BAB 8
Daripada Abu
Hurairah, Nabi S.A.W bersadba maksudnya.... “sesiapa yang melepaskan seseorang
mukmin daripada kesusahan dunia, maka Allah akan melepaskan darinya daripada
satu kesusahan dari hari akhirat dan sesiapa yang melapangkan seseorang itu
dari kesempitan maka Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan akhirat”
hadis riwayat Muslim.
Pukul 7.30 pagi aku sudah sampai di pejabat ( 6.30
pagi sudah bergerak balikdari kampung ). Selepas membuat kerja pejabat sedikit
dan berjumpa dengan seorang penghuni untuk sesi kaunseling pada sesi pagi, aku terus ke bangunan Vokasional yang menempatkan pusat latihan
bagi program memasak dan menjahit. Tujuan aku adalah untuk berjumpa dengan kak
Haryati. Sampai di sana aku lihat penghuni yang mengambil kelas masakan sedang
sibuk menyiapkan biskut raya yang ditempah. Ku lihat kak Haryati sedang
memberikan arahan kepada penghuni-penghuni yang lain. 3 orang warden sedang
mengawasi mereka. Aku pergi ke arah kak Haryati..
“Assalaimualaikum..
wah sibuk nampak. Macam mandur pulak
saya tengok akak ni. Arah sana... arah sini” perliku apabila melihat teletah kak Haryati yang sedang sibuk mengarahkan anak buahnya.
“Banyaklah kau Hisham. Mandur
apanya... kalau akak tak suruh... nanti tak jadilah kek dan biskut ni. Tak siap
pulak tempahan.. tahun ni banyak nak kena siapkan. Kamu ni kenapa datang sini?
Nak jumpa akak ker?” tanyanya.
“Ye kak. Boleh saya jumpa
akak kejap. Hal peribadi” kataku separuh berbisik.. aku tidak mahu penghuni
lain tahu tentang hal peribadi kak Haryati.
“Ok.. mai ikut akak” aku
mengikut akak ke kawasan yang agak jauh dari penghuni lain.
“Aper cer?” tanya kak
Haryati.
“Alhamdulillah.. saya
dapat memujuk keluarga akak. Petang ni keluarga akak datang berbuka dengan
akak. Bawak anak akak sekali” jelasku.
“Betul ke ni Hisham?”
tanya teruja.
“Betullah akak, takkan
saya nak tipu akak. semalam saya pergi rumah keluarga akak kat Semenyih.
Mula-mula tu dia marah bila saya berterus terang dengan mereka. Tapi akhirnya
mereka menerima penjelasan saya kak. Alhamdulillah.”
“Terima kasih Hisham..
terima kasih” kak Haryati memelukku.. dia menangis air mata aku tergamam.
“Errr.. akak. Tak patut
akak peluk saya.. nanti orang nampak. Jadi isu besar nanti....” akak melepaskan
pelukannya.. dia mengesat airmatanya dengan apron.
“Terimakasihlah Hisham.
kau dah banyak tolong akak. Akak tak tahu macamana nak membalasnya.”
“Takpelah kak. Dah memang
tanggungjawab saya menolong kita sesama Islam. Dalam satu hadis Muslim.... daripada Abu Hurairah, Nabi S.A.W bersadba
maksudnya.... sesiapa yang melepaskan seseorang mukmin daripada kesusahan
dunia, maka Allah akan melepaskan darinya daripada satu kesusahan dari hari
akhirat dan sesiapa yang melapangkan seseorang itu dari kesempitan maka Allah
akan melapangkan untuknya di dunia dan akhirat.”
“Semoga Allah membalas
segala kebaikan Hisham dengan ganjaran pahala.”
“Insya Allah.”
“Keluarga akak datang
masa berbuka ker?’
