Home Novel Cinta Dia... Zarra Arissa
Dia... Zarra Arissa
Iman Zahri
14/1/2014 11:24:27
94,638
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14
Pinggan mangkuk di dalam sink dicuci dan diletakkan di atas rak. Tidak sabar ingin keluar mencuci mata. Harriz sudah sedia menunggu di dalam kereta. Memanaskan enjin sebelum membawa kereta kesayangannya berjalan-jalan.

Beg tangan di atas sofa diambil. “Mama… Kami pergi dulu. Tak payah masak malam ni. Abang Harriz cakap dia nak beli makanan.”

Puan Dayana tersenyum lebar. Boleh dia menghabiskan masa dengan membaca novel yang baru dibeli. “Beli makanan sedap-sedap.”

Demand lah mama ni. Zarra beli bubur ayam Mcd je untuk mama.” Usik Zarra. Sandal di atas rak dicapai lalu dipakai. Setelah berpuas hati dengan sandal yang dipakai, baru dia mendapatkan Harriz di kereta.

“Jaga kelakuan kamu, Zarra. Jangan malukan Harriz pulak.” Laung Puan Dayana. Sejak bila dia berdiri di muka pintu pun Zarra tak tahu.

“Insya Allah mama. Tak janji.” Jawab Zarra sambil tersenyum nakal. Harriz menggeleng kepala saja melihat Zarra. Ada saja jawapan yang diberi.

Puan Dayana menggeleng kepala. Zarra memang seorang yang suka menjawab. Cuma jawapan dia tidak ada lah yang sampai mengguris hati. Sebaik saja kereta milik Harriz bergerak keluar dari kawasan rumah, dia terus menutup dan mengunci pintu. Baru-baru ini, rumah yang berselang dua buah dari rumahnya sudah dipecah masuk. Disebabkan itu dia tidak berani lagi membiarkan pintu terbuka luas.

Novel Ingat-ingat Lupa karya Zulfati Hanis diambil lalu menyambung semula pembacaannya. Lega kerana dapur dia dapat juga berehat untuk petang ini. Lagi dua hari saja, mereka akan berangkat ke Jordan. Dia memang tersangat lega melihat hubungan baik Zarra dan Harriz. Baru hatinya tenang ingin ke Jordan.




Ramai sungguh manusia di IKEA walaupun hari ini bukan hari minggu. Pening Zarra melihat keadaan itu. Berapa kali dia terlanggar orang ramai di situ. Mentang-mentang lah dia pendek. Tak akan mereka tak perasan akan kewujudan insan comel di situ?

Harriz menolak troli dengan berhati-hati. Fikirannya ligat memikirkan apa yang ingin dibeli. Silap dia juga tidak membawa Zarra ke rumah baru terlebih dahulu. Dia juga tidak tahu ingin memilih konsep apa untuk rumah banglo yang amat besar itu.

“Abang ada beli rumah baru. Sebab tu abang bawa Zarra datang sini.” Beritahu Harriz. Dia berharap sangat supaya Zarra tidak menjerit terkejut di situ.

Zarra terlopong. “Rumah baru? Kenapa Zarra tak tahu? Nak buat apa dengan rumah baru? Rumah yang sekarang ni kan ada?” Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Zarra.

“Rumah sekarang ni jauh sangat dari sekolah. Jenuh lah kalau kena ulang alik satu dua jam sehari untuk hantar dan ambil Zarra. Kejap lagi kita bincang. Sekarang ni, nak beli apa nak sumbat dalam rumah tu?”

Matanya dikecilkan. Ewah-ewah senangnya anak orang kaya ni. Sekelip mata saja sudah ada rumah baru. Selama ini dia ulang alik dari rumah ke sekolah tidak ada masalah pun.

“Mana tahu nak beli apa. Rumah pun tak tahu bentuk macam mana. Kena pergi tengok rumah dulu. Baru boleh fikir nak beli apa. Bukannya datang menonong macam ni.” Rungut Zarra.

“Dah tu? Nak kena pergi rumah dulu lah sekarang ni?” tanya Harriz.

“Mesti lah. Takkan nak beli barang ikut suka hati je. Tak lawa rumah nanti. Tapi kan….” Zarra diam seketika.

“Tapi apa?”

“Alang-alang kita ada dekat sini, beli je lah bantal-bantal comel ni. Boleh letak dalam kereta yang kosong tak ada apa tu.” Dua biji bantal berwarna merah jambu diambil lalu dipeluk.

Pink lagi? Ambil lah warna lain.” Protes Harriz. Dia kurang berkenan dengan warna yang satu ni.

Zarra cepat-cepat menggeleng. “Nak warna ni juga!”

No! Ambil warna biru.” Harriz mengambil pula dua biji bantal yang bercorak sama cuma warna yang berlainan.

Matanya dijegil tanda tidak puas hati. Belum pernah ada sesiapa yang berani membangkang pilihannya. “Letak bantal biru tu. Zarra nak warna ni juga!”

Satu keluhan dilepaskan. Sudahnya, Harriz meletak semula bantal itu ke tempatnya. Zarra sudah tersenyum kemenangan. Tapi, belum sempat dia melangkah untuk ke kaunter pembayaran, Harriz terlebih dulu mengambil bantal kecil di tangannya. Dengan senyuman yang lebar, Harriz meletak bantal itu di tempatnya semula.

Senang. Dua-dua tidak payah dibeli. Baru adil dan saksama. “Harriz Afham!” Bentak Zarra. Kakinya dihentak perlahan.

