BAB 34
Hujung minggu tersebut, aku meluangkan masaku untuk melawat kak Haryati di
rumah keluarganya di Semenyih semasa dalam perjalanan pulang ke Seremban. Aku
sudah menelefonnya dahulu untuk memastikannya ada di rumah.. alhamdulillah katanya
dia ada di rumah bersama keluarganya. Sudah hampir 3 bulan aku tidak berjumpa
dengan kak Haryati rasanya untuk bertanya khabar. Maklumlah masing-masing
sibuk.... kak Haryati sibuk uruskan perniagaan biskut dan keknya. Diberitakan
tempahannya sangat menggalakkan.. maklumlah kak Haryati pandai menggunakan
internet untuk memasarkan barangnya. Aku pula terlalu sibuk dengan tugas di
pusat perlindungan ( terutama melayan karenah Datin ). Pukul 10 pagi aku sudah
sampai di rumah kak Haryati. Ayahnya menyambut aku di pintu pagar. Anaknya juga
berlari menyambut aku
“Yeeeee.. uncle Hisham
datang” kata kakak riang ( kakak merupakan panggilan manja bagi anak kak
Haryati.
“Akak sehat? Mak buat
apa?” aku merendahkan badanku separas anak kakak.
“Mama buat kek.”
“Kek.... ni pakcik ada
bawa mainan. Nah” aku menghulurkan satu set mainan alatan memasak kepada kakak.
“Yeeee... boleh ita main
acak-acak” kata kakak pelat.
“Boleh.. nanti kakak
masak kek cantik-cantik yer” kakak mengangguk.
“Atuk... jom main
acak-acak” sambil menunjukkan mainan yang baru aku belikan kepada pak Mat.
“Kakak masuk dulu yer..
nanti. Buka mainan ni.. nanti atuk datang,”
“Yeeeee... kita main
acak-acak. Tima kacih pakcik” katanya sambil mencium pipiku.. kesian. Budak ni
perlu kasih sayang seorang bapa..... kemudian kakak berlari masuk ke dalam
rumah sambil mengendong mainan yang aku berikan tadi.
“Dari sehari ke
sehari.... memang kakak tanya.. kenapa Hisham lama tidak datang rumah kami”
“Maafkan saya pakcik. Saya
sibuk sangat kebelakangan ini... itu yang tak sempat tu hendak datang ke sini.
Tapi saya selalu telefon kakak... kadang-kadang pakai 3G lagi” walaupun aku
sudah lama tidak berjumpa dengan kak Haryati dan anaknya.. tetapi boleh
dikatakan tiap-tiap minggu aku menelefon kak Haryati. Setiap kali aku menelefon
kak Haryati... aku mesti akan berbual-bual anaknya yang memang petah
berkata-kata... ini membuatkan aku terhibur melayan kakak;
“Mailah masuk rumah.. si
Haryati ni.. sibuk betul dengan kek dia. Sampai makcik kau pun terjebak sekali
kena tolong. Sekarang ni... pakcik pulak yang kena jaga cucu.”
“Banyak tempahan kak
Haryati dapat ke pakcik?”
“Banyaklah jugak... dapur
membakar dah beli dua. Yang satu tu dah tak cukup nak bakar kek atau biskut.
Meh masuk” aku mengikuti pak Mat masuk ke dalam rumah.
“Haryati.. oooo Haryati..
ini Hisham datang ni” pak Mat memanggil Haryati yang mungkin sibuk di dapur
membuat kek ;
“Jap Hisham... akak
tengah bakar kek” jawabnya kuat kedengaran dari dapur.
“Pakcik.. saya masuk
dapur tengok Haryati buat kek pakcik” aku meminta izin pak Mat untuk melihat
kak Haryati membuat kek.
“Ha silalah.. pakcik pun
nak layan cucu pakcik kejap” aku masuk ke dapur. Kelihatan Haryati dan maknya
sedang sibuk membakar kuih bahulu.
“Wah.. kuih bahulu pun
ada jugak” tegurku.
“Ishhhh budak ni... buat
terperanjat makcik jer. Nasib baik makcik tak melatah... bagilah salam dulu
anak oi” latah makcik.
“Hahahahahahahahahaha...
minta maaf makcik. Assalaimualaikum “ kataku;
“Waalaikumussalam... buat
apa masuk kat dapur ni Hisham.. berselerak ni.”
“Takdelah kak.. saja nak
tengok akak buat kuih.”
“Ahhh.. macamlah tak
pernah tengok akak buat kuih. Dulu bukan kamu ke selalu lepak bilik memasak...
pastu tapau kek akak... hahahahahahahaha. Sudah jom ke depan... panas sini”
sempat pulak kak Haryati kenakan aku.
“Amboi akak.. ngungkit
nampak. Dah akak dulu bagi saya rasa.. akak dulukan suka buat ujikaji. Tukar-tukar
resepi. Saya yang jadi mangsa merasa kek akak. Makcik.. saya pergi ke depan
dulu yer.”
