Home Novel Cinta Dia... Zarra Arissa
Dia... Zarra Arissa
Iman Zahri
14/1/2014 11:24:27
94,664
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 26

Hampir tiga puluh minit mereka berada di dalam kedai buku. Namun, sebuah buku pun masih belum dipilih. Harriz melihat jam di tangan. Sudah pukul empat petang. tadi mereka sudah habiskan satu jam di restoran. Restoran mewah pula tu. Ini semua gara-gara Cikgu Batrisya yang beria-ia ingin makan tengah hari di situ. Sudahnya, melayang wang seratus ringgit. Tak pasal-pasal duit dia lebur begitu saja.

Tadi, Zarra ada beritahu ingin ke Wangsa Walk. Tempat yang sama dia dan Cikgu Batrisya berada. Tapi, tak nampak pula kelibat isterinya itu. SMS pun tidak berbalas.

“You… I tak jumpa la buku yang I nak tu. Kita pergi tempat lain?” Cikgu Batrisya bersuara.

“Balik aje lah. Saya ada isteri yang tunggu dekat rumah. Kalau awak nak pergi kedai lain, awak pergi. Teksi banyak kan?” jawab Harriz dalam nada yang tidak senang.

“Hish! Sampai hati you nak suruh I balik naik teksi. Jatuh lah imej I yang vogue ni.” Tergedik-gedik dia menjawab.

Harriz rasa ingin muntah sekarang juga. Apa lah nasib dia terpaksa menemani guru -wanita ini ke kedai buku. Sudah lah berjalan macam sotong. Lenggang-lenggok. Terkinja-kinja. Rimas!

“Saya tak ada masa nak teman awak. Isteri saya tunggu dekat rumah sekarang ni. Balik aje lah.” sedikit kasar Harriz bersuara.

Cikgu Batrisya mencebik. Terkilan kerana Harriz bersikap kasar. “Sampai hati you…” Dia cuba untuk memaut lengan Harriz. Namun, Harriz lebih cekap. Dia berjaya mengelak. Bagus, bagus.

Zarra yang melewati kedai buku Popular itu terus terjegil mata apabila melihat Harriz berada bersama seorang perempuan. Bukan main bergaya pula tu. Nadia disebelah yang leka dengan telefon bimbit dicuit.

“Apa hal?” tanya Nadia.

Zarra menghala jari telunjuk ke arah Harriz. “Sepupu aku tu. Dengan perempuan seksi pulak tu.”

“Alaa. Biar lah dia. Girlfriend dia kot.” Balas Nadia selamba.

Lagi lah mata dia membulat apabila mendengar perkataan girlfriend yang keluar dari mulut Nadia. Oh! Ini tidak boleh jadi. Harriz memang ada beritahu ingin ke kedai buku. Tapi, tak sangka pula dia akan keluar dengan perempuan. Tiba-tiba saja dia terasa wajahnya bahang.

“Jom, ikut aku!” ditariknya tangan Nadia supaya mengikutnya mendapatkan Harriz yang kelihatan sibuk melayan perempuan itu merengek.

“Ehem!” dia berdehem kuat sambil memeluk tubuh.

Nadia pula hanya diam memerhati mereka bertiga. Aneh juga dia. Mengapa Zarra kelihatan begitu marah melihat Harriz bersama perempuan berkebaya itu?

“Eh, Zarra!” kaget Harriz melihat Zarra yang berdiri tepat memandang mereka berdua.

“Nadia, boleh minta tolong?” dia bertanya.

Nadia mengangguk laju.

“Boleh pergi jalan-jalan tempat lain? Aku ada hal sikit nak settle ni.” Dia cuba mengukirkan senyuman yang paling manis.

“Hah? Aku nak pergi mana?”

“Pergi lah mana-mana. Cepat!” arah Zarra. Nadia tak boleh tahu kalau Harriz suaminya. Kerana dia yakin, sekejap lagi pasti perkataan suami dan isteri akan disebut. Tambahan pula ada perempuan seksi di hadapannya.

