Home Novel Cinta Dia... Zarra Arissa
Dia... Zarra Arissa
Iman Zahri
14/1/2014 11:24:27
94,658
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

Leteren Puan Dayana tidak henti-henti sejak tadi. Ada saja hal yang Zarra lakukan membuatkan dia geram. Banyak kali dia menyuruh Zarra supaya menolongnya di dapur sebaik sahaja selesai membuat ulangkaji. Tapi, suruhannya hanya dipandang sepi. Zarra sudah enak terbaring di katil membuat tahi mata.

Beberapa cubitan sudah hinggap di peha Zarra. Namun, tiada reaksi. Macam dicubit patung yang tidak bernyawa. Buah tembikai dipotong dengan teliti sambil mulutnya tidak henti mengomel. Padahal bukannya Zarra mendengar omelannya yang keluar seperti peluru berpandu.

Encik Zaril yang baru pulang dari pejabat mendengar suara isterinya mengomel dari luar rumah. Entah apa pula ragam yang dibuat Zarra pun dia tidak tahu. Dia melangkah masuk lalu mengucap salam.

Apabila salamnya tidak dijawab, dia menapak ke dapur. Dia melihat Puan Dayana terkial-kial membuang kulit buah tembikai di atas lantai. Selalunya, Zarra yang ditugaskan untuk membuat perkara sebegini kerana anaknya itu lebih cekap berbanding isterinya.

“Mana Zarra?” tegur Encik Zaril lalu melabuhkan punggung di kerusi meja makan. Puan Dayana yang kaget mendengar teguran yang tiba-tiba datang dari arah belakang terus mencampak pisau ke tepi. Dia terus menoleh ke belakang kemudian diurut dadanya perlahan.

“Abang tak reti nak bagi salam ke? Kalau pisau ni tercampak ke belakang macam mana? Tak pasal-pasal muka abang tu berparut.” Rungut Puan Dayana. Dia mengambil semula pisau lalu menyambung memotong buah yang besarnya dua kali ganda dari kedua-dua tapak tangan.

“Mula-mula masuk rumah abang dah bagi salam. Awak tu yang tak dengar sebab seronok sangat bercakap sorang-sorang dekat dapur ni. Apa kena nya? Mana Zarra?” jawab Encik Zaril.

“Abang tanya mana Zarra? Disebabkan anak dara abang tu lah Yana membebel tak henti-henti. Ada ke patut dia boleh sedap tidur terbongkang dekat dalam bilik dan tak turun tolong saya dekat dapur. Awal-awal lagi saya dah pesan. Tapi apa yang saya dapat? Geram ada lah.” Rungut Puan Dayana lagi.

“Dia penat lah gamaknya tu. Kan baru balik sekolah. Biar lah dia nak berehat dulu. Awak tak payah lah kacau dia.” Encik Zaril cuba membela Zarra. Dia bangun ke peti sejuk dan mengambil Jus Oren Marigold Peel Fresh. Tekaknya yang kering perlu dibasahkan.

“Bela sangat anak dara abang tu. Umur dah tujuh belas tahun, memasak pun tak reti. Kalau dah kahwin nanti, macam mana dia nak bagi suami dia makan? Takkan nak makan dekat kedai tiap-tiap hari. Botak kepala suami dia nanti melayan kerenah Zarra tu. Anak perempuan kita yang sorang lagi tu tak macam ni pun.”

“Baru tujuh belas tahun, bukannya dua puluh dua tahun. SPM pun tak lepas lagi, awak dah cakap soal kahwin. Biar lah dia nak enjoy dulu. Awak dulu pun bukannya tahu masak masa awal-awal kita kahwin. Ada dalam setahun baru awak masuk dapur. Abang tak kisah pun. Anak kita yang sorang tu dah kahwin. Memang lah tak macam ni. Jangan dibandingkan Zarra dengan Zalikha. Mereka tu berbeza.” Balas Encik Zaril panjang lebar.

