Home Novel Cinta Dia... Zarra Arissa
Dia... Zarra Arissa
Iman Zahri
14/1/2014 11:24:27
94,664
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

Puan Dayana memeluk erat tubuh Zarra. Tinggal berapa minit saja lagi dia dan suami akan ke balai berlepas. Dikucup dahi Zarra bertalu-talu. Zalikha yang baru saja tiba dari Pulau Pinang memandang saja gelagat mama dan adik bongsunya. Biar lah dia mengalah dengan memberi peluang kepada mereka untuk bermanja buat seketika.

Zafran pula turut tidak melepaskan peluang. Selamba saja dia menolak Zarra ke tepi lalu mendakap Puan Dayana. Apa lagi, naik angin lah Zarra.

“Dah tua macam ni pun nak gaduh lagi dengan adik kamu. Sudah-sudah lah tu Angah. Bagi adik kamu ni peluk mama. Takut mengigau pula malam-malam sebab tak puas nak bermanja.” Tegur Encik Zaril seraya menarik Zafran ke belakang. Bahu Zafran dipaut.

Dalam esak tangis, Zarra bersuara. “Angah memang suka cari pasal. Siap la lepas ni. Zarra back hand Angah biar lebam biji mata. Mama sayang Zarra sorang je.” Pinggang mamanya dirangkul erat seakan tidak mahu lepas.

Zalikha mencebik lalu ketawa kecil. Macam-macam perangai kedua-dua adiknya. Ada saja nak bertekak. “Sudah lah. Malu je orang tengok.”

“Nak malu buat apa? Bukannya Zarra meraung pun.” Bidas Zarra tidak puas hati. Sempat dicubit kuat lengan Zalikha.

“Hoi! Sakit lah. Dah pandai jadi ketam sekarang ni. Nasib baik suami awak ada dekat sini. Ikutkan hati, kakak lambung awak keluar dari KLIA ni.”

“Elleh. Macam larat nak angkat Zarra. Cakap je lebih. Padahal, nothing!” Satu tamparan singgah di bahu Zalikha. Agak kuat.

Zarra menarik nafas menahan sabar. Mahu bertekak lebih-lebih dengan Zarra pun tiada guna. Adiknya masih bawah umur. Tak matang lagi fikirannya.

Puan Sri Nazrah dan Tan Sri Shakir ketawa saja. Cuma sesekali mereka menyampuk. Selebihnya, mereka lebih selesa memerhati gelagat keluarga besannya. Ahli keluarga besannya memang rapat. Tak seperti keluarga mereka. Seorang ke Timur, Seorang ke Barat. Contohnya, Nadira. Makin menjadi-jadi perangai.

“Harriz, ambil Zarra ni. Kalau biar macam ni, sampai esok pun dia takkan lepaskan mama.” Ujar Puan Dayana. Perlahan dia memujuk Zarra yang masih menangis supaya melepaskan rangkulannya.

Alahai Zarra. Manja sungguh. Itu padahnya jika tak pernah lekang daripada bawah ketiak mama.

“Nak kena dukung ke mama?” usik Harriz dalam tawa.

“Zarra bukan baby lah!” dia mencelah. Malu dia diperlakukan begitu.

“Alaaa. Baby abang lah kiranya ni. Meh sini meh.” Selamba Harriz menjawab. Ditariknya Zarra daripada pelukan Puan Dayana dengan perlahan sekaligus cuba memujuk. Wajah Zarra sudah memerah. Mana tidaknya, menangis saja sejak tadi. Cengeng.

Zafran geli hati melihat Zarra yang beria-ia menarik muka gara-gara Harriz mengusiknya. Macam mana lah Harriz boleh bertahan dengan sikap Zarra. Boleh darah tinggi kalau tak sabar melayan Zarra. Perangai tak seiring dengan usia.

Zalikha yang perasan Zafran menekan-nekan perut, berbisik di telinga suaminya. “Apa kena dengan budak sorang tu?”

Firash angkat kening. Tidak tahu siapa yang dimaksudkan Zalikha.

“Angah tu lah. Lain macam je.” Jawabnya.

“Hei Angah. Sini kejap.” Panggil Firash. Wajah Zalikha dipandang sekilas.

Suara yang memanggil membuatkan dia tersentak. Baru nak feeling layan Harriz memujuk Zarra. Dah ada yang kacau. Bukan senang nak tengok aksi romantic pasangan yang baru berkahwin atas pilihan keluarga tu.

Dia menoleh ke tepi. Dilihat abang iparnya melambai menyuruh dia datang kepada mereka. Dengan malas dia melangkah. Nak bergosip la tu.

“Apa? Potong stim betul lah Abang Ash ni.” Keluh Zafran.

Zalikha menolak perlahan kepala Zafran. “Banyak lah kau punya potong stim. Apa pasal dok tekan perut, tersengih-sengih sorang diri? Kena sampuk hantu KLIA?”

“Huish kakak ni. Mulut tak ada insurans! Kena hantu tu dengar kakak sebut nama dia macam mana? Dia ikut korang balik Penang kejap lagi.” Sempat dia mengusik.

