Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,403
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 33 A ; Hutang sesama manusia

BAB 33

Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282 yang bermaksud;

"Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke sesuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna."

Besoknya itu aku bercadang hendak berjumpa dengan Sofia untuk memberitahunya berita gembira mengenai ayahnya seterusnya mahu Sofia berjumpa dengan ayahnya. Tapi alih-alih ada mesyuarat tergempar pula diadakan pada pagi tersebut. Mesyuarat dijalankan pada pukul 10 pagi itu dihadiri oleh semua staf kanan. Kenapa tiba-tiba ada mesyuarat pulak ni ( aku hanya diberitahu mengenai pemberitahuan mesyuarat melalui memo yang dihantar oleh pembantu pejabat )

“Assalaimualaikum.. tujuan saya memanggil kamu semua pada pagi ini adalah untuk mengumumkan beberapa perkara. Pertama, mulai Jun nanti... saya tidak akan bertugas lagi disini.. saya akan ditukarkan ke tempat lain” perkara yang diberitahu oleh Datin tersebut memeranjatkan aku... kedengaran bisik-bisik antara pegawai. Mungkin membincangkan berita yang baru kami dapat tadi.. kenapa Datin tiba-tiba ditukarkan? Tidak sampai setahun menjadi Pengetua. Mungkinkah kerana perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini menyebabkan pihak ibu pejabat merasakan Datin tidak sesuai untuk menguruskan pusat perlindungan ini?

“Saya akan dilantik sebagai penasihat undang-undang di JKM negeri Johor. Jadi sesiapa yang tidak suka saya tu nanti, kamu bolehlah bergembira sebab selepas ini muka saya tidak ada lagi kat sini. Kamu boleh buat sesuka hati kamu” la.. kesitu pulak Datin ni.. siapa yang tak suka siapa. Lepas kes panel hari itu, aku cuba berbaik dengan Datin. Tapi dia yang tidak mahu menyambut salam persaudaraan yang aku hulur. Bagi arahan pun melalui memo. Kadang-kadang main sampai sahaja melalui setiausahanya......

“Jadi.... saya akan membereskan semua kerja yang ada selama sebulan ini. Seorang Pengetua baru akan dilantik untuk mengantikan saya.. saya harap nanti biar Encik Hisham dilantik sebagai Pengetua manakala timbalannya ketua keselamatan kita. Saya rasa mereka berdua itu terlalu bagus untuk menguruskan pusat perlindungan ini” ini sudah lebih.. makin dibiarkan makin menjadi pulak Datin mengutuk aku. Mengutuk aku depan-depan pulak tu.. aku bangun.. ketua keselamatan juga bangun;

“Ya! Ada apa kamu berdua bangun ni? Ada perkara yang kamu berdua tidak puas hati dengan saya lagi? silakan” tanyanya dengan pandangan yang tajam.

“Kami membantah kata-kata Datin yang cuba menjatuhkan maruah kami. Kata-kata Datin berniat jahat dan berunsur hasutan. Datin memperli kami di hadapan semua staf kanan” kataku. Memang aku tidak senang dengan kata-kata Datin tadi,

“Benar.. maafkan kami kerana mencelah. Saya menyokong Encik Hisham.... Datin seolah-olah menuduh kami gila kuasa. Kenapa Datin mengatakan kami berdua yang sepatutnya menjadi Pengetua?” kak Hasni menyokong aku. Pekerja lain hanya mendiamkan diri.... memang pekerja lain takut dengan Datin dan hanya kami berdua sahaja yang selalu membantah dan melawan Datin. Tapi bagi aku berani kerana benar.. takut kerana salah.. kalau aku rasa sesuatu perkara itu tidak betul... aku akan melawannya... walaupun pangkatnya lebih besar dariku... tapi aku akan melawannya secara berhemah... aku masih lagi menghormati Datin sebagai ketuaku ;

“Baiklah.. memandangkan saya hendak keluar dari sini. Kamu boleh cakap apa yang kamu tak puashati dengan saya depan orang ramai. Cakaplah” kata Datin dengan nada yang angkuh.

“Akak.. biar saya cakap dahulu.. biar saya jelaskan kepada Datin” kak Hasni mengangguk dan kembali duduk ke kerusinya.

“Saya tidak tahu kenapa Datin marah sangat dengan kami berdua ini. Mungkin sebab kami agak vokal dalam memberikan pendapat dan tidak bersetuju dengan cara Datin. Tapi apa yang kami luahkan adalah benar. Datin mengambil tindakan yang tidak mengikut prosedur. Bukan kami sahaja yang tidak puashati.. dari pekerja, kontraktor, penghuni hinggalah kepada pegawai atasan... semuanya tidak bersetuju dengan cara Datin.. cuma mereka kurang vokal dalam menyatakan pendapat mereka. Kami yang vokal.”

