Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,369
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 38 ; jangan hampiri Zina

BAB 38

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)” Amin… surah Al Isra ayat 32.

Akhir tahun 2013, sudah 6 bulan kak Azah mengemudi pengurusan pusat perlindungan ini.. semakin banyak perubahan yang didapati. Seramai 12 orang penghuni telah mendapat Parol manakala 8 lagi menunggu persidangan. Walaupun banyak penghuni yang telah keluar dari pusat perlindungan ini tetapi banyak juga penghuni baru yang masuk terutama mereka yang terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat. Tapi pada tahun ini berlaku peningkatan yang drastik penghuni yang mendapat perlindungan akibat mengandung di luar nikah atau dirogol. Paling muda mendapat perlindungan di pusat ini adalah seorang remaja yang berusia 16 tahun kerana terlibat dalam aktiviti pelacuran. Bila ditanya kenapa dia menjual diri, katanya ingin membeli gajet terkini seperti Ipad, Iphone, komputer dan sebagainya. Dia cemburu melihat semua kawannya memperoleh gajet tersebut sedangkan dia tidak ada. Malah katanya, remaja sekarang akan berasa malu atau berasa rendah diri jika tiada membeli atau menggunakan gajet terkini. Seolah-olah disisihkan oleh kawan-kawan.

Kini remaja tersebut berjaya diselamatkan oleh polis.. disebabkan kerana dia masih di bawah umur.. maka dia akan ditempatkan di sini sehingga cukup usia 18 tahun untuk dibicarakan semula. Orangnya cantik, putih dan mantap.. memang menjadi idaman lelaki hidung belang. Aku telah diamanahkan oleh Puan Pengetua untuk memulihkan penghuni ini. Manakala ketua wadar diamanahkan untuk menjaga kebajikan dan keselamatannya di asrama. namanya Mira Erza bin Mustafa. Anak seorang ibu tunggal... emaknya meniaga nasi lemak pada sebelah pagi.. manakala pada sebalah petangnya hingga ke malam bekerja sebagai pembantu kedai. Ada 3 orang lagi adik beradik.. beliau anak yang kedua dari 4 beradik.

Paling memeranjatkan aku, Mira ( panggilan aku terhadapnya ) mengatakan beliau sudah tidak dara lagi pada usia 15 tahun kepada teman lelakinya yang seusia. Malah katanya, di Kuala Lumpur ini.. adalah normal remaja perempuan melakukan aksi ringan-ringan di bangku sekolah. Malah ada yang mengandung dan terpaksa dikahwinkan pada usia seawal 16 tahun kerana telah terlanjur. Aku hanya mengeleng melihat remaja sekarang.. hanya mahukan keseronokan sahaja. Masa depan tidak dipikirkan langsung. Tidak tahu ke dosa berzina? Zina adalah salah satu dosa-dosa besar. Allah berfirmanDan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)” Amin… surah Al Isra ayat 32.

Tapi silap ibu bapa sekarang… terlalu percayakan anak-anak. Percaya anak 100% kata-kata anak. Kata ada tuisyen di sekolah… padahal bersama dengan teman lelaki. Kata pergi Bandar dengan kawan-kawan… tapi keluar dengan teman lelaki. Akhirnya…. Bila sudah mengandung… salahkan anak pula… salahkan orang lain. Tetapi tindakan ibubapa sejak awal lagi yang salah.

Aku juga selalu melawat kak Haryati... boleh dikatakan tiap-tiap bulan aku melawatnya. Aku juga selalu membawa kak Haryati dan anaknya berjalan-jalan. Anaknya semakin petah berkata-kata. Perniagaan kak Haryati kini semakin maju.. pada hari Raya yang lalu kak Haryati mendapat untung hampir 20 ribu ringgit daripada jualan kek dan biskut Hari Raya. Malah terdapat banyak tempahan daripada internet. Semuanya puas hati dengan kelazatan dan keenakan kek dan biskut kak haryati. Jika hari biasa... kak Haryati akan menumpukan pula membuat kek dan kuih bahulu sebagai cenderamata atau jualan di kedai. Malah kak Haryati mengambil upah untuk mengubah hantaran. Kak Haryati mengenakan bayaran yang agak rendah dan berbaloi dengan caj yang dikenakan menyebabkan ramainya pelanggan berulang yang membuat tempahan. Dijangkakan pada bulan 3 tahun hadapan, kak Haryati akan membuka kedainya sendiri. Mak Yam pula merungut dengaku kerana beliau sudah letih membantu Haryati dan menyuruh Haryati mengambil pembantu tetap.

Tetapi yang paling mengejutkan aku adalah permintaan Pak Mat yang menyuruh aku meminang anaknya kak Haryati. Katanya aku yang terbaik untuk menjadi suami Haryati. Cucunya juga telah menganggap aku sebagai ayah angkatnya. Aku terpaksa menolaknya dengan baik dan memberi alasan bahawa hati aku telah dimiliki oleh seseoarang. Malah aku menganggap Haryati itu adalah seperti kakak aku sendiri.. tidak lebih daripada itu.... dan aku memang tidak mempunyai perasaan cinta terhadapnya. Akhirnya pak Mat akur dengan keputusanku.. katanya jika aku mampu dan tergerak untuk menerima Haryati.... dia sudi untuk menerima lamaranku. Walaupun hanya sebagai isteri kedua.. katanya dia hendak sangat aku menjadi menantunya. Hendak sangat cucunya itu ada berayahkan aku... dia tidak kisah jika anaknya itu bermadu kerana baginya mungkin tiada orang lain akan menerima status anaknya itu. aku hanya tersenyum.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.