“Baiklah.... maaflah tak
dapat melayan nak... ada tempahan kahwin besok.. nak 3 ribu biji bahulu. Siap
nak bungkus sekali... itu yang sibuk tu.”
“Takpe... janji orang
kita kena tepati. ” aku keluar dari dapur.. sampai di ruang tamu kelihatan anak
Haryati leka bermain plastisin dari set masakan yang aku beri tadi. Plastisin
itu selamat kerana aku membeli plastisin yang menggunakan bahan organik.
Plastisin itu digunakan untuk membuat doh bagi biskut atau kek. Macam-macam
warna yang ada;
“Mama. Ete buat iskut...”
kata anak Haryati.. Haryati memeluk anaknya.
“Iye.. cantiknya biskut”
puji kak Haryati.
“Nanti kita boleh tolong
mama kan.”
“Iya.. nanti kakak dah
besar... kakak tolong mama yer” aku duduk di sofa di ruang tamu.
“Saya datang ni kak..
saja bertanya khabar. Lama dah rasanya saya tak datang jumpa akak.. selalu
melalui telefon saja.”
“Pakcik masuk ke dapur ye
nak... nak tolong makcik kau” pak Mat meminta diri untuk masuk ke dalam dapur
semula... mungkin ingin membantu mak Yam membakar kuih bahulu ;
“Baiklah pakcik” setelah
pak Mat masuk ke dalam dapur.
“Alah.. orang tu dah ada
buah hati.... sibuk jaga buah hatinya itu.”
“Janganlah merajuk kak...
mana akak tahu,”
“Kan Sofia selalu telefon
akak. tiap-tiap minggu telefon akak... sian korang, Dating seminggu sekali”
“Takpelah kak... dah
kahwin nanti tiap-tiap hari Dating.. hahahahahahahah.”
“Hahahahahahahahaha...
keluarga macamana? Dah tahu?”
“Itu yang masalahnya
kak.. keluarga saya tidak tahu lagi pasal ni. Saya takut keluarga saya tidak
mahu menerimanya kak. Akak tahulah kan sejarah Sofia itu macamana. huh” aku
mengeluh.
“Aik... kaunselor pun
takut nak beritahu keluarga. Hishamkan pandai hendak psiko orang. Gunakanlah
psikologi untuk mempengaruhi keluarga Hisham untuk menerima Sofia.”
“Ini kes lain kak... saya
nak berumah tangga dengan orang yang ada sisi gelap di masa dulu. Emak saya
dulu pernah berkata.. cari yang semenggah sikit. Kalau saya beritahu Sofia itu
bekas penghuni rumah perlindungan wanita... berterus terang pasal sejarah dia
masa lalu. Saya rasa mahu mengamuk mak saya nanti” aku tidak boleh membayangkan
bagaimana jika emak membantah hajatku ingin berkahwin dengan Sofia;
“Itulah.. percintaan
korang ni memang complicated sikit. Tapi kau juga cakap dengan akak... berserah
kepada Allah. Takkan kau dah lupa?” kak Haryati mengembalikan semula kata-kata
yang pernah aku ucapkan kepadanya... tokono den ;
“Kadang-kadang bercakap lebih
senang daripada melaksanakannya kak. Hahahahahahahahahaha. Akak tak tahu pasal
ayah saya... kalau tidak boleh atau tidak suka akan sesuatu perkara itu... ayah
tetap tidak akan benarkan.” aku sudah masak betul dengan perangai ayah aku.
“Yakin kepadalah Allah
Hisham... insya Allah, jika niat kita ikhlas... segala perancangan kita akan
berjalan lancar. Berdoa... seperti Hisham selalu cakap. Hisham buat benda yang
baik Hisham” Hmmmmmm... terkesan juga kata-kata kak Haryati di hatiku ;
“Yelah kak.. satu hari
nanti saya akan beritahu juga keluarga saya. bila saya telah diberikan kekuatan
oleh Allah untuk memberitahu keluarga saya. akak berdoalah supaya saya dapat
berkahwin dengan Sofia.”
“Akak selalu berdoa dik...
akak nak sangat lihat kamu dengan Sofia disatukan Hisham” sebentar kemudian mak
Yam membawa sedulang air.... ada air kopi panas dan kuih bahulu panas. Juga
terdapat 2 jenis hirisan kek berlainan perasa.
“Apa susah-susah ni
makcik. Buat-buat air bagai” aku berbahasa basi;
“Tak susahlah Hisham...
takde apa pun. Kek dengan baulu jer” kak Haryati menuangkan air di cawanku.
Kopi tarik..... pekat;
“Terima kasih makcik.”
“Sama-sama nak” makcik
kembali ke dalam dapur. Aku mengangkat cawan dan minum.. masih panas lagi..
memang kaw makcik yam buat air. Anak Haryati berlari ke arahku.
“Pakcik nak kek.”
“Ish budak ni... ada ke
macam tu. Pergi basuh tangan dulu bersih-bersih... kotorkan main plastisin tadi.
