Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,204
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 1 ; Prolog

BAB 1

“Dan kami perintahkan kepada manusia ( agar berbuat baik ) kepada orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” surah Luqman

Assalaimualaikum… nama penuh aku Hishammuddin Bin Said… berasal dari Seremban. Anak sulung dari 4 beradik yang kesemuanya lelaki. Berumur 26 tahun pada tahun ini ( tahun 2012 ). Kini sudah 3 tahun aku bertugas di Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Kaunselor. Kaunselor? Ya... seorang kaunselor yang memberi nasihat dan kaunseling kepada masyarakat. Kenapa aku memilih menjadi seorang kaunselor? Selain minat dari kecil lagi ( menasihati dan memotivasi orang )... aku rasakan inilah tanggungjawab aku kepada masyarakat yang semakin parah ini. Selain itu juga aku dapat membantu menyelesaikan masalah mereka dengan menggunakan pendekatan psikologi dan sains komunikasi. Lebih kurang macam doktor... tapi doktor menggunakan ubatan-ubatan dan juga pembedahan untuk menyembuhkan penyakit. Aku menggunakan pendekatan rohani dan jiwa untuk menyembuhkan penyakit hati manusia.

Ya.. manusia sekarang mental, emosi dan jiwanya semakin parah. Kalau tidak mana mungkin berlakunya kes pukul anak kecil sampai mati ( disebabkan hal remeh temeh... contohnya anak menangis sahaja ), berapa banyak kes kemurungan depresi yang akhirnya membuat manusia menjadi gila? Bertindak luar akal manusia sampai sanggup membunuh serta mencederakan orang lain. Kes penceraian yang tinggi dari tahun ke setahun... begitu juga dengan kes bunuh diri. Ini semua terjadi kerana manusia sudah semakin menjauh dari tuhan mereka. Sibuk mengejar duniawi... mengejar cita-cita... mengejar wang.

Aku kini bertugas di rumah perlindungan wanita Klang selama lebih kurang setahun yang lalu. Aku mendapat kelulusan kaunseling secara sepenuh masa dari Universiti Putra Malaysia. Niat di hati hendak menjadi guru Kaunselor di sekolah-sekolah. Tetapi aku lebih tertarik bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana tarikan kerjanya yang agak mencabar. Di jabatan ini, aku sebagai seorang kaunselor akan memberi sesi kaunseling kepada pelbagai tingkat masyarakat dan sosial dari kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua yang merangkumi pelbagai golongan seperti orang gelandangan, mak nyah, pelacur, kanak-kanak didera, ibubapa yang dibuang anak dan sebagainya.

Sebelum ini, aku bertugas sebagai kaunselor di rumah orang-orang tua selama 2 tahun. Selama 2 tahun bertugas di sana memang meruntun jiwa aku. Rupanya ramai tanggang moden di zaman ini yang lebih kejam perlakuan mereka terhadap orang-orang tua yang mana mereka itu adalah ibubapa mereka sendiri. Antara kes yang pernah aku uruskan adalah seperti kes ibu dan bapa yang dibuang oleh anak yang setelah mendapat harta. Bak kata orang..... habis madu sepah dibuang... setelah semua harta ibu dan bapa ditukar kepada nama anak... ibubapa dibuang di Masjid... takpun di perhentian bas. Ataupun ada Ibu bapa yang dibuang ke rumah orang-orang tua kerana anak tidak mahu menjaga ibu bapa yang terlantar sakit atau nyanyuk. Ataupun anak yang membuang ibu bapa kerana tidak mahu menjaganya lagi ( seperti contoh anak yang membuang bapa di stesen bas atau ditinggalkan di hotel… ingatkan bayi sahaja yang dibuang.. kini orang tua pun turut dibuang merata-rata… ).

Tidakkah anak-anak ini tahu akan tanggungjawab mereka terhadap ibubapa. Di dalam Al-Quran banyak surah atau ayat mengenai tanggungjawab anak berbuat baik kepada ibubapa. Contohnya dalam surah Luqman... Dan kami perintahkan kepada manusia ( agar berbuat baik ) kepada orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu.

Ibu susah payah mengandungkan kita selama 9 bulan... menjaga kita sepenuh hati dari tidak boleh berjalan hingga boleh berlari. Mendodoikan kita.. menyusukan kita. Dari tidak tahu apa-apa hingga pandai bercakap dan menulis. Dari berbogel dibelikan pakaian. Akhirnya? Bila anak dah besar.. buang sahaja mak bapak di Hotel kerana dianggap menyusahkan anak-anak. Habis itu dulu... masa kita bayi dalam keadaan lemah dan tidak mengerti apa-apa? Siapa yang bersusah payah menjaga kita?. Adakah Ibu susah membesarkan kita? Sanggup berjaga malam untuk membuatkan susu untuk kita? Terberak sana sini.... siapa yang basuh berak kita? memujuk kita bila kita menangis. Mendodoikan kita apabila kita mahu tidur dengan penuh kasih sayang. Adakah ibu kita pernah merungut? Pernah mengeluh? Bila masa kita sudah besar... ibu kita tidak boleh berjalan lagi... kenapa kita biarkan sahaja? Masya Allah. Moga aku dijauhkan dengan sikap sebegitu....

