Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,367
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 30 ; Panel siasatan

BAB 30

Jadi selama 3 hari ini..... kami disoalsiasat oleh panel siasatan yang ditubuhkan khas oleh JKM negeri. Aku pun turut disoal siasat pada hari kedua siasatan. Aku disiasat mengenai tanggungjawab aku sebagai warden dahulu, apa yang aku tidak puashati dengan cara pengurusan Datin, kaedah yang aku gunakan dalam sesi kaunseling dan sebagainya. Hari ketiga tiada siasatan dijalankan kerana difahamkan panel akan bermesyuarat untuk mendapatkan rumusan awal hasil siasatan mereka. Kami bekerja seperti biasa.... hari Jumaat Datin mula bekerja semula. Walau bagaimanapun beliau nampaknya masih enggan membebaskan penghuni di sel tahanan.

Tapi yang paling mengembirakan aku apabila ketua warden dan warden mula melunaskan tanggungjawab mereka. Difahamkan mereka berada di asrama pada malam hari secara bergilir. Malah ketua wadar memberitahuku mereka tidak berani lagi masuk campur dalam urusan kerja wadar. Beberapa keistimewaan sebelum ini yang ditarik balik daripada penghuni seperti penggunaan televisyen dan telefon kini dimansuhkan dengan serta-merta. Begitu juga dengan perautran yang mewajibkan semua penghuni untuk beratur pagi-pagi sebelum solat subuh atau sebelum tidur untuk kiraan penghuni juga dimansuhkan. Walaubagaimanapun hubungan aku dengan Datin dan kak Hashimah semakin dingin. Bila bertembung mereka buat tidak tahu sahaja atau buat-buat tidak nampak. Satu memo telah dikeluarkan oleh Datin pada hari ini mengatakan bahawa satu mesyuarat dengan panel akan diadakan pada petangnya. Aku agak mesti panel itu hendak membentangkan hasil siasatannya.

{{{{{{{{{{{{{{{

Pukul 2 petang.. kami semua pekerja pusat perkindungan ini sudah berada di bilik mesyuarat utama. Di hadapan kami.. pengerusi panel yang merupakan Timbalan Pengarah JKM negeri sedang membelek satu fail.

“Baiklah... hasil siasatan kami pada minggu lepas..... kami panel siasatan merumuskan bahawa memang terdapatnya penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran prosuder kerja di dalam pengurusan pusat penghuni ini” Datin resah.. begitu juga kak Hashimah.

“Pertama.. terlebih dahulu saya ingin menekankan supaya anda semua menganggap kami ini hendak menghukum kamu. Panel ini ditubuhkan bertujuan untuk melakukan penambahbaikan dan melihat samada adakah benar terdapatnya salah laku di dalam pengurusan pusat ini. Jadi saya harap, cadangan dan arahan yang panel bakal kemukakan ini dipatuhi oleh pihak pengurusan. Ya Datin” Datin mengangguk.. mesti malu gila ni...

“Pertama.. mengenai sel tahanan. Kami meminta supaya penghuni yang ditahan di sel tahanan dilepaskan serta merta kerana tatacara tahanan yang tidak sah. Tidak dibenarkan lagi penghuni ditahan atas arahan ketua warden yang ditandatangi oleh Pengetua di atas sekeping memo. Selepas ini mesti ikut prosedur. Maknanya dari ketua wadar... perbicaraan.. hukuman dan rayuan. Ok?”

“Kedua.. atas sebab ketua asrama yang baru ini banyak melanggar peraturan dan tidak dapat menjalankan tugasnya.. maka kami menasihati Puan Pengetua perlu memastikan ketua warden dan termasuk timbalannya menjalankan tugasnya. Puan Hashimah perlu menghabiskan kontraknya selama setahun.... kemudian baru boleh lantik ketua warden yang baru. Kita tidak boleh terima perletakan jawatan Puan Hashimah kerana Puan sendiri yang mahu jawatan ini dahulukan... ” kak Hashimah menunduk.