“Ye kak” jawabku
“Kalau begitu.. akak nak
masak sikit kuih untuk anak akak. Coklat ker.. sempat ni. Ya Allah... terima
kasih kerana mengizinkan aku berjumpa dengan anakku. Terimakasih banyak-banyak
Hisham. akak pergi dulu... nak buat biskut untuk anak akak.”
“Pergilah akak.. saya pun
nak pergi tengok Sofia kat bilik menjahit ni” sebaik sahaja aku berkata
begitu.. akak masuk kembali ke bilik masakannya semula.... aku pula keluar
menuju ke bilik jahitan. Dari jauh sudah kedengaran bunyi mesin jahit... Sofia mungkin
sedang ligat untuk menyiapkan tempahan sempena Hari Raya ini. Apabila aku
masuk.. aku melihat Sofia tekun menjahit. Aku mengejutkannya
“Ha..... buatpa tu!”
“Opocot... mak kau
bunting.. eh mak kau bunting. Abang Hisham..., terkejut tau Sofia. Apalah abang
ni” penghuni lain ketawa melihat Sofia melatah.
“Saja jer kacau Sofia.
Kenapa? Tak boleh ker? Melatah jugak Sofia ini yer” katanya tersenyum.
“Bukan tak boleh. Buatnya
saya melatah teruk tadi.. habis gunting ni saya tikam abang.. dah saya kena
hukuman lain pulak karang. Jangan kejutkan orang latah sesuka hati.. kelak
merana diri nanti bang” jelas Sofia... tapi apa yang Sofia cakap itu memang
betul. Orang melatah ini bukannya sedar apa yang dia buat masa tengah latah.
Terutama bila sudah naik syeikh...
“Hahahahahahahaha... maafkan
abang Sofia. Khusyuk nampak? Sampai abang sampai pun tak perasaan?”
“Mestilah bang. Banyak
tempahan nak kena siap.. lagipun tempahan dari butik.. kena buat betul-betul.
Saya kadang-kadang bawak baju ni kat Dorm.. malam selepas terawih sambung lagi
jahit. Pakai tangan.”
“Oh yeker. Siannya....
banyak ke tempahan?”
“Hampir 100 pasang busana
muslimah butik tempah dengan Sofia.. separuh sudah siap.. ni diorang nak 100
lagi. Yang hantar 50 minggu lepas pun diorang kata dah sold out. Nasib baik ada
kak Ena yang tolong gunting dan jahit tangan sebelah malam. Kalau tak matilah
saya.”
“Eh! Jangan cakap
macamtu. Takde matinya Sofia menjahit semua ni. Mati tu hak Allah.”
“Sorilah bang.. dah terbiasa
cakap begitu. Kenapa abang datang ni?”
“Tara!” aku menunjukkan
bungkusan yang aku bawa dari tadi. Sofia membukanya... kain ela untuk dibuat
baju melayu.
“Abang nak suruh saya
jahit baju melayu ker?” tanyanya.
“Yup.. boleh tak?” kataku
penuh mengharap... maklumlah.. sudah lambat sebenarnya nak minta Sofia menjahit..
aku pulak asyik sibuk dengan kerja sehingga sampai lupa nak buat baju Melayu.
Aku tak suka beli baju melayu siap..... macam tak sedap pakai pulak.
“Boleh... tapi lambatlah
sikit. Saya kurang sikit jahit baju Melayu... tapi kalau nak baju kurung Kedah
bolehlah. Nak?” wah! Melawak pulak Sofia ni.
“Wah! Pandainya... nak
suruh abang pakai baju Kurung raya ni? Pengsan mak abang nanti.
Hahahahahahahahahaha. Tak sanggup mak nyah” aku membuat aksi adik-adik...
“Hahahaahahahahahaha.
Abang jangan risau.. saya cuba siapkan sebelum Raya.”
“Ok.. buat betul-betul
tau. Nanti kawan-kawan tanya, abang rekemenlah Sofia. Dan jangan lupa komisennya
20 persen.”