Harriz menjungkit bahu. Kononnya tidak tahu apa-apa. Dia menarik tangan Zarra supaya beredar dari situ. Dengan berat Zarra mengikut juga langkah suaminya. Wajahnya sudah semesti seperti asam boi. Masam.

“Esok abang bawa Zarra pergi tengok rumah. Lusa, lepas hantar mama dan papa ke KLIA, baru kita datang semula ke sini.” Ujar Harriz.

Zarra diam membisu. Malas mahu bercakap dengan Harriz. Ini merupakan kali pertama dalam hidup sepanjang dia berusia tujuh belas tahun, keinginannya tidak dipenuhi. Walaupun dia cuma mahu kan dua biji bantal comel berwarna merah jambu.

Lengan Zarra dicuit. Masih tiada respon. Pinggang Zarra pula menjadi sasaran. Masih juga begitu. Zarra langsung tidak menepis tangannya yang galak mencuit Zarra. Harriz menelan liur. Puteri merah jambu sudah merajuk.

“Kita pergi makan Mcd nak? Abang beli kan Mc Flurry.” Harriz cuba memujuk.

‘Huh? Mc Flurry? Dia ingat aku budak tujuh tahun ke nak umpan dengan ais krim. Tak romantic punya suami.’ Getus Zarra di dalam hati.

Harriz mengeluh. “Ye lah. Pergi ambil bantal tu bawa ke kaunter sana tu.” Dia mengalah juga akhirnya.

“Hah? Serius? Boleh beli?” Tanya Zarra seakan tidak percaya.

Harriz mengangguk sambil tersenyum. Bukan main ceria lagi wajah Zarra. Macam kanak-kanak baru dapat ribena. Zarra menepuk tangan kegembiraan.

Thanks abang.” Sempat dia mencubit pipi Harriz sebelum melangkah semua ke tenpat tadi. Harriz terpempan dengan tindakan Zarra. Whoa! Nak bermanja-manja pun jangan lah di tempat awam macam ni, Zarra.

Dia melihat ke sekeliling. Mujur tiada mata yang melihat tindakan Zarra tadi. Nanti tak pasal-pasal pula orang cop mereka pasangan bercinta yang baru nak kenal erti bahagia.




Nadira melihat saja umi dan babah yang sedang menikmati minum petang di taman mini. Bukan main bahagia lagi. Sejak dia pulang ke Malaysia, sekali pun dia tidak berpeluang untuk makan bersama umi dan babah. Mereka seolah-olah cuba mengelak untuk berdepan dengannya.

Kata-kata umi berlegar di fikiran. ‘Umi menyesal sangat tengok Dira macam ni. Tudung hilang entah ke mana. Rambut diwarnakan sehingga jadi warna perang. Dah pandai pakai skirt, baju ketat. Umi dan babah malu Dira macam ni. Mana kami nak letak muka kami?’

Dia melepaskan keluhan. Salah ke dia nak bebas macam orang lain? Dia sudah penat dengan arahan umi dan babah. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Macam mereka saja yang betul. Bukannya dia tidak solat. Cuma dia ingin bebas dalam soal berpakaian. Dia ingin berfesyen macam orang lain.

Satu lagi yang dia tidak puas hati. Harriz berkahwin, tapi dia langsung tidak tahu. Rasa macam dipinggirkan. Alasan yang diberikan Harriz, mereka telefon, tapi dia tidak jawab. Macam tidak ada cara lain untuk menghubunginya.

Ketukan di pintu memang menganggu lamuannya. Dengan malas dia berjalan ke pintu. Sebaik pintu dibuka, terjengul pembantu rumah, Mak Siti di muka pintu.

“Nak apa?” soalnya dengan nada yang keras.

“Dira tak mahu minum petang? Mak Siti dah sediakan. Jom turun ke ruang makan.” Dengan lembut Mak Siti menuturkan perkataan.

“Saya dah tak ada selera nak makan. Umi dan babah bukan main happy lagi makan dekat taman. Dah lupa ke anak diorang ada dalam rumah ni?” Nadira bersandar pada pintu.

Mak Siti tidak tahu ingin berkata apa. Kalau dia memberi nasihat, menegur Nadira, pasti dia akan dimarahi oleh wanita berusia tiga puluh satu tahun itu.

“Tak apa lah. Mak Siti turun dulu. Kalau Dira nak makan, bagitahu Mak Siti.” Usai berkata, Mak Siti terus beredar dari situ dan membiarkan Nadira yang masih berdiri di muka pintu.

Nadira mendengus. Mak Siti pun macam tak pedulikan dia lagi. Stress! “Aku macam patung dalam rumah ni. Daripada aku mengadap muka umi dan babah yang langsung tak nak bercakap dengan aku, baik aku keluar. Tenang hidup aku!”

Pintu almari dibuka dengan kasar. Sehelai gaun pendek paras lutut diambil. Pakaian kasual yang dipakai diganti dengan gaun berwarna merah terang. Minyak wangi disembur pada leher dan pergelangan tangan. Gincu berwarna merah terang juga disapu pada bibir. Tidak lupa bedak kompak, pemerah pipi dan maskara.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Nadira terus keluar dari bilik dan menuju ke garaj. Tanpa pamitan, dia terus menghidupkan enjin kereta dan sekejap saja, kereta miliknya sudah bergerak keluar dari kawasan rumah.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.