“Datin pun jarang-jarang turun asrama bergaul dengan penghuni.. buat laporan berdasarkan cakap-cakap orang. Mana boleh Datin... Datin perlu bergaul dengan semua penghuni... sekarang ini hanya kak Yaya sahaja yang selalu melawat penghuni. Datin terperap dalam bilik” kata kak Hasni geram.

“Itu cara saya,, ada warden.. ada ketua keselamatan. Ada timbalan Pengetua. Merekalah yang melihat penghuni. Saya ada banyak kerja yang mahu dibuat. Kerja saya bukan hendak melihat mereka sahaja. Mereka sudah besar ok... bukannya budak-budak yang perlu dilihat selalu.”

“Tapi mereka semua itu manusia... mereka merasakan yang Datin ni sombong pulak dengan mereka. Mereka rasa Datin ini jijik nak bergaul dengan mereka.... mereka ini orang yang mudah berkecil hati Datin” kataku.

“Ingat saya tak buat kerja ker? Habis tu makan pakai diorang.. siapa yang luluskan? Bukan saya? peruntukan mereka.. saya luluskan...” Datin mempertahankan tindakannya.

“Tapi diorang mahu Datin turun padang.... tunjukkan muka. Puan hanya tandatangan bayaran.... yang bayar siapa? Kerajaan Malaysiakan. Malah pelatih tidak merungut pun apabila Datin ambil baju dan kek diorang tanpa membayar sesen pun. Datin sudah kira berhutang dengan mereka.. hutang upah dengan mereka.. hutang perlu dijelaskan Datin.Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282 yang bermaksud;
"Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna."
kesemua terkejut kerana aku begitu berani meningkah perbuatan Datin mengambil kesempatan ke atas pelatih. Ini perkara yang benar-benar terjadi. Ramai pelatih semasa sesi kaunseling denganku mengatakan bahawa Datin mengambil baju atau biskut dan kek yang ditempah tanpa membayarnya. Apa hendak takut.. takut kerana benar... benar kerana salah.

“Apa salahnya saya ambil.... stok semua bukan pakai duit dorang. Diorang tak keluar modal pun.. salah ker?”

“Memang salah. Datin sudah perah tenaga mereka.. sudahlah hanya main pesan kepada ketua warden.. tak pernah sekali ucapkan terimakasih.. apa ni Datin??? mereka tu bukannya hamba kita. Kalau sehelai baju Datin takpelah.. ini sampai mak Datin sekali nak upah. Anak beranak... suami. Apa ni” Datin kaget.... mungkin tak sangka aku mengungkit hal ini di hadapan pekerjanya yang lain... sudah dia mulakan dulu untuk memalukan aku;

“Kamu ni sudah melebih Hisham... kamu betul-betul benci sayakan. Kamu sayangkan Puan Pengetua dulu kan???? Kamu tidak mahu menerima perubahan yang saya buatkan.. selepas itu kamu reka-reka cerita itu ini kemudian kamu beritahu dengan mantan Puan Pengetua dulu sampai dibentuk panel siasatan. Kamu sebenarnya yang hendak sangat jawatan sayakan?” apa Datin ni? Menyalahkan orang lain atas kesalahan dirinya sendiri;

“Kami tidak benci Datinlah.. kami hanya tidak suka dengan cara Datin. Hisham bukannya gila pangkatlah Datin. Apa yang dia buat selama ini adalah untuk kebaikan pusat perlindungan ini. Sekarang ini, pengurusan pusat perlindungan ini kucar kacir Datin. Dan Hisham tidak menfitnah Datin.. perkara itu memang perkara yang ebnar-benar berlaku Datin. Penghuni juga mengadu dengan saya mengenai perkara tersebut” ketua warden bangun dan meyokongku.

“Saya juga bersetuju.. adalah salah untuk Datin mempergunakan mereka untuk kepentingan diri Datin” kali ini ustaz pula bangun.

“Siapa lagi yang tak setuju.. bangun cepat.. bangun. Pergi report kat Putrajaya.... nonsense” Datin bangun dan berlalu pergi begitu sahaja... seperti biasa diikuti oleh kak Hashimah. Kami semua yang berada di bilik mesyuarat terpinga-pinga dengan tindakan Datin.... kenapalah Datin ini tak insaf-insaf lagi.. aduhai.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.