Home Novel Cinta Dia... Zarra Arissa
Dia... Zarra Arissa
Iman Zahri
14/1/2014 11:24:27
94,662
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

Zarra ralit memerhati Puan Dayana memasukkan pakaian ke dalam bagasi. Esok mama dan papa akan bertolak ke Jordan untuk menjaga Tok Abah yang sakit. Hmmm. Pertama kali dalam hidup dia akan berpisan daripada mama dan papa. Tak tahu berapa bulan lamanya.

Wajah sayu Zarra dipandang. Dia menghentikan kerjanya. “Zarra… Mama bukan nak tinggalkan Zarra sampai bila-bila. Mama dan papa kena jaga Tok Abah dekat Jordan. Bukan pergi bercuti. Jangan buat muka macam tu. Lagi berat hati mama nak tinggalkan manja mama ni.”

Pipi Zarra diusap penuh kasih sayang. Cuba ditahan air mata supaya tidak menitis. Dia tidak mahu Zarra turut bersedih. Lagi pun, bukannya dia pergi berperang.

“Zarra mesti rindu mama dan papa tiap-tiap hari. Kalau macam tu, Zarra boleh buat apa je nak hilangkan rindu Zarra?”

“Zarra boleh Skype dengan mama. Tapi, bukan hari-hari. Zarra kena fokus untuk SPM. Itu penentu masa depan Zarra.” Puan Dayana mengenggam erat jari jemari anaknya.

“Ha’ah kan. Ada Skype. Mama.. Esok Zarra dengan abang Harriz akan pindah duduk rumah baru. Rumah yang harga setengah juta. Gila mahal!”

Puan Dayana ketawa. Nampaknya, sunyi sepi juga rumah banglo ni. Tak apa lah, dia tak mahu susahkan Harriz ulang alik menghantar Zarra ke sekolah. “Harriz dah beritahu mama dengan papa.”

“Mama tak kisah kalau kami tak duduk sini?”

“Zarra kena ikut suami ke mana saja dia pergi. Mama tak kisah asalkan anak mama gembira. Sejuk hati mama tengok Zarra rapat sangat dengan menantu mama tu.” Puan Dayana tersenyum manis. Ibu mana yang tak gembira kalau anaknya bahagia.

“Dulu memang lah tak suka. Sekarang ni, dah jadi suami Zarra kan. Kena lah belajar suka dan sayang. Nasib baik abang Harriz pandai ambil hati Zarra.” tersipu-sipu dia memberitahu. Segan sebenarnya.

“Tapi ingat pesan mama. Jangan sampai terbabas pula. Zarra tu sekolah lagi.” Tegas Puan Dayana. Risau juga dia hal yang satu ini.

“Ke situ pula mama ni. Jangan risau lah. Zarra akan pertahankan kehormatan Zarra. Tapi.. Kalau terbabas apa salahnya. Kami kan sah.” Zarra tersengih.

Puan Dayana mengetap bibir. Matanya dijegilkan. “Gatal! Jangan nak mengada-ada. Tunggu habis SPM.”

Zarra mencebik tanda protes. Sengaja mahu mengusik mama. “SPM lagi enam bulan. Fuh! Lambat lagi tu mama. Terseksa Zarra dengan abang Harriz.”

Puan Dayana mengurut dada. Boleh sesak dadanya melayan Zarra. Kuat menjawab. Dia menyambung semula kerjanya yang terbantut tadi.

“Mama… Boleh lah.” Matanya dikerdip berulang kali.

“Boleh apa?” soal Puan Dayana.

“Ehem-ehem!” Zarra melepaskan tawa. Seronok melihat wajah mama yang cemberut dengan usikannya.

“Zarra Arissa! Jangan bergurau macam tu dengan mama. Geli lah!” bentak Puan Dayana. Riuh rendah bilik Puan Dayana dengan suara mereka berdua ketawa.