“Yeee. Okey,okey.” Tergesa-gesa Nadia beredar dari situ dengan hati yang panasaran ingin tahu apa yang akan berlaku.

Zarra kembali serius memandang wajah Harriz dan Cikgu Batrisya silih berganti.

“You… Siapa ni? Adik ke?” Tanya Cikgu Batrisya. Dia sudah mempamerkan riak wajah yang tidak senang apabila melihat Zarra di situ.

What? Adik?” sedikit kuat Zarra bersuara.

Harriz sudah meraup muka. Apa yang dia nak buat sekarang ni. Mujur Zarra tidak berpakaian sekolah. Kalau tidak, lagi haru-biru.

“Err.. Zarra, ni kawan abang. Cikgu dekat sekolah tu jugak.” Celah Harriz sebelum sempat Cikgu Batrisya bersuara.

“Kawan? Selama ni you anggap I kawan?” Cikgu Batrisya mula mencetuskan drama bersiri.

Harriz merenung tajam Cikgu Batrisya. Cuba mencerna dengan baik apa yang guru perempuan itu cuba sampaikan. Oh! Dia baru teringat. Baru-baru ini Cikgu Nurin ada berpesan supaya hati-hati dengan Cikgu Batrisya. Aduh! Macam mana dia boleh lupa.

“Ya. Kawan.” Sepatah dia menjawab.

“Ish! Drama apa pulak ni?” bentak Zarra. Pening dia melihat dua orang manusia di hadapannya yang seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu.

“Harriz, siapa dia ni? Kenapa sibuk sangat tiba-tiba datang muncul dekat sini?” Cikgu Batrisya bertanya.

“Isteri saya.” Terus Harriz memaut bahu Zarra. Cuba mencari sedikit kekuatan.

Zarra akhirnya dapat tersenyum. Lega apabila Harriz tidak berbohong mengenai status.

What?” kaget Cikgu Batrisya dibuatnya.

“Saya Zarra. Isteri Cikgu Harriz.” sengaja Zarra mengukir senyum. Dia sudah tahu perempuan di hadapannya sebenarnya ada agenda tersendiri. Dari riak muka pun dia boleh tahu lah. Ini Zarra Arissa. Dia cukup cekap soal ini sebab dia pernah hadapi situasi ini sewaktu cuba membantu Angah untuk berpisah dengan Cikgu Sharifah dulu.

Cikgu Batrisya menjeling tajam melihat Zarra. Tak sangka pula dia akan bertemu empat mata dengan isteri lelaki pujaan dan idamannya. Musnah rancangan dia untuk luangkan masa dengan Harriz. Tidak ada modal juga dia untuk bercerita dia keluar dengan Harriz kepada rakan-rakan guru di sekolah.

“You! Hantar I balik!” ucapnya dengan kasar.

Zarra membulatkan mata. “Datang sini satu kereta ke?” dia bertanya.

Harriz mengangguk laju. “Kereta Cikgu Batrisya rosak. Sebab tu dia minta tolong abang hantar dia dekat sini sekaligus temankan dia cari buku.” jawab Harriz dengan jujur.

“Cikgu balik sendiri lah ye? Teksi banyak. Bas lagi banyak. Saya datang sini dengan kawan. Lagi pun, dia dah balik. So, saya nak bawak lah suami saya balik dengan saya. Boleh kan?” dengan penuh lemah-lembuat Zarra berkata-kata.

“Naik teksi? Naik bas?” tanya Cikgu Batrisya mendapatkan kepastian.

Sorry, okey. Saya kena balik dulu. Jumpa esok.” Segera Harriz menjawab.

Kedua jarinya digenggam erat menahan rasa marah yang amat sangat. Terbit rasa cemburu apabila melihat suami isteri itu meninggalkan dia seorang diri. Mahu tidak mahu terpaksa lah dia naik teksi untuk pulang ke rumah.

“Eeee… Bencinya!” omelnya. Perlahan kaki dihentak ke lantai.

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.