Puan Dayana terdiam. Sedaya upaya dicerna dengan baik kata-kata suaminya. Ada betulnya juga. Zalikha Amanda memang sejak dulu lagi menunjukkan minat dalam masakan. Disebabkan itu juga mereka menghantar Zalikha ke Paris untuk mempelajari ilmu masakan di sana. Zarra pula langsung tak menujukkan minat. Dia lebih suka mengadap laptop dan menulis. Sudah berapa banyak cerpen hasil tulisannya disiarkan di majalah.

“Nak makan apa malam ni?” tanya Puan Dayana mengubah topik perbualan. Buah yang sudah siap dipotong diletakkan di atas kaunter pulau yang memang direka khas untuk memudahkannya membuat persiapan untuk memasak.

“Masak kari ayam dengan sambal belacan pun dah cukup. Untuk Zarra tu, macam biasa lah. Mesti kena ada sayur campur. Nak jaga kulit katanya.” Jawab Encik Zaril ringkas.

Puan Dayana mengangguk tanda faham. Zarra memang tidak boleh dipisahkan dengan sayur-sayuran. Lobak merah yang mentah pun boleh dimakannya begitu sahaja. Sama juga dengan tomato. Kalau ada salad sayur-sayuran, ibu mertua lalu di belakang pun mungkin dia tidak akan perasan.




Zarra mengikat rambut supaya lebih kemas. Jam sudah menunjukkan hampir ke angka enam petang. Dia tersengih apabila teringat permintaan mama supaya menolongnya di dapur petang tadi. Masak lah dia dengan mama. Pasti leteran mama yang merdu akan menyapa halwa telinga.

Dia melangkah keluar ke halaman rumah. Dia melihat mama leka dengan pokok-pokok bunga orkid yang memenuhi laman manakala papa pula tekun membaca surat khabar. Dia menyusun ayat sebelum melontarkan suara. Mana lah tahu, mood mama tidak baik hari ini.

“Selamat petang mama, papa. Sorry, Zarra baru bangun sebab penat sangat buat homework. Cikgu bagi banyak sangat kerja. Mama, sorry sebab tak tolong dekat dapur. Sorry again, mama.” Penuh hati-hati Zarra menutur kata.

Puan Dayana mengerling Zarra sekilas. Dia kenal sangat dengan perangai Zarra. Kalau Zarra berkata dengan penuh nada sopan-santun begitu, pasti dia sengaja tidak turun menolongnya di dapur.

“Penat buat homework ye sayang? Alaaa. Kesiannya anak dara mama ni. Bukan sebab malas nak tolong mama?” ucap Puan Dayana tersenyum manis.

Encik Zaril meletak surat khabar di atas meja. Perhatiannya ditumpukan kepada anak dan isteri yang sekejap lagi pasti akan ada salah seorang yang menarik muka masam. Zarra tersengih. Dia melangkah ke kerusi lalu melabuhkan punggung. Cawan yang berisi kopi kesukaan papa dicapai lalu diminum. Selamba sahaja perangai Zarra.

“Malas tu ada lah sikit. Alaa mama. Zarra tak minat lah nak masak-memasak ni. Bagi lah Zarra buat cerpen ke, tulis novel ke.. Baru lah best.”

Encik Zaril ketawa kecil. Wajah kelat Puan Dayana dipandang lalu bahu dijongket. Puan Dayana sudah menarik muka masam. Zarra menayangkan muka selambanya. “Mama bukan nak suruh Zarra masak ayam masak lemak, kari daging, sup ayam.. Nak minta tolong Zarra tolong potongkan buah dan sediakan bahan nak memasak saja. Itu pun payah ke Zarra?”

Zarra mengangguk laju. Dia tersengih lagi. “Sangat payah. Sebab Zarra tak minat.”