“20 persen? Macam cerita
P Ramlee pulak. 20 sen bolehlah” balasnya.
“Itu cerita seniman
Bujang Lapok... dulu bolehlah 20 sen. 20 sen boleh makan nasi lemak. Sekarang
20 sen masuk tandas pun tak lepas. Aduyai.”
“Hahahahahahahahaha....
takpelah. Nanti kita cerita lagi pasal komisen ni yer” kata Sofia
“Oklah.. abang nak balik
dulu. Ada kerja sikit kat pejabat.. nanti kita jumpa masa berbuka yer. Puasa
tak?.”
“Sebenarnya tidak boleh
puasa. Tapi malas pi kantin makan.. sahur dan berbukalah jugak. Lagipun boleh
diet sekali.”
“Kurus kering macamni nak
diet lagi? Oklah abang pergi dulu.. papai.”
“Bye-bye bang” aku
berlalu keluar.. sebelum keluar aku menegur penghuni yang lain.. dalam setengah
jam jugak aku kat dalam bilik itu. Mengusik dan bergurau dengan mereka.
{{{{{{{{{{{{{{{
Pukul 6 petang sebaik sahaja aku mandi dan solat.. fonselku berdering. Aku
menjawabnya.
“Hello,
assalaimualaikum.. Hisham disini.. apa boleh saya bantu?.”
“Hisham.. ni pakcik Mat
ni.. pakcik dah ada kat lobi pejabat.. nak jumpa dengan Haryati”
“Oh pakcik. Bagi saya 5
minit.. jap lagi saya turun pejabat. Saya baru lepas mandi dan solat.”
“Ok.. pakcik tunggu” aku
segera memakai baju dan keluar rumah menuju lobi pejabat. Kelihatan anak
Haryati sedang berlari kesana dan kesini. Maklumlah tengah lasak.. aku terus
bersalaman pakcik Mat. Kemudian aku membawa keluarga Haryati ke Bilik Warden On
call.. aku rasa disini lebih privasi untuk pertemuan keluarga ini. 5 minit
kemudian Haryati turun sambil ditemani oleh Warden. Sampai sahaja Haryati
lantas memeluk keluarga dan anaknya. Anaknya menangis kerinduan.. ni yang
touching ni.
“Mak.. ayah.. Haryati
mintak maaf kerana malukan mak dan abah selama ni” katanya sambil memeluk
pakcik Mat dan seterusnya ibunya.
“Takpelah nak..
sepatutnya ayah yang mintak maaf dengan Haryati.. ayah gagal menjadi seorang
ayah yang baik. Ayah gagal membentuk kamu... sehingga kamu hanyut” ayah Haryati
menyesal atas keterlanjurannya selama ini.
“Yang lepas tu lepaslah
ayah.. jangan dikenang-kenang lagi. Saya pun dah bertaubat... insaf akan
kesilapan saya yang lalu” jawab Sofia.
“Ayah pun dah bertaubat
nak... mungkin sebab ayah alpa akan perintahNya. Sebab itu anak-anak abah
semuanya tak berjaya. Semuanya gagal” kata Pakcik Mat.
“Sudahlah ayah. Kita
sama-sama lupakan hal yang lalu... mulai harini kita bermula semula bagai
sebuah keluarga. Keluarga yang berlandaskan syariahNya ya ayah.”
“Ye nak.”
“Arisa..... rindu kat mak
tak?” kata kak Haryati sambil memeluk anaknya malah menciumnya.. jelas kak
Haryati sangat-sangat merindui anaknya.
“Windulah.. napa mak keje
ama cangat” kata anak kak Haryati sedikit pelat.
“Mak banyak kerja sayang”
Haryati mencium anaknya lagi.
“Maafkan kami kerana
pisahkan kau dengan anak kau Haryati” kata mak Yam.
