Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
233,366
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
bab 4 ; kisah hitam Ani Sofia

BAB 4

“Maka barangsiapa yang bertaubat, sesudah melakukan kejahatan itu dan membaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” maksud Surah Al Maidah ayat 39.

Saya dilahirkan pada tahun 1992 di Hospital Kuala Lumpur.. saya anak bongsu dari 3 adik beradik. Yang sulong; abang saya berumur 15 tahun. Yang kedua berumur 10 tahun juga lelaki semasa saya dilahirkan. Masa tu mak saya berumur 38 tahun. Kami tinggal di sebuah Flat 2 bilik di Sentul. Ayah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank di Kuala Lumpur manakala ibu bekerja sebagai pembantu pasar di kawasan perumahan itu juga. Selama 15 tahun saya hidup seperti biasa.. ke sekolah, belajar, membantu emak di rumah dan sebagainya. Malah saya juga antara pelajar semerlang di sekolah.. saya mendapat tawaran ke sekolah berasrama tapi saya menolaknya kerana mahu dekat dengan mak seterusnya membantunya.

Ayah saya? Hmmmmmm.. ayah saya dulu taik judi dan suka minum arak. Tapi entah macamana, mak saya dapat membentuk ayah saya. Ayah sudah lama meninggalkan tabiat buruknya itu sejak saya dilahirkan lagi. Ayah tidak lagi bergaul dengan kawannya yang mempunyai tabiat yang sama dan membawa kami sekeluarga berpindah di Sentul. Ini semua atas cadangan mak untuk menjauhkan ayah dari kawan-kawan pemabuk dan judinya itu. Abang sulong pula telah terlibat dengan gejala penagihan dadah... maklumlah duduk flat. Ramai budak muda dan remaja yang terlibat di dalam aktiviti ini. Tapi yang untungnya dia tidak menyusahkan kami.. along bekerja sambilan samada membantu berniaga burger, pembantu pasar malam ataupun menjaga tempat letak kereta. Angah pula terlibat dalam samseng jalanan dan bekerja sebagai mat despatch di Seremban. Jadi hanya saya sahaja yang menjadi harapan oleh mak untuk mengubah hidup kami.

Selepas PMR.... ibu saya telah jatuh sakit. Satu hari ibu saya mengalami kesakitan di perut semasa berada di rumah. Apabila ayah membawa ke hospital.. ibu disahkan mengalami ketumbuhan fibroid. Sebulan kemudian pembedahan telah dijalankan untuk membuang ketumbuhan tersebut. Ibu kembali sihat dan mula bekerja... tapi malangnya 3 bulan kemudian... ibu kembali tidak sihat. Apabila dirujuk semula ke hospital, pemeriksaan rapi telah dilakukan oleh doktor pakar..... ibu disahkan menghadapi kanser Rahim pada tahap 4. Kansernya telah merebak ke semua organ dalaman terutama hati dan Paru-paru. Ibu tidak ada peluang hidup lama lagi. Hidup ibu sangat terseksa... seluruh badannya sakit-sakit. Saya tidak pergi ke sekolah,,,, saya menjaga ibu saya di hospital manakala ayah saya gigih mencari wang untuk menampung wang belanja perubatan ibu yang tinggi. Ayah sebelah malam selepas bekerja di Bank akan membawa teksi.. maklumlah rawatan kanser memang mahal. Akhirnya setelah sebulan menanggung penderitaan ibu meninggalkan kami.

Saya sangat sedih kerana ibu meninggal dalam keadaan kesakitan. Selepas ibu meninggal dunia, ayah mula berubah ke tabiat lama. Minum arak dan mula berjudi... kali ini dengan kawan-kawan teksi. Pada suatu hari.. malam tu.. saya takkan lupakan.... Ayah balik dalam keadaan mabuk.. lebih kurang sebulan selepas mak meninggal dunia.

“ Sofia.. Sofia... bukak pintu ni” ayah mengetuk pintu rumah saya bertalu-talu.. saya yang masih leka menonton televisyen melihat jam.. sudah pukul 2 pagi. Saya bangun dan membuka pintu. Ayah terjatuh....

“Lah.. ayah tak bawak kunci ker? Ni kenapa jatuh? Ayah mabuk lagi ker?”

“Aku tinggal dalam teksilah” saya mengangkat ayah baring di sofa ruang tamu. Kemudian saya ke dapur membuat air dan memberikan kepadanya. Ayah memegang tangan saya dan terus memeluk saya!

“Ayah! Apa ni ayah... ayah sedar yah! Saya ni anak ayah!”