“Tak kisah lah dia nak ikut pun. Kenapa dengan kau ni?” Zalikha bertanya sekali lagi.

“Haaa. Jawab lah.” Firash menyampuk.

“Angah tengok aksi romantika pasangan baru kahwin tu haa. Bukan main lagi aksi pujuk memujuk.” Dia beritahu juga akhirnya.

Firash garu kepala yang tidak gatal. Pasal itu pun adik iparnya boleh tersengih-sengih?

“Kau tak biasa tengok secara real kan semua ni? Sebab tu geli hati? Lawak sungguh kau ni Angah. Kesian kakak tengok. Pergi kahwin lah. Alami sendiri apa yang adik kita tu tengah alami.” Ditunjal bahu Zafran berulang kali.

“Ke situ pulak. Angah nak kerja dulu. Baru boleh fikir soal kahwin. Apa laaa. Laki bini tak boleh pakai.”

“Eh? Kami pula yang kena? Malu kan? Mengaku je lah.” giliran Firash pula mengusik.

Zafran sudah tidak senang duduk. Macam mana lah dia boleh berterus terang. Tak pasal-pasal kena usik. Kakak dan abang ipar sama saja. Tak boleh tengok orang senang. Ada saja modal nak mengusik.

“Apa-apa je lah. Mengarut lah korang kat sini. Mama dan papa nak ke balai berlepas dah tu. Pergi salam. Peluk cium sekali.” Seusai berkata, Zafran melangkah laju mendapatkan mereka yang sedang berkumpul. Sekali lagi air mata masing-masing tumpah.

Tawa Zalikha meledak. Macam-macam hal. Ditarik tangan suaminya supaya berjalan lebih laju. Suaminya memang tak pernah lekang dengan gajet terkini. Ikutkan hati, mahu saja dia ambil kesemua gajet milik suaminya lalu disimpan di dalam stor. Tak jadi kerja kalau Firash sudah mula melayan permainan yang dimuat turun di dalam gajet.




Seperti yang dijanjikan, Harriz membawa Zarra ke IKEA untuk memilih perabut setelah mama dan papa selamat berlepas ke Jordan. Tenang hati melihat Zarra tidak lagi menangis sebaliknya teruja. Sepanjang perjalanan ke sini, Zarra tidak henti-henti berceloteh ingin beli itu dan ini untuk memenuhi rumah baru mereka.

Awal-awal lagi dia sudah menyediakam sejumlah wang untuk dilaburkan. Tidak mengapa jika dia perlu berhabis duit asalkan hatinya puas. Kalau duit tidak cukup, minta saja pada umi dan babah. Selesai masalah.

“IKEA ni tak pernah tak ramai orang ke?” rungut Zarra apabila sekali lagi terpaksa bersesak sewaktu melewati restoran.

Meatball dekat sini sedap. Sebab tu orang sanggup bersesak macam ni. Nak cuba meatball?” Harriz mengenggam erat jari Zarra supaya gadis itu tidak terlepas dari pandangannya. Sudah lah tubuh badan kecil molek. Kalau hilang, dia juga susah.

Zarra berfikir sejenak. Nak makan sekarang, perutnya masih kenyang. Di KLIA tadi, dia sudah makan tiga ketul donut yang dibeli di Dunkin Donuts.

“Lepas beli barang kita makan. Selalu juga kawan-kawan cerita makanan dekat sini sedap.” Zarra membuat keputusan.

Harriz mengangguk bersetuju. Troli ditolak penuh hati-hati. Sedang mereka berjalan, tiba-tiba Zarra berhenti mengejut. Mujur dia tidak tersadung dengan troli yang ditolak.

“Kita nak beli apa je dekat sini? Rambang mata dah tengok. Sofa, katil, barang dapur semua ada. Tapi, macam cantik je sofa ni.” Zarra mendapatkan sofa yang berwarma merah terang dan menepuk sofa berulang kali. Memang ini taktik dia kalau inginkan sesuatu.

Harriz yang seakan memahami terus mengangguk. Ambil lah apa saja. Asalkan rumah jadi cantik dan tak serabut. Dia bukannya pandai dalam bab memilih perabut.

“Boleh sofa ni? Nampak moden. Boleh kita decorate rumah ala-ala moden kontemporari.” Pendapat Harriz perlu ditanya juga. Ini untuk rumah mereka bersama. Bukan rumah dia seorang.

“Tak kisah mana-mana. Asalkan cantik, tip top. Abang mana tahu nak pilih barang lawa-lawa ni. Ikutkan hati, nak ambil kerusi rotan je lepas tu lapik dengan kusyen.” Harriz berseloroh.

“Merepek! Cepat cari apa lagi nak beli. Nak pergi geledah stor pula lepas ni.” Pesan Zarra. Bukan main cekap lagi dalam soal membeli belah. Berkat tunjuk ajar mama lah ni. Banyak kali dia mengikut mama ke sini. Tapi, bila ajak makan di sini, mama mesti menolak. Malas mahu bersesak katanya.

“Baik puan.” Patuh Harriz seraya tabik hormat.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.