Home Novel Cinta Dia... Zarra Arissa
Dia... Zarra Arissa
Iman Zahri
14/1/2014 11:24:27
94,676
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

Panggilan daripada umi memang mengujakan Harriz. Mana tahu, surat panggilan mengajar sudah tiba dengan jayanya di rumah. Mujur mama tidak banyak soal sewaktu dia keluar rumah. Bukannya dia tidak tahu. Puan Dayana amat khuatir dia kemana-mana tanpa memberitahu.

Bukannya Puan Dayana mahu mengongkong Harriz, cuma dia risau akan keselamatan Harriz. Tambahan pula, Harriz duduk di rumahnya. Kalau apa-apa yang terjadi, sudah tentu dia perlu bertanggungjawab.

“Assalamualaikum”. Harriz mengucap salam sebaik melangkah masuk ke dalam rumah. Umi dan babah yang duduk berbual di meja makan dihampiri.

“Eh, cepatnya sampai. Berapa kilometre sejam Harriz drive?” Soal Puan Sri Nazrah apabila melihat Harriz sudah terpacul di hadapannya. Rasanya, tidak sampai satu jam dia menghubungi Harriz supaya pulang ke rumah.

“120km/j. Tak laju mana pun, umi.” Harriz melabuhkan punggung di kerusi selepas bersalaman dengan umi dan babah.

Tan Sri Shakir menghulur sekeping surat kepada Harriz. Senyuman yang lebar terukir pada bibirnya. “Tahniah.” Dia bersuara.

“Surat daripada Kementerian Pendidikan. Dah lama Harriz tunggu.” Ujarnya gembira.

“Kalau kena mengajar di Sarawak macam mana? Sanggup nak tinggalkan isteri?” Puan Sri Nazrah mengusik. Tawa kecil meletus dari bibirnya.

“Tak mungkin Sarawak. Mana boleh tinggalkan isteri. Tempat isteri di sisi suami.” Harriz berseloroh.

“Hmmm. Pandai dah anak kita ni abang. Dah mula sayangkan Zarra la tu.” Lengan suaminya dicuit. Seronok melihat wajah Harriz yang tidak lekang dengan senyuman.

“Bagus lah macam tu. Jangan dia pergi langgar pesanan kita sudah. Zarra tu tak habis sekolah lagi.” Balas Tan Sri Shakir. Bahu Harriz ditepuk berulang kali.

“Harriz masih kuat pegangan iman. Pesanan umi dan babah akan Harriz ingat sampai hujung tahun ni.” Harriz tersenyum nakal.

Puan Sri Nazrah ketawa. Macam-macam jawapan yang Harriz berikan. Suaminya pun apa kurangnya. Ada saja modal ingin mengusik Harriz.

“Buka lah surat tu. Tunggu apa lama-lama.” Tegur Tan Sri Shakir.

Dengan lafaz Bismillah, Harriz membuka surat itu dengan berhati-hati. Puan Sri Nazrah dan Tan Sri Shakir menunggu dengan penuh sabar. Mereka juga tidak sabar ingin mengetahui di mana anak mereka akan ditempatkan untuk mengajar.

Yes! Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mahkota. So… Sepuluh minit dari sekolah Zarra.” Akhirnya dia dapat menarik nafas lega. Memang berbaloi dia melabur sejumlah wang membeli sebuah rumah di kawasan perumahan elit itu.

Mereka tersenyum senang. Puan Sri Nazrah paling gembira. Tidak perlu lagi berpisah daripada Harriz macam dahulu. Setahun sekali pun belum tentu boleh pulang semasa Harriz belajar di Dubai.

“Kena buat kenduri doa selamat ni.” Cadang Puan Sri Nazrah. Dia sudah berkira-kira ingin mengadakan kenduri di mana dan berapa bilangan tetamu. Tidak sabar sungguh nampaknya.

“Umi… Jangan tergesa-gesa. Hari tu dah berapa puluh ribu umi berhabis untuk majlis Harriz. Kalau ya pun umi teringin nak buat kenduri doa selamat, panggil jiran-jiran dengan saudara-mara kita cukup lah”

Kepalanya dianggukkan tanda bersetuju dengan Harriz. Isterinya memang cekap kalau soal kenduri kendara. Dalam masa sehari saja majlis boleh diadakan. Dengan duit, semua benda boleh diadakan dengan sekelip mata.

“Naz… Tak payah lah awak jemput geng-geng NDS awak tu. Haihh. Rimas saya tengok.”

Tan Sri Shakir cukup tidak berkenan dengan kawan rapat isterinya. Bergaya bukan main. Beg tangan mesti berpuluh ribu. Mujur isterinya masih boleh dikawal. Dia memang tidak benarkan Puan Sri Nazrah bergaya lebih-lebih. Bersederhana sudah cukup.

“Geng NDS?” Puan Sri Nazrah menyoal. Suaminya memang suka memandai-mandai gelarkan orang.

Harriz menahan tawa melihat umi dan babah berbual. Malas mahu menyampuk. Dia mendengar saja sambil menjamah kuih seri muka buatan umi. Memang terbaik di ladang.

“Ha’ah. NDS. Nazrah, Dora dan Sally. Kan jadi geng NDS. Salima jadi Sally. Baizura pula disuruh panggil Dora. Macam-macam kawan awak tu, Naz.” Jawab Tan Sri Shakir selamba.

Merah padam muka Puan Sri Nazrah menahan marah. Suka hati saja suaminya menggelar dia dan kawan-kawannya dengan gelaran sebegitu. “Biar lah Dora ke, Dory ke.. Asalkan mereka tu tak kacau abang sudah. Abang tu pun apa kurangnya. Berkawan dengan… Ish apa nama lelaki tu.” Dia diam seketika.