“Zarra, mana boleh macam tu. Bila balik sekolah je, mama terus ke dapur nak masak untuk makan malam. Zarra kena tolong mama. Mama lagi penat dekat sekolah sebab kena kawal pelajar yang beribu-ribu orang tu. Zarra pergi sekolah untuk belajar je kan. Bukannya kena kawal disiplin pelajar. Mulai esok, tolong mama. No excuse.” Encik Zaril mencelah. Zarra tidak boleh terlalu dimanjakan sangat. Boleh timbul masalah nanti. Memang ada ketika dia membela Zarra, tetapi biar kena pada tempat.

Puan Dayana terus tersenyum lebar. Nampaknya, kali ini kemenangan berpihak kepadanya. Sudah macam perlawanan pula. Ada yang menang dan ada yang kalah. Zarra mendepangkan tangan. Tidak tahu ingin merajuk atau setuju.

“Papa.. Please…” Zarra mengerdipkan mata.

Encik Zaril menggeleng tanda tidak menerima pujukan Zarra. Puan Dayana menunjukkan isyarat bagus lalu ditayang di hadapan Zarra.

“Papa memang dah tak sayang Zarra. Tak nak kawan dengan papa. Mama… Zarra tak nak makan malam. Dah kenyang.” Zarra terus bangun dan berlari anak masuk ke dalam rumah. Puan Dayana dan Encik Zaril memandang antara satu sama lain. Apa sudah jadi? Zarra mogok makan atau dia cuma berpura-pura?

“Kita keterlaluan sangat ke?” soal Puan Dayana. Dia berasa tidak selesa melihat Zarra merajuk. Siapa yang akan membuat bising sewaktu makan malam nanti?

“Tengok dulu macam mana malam ni. Kalau Zarra tak makan saman, terpaksa ditarik balik lah apa yang kita dah setuju. Ikut je lah cakap puteri seorang tu.” Balas Encik Zaril lalu ketawa.

Di dalam bilik, Zarra terkumat-kamit memprotes tindakan papa. Sejak bila pula papa berkomplot dengan mama? Perut yang berkeroncong minta diisi tidak dipedulikan. Dia memang tidak mahu turun untuk makan malam. Biar mama dan papa tahu dia benar-benar mogok.




Ketukan pintu yang bertalu-talu tidak diendahkan. Dia membuka laptop dan memasang lagu dengan kuat. Puan Dayana dan Encik Zaril yang berdiri di hadapan pintu bilik Zarra sudah kebingungan tidak tahu untuk berbuat apa. Sepanjang tujuh belas tahun, ini lah kali pertama Zarra melancarkan perang dingin sebegini teruk. Merajuk hanya disebabkan dia di suruh menolong apa yang patut di dapur. Memang anak manja.

“Zarra, buka pintu ni sayang. Mama nak cakap dengan Zarra ni.” Puan Dayana cuba memujuk. Encik Zaril pula mengetuk pintu berulang kali. Sakit tangan dibuatnya.

Zafran Areef yang baru pulang dari kolej terus menaiki anak tangga untuk ke tingkat atas. Bunyi bising dari tingkat atas membuatkan dia panasaran ingin tahu. Sebaik kaki memijak anak tangga terakhir, dia melihat mama dan papa berdiri di hadapan bilik Zarra. Di tangan mama, ada semangkuk salad buah yang segar. Apa kena pula kali ni? Getusnya.

“Kenapa ni mama, papa?” tegur Zafran. Buku di tangan diletakkan di atas sofa kecil berdekatan tangga.

“Eh, tak dengar bunyi kereta pun. Ingat kan tak balik lagi.” Encik Zaril menjawab.

“Zarra merajuk tak nak makan. Pintu bilik berkunci dan tak nak buka kan pintu. Dah buntu mama fikir nak buat macam lagi dah.” Keluh Puan Dayana.

