Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,984
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 52 B ; Kak Joyah... Kak Joyah

Petang itu balik sahaja di flat, Hani bertembunng dengan Kak Joyah yang sedang melepak di bawah berhampiran lif dengan kawan-kawannya gosipnya ;

“Ha…. sedap layan Dato dekat Sunway Lagoon?” langkah Hani terhenti.. beliau menoleh dan memandang Kak Joyah.

“Sunway Lagoon?” mana pula Kak Joyah tahu?

“Hahahahahahahaha… buat-buat tanya pula. Dia sedap-sedap dengan Dato.. sampai kita yang ada dekat situ. Dia tak nampak” Kak Joyah ada di Sunway lagoon? Sumpah aku tak nampak.

“Akak ada di sunway Lagoon ker?”

“Tak payahlah kau hendak spin. Aku tahu apa yang aku kata selama ini betulkan. Kau sahaja yang menafikannya. Sekarang aku sudah nampak di depan mata aku sendiri.. kau bermesra dengan Dato dengan anak-anaknya kan? Hendakkan ayahnya.. kena ambil hati anak. Betul tak?” wah! Boleh tahan.

“Itu bukan perkara sebenarnya kak. Saya teman anak-anaknya.. itu janji saya dengan isteri Dato.. Puan Kamelia.. setiap kali anaknya keluar dengan Dato. Saya perlu ada untuk menemani mereka” jelas Hani.

“Arghhhh alasan” sanggah Kak Joyah.

“Ini bukan alasan… tapi ini perkara yang sebenar. Saya tiada hubungan terlarang dengan Dato Z. lagipun di samping saya setiap kali berjimpa dengan Dato. Anak-anaknya ada sekali dengan saya” tegas Hani.

“Arghh… sudahlah. Aku tak percaya langsung”

“Tak percaya sudah!!!” Hani berlalu pergi… dari melayan karenah Kak Joyah yang tidak betul.. lebih baik aku balik rumah.. solat. Sampai di rumah Hani terus mandi dan solat.. beliau keluar dari biliknya dan kelihatan ayah dan emaknya menonton televisyen. Hani duduk di sofa bertentangan dengan kedua ibubapanya ;

“Berita tentang kamu keluar dengan Dato di Sunway lagoon sudah heboh satu flat Hani” emaknya berkata sebaik sahaja Hani duduk di sofa.

“Kan saya sudah jelaskan dengan emak.. setiap kali saya keluar dengan Dato.. saya beritahu emak. Saya bukan berdua sahaja dengan Dato. Anak-anaknya ada sekali mak.”

“Mulut orang Hani… susah hendak tutup. Walaupun kita buat betul.. tapi orang kata tidak betul” sampuk ayahnya pula.

“Sebab itu saya mahu keluar dari Flat ini emak dan ayah,”

“Kita hendak pergi mana? Lagipun rumah ini lagi 5 tahun hendak habis bayar”

“Kita pindah ke rumah saya.”

“Rumah angah? Angah sudah beli rumah?” tanya ayah.

“Sudah ayah… saya beli secara senyap-senyap. Saya beli rumah 2 tingkat di Puchong.”

“Mana kamu dapat duit? Rumah teres 2 tingkat kalau di kawasan Puncong.. mahu dekat 350 ribu. Dato sponsor?” tanya ayahnya.

“Tak.. bukan Dato sponsor.. saya beli dengan wang saya sendiri” Hani menceritakan bagaimana beliau dapat wang untuk membeli rumah.

“Tapi itu rumah Hani” sampuk emaknya pula.

“Ayah… memang sejak dari dulu lagi Hani bercita-cita untuk membeli rumah teres untuk ayah dan emak. Alhamdulillah… cita-cita saya termakbul… kini saya mampu membelinya. Ayah dengan emak jangan hampakan Ani.. rumah itu akan siap 6 bulan lagi. Kita duduk sama-sama yer.”

“Tapi emak kerja disini nak,” emaknya kurang bersetuju.

“Emak… sudah 20 tahun emak bekerja. Sudahlah itu… saya rasa duit yang abang long beri dengan saya lebih dari cukup. Berehatlah emak.. sudah 25 tahun emak bekerja.”

“Betul juga kata Hani itu… saya kesian lihat awak… bujang sehinggalah kahwin awak bekerja. Tiba masanya untuk awak berehat. Biarlah saya pula mencari rezeki” ayah menyokong Hani.

“Kalau emak bosan duduk rumah.. emak ambillah upah menjahit.. emakkan pandai menjahit” emak terdiam.. akhirnya emak bersetuju. Tetapi emak Hani akan berhenti bekerja apabila mereka sekeluarga berpindah ke Puchong nanti.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NaimTamdjis