“Uncle Sam.” Sampuk Harriz. Babah nya memang berkawan rapat dengan Uncle Sam. Mereka bertambah rapat sejak babah dapat projek di China.

“Hah! Si Sam tu. Nama Samad. Tapi disuruhnya panggil Sam.” Bibirnya diherotkan. Bukannya Puan Sri Nazrah berniat ingin mengutuk nama kawan baik suaminya. Cuma dia geram apabila Tan Sri Shakir menggelar dia dan sahabatnya geng NDS. Tak glamour langsung.

Terkulat-kulat Tan Sri Shakir dihentam isterinya. Harriz melepaskan tawa. Memang gelak besar dia hari ni. Sakit perut dibuatnya dengan gelagat umi dan babah.

“Gelak kuat-kuat lagi Harriz. Biar pecah ruang makan ni.” Sindir Tan Sri Shakir. Geram melihat Harriz yang beria-ia ketawa.

“Jom kita gelak sama-sama, Harriz. Suka sangat kan usik orang. Baru babah tahu macam mana perasaan orang kan bila kena sindir.” Jeling Puan Sri Nazrah.

Berair matanya gara-gara galak ketawa. Memang menceriakan hari-hari yang suram kalau duduk berbual dengan umi dan babah.




“Tutup mulut tu. Nanti masuk lalat.” Tegur Harriz apabila melihat Zarra yang terlopong sebaik saja turun dari kereta.

Zarra memandang Harriz dengan sengihan. Besar gila rumah yang Harriz beli. Halaman rumah boleh dijadikan gelanggang bola tampar. Memang besar. Dia mengikut langkah Harriz yang menghala ke muka pintu.

Sekali lagi dia tergamam sebaik saja pintu rumah dibuka. Ruang tamu sebesar alam. Boleh dijadikan gelanggang badminton.

“Berapa ratus ribu rumah ni?” Zarra bertanya.

“Ada lah setengah juta.” Jawab Harriz ringkas.

Gila! Setengah juta? Lebih baik mereka duduk di rumah mama kalau macam ni punya harga sebuah rumah. Bila difikirkan semula, memang jauh jarak dari sekolah dengan rumah. Kalau di rumah baru ni, perjalanan cuma dalam sepuluh minit. Itu kalau naik kereta.

“Tak pelik ke?” Zarra menyoal lagi.

Harriz memandang Zarra dengan penuh tanda tanya. “Nak pelik kenapa?” Nah. Soalan dibalas dengan soalan.

“Kita ni tak sampai seminggu lagi jadi suami isteri. Then, nak kena pindah rumah duduk asing dengan family. Zarra rasa macam kena duduk asrama pula. Kalau macam tu, tak kahwin pun tak apa.”

Jawapan Zarra amat menyentapkan Harriz. Ayat terakhir Zara agak keterlaluan. ‘Tak kahwin pun tak apa.’ Wajah Harriz berkocak. Senyuman sudah mati dari bibirnya.

Zarra yang sedar akan keterlanjuran kata, mengetap bibir. Aduh! Macam mana boleh terlepas cakap ni. Memang lah dulu dia tak mahu berkahwin. Tapi, bila mama kata bila dah berkahwin, duduk juga di rumah mereka, dia jadi tidak kisah kalau berkahwin. Ini kena pindah rumah pula. Kalau kawan-kawannya tahu macam mana? Apa dia nak jawab?

“Abang….” Zarra meraih lengan Harriz. Harriz masih tegak berdiri di situ. Sejuk hati apabila mendengar Zarra memanggilnya begitu. Ingin dilihat sejauh mana Zarra memujuknya pula. Asyik dia saja memujuk Zarra.

Sorry laa… Zarra tak bermaksud pun nak cakap macam tu. Abang pun tahu kan, Zarra memang jenis yang cakap tak pandang kiri kanan. Cakap main lepas je.” Penuh hati-hati dia menutur kata.

Harriz masih berdiam diri. Sengaja mahu menguji Zarra.

“Jangan lah marah Zarra. Zarra mana reti nak pujuk orang. Buruk lah orang lelaki merajuk. Tak handsomedah suami Zarra ni.” Dia cuba membodek.

“Kalau tak merajuk handsome?” Harriz bertanya. Nada suaranya mendatar.

“Hmmm. Handsome, handsome.” Zarra mengagguk berulang kali.

“Suami Zarra ni memang handsome. Zarra je yang tak tahu.” Jawabnya dengan penuh lagak. Sempat dia membetulkan rambut yang sedikit kusut.

“Dah habis merajuk?” Pinggang Harriz dicuit.

“Zarra dah puji abang handsome. Hilang lah sentap.” Dia tersengih menayang gigi yang tersusun kemas.

Harriz melangkah menuju ke dapur meninggalkan Zarra yang masih tercegat berdiri di ruang tamu. Kabinet dapur memang sudah sedia cantik. Cuma perlu dibersihkan. Pasti nampak kemas. Warna merah dan putih pada kabinet dapur memang cantik. Superb!

“Abang! Besarnya bilik. Boleh duduk sepuluh orang.” laung Zarra teruja. Dia melompat-lompat teruja di dalam bilik utama. Sungguh mengujakan untuk berpindah masuk ke dalam rumah ini.

“Sebelum abang lupa, bilik ni tak boleh warna merah jambu. Kita pilih warna lain.” Awal-awal lagi Harriz memberi amaran.

“Okey!” Sungguh mudah dia memberi persetujuan.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.