Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,149
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 42 B ; keadaan ayah Sofia semakin teruk

Petang pukul 2 setengah kami bergerak keluar dari pusat perlindungan menuju Hospital Sungai Buloh. Kali ini ditemani sendiri oleh ketua warden kak Hasni dan seorang lagi warden iaitu kak Usmah. Sepanjang perjalanan Sofia jauh mengelamun... aku yang duduk di hadapan menegur Sofia ;

“Jauh mengelamun Sofia?”

“Saya terkilan kerana semasa ayah sakit saya tidak boleh menjaganya.”

“Insya Allah.. ayah Sofia tiada apa-apa. Doakan yang terbaik.....”

“Betul kata Hisham itu.. Insya Allah... ayah kamu tiada apa” kata kak Usmah memujuk Sofia. Kami sampai di hospital Sungai Buloh lebih kurang pukul 3.30 petang. Kami terus masuk ke wad am di tingkat 7 hospital ini. Setelah mendapat kebenaran melawat..... kami terus ke katil yang menempatkan pak Karim yang terletak di hujung sekali. Dari jauh kelihatan pak Karim sedang duduk terbaring.. Sofia mempercepatkan langkahnya... sampai sahaja di katil.. Sofia terus memeluk ayahnya. Kelihatan seorang warden penjara yang sedang menjaga pak Karim. Tangan ayah Sofia tidak bergari.....

“Ayah.... ayah... bangun ayah.. Sofia ni” perlahan-lahan pak Karim membuka matanya. Keadaan pak Karim kini berlainan dengan keadaan pak Karim bulan lalu. Mata dan badannya kini jelas kekuningan,, perutnya juga agak buncit sedikit sedangkan badannya semakin kurus. Ternyata kondisi pak karim semakin serius....

“Ayah bagus nak... cuma ada masalah sikit” katanya lemah.

“Ayah berehatlah yer.. jangan pikirkan sangat masalah.. pikirkan Sofia. Sofia tengok ayah semakin kurang sihat saja.”

“Kamu janganlah risau... Insya Allah ayah akan sihat” aku bergerak mencari Doktor yang merawat ayah Sofia.. aku ke kaunter.. mujur ada doktor wad yang berada di situ.. selepas memperkenalkan diriku... Doktor mengajak aku ke satu arah yang tidak ramai orang untuk menerangkan keadaan pak karim.. yang jauh dari katil pak Karim.

“Jadi.. bagaimana keadaan Pakcik Karim Doktor?”

“Semakin kritikal... hasil ultra sound semalam... kami jangka hampir 60% hatinya telahpun rosak” mengejutkan.

“Kenapa begitu cepat Doktor?”

“Kami rasa... tabiat minum pakcik Karim dahulu yang keterlaluan menyebabkan kimia-kimia berbahaya berkumpul di dalam Hati pakcik... itu yang menyebabkan hatinya cepat rosak. Kata orang kampung... dia makan dalam dahulu.... lama-lama.. dia akan makan pulak bahagian luar”

“Maksud Doktor?”

“Organ dalaman yang lain seperti buah pinggan dan hempedu juga sudah mula terjejas. Kami jangka pakcik boleh hidup 3 bulan sahaja lagi berdasarkan keadaannya kini.”

“Masya Allah.. dengan begitu cepat?”

“Ya.. tapi bergantung kepada tahap pakcik melawan penyakit... juga tahap antibodi badan pakcik.”

“Tiada ubat untuk merawatnya doktor?”

“Kami telah berikan ubat untuk memperlahankan tahap kerosakan hati. Kami juga telah membuat keputusan untuk mengeluarkan cecair dalam perutnya. Yang lain tidak banyak yang boleh kami buat... kecuali melakukan pemindahan hati. Tapi risiko sangat tinggi.. pak Karim pun sudah agak berusia. Dia pun tidak mahu menjalaninya... katanya ini semua bahagian yang dia dapat di dunia ini akibat tindakannya di masa lampau. Mengingkari perintah Allah.”

“Jika begitu terimakasih banyak-banyak Doktor” kataku lemah... nampaknya takdir Allah mengatasi segala-galanya.. tiada siapa yang boleh menahan takdirnya. Tapi sekurang-kurangnya kita boleh berusaha. Aku kembali semula ke katil pak Karim.... Sofia masih memegang tangan ayahnya yang bergari.

“Encik Hisham.. terima kasih kerana membawa Sofia berjumpa dengan Sofia.”

“Kewajipan saya pakcik” aku datang ke arah pakcik Karim dan bersalaman dengannya.

“Bang Hisham.. boleh tak jika saya teman ayah saya” tanya Sofia penuh pengharapan.. aku memandang kak Usmah.... dia hanya mengeleng.....

“Maafkan abang... abang tiada kuasa hendak melepaskan Sofia. Peraturan juga telah termaktub dimana Sofia tidak boleh bermalam atau kemana-mana jauh dari Pusat untuk sehari dua. Betul tak kak...........”