Nanti masuk mulut..... sakit perut nanti. Basuh bersih-bersih pakai sabun” kak
Haryati menegah anaknya..
“Takpe. Nak kek yer..
pakcik suapkan” aku mengambil satu hiris kek pandan;
“Bukak mulut nak.
Aummmmm... pandai” anak kak Haryati makan kek yang aku suapkan ke mulutnya.
“Dap tak? Nak lagi..
bukak mulut” aku menyuap anak Haryati sehingga habis kek tersebut.
“Nah... ambil air ni.
Minum tak air kopi?” tanyaku kepada kakak ;
“Air opi... nanak.. nak
air olen”
“Nak air oren mintak
dekat nenek kat dapur.. basuh tangan sekali tau” anak Haryati berlari ke dalam
dapur.
“Maaflah anak akak
Hisham... budak ni manja betul dengan kau pulak. Tiba-tiba sahaja.”
“Takpelah kak.. saya
faham. Akak cepat-cepatlah cari ayah budak tu.. saya rasa budak tu inginkan
kasih sayang seorang bapa kak” kataku jujur.
“Buat masa ini biarlah
dulu. Akak tak terpikirkan pun lagi pasal hendak kahwin. Akak macam dah serik
nak berlaki lagi.. ialah.. pengalaman akak dengan lelaki ni pahit sedikit.
Biarlah akak fokus menjaga anak dengan perniagaan akak ni.. lagipun akak baru
meniaga Hisham.. banyak kerja hendak kena buat.”
“Insya Allah kak. Saya
doakan akak mendapat jodoh yang baik. Eh kak.. dah pukul 11.00 dah ni.. saya nak balik dululah.. nanti bising
pulak mak saya tu. Saya janji nak sampai pukul 12 tengahari ni” aku meminta
diri hendak pulang ke Seremban.
“Kejap yer.. akak nak
bungkus baulu”
“Eh kak.. tak payahlah
susah-susah” seganlah pula aku.
“Susah apa.. akak memang
buat lebih tu. Lagipun nak minta tolong Hisham bagi baulu dekat Sofia dengan
Azilah sekali ... dengan kak warden.”
“Yelah kak” kak Haryati masuk
ke dalam dapur. Seketika kemudian.. anak Haryati keluar.
“Acik nak alik ker?”
tanyanya pelat.
“A ah sayang.. acik nak
balik.. mak makcik tunggu dekat kampung.”
“Ala... kita aru nak main
ngan acik” ala-ala ala.... buat muka pula budak ni.
“Maaf ye sayang.. nanti
minggu depan pakcik datang lagi. Kita gi jalan-jalan nak?” aku memujuk
kakak.....
“Etul ker?”
“Betul... pakcik janji
bawa kakak jejalan. Kita pergi mandi laut ker... pi makan-makan ker. Nanti
pakcik fikirkan yer” lagipun minggu depan aku rasa aku tidak kemana-mana...
bosan juga kalau tiap-tiap minggu balik rumah di Seremban... layan budak ni pun
ok juga ;
“Yeeeeeee.... sayang
pakcik”
“Sayang cium pakcik sikit
nak” anak Haryati mencium aku di pipinya.
“Pakcik janji tau.. inggu
depan atang.”
“Ye pakcik janji” aku
memeluk anak Haryati.. kemudian Haryati keluar dari dapur membawa 4 bungkus
bekas plastik.
“Mama..... inggu depan
Hisham anji nak bawak ete jalan-jalan” kak Haryati memandangku.
“Dia merajuk.. saya datang
sekejap. Tak layan dia main.. saya pujuklah dia nak bawa dia jejalan minggu
depan. Boleh tak?” tanyaku.
“Boleh... tapi anak mama
jangan nakal-nakal yer.”
“Kita janji ite baik aja”
janji kakak
“Eh.. kakak ikutlah
sekali.. takkan saya dengan anak akak jer?”
“Takpe ke akak ikut..
nanti Sofia jeles”
“Ishhhh.. takdelah kak...
saya bawa anak akak jejalan... bukan pergi Dating. Lagipun bukan kita berdua
sahaja kak”
“Yelah.”
“Yeeeeeeeeeeeee.... dapat
jalan-jalan ngan pakcik asim” anak Haryati melonjak kegembiraan.
“Hashim... ini ada 4
bungkus bekas bahulu... satu untuk keluarga Hashim, satu untuk warden. Yang
kecil dua ni satu untuk Sofia dan satu untuk Azilah”
“Ok... susah-susah akak
ni. Terima kasih yer... saya balik dululah.”
“Kakak... salam dengan pakcik
Hashim.. dah nak balik dah.”
“Angan lupa auuuuuu”
sambil mencium tanganku.
“Tak... acik janji”
selepas itu aku bersalaman dengan pak Mat....... sebelum keluar rumah.. aku
melambai-lambai anak Haryati.. kesian betul jika seorang anak membesar tiada
ayah disisinya.