Home Novel Cinta Dia... Zarra Arissa
Dia... Zarra Arissa
Iman Zahri
14/1/2014 11:24:27
94,644
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 24

Dengan penuh gaya Harriz melangkah masuk ke dalam kelas Tingkatan 4 Sains 1. Tepat seperti yang dijangka, semua pelajar memerhati saja dia dari atas ke bawah. Memang begini agaknya sikap pelajar jika menerima guru baru. Tiba-tiba dia berasa tidak selesa.

“Selamat pagi cikgu!” laung ketua kelas, Faris dengan kuat.

“Selamat pagi cikgu!” giliran para pelajar pula memberi kata hormat.

Harriz mengangguk lalu tersenyum. “Selamat pagi. Kamu boleh duduk.” Ucapnya sekilas.

“Hari ni kita nak belajar apa cikgu?” tanya salah seorang pelajar lelaki. Arif namanya. Nampak gayanya, macam budak baik saja.

“Dah nak belajar? Tak nak berkenalan dengan saya dulu? Saya teringin nak berkenalan dengan kamu semua.” Jawab Harriz lalu tertawa kecil. Sedikit sebanyak dia berasa selesa.

Dia baru dibenarkan masuk mengajar di kelas ini pagi tadi. Itu pun selepas puas dia berbincang dengan guru yang mengajar subjek Biologi kelas ini. Guru itu pada mulanya bertegas tidak mahu dia mengambil alih tugasnya untuk mengajar di kelas ini. Hampir hilang sabar juga dia. Mujur guru kanan mata pelajaran ada membantunya.

“Cikgu! Saya nak tanya soalan cepu emas boleh?” tanya Anis.

Apabila melihat Harriz mengangguk, dia terus bangun dan berdiri. “Cikgu dah kahwin ke belum? Bukan saya suruh tanya. Emylia.” Dia menujuk Emylia yang duduk disebelahnya.

Serta merta keadaan kelas menjadi tidak terkawal. Riuh-rendah. Ada saja suara yang memerli Emylia. Dikatanya gadis itu gelojoh bertanya. Apa lagi, merah padam wajah gadis itu menahan malu.

“Okey, okey. Bawa bertenang.” Laung Harriz agak kuat. “Saya dah kahwin. Bulan empat hari tu.” sambungnya lagi.

“Isteri cikgu kerja apa?” seorang lagi pelajar bertanya. Habis semua rahsia Harriz mereka ingin tahu. Jenuh lah begini.

“Rahsia.” Jawab Harriz sepatah.

“Alaaa. Cikgu tak sporting laaa.” Ujar Faris kemudiannya.

“Itu hal peribadi. Baik lah, saya nak kamu semua kenalkan diri masing-masing. Biar saya senang sikit nak panggil kamu semua jawab soalan kat depan nanti.”

“Baik lah…” sahut pelajar dengan lemah. Kecewa barangkali tidak dapat mengorek rahsia guru yang kacak itu.




Cikgu Batrisya berjalan dengan penuh lenggang lenggoknya menuju ke kantin. Perut yang lapar perlu diisi. Dari tadi dia mencari kelibat Harriz, namun tidak kelihatan. Ah! Kecewanya rasa hati.

Beg tangan berjenaman Prada diletakkan di atas meja. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Cikgu Nurin. Guru Bahasa Melayu itu tekun membaca surat khabar sehinggakan tidak perasan akan kehadirannya.

“Ehem!” Dia berdehem. Ingin mencuri perhatian.

Cikgu Nurin spontan memanggung kepala apabila terdengar suara di hadapannya. Menganggu konsentrasinya untuk membaca surat khabar. Spoil betul!

“Eh! Kau rupanya Trisya. Sorang aje? Sahabat baik merangkap kawan baik kau mana?” Cikgu Nurin mengukir senyuman yang paling manis. Macam baru lepas makan gula satu kilo.

