Home Novel Cinta Dia... Zarra Arissa
Dia... Zarra Arissa
Iman Zahri
14/1/2014 11:24:27
94,641
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 27

“Zarra tak suka abang keluar dengan cikgu tadi tu. Lepas ni abang jangan keluar dengan dia lagi. Dekat sekolah pun jangan nak rapat-rapat sangat. Berbulu mata Zarra tengok dia menggeletis tadi. Hishh! Geli.” Rungut Zarra sebaik saja masuk ke dalam kereta.

Harriz hanya tersengih. Itu saja yang dia mampu untuk lakukan saat ini. Sememangnya dia sangat bersyukur apabila Zarra melakukan segmen terjah menerjah tadi. Terselamat dia daripada Cikgu Batrisya. Selepas ini, sumpah dia takkan keluar lagi dengan minah kebaya tu. Pesanan Cikgu Ikmal akan diingat sampai bila-bila.

“Lusa ni ada peperiksaan percubaan kan? Abang tak nampak pun Zarra study. Melayan internet adalah.” Harriz mengubah topik perbualan.

“Zarra study dekat sekolah dengan kawan-kawan. Sebab tu balik lambat. Bagilah peluang Zarra nak rehat waktu malam. Penat tau.” Gumam Zarra.

Harriz hanya mengiakan saja kata gadis itu. Asalkan belajar sudah. Jangan pula mengelat dan langsung tidak mahu belajar. Itu lagi haru.

“Zarra.” Panggil Harriz kemudiannya.

“Hmm?’

“Lagi sebulan kan Zarra nak final semester STPM. Lepas tu kita pergi holiday. Nanti pilihlah tempat mana yang Zarra nak pergi. Abang bawa Zarra.” ujar Harriz tersenyum manis.

“Wow! Holiday? Kenapa tak honeymoon je?” Tanya Zarra nakal. Tersengih-sengih menayang gigi.

Holiday dengan honeymoon tu sama je lah. Haih dah gatal sangat ni dah kenapa? Lepas SPM baru fikir honeymoon. Sekarang, kita guna perkataan holiday yang membawa maksud bercuti.” Omel Harriz lagi. Geli hatinya mendengar kata-kata Zarra. Haih nakal sungguh.

Bibirnya diherotkan. “So sweetlah abang ni.” Sengaja dia menyindir Harriz.

“Abang memang dari dulu lagi sweet. Baru perasan ke?”

Zarra membuat reaksi konon-konon mahu muntah. Sudahnya, dia membiarkan saja Harriz melayan perasaan dan fokus memandu. Dia pula ambil kesempatan untuk melelapkan mata. Lagi pula, esok cuti. Tak perlu dia pusing kepala memikirkan kerja sekolah. Bahagianya hidup.

Sampai saja di rumah, Zarra kehairanan apabila melihat rumah terang-benderang. Harriz di sebelah dipandang dengan penuh kerutan di dahi. Reaksi Harriz pula kelihatan selamba saja seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Apabila kereta diparkir di garaj dan enjin dimatikan, Zarra terus melompat keluar dan meluru ke muka pintu. Aik? Ada kasut lelaki. Zarra toleh semua ke belakang melihat Harriz. lelaki itu sibuk membawa masuk barang yang sempat dibeli di Tesco tadi sebelum pulang ke rumah.

“Tak nak masuk rumah ke Zarra? Tercongok apa lagi depan pintu tu.” tegur Harriz. Kereta dikunci sebelum menghampiri Zarra.

“Siapa ada dekat dalam?” tanya Zarra separa berbisik. Hatinya tiba-tiba saja terasa cuak semacam.

“Masuk sajalah.” arah Harriz. Pintu rumah dibuka lalu dia melangkah masuk.

Zarra turut mengikut langkah Harriz. Sebaik saja kakinya mendarat pada anak tangga untuk naik ke bilik, dia menjerit riang.

“Angah!” Pantas dia meluru ke arah Zafran lalu dipeluk erat lelaki itu. Rindunya dengan Angah dia.

Zafran membalas pelukan Zarra dengan erat. Sengaja dia tidak memberitahu Zarra dia akan ke sini selepas selesai peperiksaan akhir. Mujur masih ada tiket kapal terbang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

“Bila angah sampai?” tanya Zarra. Diheretnya Zafran supaya mengikutnya ke dapur. Kebetulan pula Harriz juga sibuk mengemas barang yang dibeli di dalam kabinet di dapur.

Harriz tersenyum saja melihat gelagat Zarra. Tidak habis-habis berceloteh sejak tadi. Tak penat agaknya mulut dia.

