih coklat strawberry ni kenapa?” tanya emak Hani setelah mereka selesai membeli kuih raya.

“Ala mak… saya hendak makanlah. Satu untuk saya.. satu untuk tetamu. Saya sorang sahaja agaknya habis makan kuih tu.”

“Gemuklah kamu nanti.”

“Hahahahahaahahahahahaha.”

“Kalau ada abang kamukan best.”

“Abang? Kalau dia ada pun apa yang dia buat emak. Bagi duit seratus lepas tu dia pergi beli barang dia sendiri. Nanti yang habiskan kuih semua dia.. siap bawa ke Johor pula tu” tingkah Hani yang memeang dari dulu kurang senang dengan perangai abangnya.

“Buruk-buruk dia itupun.. abang long kamu juga.”

“Entahlah… sayapun tak pahamlah dia tu emak. Tak habis-habis buat perangai. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis dengan lagaknya tu. Juruteknik tapi berlagak mengalahkan orang kerja pengurus.”

“Entahlah… mengikut sebelah keluarga bapa kamu kot. Dia sahaja yang betul.”

“Kalau balik Kedah… sakit hati dan sakit mata. Sayapun heran apa yang diorang hadap sangat dengan harta tu. Masing-masing ada harta.. kaya. Pak Long… tanah felda ada, anak masing-masing kerja hebat. Tapi hendak juga makan duit simpanan arwah atuk dekat 50 ribu. Ishhhhh… tak fahamlah. Tu suami Mak Kiah….. ada bisnes… tanah berekar-ekar… ada kilang sendiri lagi. Tanah atuk juga dijual. Pelik”

“Biasalah Hani.. duit. Siapa tak hendak duit. Dahlah jangan cakap pasal hal ini.” Hani dan emaknya terus melihat barang yang dijual. Petang itu mereka sekeluarga berbuka di Medan selera Jalan Masjid India.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.