“Selain itu dari segi bimbingan dan kaunseling... hak-hak Encik Hisham hendaklah dikembalikan seperti biasa.. kerana kaedah Encik Hisham sebelum ini terbukti berkesan merawat pesakit tapi dengan syarat perlulah ditemani oleh wadar. Begitu juga tangungjawab untuk Encik Hisham melakukan tugasnya perlulah dikembalikan semula.” aku tersenyum. Pernyataan Encik Shuhaimi ibarat membuka gari yang membelenggu diriku ini. Kini aku bebas melakukan kerjaku mengikut cara aku semula.

“Selain itu latihan vokasional dan perniagaan bagi penghuni hendaklah dijalankan seperti biasa. Puan Pengetua tidak boleh menyekat perbelanjaan modal mereka. Begitu juga keistimewaan penghuni sebelum ini hendaklah dikembalikan kepada yang hak seperti pemansuhan larangan penggunaan telefon dan menggunakan internet.”

“Kelima.... panel akan memantau pengurusan pusat perlindungan ini selama lebih kurang 3 bulan. Jadi maknanya dari masa ke semasa kami datang untuk memantau penghuni dan pengurusan pusat ini... setiap minggu laporan akan diberikan oleh Pengetua kepada saya melalui emel atau faks.”

“Jadi itu sahajalah cadangan atau arahan yang perlu dilaksanakan dengan serta merta atau dalam tempoh terdekat. Jadi 5 cadangan ini kita buat bukan apa..... untuk kebaikan kita bersama. Lagipun peraturan sebelum ini menyebabkan pusat ini selama 3 tahun dahulu mencatatkan sifar pemberontakan atau penghuni lari. Nanti yang susah kita juga... hendak menghadap wartawan lagi... nak cari mereka lagi.. panel siasatan nak ditubuhkan. Jadi kata orang sediakan payung sebelum hujan... tugas anda yang lain kami kembalikan. Hanya kita minta yang 5 ini sahaja Datin buat. Bolehkan?” Encik Shuhaimi memandang Datin ;

“Boleh tuan” jawabnnya pendek.

“Ok.. kalau takde apa lagi.. saya minta diri dulu... maaflah jika ada salah silap sepanjang 4 hari kami berkampung di sini.. assalaimualaikum” mereka terus bangun untuk balik semula ke pejabat yang terletak di Shah Alam... staf lelaki bersalaman dengan ahli panel lelaki dan begitu juga sebaliknya. Selepas mesyuarat..... semua penghuni di sel tahanan dibebaskan dengan serta merta. Ini menjadikan asrama riuh dengan pembebasan mereka. Aku tidak tahulah samada Datin “baik” sampai bila.. adakah selepas 3 bulan Datin akan kembali kepada tabiatnya? Tapi yang menggembirakan aku kini dibenarkan untuk kembali memberi sesi kaunseling mengikut caraku.. bolehlah jumpa Sofia. Lama tak jumpa... rindu lak pulak.

{{{{{{{{{{{{{{{

Seminggu selepas aku mendapat memo daripada Datin yang menyatakan arahan sebelum ini ditarik balik ( aku pun tidak faham kenapa Datin masih lagi menggunakan memo untuk berurusan denganku.. macam hina pulak rasanya ) aku mengadakan sesi kaunseling dengan Sofia. Untuk mengelakkan Datin lebih berbulu dengan aku ataupun cakap-cakap mereka yang pro kepada Datin... aku mengadakan sesi kaunseling dengan Sofia di bilik kaunseling. Ditemani oleh kak Usmah.. kak Usmah tersenyum ;

“Kenapa kak Usmah tersenyum? Berseri-seri pulak. Nak dapat baby lagi ker?” tegurku.

“Hehehehehehehehehe... orang lain dating berdua. Dia dating ada orang ketiga” aku tersenyum.. ada-ada jelah kak Usmah ni. Pipi Sofia memerah..