Jadi sebagai kaunselor, aku akan cuba memahami isi hati dan menghiburkan mereka. Maklumlah.. orang-orang tua… hati mudah tersentuh. Kena cakap baik-baik..... aku akan cuba menjadi pengganti anak-anak mereka dan melayani mereka dengan sebaiknya. Aku kadang-kadang sayu mendengar luahan rasa mereka. Ibubapa bersusah payah berpenat lelah membesarkan anak-anak.. memberikan pelajaran.. tapi akhirnya bila anak-anak berjaya… sudah senang sikit.... dihantarnya ibu bapa ke rumah orang-orang tua. Sepatutnya sebagai seorang anak, balaslah balik jasa orang tua mereka… ini tidak.. kononnya tiada masa hendak menjaga orang tua ( apa susah.. carilah orang gaji ). Selepas 2 tahun aku ditukarkan pula ke rumah perlindungan wanita untuk mencari pengalaman baru.

Pusat perlindungan Klang ini memberi pelindungan kepada wanita yang teraniaya seperti wanita yang dijadikan pelacur, wanita yang didera dan wanita yang terlanjur dengan pasangan masing-masing. Terdapat 3 orang kaunselor yang bertugas disini dimana terdapat seorang ketua kaunseling merangkap bos aku.. namanya Puan Shahmi dan kaunselor kanan yang juga perempuan yang sudah berkerluarga ( kak Hashimah ). Pusat ini diketuai oleh seorang Pengetua yang bernama puan Badariah Binti Dato Haji Musa berumur dalam lingkungan 50an dan lebih selesa dipanggil kak Badariah. Beliau lebih bersifat keibuan di dalam menguruskan rumah perlindungan ini. Banyak peraturan dan prosuder yang menyekat hubungan di antara pihak pengurusan dan penghuni dihapuskan. Malah sel tahanan kami yang menempatkan penghuni tegar tidak berpenghuni sejak 2 tahun yang dahulu.

Aku juga pada mulanya tertanya-tanya kenapa aku ditempatkan disini… bagi aku adalah lebih sesuai jika seorang kaunselor wanita ditempatkan di pusat perlindungan ini berbanding seorang kaunselor lelaki. Kaunselor perempuan lebih memahami jiwa dan perasaan perempuan.... memahami isi hati mereka. Tetapi bos aku ( pengarah sumber manusia ) di Putrajaya berkata ini peluang baik yang tidak harus aku lepaskan kerana inilah cabaran yang perlu disahut oleh aku. Sanggup ditempatkan dimana-mana dan memberikan kaunseling kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira latar belakang. Akhirnya aku bersetuju untuk ditempatkan di sini....

Ya, memang… menjadi kaunselor di sini aku rasakan agak mencabar kerana pelbagai ragam wanita yang dapat aku saksikan. Ada sedih, ada tawa, ada yang terpaksa melacur, ada yang dijual, didera, ada juga atas desakan hidup menjual diri, ada yang dirogol oleh teman lelaki malah oleh bapa kandung atau darah daging sendiri. Kesemuanya disebabkan oleh lelaki.. kenapa lelaki sekarang ini kurang berkualiti? Mempergunakan sebaiknya kelemahan wanita ( iaitu cinta dan kasih sayang mereka terhadap lelaki ).

Jika wanita yang diselamatkan akibat aktiviti persundalan atau aktiviti tidak bermoral.. maka wanita tersebut akan diletakkan di sebuah asrama khas yang diasingkan daripada penghuni lain. Di sini, atas arahan mahkamah, wanita tersebut akan menjalani program pemulihan dan latihan selama 3 tahun hingga 5 tahun sebelum kembali ke pangkuan masyarakat. Malah penghuni blok khas ini akan dipantau oleh seorang pegawai wadar keselamatan ( seperti warden penjara tugasnya.. tapi agak sedikit longgar peraturannya..... kesemuanya adalah perempuan dan mempunyai seorang ketua Wadar ). Blok asrama mereka juga dikelilingi oleh pagar besi dan bergril ( macam penjara ). Mereka sebenarnya dianggap sebagai banduan ( atau bahasa kami disini tahanan taupun Puan Pengetua selalu sebut penghuni ). Jika dalam masa 6 bulan kami gagal memulihkan kembali seseorang tahanan itu, maka mereka akan ditempatkan semula ke dalam penjara ( selalunya di Penjara Wanita Kajang ). Sesiapa penghuni yang didapati melarikan diri, maka mereka boleh didakwa atas kesalahan melarikan diri dari tahanan. Yang paling bagus sekali aku dilantik sebagai ketua warden asrama. Aku dilantik setelah orang yang sepatutnya menjadi ketua warden asrama enggan menerimanya atas alasan keluarga ( kak Hashimah.. kaunselor kanan ). Bagi penghuni lain pula... mereka agak bebas untuk keluar masuk pusat... tetapi dengan kebenaran warden atau ketua warden. Pengawasan terhadap mereka juga agak minimum.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.