“Betul Sofia... Sofia masih dalam tahanan... adalah salah bagi kami jika membenarkan Sofia tinggal di sini menjaga ayah Sofia. Itu termaktub dalam undang-undang dan peraturan pusat. Maafkan akak,.... akak hanya mengikut peraturan yang termaktub.”

“Kalau saya minta kebenaran Puan Pengetua?” tanyanya mengharap.

“Puan Pengetua pun tidak ada kuasa untuk meluluskan permintaan Sofia. Memang undang-undang sudah termaktub begitu Sofia” kata kak Usmah lembut... Sofia mengalirkan airmata.

“Saya minta maaf bapak... saya tidak mendapat jaga bapak. Saya tidak dapat temankan bapak di saat-saat begini.”

“Takpelah nak... jururawat ada... doktorpun ada. Mereka semua yang boleh tolong tengokkan bapak nak. Janganlah kamu risau nak” ayah Sofia memujuk anaknya

“Bapak nak makan buah... biar saya potongkan. Maaflah saya tidak sempat masak tadi... buah jer saya sempat beli.”

“Buah apa Sofia?”

“Buah mangga pak.. buah kesukaan bapak” Sofia mengambil plastik dan mengeluarkan buah mangga yang dibeli di gerai buah semasa di pertengahan jalan tadi. Siap beli pisau sekali.... kemudian dua anak beranak itu berbual-bual.. sesekali aku juga menyampuk. Setelah sejam berada disitu,,, kami meminta izin untuk kembali semula ke pusat. Sebelum melangkah pergi, Sofia mencium dahi dan tangan pak Karim.. berat untuk meninggalkan pak Karim sendirian. Aku perlu berterus-terang tentang keadaan pak Karim kepada Sofia.. aku tidak boleh menyembunyikannya. Sofia berhak mengetahuinya.... supaya Sofia lebih bersedia. Di pertengahan jalan aku lihat termenung.. matanya berkaca

“Sofia.. abang nak beritahu Sofia sesuatu ni.. abang harap Sofia tidak terkejut dan dapat menerimanya”

“Apa dia abang.”

“Tadi abang ada bertanya kepada Doktor.. bagaimana keadaan ayah Sofia. Ishhhhhh... abang tidak sangguplah beritahu Sofia” kataku teragak-agak.

“Abang... apa yang abang katakan nanti.. Sofia akan menerimanya. Itu qadak dan qada Allah.”

“Baiklah... Sebenarnya Hati ayah Sofia semakin rosak.... sekarang sudah 60% hatinya sudah rosak. Doktor tidak boleh buat apa lagi. Kecuali buat pemindahan hati... tetapi ayah Sofia semakin berusia.. tidak sesuai pemindahan dilakukan sekarang. Risikonya tinggi.”

“Ya Allah.. apalah ujian yang kamu berikan kepadaku ini. Jadi... bapak boleh bertahan berapa lama bang”

“Menurut doktor.. lagi 3 bulan paling lama. Semuanya bergantung kepada pak karim sekarang ini.”

“Bapak” Sofia mula mengalirkan airmata... kak Usmah yang berada bersebelahan Sofia memujuknya dan memeluk Sofia..

“Sabar dik.. ingat... itu semua qadak dan qadar. Kita ini cuma berusaha... Allah yang menentukan segalanya. Ingat... doktor hanya boleh meramal... tapi Allah yang menentukan segalanya” Sofia masih lagi menangis.. aku menghulurkan kotak tisu yang ada di hadapan dashboard Van kepada kak Usmah.

“Akak.. tidak boleh ker saya jaga bapa saya? khidmat saya kepada bapak sebelum dia pergi buat selama-lamanya” aku memandang ke belakang ke arah kak ...... , dia merenung ke luar

“Adik... kalau kakak ini ada kuasa menteri... kak akan benarkan.... masalahnya kakak terikat dengan prosedur kerja dengan peraturan. Akak tidak mampu berbuat apa-apa. Bukan sahaja akak, jika Sofia minta dengan Puan Pengetua atau dengan abang Hisham pun.. tetap jawapannya sama dik.”

“Kalau saya melawat hari-hari?”

“Itupun tidak dibenarkan Dik.. akak boleh melawatnya pada setiap 3 hari sekali sahaja” Sofia hampa...

“Beginilah Sofia.... abang berjanji dengan Sofia. Setiap hari abang akan melawat ayah Sofia... abang akan masakkan buburnya.. abang akan jaganya sepertimana ayah abang sendiri” janjiku kepada Sofia agar kegulauan hati Sofia akan dapat dihapuskan.

“Betul ke ni bang.”

“Betul Sofia.. selepas kerja sahaja abang akan pergi melawat ayah Sofia”

“Terimakasih abang” Sofia mengesat air matanya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.