“Ala... janganla takut.. mak kau takde.. kau la ganti” ayah mula mencium saya. Saya cuba meronta...

“Ayah.. isfihar yah.. istifar... mengucap.. ingat Allah”.

“Arghhhhhhhhhh..” ayah terus mencium saya.. dia mengoyakkan pakaian saya.. saya meronta-ronta. Tapi ayah saya lebih kuat pegangannya. Akhirnya saya tewas pada malam tu.... sampai hati ayah saya merogol saya. Besok paginya ayah saya seperti tiada apa-apa. Malah memberi amaran kepada saya agar jangan memberitahu saya sesiapa mengenai hal malam semalam.. saya akan dibunuh. Selepas itu saya terus menerus dirogol selama sebulan lagi.. masa itu saya mula ponteng sekolah dan mula menyendiri. Hinggalah satu hari ayah membawa kawannya

“Sofia... sini kejap” Ayah memanggil saya ke dapur.

“Sofia... ayah nak sofia layan lelaki tu baik-baik macamana Sofia buat selama ni”

“Apa?”

“Sofia... kalau Sofia layan kawan ayah tu.. Sofia akan dapat banyak wang. Dalam seratus.. ayah ambil 40 persen.. yang lain Sofia punya. Sofia boleh beli apa yang Sofia nak.”

“Tapi ayah” saya tidak bersetuju.

“Takde tapi-tapi. Sofia tahu... ayah banyak hutang.. hutang dengan Ah long. Hutang dengan kawan-kawan... kalau tak. Mampus ayah kena pukul atau bunuh dengan mereka. Tolong ayah Sofia.. kalau tak ayah terpaksa paksa Sofia” saya menunduk. Akhirnya saya terpaksa melayan kawan ayah Sofia pada haritu. Walaupun saya tidak rela... tapi saya terpaksa. Mulai haritu hari-hari saya melayan kawan ayah saya atau pelanggannya. Kadang-kadang sehari sampai 6 orang saya layan.. maklumlah saya ni baru berusia 16 tahun.. memang ramai lelaki belang di luar saya yang menginginkan meniduri saya.

Kemudian kami berpindah ke rumah kedai.. disini kami boleh melakukan aktiviti kami dengan lebih selesa berbanding di rumah flat. Lelaki tua, muda dan remaja semua saya layan. Mula-mula terpaksa.. tapi lama-lama macam seronok pula.. maklumlah dapat wang yang banyak. Sekali main dapat 40 ringgit.. sehari boleh dapat 2 ratus... sebulan dalam 5 ribu. Macam-macam saya boleh beli.. hanset mahal, pakaian cantik-cantik, makan tempat mewah.. siapa yang tak suka.. akhirnya kami berpindah ke rumah teres. Rumah kedai menjadi tempat kami melakukan aktiviti kami, ayah pula kini menjadi bapa ayam bagi 6 wanita lagi yang ditempatkan di rumah kedai tersebut. Kebanyakkan warga Thailand. Sehinggalah saya ditangkap oleh Polis 6 bulan yang lalu. Saya diselamatkan dan seterusnya diletakkan disini. Ayah pula dituduh di mahkamah dan dijatuhi hukuman.

“Alhamdullilah... sekurang-kurangnya setelah Sofia ditangkap.. Sofia tidak terus hanyut dengan dunia maksiat lagi” kataku apabila Sofia menamatkan ceritanya.

“Saya harap begitu juga. Saya harap ayah saya juga insaf. Abang, adakah ayah saya akan bertaubat?” tanyanya kepadaku.

“Insya Allah.. ini kerana setiap manusia ada perasaan bersalah dan ingin mendekati tuhannya pada suatu masa nanti. Kita doakan sahaja.. ini kerana Allah akan mendengar doa anaknya nanti supaya dibukakan pintu hati ayah Sofia”

“Adakah Allah akan menerima taubat saya? Saya ingin bertaubat atas dosa yang saya lakukan selama ini.”

“Insya Allah.. Allah maha pengampun dan mengasihi hamba-hambanya. Allah akan menerima taubat hambanya selagi nyawa tidak berada di kerongkong. Allah juga memberitahu kita dalam firman-Nya: “Maka barangsiapa yang bertaubat, sesudah melakukan kejahatan itu dan membaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang dalam Surah Al Maidah ayat 39. Amin”

“Tapi saya ni kotor.”