“Sudahlah mak.. saya dah
lama maafkan mak.” Aku rasa aku harus bergerak sekarang.. kehadiranku akan
menganggu pertemuan ini kelak.
“Baiklah.. saya rasa..
saya patut beredar dulu” aku meminta diri untuk keluar dari bilik tersebut.
“Eh! Nak kemana
Hisham.... mailah berbuka sekali” ajak pak Mat.
“Saya rasa.. saya patut
berbuka sama dengan penghuni yang lain. Takpelah Pak Mat... lainkali sahaja.
Nanti pukul 8 malam nanti saya iringi keluarga Pak Mat keluar” aku bersalamanan
dengan Pak Mat. Aku dan warden keluar dari bilik tersebut. Biarlah kami memberi
privasi kepada keluarga yang sudah 2 tahun tidak berjumpa.. tentu banyak
perkara yang ingin dibualkan.
{{{{{{{{{{{{{{{
Haryati bernyanyi-nyanyi kecil apabila balik dari solat terawih tadi.
Kegembiraan Haryati turut dirasai oleh Sofia....
“Hai kak... bernyanyi
sakan nampak? Baru jumpa pakwe ker?”
tegur Sofia.
“Apalah.. manada pakwe
kat sini.. semua pekerja perempuan. Lelaki yang ada pun si Hisham tu.”
“Habis tu kenapa gembira
sangat ni?”
“Takkan kau tak tahu. Aku
tadi dapat jumpa anak aku dengan keluarga aku. Itu yang happy semacam tu.”
“Owh. Yeke? Patutlah tak
nampak semasa berbuka tadi. Anak sihat?” tanya Sofia.
“Alhamdulillah sihat. Ini
yang aku tak sabar nak keluar dari tempat ni.. lagi setahun je lagi. Lepas ini
aku ingat nak besarkan anak aku... aku nak cari rezeki yang halal. Lagipun ayah
aku ada simpan duit sikit. Aku ingat nak buat kedai kek dan biskut. Itu jer
kemahiran yang aku ada” Haryati menyatakan perancangannya selepas dia keluar
dari pusat perlindungan ini.
“Baguslah akak... akak
lagi setahun nak keluar. Saya ni lagi 2 tahun setengah baru boleh keluar” kata
Sofia lemah.
“Sabarlah dik... pejam celik
pejam celik lama-lama habislah hukuman adik tu. Macam akak.... tup-tup dah nak
keluar dah. Adik menjahit pakai tangan jer?” katanya apabila Sofia mula
mengeluarkan alatan jahitannya dari almari.
“Yelah kak. Peraturan tak
benarkan kita kerja di bengkel memalam buta.. terpaksalah saya menjahit pakai
tangan... nasib baik ada kak Ena tolong.. kalau tak.. mati kutulah saya.. dapat
siap satu baju jadilah semalam”
“Memang beginilah kalau
masa Raya... memang banyak tempahan. Kadang-kadang masa pun tak cukup.. kena
tolak tempahan... tapi nasib baik lah ramai yang boleh menolong. Dengan adanya
program macamni.. sekurang-kurangnya kita taklah mati kutu duduk dalam ni.
Dapat duit lagi.. walaupun tak banyak.. tapi cukuplah untuk memulakan hidup
yang baru.”
“Betul tu kak... saya
harap dapatlah sedikit wang. Saya ingat pun keluar nanti nak buat jahitan ni
secara sepenuh masa. Lagipun butik tu dah kenal dengan saya... ada link senang
sikit... ingat nak buat dari rumah dulu.. bila ada modal... baru sewa kedai”
kata Sofia.
“Baguslah.. ada
perancangan. Kita lupakan sejarah hitam kita.. kita mulakan hidup yang baru.
Oklah Sofia.. ganggu je Sofia nak menjahit. Akak balik bilik dulu.. nak tidur.
Besok kena kerja nak siapkan tempahan.”
“Baiklah akak..
assalaimualaikum.”
“Wassalam.”