Home Novel Cinta Dia... Zarra Arissa
Dia... Zarra Arissa
Iman Zahri
14/1/2014 11:24:27
94,673
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 25

Lima bulan kemudian….

Hari ini sudah genap lima bulan Puan Dayana dan Encik Zaril di Jordan. Nampaknya, masih tidak ada tanda-tanda mereka akan pulang ke Malaysia secepat mungkin. Keadaan ayah Puan Dayana makin teruk. Tak akan mereka akan pulang ke Malaysia dalam keadaan begini.

Terselit sedikit kelegaan di dalam hatinya apabila ada insan yang bertanggungjawab menjaga Zarra. Ternyata keputusan mereka menyatukan Zarra dengan anak kawan baik mereka tidak silap. Buktinya, Zarra kelihatan ceria apabila bercerita mengenai Harriz. Berseri-seri wajahnya. Baru semalam dia berbual dengan Zarra di skype. Hari ini, dia sudah rindu.

Encik Zaril yang baru masuk ke dalam bilik memandang Puan Dayana yang duduk menopang dagu di birai katil. Serta-merta bibirnya mengukir senyum.

“Teringatkan Zarra?” tegurnya lalu melabuhkan punggung bersebelahan Puan Dayana.

Puan Dayana memandang tepat wajah suaminya. Kemudian, dia mengangguk perlahan. Terasa kelopak matanya sudah bertakung menahan air mata daripada jatuh ke pipi.

“Haaa.. Tu dah mula cebik bagai. Nak menangis?” Tanya Encik Zaril seraya mengusik.

Terjuih bibir Puan Dayana sebaik mendengar usikan suaminya. Sebak benar rasa hati.

“Menangis aje lah. Tak ada siapa yang nak larang. Abang pun rindukan Zarra. Rindukan Zafran dan Zalikha. Tapi nak buat macam mana. Kita kena tinggal dekat sini, jaga abah sampai Lina tamatkan pengajian hujung bulan November ni. Kita pun tak jangka akan jadi macam ni kan…” Ujar Encik Zaril memujuk. Dia memaut perlahan bahu Puan Dayana.

Puan Dayana pula, apa lagi. Makin menjadi-jadi tangisannya. Tersekat-sekat dia bersuara sampaikan tidak difahami langsung butir bicaranya. Encik Zaril hanya mengiakan saja apa yang diomel isterinya. Kalau mengaku tidak faham, lagi lah isterinya akan meraung. Sedih yang teramat agaknya.

“Saya nak telefon Zarra.” tiba-tiba Puan Dayan bersuara dan terus berhenti menangis.

“Aik? Dah habis menangis?” usik Encik Zaril.

Satu jelingan tajam diberi kepada suaminya. “Jangan nak usik saya ya. Mood tengah tunggang terbalik ni.” Sempat dia memberi amaran.

“Okey, okey. Abang nak keluar kejap. Nak tengok abah.” Beritahu Encik Zaril sebelum keluar dari bilik tidur.

Pantas didail nombor telefon Zarra. Beberapa saat kemudian, panggilannya berjawab. Terus dia tersenyum lebar.

“Assalamualaikum mama!” kedengaran suara riang Zarra di hujung talian.

“Waalaikumussalam. Mama rindu Zarra…” ucap Puan Dayana lirih.

“Mama rindu Zarra? Zarra lagi rindukan mama. Tapi, semalam kan kita baru je skype? Mama PMS ke?” seloroh Zarra lagi. Terbahak-bahak Zarra ketawa di hujung talian.

Puan Dayana mengherot bibir. Boleh pula Zarra mengusiknya saat dia sedih begini. Tak prihatin betul Zarra ni. “Mama nak dengar suara Zarra je. Sekarang dekat Malaysia dah pukul 11 malam kan? Tak tidur lagi?”

“Belum, mama. Baru selesai siapkan kerja sekolah. Lepas ni nak masuk tidur lah. Abang Harriz awal-awal lagi dah buat tahi mata.” Beritahu Zarra.

“Sudah, sudah. Pergi tidur. Mama cuma nak dengar suara anak mama aje. Tak ada benda nak cakap pun.”

Kedengaran Zarra ketawa lagi. Apa yang kelakar pun dia tidak tahu. “Itu aje? Mama ni macam-macam lah. Okey lah, kirim salam dekat papa dengan Tok Abah. Bye mama.”

“Bye, sayang.” Puan Dayana menjawab. Dia menunggu Zarra mematikan talian terlebih dahulu. Sebaik saja talian dimatikan, dia terus melangkah keluar dari bilik menuju ke dapur. Kering tekaknya akibat terlalu banyak menangis.

Sedikit sebanyak hatinya berasa tenang apabila mendengar suara Zarra. Bila dikira-kira, tinggal lagi dua minggu saja Zarra akan menduduki peperiksaan percubaan SPM. Kemudian, lagi sebulan, peperiksaan SPM yang sebenar pula. Oh! Sungguh cepat masa berlalu. Ini bermakna, usia perkahwinan anak bongsunya juga sudah masuk lima bulan. Haih.. Rindunya anak dan menantu.




“Harriz, you sibuk tak?” tiba-tiba ada suara yang menyapanya dari arah belakang. Terbantut niat untuk menyemak buku pelajar-pelajarnya.

“Batrisya.. Sibuk sikit. Kenapa ya?” dia bertanya acuh tidak acuh.

“Boleh temankan I pergi kedai buku petang ni? Kereta I rosak lah. Tak ada siapa yang boleh temankan I. Sebab tu I nak minta tolong you hantarkan I. Sekaligus temankan I cari buku.” Dia sudah mula menjual minyak.

Harriz garu kepala yang tidak gatal. Haih! Tidak ada guru lain ke yang boleh diajak. “I kena balik awal. Sorry ya.” Jawabnya.

“Alaaa. Boleh la hantarkan I. Please….” Cikgu Batrisya sudah mula merayu-rayu.

Apabila perasan ada sepasang mata yang memandang ke arah mereka, Harriz terus mengangguk kepala tanda bersetuju. Tidak mahu guru wanita itu terus-terusan memujuknya. Rimasnya!

Thank you! I tunggu you okey. Kita pergi sama-sama. I balik tempat I dulu.” Tersenyum lebar Cikgu Batrisya apabila ajakannya bersambut. Makin berbunga hati.

Harriz pula hanya mampu mengeluh. Apa alasan yang akan dia bagi kepada Zarra. Dia sudah berjanji mahu pulang awal hari ini. Pantas dahinya ditepuk dengan tapak tangan. Sakit kepala dibuatnya.

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.