“Merajuk?” Zafran ketawa. Zarra merajuk? Memang aneh sungguh. “Apa sebab yang buatkan dia merajuk sampai macam ni sekali?”

“Petang tadi papa bagi arahan dekat Zarra supaya lepas ni wajib tolong mama dekat dapur. Boleh pula dia terus bangkang dan mogok macam ni. Mama bukannya suruh dia cat rumah. Tolong mama kat dapur yang sejuk tu je.” Puan Dayana menghampiri sofa. Lega sungguh dapat duduk di atas sofa empuk itu. Naik lenguh kakinya berdiri hampir setengah jam memujuk Zarra.

“Adik kamu ni manja sangat, Angah. Nasib badan.” Ucap Encik Zaril. Dia sudah duduk bersila di atas lantai menunggu Zarra membuka kan pintu.

“Macam-macam lah Zarra. Bagi angah cuba pujuk dia.” Zafran menawarkan diri.

“Zarra, buka lah pintu ni. Angah janji, kalau Zarra buka pintu.. Angah akan beli kan handphone yang Zarra nak tu. Iphone kan kalau tak silap?” laung Zafran.

Mata Encik Zaril dan Puan Dayana membulat. Zafran mengumpan Zarra dengan telefon bimbit baru. Iphone pula tu. Aduh! Makin manja lah Zarra kalau terlalu dimanjakan begini.

Zarra yang mendengar suara Zafran berkata mengenai telefon bimbit baru, terus melompat dari katil. Tanpa teragak-agak, pintu bilik dibuka. Nah! Terpegun dia melihat papa yang duduk menongkat dagu di atas lantai. Rasa bersalah menyelinap di dalam diri.

“Iphone 5s?” tanya Zarra dengan gembira. Dia sudah membayangkan telefon pintar itu berada di dalam genggamannya. Samsung Galaxy Note 2 yang berada di atas meja solek dikerling sekilas. Selamat tinggal Note 2. Getus Zarra.

Yes. Iphone 5s untuk Zarra. Dengan syarat… Sepuluh A dalam SPM hujung tahun ni.” Jawab Zafran dengan muka yang selamba.

What? No!” bentak Zarra. Puan Dayana mempamerkan riak wajah yang risau. Rasa ingin dicubit-cubit pipi Zafran. Pandai-pandai sahaja berkata begitu. Kalau Zarra terus merajuk sampai hujung tahun macam mana? Encik Zaril memerhati sahaja Zarra dan Zafran. Dia sudah tidak tahu ingin berkata apa.

Yes…” balas Zafran lagi. Tawa cuba ditahan. Dia sengaja mahu menyakat Zarra. Padahal dia sudah bersedia untuk melabur duit ringgitnya untuk satu-satu adik yang dia ada, Zarra Arissa.

Zarra mendengus keras. “I don’t care. Janji.. tetap janji.” Belum sempat dia menutup semula pintu bilik, Zafran terus bersuara.

“Esok pagi, pukul sebelas pagi. Jangan lambat bersiap. Kalau tak…. No iphone sampai bila-bila.” Zafran mengenyit mata. Kemudian, dia beredar ke biliknya yang terletak bertentangan dengan bilik Zarra.

Zarra menepuk tangan dengan kuat. Oh my! Gembira nya hati. Tidak sia-sia dia merajuk dan menahan lapar hampir tiga jam. Lepas ni ada pelung lagi agaknya untuk meraju. Tapi.. kalau dia merajuk pun, pasti papa, mama dan abang tak akan endahkan dia lagi. Ah! Lantaklah. Asalkan dapat iphone idaman kalbu. Zarra tersengih.

Puan Dayana hanya mampu untuk menggeleng kepala. Mujur lah mereka boleh dikategorikan orang berada. Kalau tidak, jangan harap lah Zarra akan merasa semua ini. Cuma Nokia 3310 yang akan diberikan kepada Zarra. Tetapi.. ada lagi ke Nokia model 3310?

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.