“Beginilah... Abang nak ceritakan kepada Sofia mengenai kisah seorang pelacur pada zaman dahulu yang pernah abang baca dalam sebuah buku agama yang menyentuh mengenai taubat. Pada zaman dahulu, ada seorang ahli ibadat lalu di sebuah rumah pelacur dan dia tertoleh ke dalam rumah pelacur itu. Ahli ibadah itu dapat melihat kecantikan pelacur tersebut, dan jatuh hati dengan pelacur tersebut. Tapi dia sedaya upaya menolak dan menahan nafsu serta berdoa kepada Allah. Tapi bayang-bayang wanita tersebut selalu muncul dalam dirinya. Sehingga dia menjual semua pakaiannya dan harta yang dia ada untuk melanggan wanita tersebut. Pada waktu yang ditetapkan... ahli ibadah itu ke rumah pelacur tersebut.... Sewaktu ahli ibadah ini hendak memeluk pelacur tersebut... Allah menurunkan rahmatNYa... terasa di hati akan dosa berzina dengan wanita tersebut dan segala amalan baik dan taubatnya sebelum ini akan terhapus hingga timbul rasa takut dan gementar dalam dirinya sehingga seluruh badan dan tubuhnya mengigil mengenangkan seksa Allah. Mukanya berubah pucat... ini disedari oleh pelacur tersebut... pelacur itu bertanya kepada ahli ibadah tersebut ‘Apakah yang menimpa dirimu ini?’. “Aku takut akan seksa Allah jika berzina denganmu. Izinkan aku keluar’. ‘Apa?’ wanita itu terkejut. ‘aku takut akan seksa Allah... duit dan barang yang aku bagi tu aku halalkan’. Pelacur itu bertanya ‘adakah kamu belum pernah melakukan perbuatan seperti ini?’. ‘Belum pernah sama sekali’ maka pulanglah lelaki itu dengan perasaan yang sangat kesal. Maka rasa takut kepada Allah itu telah menyentuh rasa hati pelacur tesebut. Wanita tersebut berkata dalam hati ‘ ahli ibdah itu baru sekali hendak melakukan maksiat sudah takut kepada Allah. Sedangkan aku yang sudah berpuluh-peluh kali membuat maksiat tidak ada rasa takutpun takut dengan Allah. Dan sesungguhnya tuhan yang ditakutinya juga adalah tuhanku juga. Maka seharusnya akulah patut lebih takut darinya berbanding dengannya’ dan akhirnya perempuan itu takut dan bertaubat kepada Allah. Pintu rumahnya ditutup untuk menerima mana-mana kehadiran lelaki hidung belang”

“Apa terjadi pada wanita tu bang?” tanya Sofia berminat.

“Setelah beberapa lama bertaubat dan beribadah. Wanita itu mencari kembali ahli ibadah tu. Sampai di kampung ahli ibadah tersebut, wanita tersebut pergi ke rumah ahli ibadah tersebut. Ahli ibadah tersebut terkejut dengan kedatangan perempuan tersebut.. lantas dia jatuh dan meninggal dunia dalam pelukan wanita tersebut. Kepada orang yang hadir tersebut wanita tersebut bertanya ‘ adakah orang ini mempunyai saudara mara?’. Jawab orang tersebut ‘ada, tapi dia sangat miskin’. Wanita itu berkata ‘kalau begitu... panggilkanlah dia. Aku akan menikahinya ganti dengan lelaki yang aku sangat cintai ini’. Akhirnya wanita ini dinakihi dengan saudara ahli ibdah tersebut dan dikurniakan dengan 7 orang anak dimana kesemuanya menjadi Nabi. Allahualam.. cerita ini dari riwayat Al-Hassan.”

“Bagaimana saya hendak bertaubat. Saya sudah lama meninggalkan suruhanNya bang.” Kata Sofia menangis.. alhamdullilah.

“Abang pun tak pandai sangat. Nanti abang suruh ustazah Noraini ajarkan... lebih afdal jika Ustazah perempuan ajarkan Sofia.”

“Terimakasih bang” aku melihat jam.. alamak dah pukul 10.30 pagi.. sepatutnya sesi dengan penghuni lain pulak.

“Nampaknya sampai disini sahajalah sesi kita ni. Abang ada sesi dengan orang lain... dah terlajak 15 minit. Sofia balik ke asrama dengan kak Usmah yer.. abang nak balik pejabat.”

“Baiklah bang”

“Kak Usmah” aku memanggil kak Usmah... kak Usmah bangun dan datang ke arahku.

“Kak.... bolehlah bawa Sofia balik.. saya ada sesi dengan orang lain”

“Baiklah”

“Assalaimuailakum” jawabku dijawab oleh mereka berdua.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.