Harriz yang sejak tadi mencuri dengar perbualan Zarra dan mama mertuanya, hanya mampu menggeleng kepala. Nakal juga Zarra ni. Sebenarnya dia tidak bermaksud untuk mencuri dengar perbualan mereka. Kebetulan dia melewati bilik Puan Dayana. Apa lagi, pasang telinga lah jawabnya.




Baju yang digosok digantung pada pintu almari. Mata terasa macam nak tercabut keluar. Mengantuk yang amat sangat. Hampir tiga jam dia melepak di dalam bilik mama sampaikan papa tertidur di luar. Bukan dia sengaja. Tak sengaja. Hehe…

Harriz pula awal-awal lagi sudah lena terbongkang di atas katil. Baru pukul sebelas malam, lelaki itu sudah menyerah diri. Memang jenis tak tahan mengantuk. Zarra melangkah masuk ke dalam bilik air. Ingin mengambil wuduk dan mencuci muka.

Matanya tertancap pada satu set pencuci muka berjenama Nutox. Dia langsung tidak menyentuh lagi set pencuci muka yang diterima sebagai hantaran daripada pihak Harriz. Memang sengaja dia memilih set yang berharga hampir seribu itu. Sengaja ingin mengikis duit Harriz pada mulanya dan menunjuk bahawa dia memang mata duitan.

Tapi, nampaknya Harriz seakan tidak kisah jika dia benar-benar mata duitan. Apa nak kisah? Suami nya banyak duit. Kalau tak, takkan sanggup dibeli rumah berharga setengah juta. Memang sudah tertulis jodoh dia dengan lelaki bujang yang kaya. Bukan lelaki tua.

Selesai mengimbas kembali kenangan yang lepas, baru Zarra mengambil wuduk. Bukan main lama lagi dia mengelamun.

Setelah berbaring di atas katil, baru dia berasa lega. Hilang sengal pada tubuhnya. Memang nikmat kalau dapat melelapkan mata sekarang juga. Tapi malangnya dia bukannya jenis senang tidur. Perlu bergolek-golek dulu. Kemudian, baru dia terlelap.

Harriz yang terasa ada sesuatu menganggu tidurnya, pantas membuka mata. Terkejut dibuatnya melihat Zarra yang sedang menonggeng di atas katil. Apa kena pula budak ni. Mengigau ke apa?

“Zarra…” Perlahan bahu Zarra disentuh.

Kali ini Zarra pula terkejut. Baru nak terlelap, ada saja yang menganggu. “ Kenapa? Bukan abang dah tidur ke?”

“Memang lah. Dah rasa macam badan abang ni kena tolak, abang terjaga. Kenapa tidur macam ni? Menonggeng macam ada cacing kerawit.” Matanya digosok perlahan untuk menghilangkan rasa mengantuk.

“Zarra tak boleh tidur la. Sebab tu Zarra nak tidur macam ni.” Keluh Zarra. Dia sudah duduk bersila menghadap Harriz.

“Macam-macam gaya Zarra tunjuk dekat abang. Semalam tidur dekat hujung katil. Esok malam apa pula? Tidur gaya bersilat?” ujar Harriz selamba. Memang betul Zarra tidur begitu. Bukannya dia reka cerita.

Satu jelingan diberikan kepada Harriz. Lelaki ini kalau sehari tak cari pasal dengan dia, memang tak sah.

“Dah lah. Nak tidur. Pukul satu pagi dah tau.” Zarra menunjuk ke arah jam dinding dengan jari telunjuknya.

“Baring, baring. Meh nak dodoikan budak manja sorang ni.” Selamba saja Harriz memeluk Zarra. Bukan selalu ada kesempatan macam ni. Peluk isteri, dapat pahala.

Zarra tersenyum dalam diam. Seronok ada bantal peluk baru. Bantal peluk bernyawa pula tu. Kalau mama tahu dia gatal macam ni, sahih mama mengamuk satu hari satu malam.

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.