“Pukul tujuh tadi. Zarra lah keluar merayap sampai pukul sembilan setengah baru balik.” Jawab Zafran.

“Harriz, duduk sini kejap. Nak korek rahsia.” Arah Zafran. Dia tidak betah ingin memanggil Harriz dengan panggilan abang atau pun apa saja sebagai tanda hormat. Dia pun tidak tahu kenapa. Mungkin sebab lelaki itu berkahwin dengan adiknya. Jadi, dia menganggap Harriz juga seperti adik.

Zarra memandang aneh wajah Zafran. Ni mesti ada rancangan nak kenakan dia. Haih! Ini tidak boleh dibiarkan.

“Nak tahu rahsia apa?” tanya Harriz sebaik saja mengambil tempat di sebelah Zarra.

“Hish abang ni. Rahsia mana boleh bagitahu orang.” celah Zarra tiba-tiba.

“Diam lah, adik!” bidas Zafran. Dia meletakkan jari telunjuk di bibir menyuruh Zarra mengunci mulut.

Terherot-herot bibir Zarra mengajuk kata-kata Zafran. Sesekali matanya sengaja dijulingkan.

“Macam mana duduk dengan anak tarzan?” tanya Zafran selamba. Balang biskut di atas meja dicapai lalu dibuka. Sekeping biskut diambil lalu dimasukkan ke dalam mulut.

Harriz pandang wajah Zafran lama. “Anak tarzan?”

Zafran mengangguk. “Sebelah kau tu. Bukan ke anak tarzan?”

Kali ini wajah Zarra pula dipandang. Zarra membalas renungan Harriz dengan tajam. Belum sempat Harriz menjawab, Zarra sudah bersuara terlebih dahulu.

“Zarra, anak tarzan?” jari telunjuk ditunjuk tepat pada mukanya. “Kalau Zarra anak tarzan, angah pun anak tarzan merangkap abang tarzan. Suami Zarra pula merangkap suami tarzan.” Jawab Zarra dengan wajah yang memerah. Sesuka hati saja Zafran menggelarnya anak tarzan. Ini kalau mama dengan papa dengar, dijamin berbirat telingan angah. Mama cukup tidak suka jika mereka bergurau kasar begitu.

Zafran menjulingkan mata. “Marahlah tu?” kata Zafran dengan suara yang sengaja ditinggikan.

“Eh! Sudah, sudah. Lupakan soal tarzan. Angah nak bergurau aje tu dengan Zarra. Kan lama tak jumpa.” Pintas Harriz.

Zarra sudah berdiri dan bercekak pinggang. “Bergurau ada batas tau, abang. Zarra tak suka lah orang gelarkan Zarra anak tarzan. Angah ni lepas kena campak dekat Pulau Pinang tu, mulut makin laser. Mengalahkan Mak Jemah!” bentak Zarra.

Zafran mengusap leher. Niat dia hati cuma ingin bergurau dengan Zarra. Tak sangka pula Zarra boleh terasa. Hish! Pelik betul Zarra lepas kahwin. Dahulu elok saja kalau mereka bergurau kasar begitu. Wajah Harriz dipandang. Kelihatan Harriz menggeleng kepala. Dia juga tidak faham apa kena dengan Zarra.

“Err.. Apa kata kita keluar makan dekat restoran depan tu? Zarra mesti lapar kan?” ajak Harriz cuba mengeruhkan keadaan.

“Zarra tengah naik angin macam ni, abang boleh ajak keluar makan? Baik Zarra naik atas. Belajar lagi bagus sebab exam dah dekat. Abang layan anak tarzan depan abang tu.” bentak dia lagi.

Selesai meluahkan rasa amarah, Zarra terus beredar dari situ dan menaiki anak tangga menuju ke bilik. Kedengaran suara dia mengomel itu ini. Tapi tak jelas sebutannya.

Zafran menjungkit bahu tanda tidak tahu apa masalah Zarra. Harriz juga turut menjungkit bahu.

“Mengandung ke apa si Zarra tu? Bad mood semacam.” Tanya Zafran. Dia panasaran juga ingin tahu.

“Huish! Apa pulak ke situ kau ni, Angah. Ada lah tu tak kena. Biasa lah, orang perempuan.” Balas Harriz ringkas.

“Nasib kau lah dapat isteri macam adik aku. Merajuk je dia tahu.” Gumam Zafran.

Sudahnya, malam itu mereka makan mi segera saja. Makan sambil menonton perlawanan bola sepak. Pergh! Memang terbaik. Riuh-rendah ruang tamu dengan suara mereka berdua bersorak sakan.

Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.