Dia mengipas mukanya menggunakan kertas di tangan. Bahang sungguh hari ini. Kipas pun seakan tidak bergerak saja. Langsung tidak dapat menyejukkan badan yang sudah berpeluh.

“Dia pergi kursus untuk pesta pantun. Emm… Cikgu baru tu handsome kan?” Dia mula mahu mengorek rahsia.

Dahi Cikgu Nurin berkerut. “Cikgu Harriz? Ex student dari Dubai tu?”

Spontan dia tersenyum meleret. “Ye laa. Siapa lagi cikgu baru dekat sekolah ni. Handsome kan?”

Cikgu Nurin tersengih. Dia sebenarnya sudah tahu status guru lelaki itu. Not available! Hihi. “Memang kacak. Sebab tu dah berpunya.” Dia membocorkan rahsia akhirnya.

“Hah? Dah ada girlfriend?” serius Cikgu Batrisya bertanya.

Cikgu Nurin menggeleng. “Nope. Dah kahwin.”

Rasa jantungnya terhenti seketika. Tak kan sudah berkahwin. Macam ada yang tidak kena saja. “Baru je kerja. Takkan dah kahwin? Tak logik.” Sangkalnya.

“Tak logik apa nya Cikgu Batrisya. Anak Tan Sri. Duit berkepuk-kepuk. Nak kahwin pun ada orang tua yang boleh support.” Jawab Cikgu Nurin. Rimas sungguh melihat guru wanita di hadapannya yang persis orang tengah kecewa.

“Wow! Anak Tan Sri?” Terpegun dia dibuatnya. Lagi lah hati ni makin suka. Sudah lah kacak. Anak orang kaya pula tu. Oh! Memang tidak sia-sia dia sukakan Harriz.

“Kau jangan nak kacau Cikgu Harriz tu pula. Silap hari bulan isteri dia datang sini serang kau. Dengar cerita, isteri dia tu berpengaruh juga. Sesuai sangat lah dengan dia.” Cikgu Nurin sengaja mereka-reka cerita. Risau wanita itu tergila-gilakan suami orang. Bukannya dia tidak tahu perangai wanita ini.

Dia menjuih bibir. Sama sekali dia tidak kisah. Lelaki kan ada empat kuota. Pelan-pelan kayuh. “Tak apa lah kalau macam tu. Hilang selera aku nak makan. Pergi dulu.”

Cikgu Nurin mengangguk. Bagus wanita itu angkat kaki dari sini. Menganggu konsentrasinya saja. Tidak habis-habis mengajak orang berbual dan bergosip. Buang masa.

“Kenapa dengan Cikgu Batrisya tu?” tanya salah seorang pekerja di kantin sekolah. Orang panggil Kak Bihah.

“Sibuk sangat puji cikgu baru tu kacak. Bila dapat tahu cikgu tu dah kahwin, tu yang sebal semacam je.” Balas Cikgu Nurin sambil tersengih.

“Ish.. ish.. Tak habis-habis lagi dengan perangai lama dia tu ye? Tak serik gamaknya.” Kepalanya digelengkan berulang kali.

“Biar lah dia Kak Bihah. Akak.. Bungkuskan ayam masak merah tu ya. Pukul dua saya datang ambil. Ada kelas sekarang ni.” Pinta Cikgu Nurin.

“Ye lah. Nasi kosong nak tak?” tanya Kak bihah lagi.

“Boleh juga. Jimat elektrik rumah saya hari ni. Eh.. Lagi satu. Kalau nampak anak saya lalu dekat sini, akak buatkan jus epal dekat dia. Kalau tak, dia buat hal pula dekat sini.” Pesan Cikgu Nurin.

“Beres cikgu.” Jawab Kak Bihah. Anak Cikgu Nurin sebenarnya menghidap austisme. Selalu sangat memberontak. Senang saja tidak mahu dia mengamuk tidak tentu pasal. Upah saja jus epal. Dijamin senyap.

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.