“Dating? Ini sesi kaunselinglah kak Usmah.. bila masa datingnya pula, kalau Dating pi tengok wayang.. makan-makan.”

“Ala... kamu tahu tak kenapa sebelum ini Datin melarang kamu berjumpa dengan Sofia? Sebab Sofia kantoi dengan warden simpan gambar kamu berdua dalam almari semasa pemeriksaan mengejut. Gambar kamu seorang pun ada. Hashimah tu apa lagi... buatlah aduan dengan Datin” mungkin gambar raya tahun lepas kot yang aku ambil.

“Patutlah tiba-tiba sahaja Datin tidak benarkan saya buat sesi kaunseling dengan Sofia.. rupanya itu al kisahnya. Siap perli-perli saya lagi tu” aku mengelengkan kepala.

“Kenapa kamu simpan gambar saya dalam almari Sofia?” tanyaku kepada Sofia.

“Akak keluar dulu... akak tunggu di luar. Kalau ada apa-apa.. panggil je kak” akak Usmah keluar duduk do sofa tetamu di luar bilik aku. Memberikan kami ruang untuk berbicara.. kata orang.. memberikan sedikit privasi kepada kami untuk berbincang.

“Awak suka saya ye Sofia?” tanyaku lagi.

“Adalah sebagai manusia... adalah fitrah untuk menyukai awak” kata-kata itu mengetarkan hatiku.

“Kenapa awak menyukai saya?” tanyaku.

“Kerana saya merasakan setiap kali bersama awak.. saya semakin kuat, abang pendorong saya, abang bagi saya kekuatan, pendek kata saya senang kepada abang” kata Sofia berterus-terang.

“Tapikan saya anggap Sofia sebagai adik saya... tidak lebih dari itu?”

“Itu saya tahu.. tapi hati saya tidak dapat menolak untuk menyukai awak” aku juga tidak dapat menolak untuk menyukainya... tapi hati aku tetap cuba untuk menganggapnya adik... banyak rintangan untuk kami bersama nanti.

“Saya tahu... saya ini kotor. Sebab itu saya hanya pendamkan rasa suka saya ini kepada awak. Saya memang tak sesuai untuk awak. Awak baik.. lemah lembut... warak... saya???”

“Awak.. awak sudah bertaubat... insya Allah hati awak sekarang ini sudah bersih. Awak pun dah banyak berubah.. dari kasar.. keras kepala.. degil.. tak hormat orang.. tak tutup aurat. Sekarang ini awak sudah menjadi muslimah. Awak juga sudah ada cita-cita.....”

“Abang Hashim carilah orang yang lebih baik dari saya. saya tidak layak untuk abang.. saya pergi dahulu” kata Sofia bangun dari kerusi dan menuju ke arah pintu... aku bangun

“Saya juga sukakan Sofia” kata-kata itu terpacul dari mulutku.. aku tidak boleh membohongi diri aku lagi.. aku sebenarnya sukakan Sofia. Sofia berhenti di muka pintu yang ternganga... memandang semula ke arahku. Dia tersenyum... ada genangan air mata di sebalik kelopak matanya... terharu. Kemudian dia keluar dari bilikku tanpa mengucapkan sepatah kata. Aku tersenyum. Aku kembali duduk ke kerusiku... aku membelek fail Sofia dan melihat gambar pasportnya.... aku tersenyum lagi. Inikah dinamakan cinta?????? Ya Allah.. Kau berikanlah petunjuk dan hidayat kepadaku.

{{{{{{{{{{{{{{

Malam itu aku melakukan solat hajat.... aku berdoa kepada Allah supaya memberikan aku taufik dan hidayahnya. Jika benar Sofia itu ditakdirkan dalam loh mahfuz jodoh yang telah ditetapkan, aku menerima seadanya.... hanya kepada Allah aku berserah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.