Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,151
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
bab 44 '; surat layang

BAB 44

Dalam hadis sahih Ibnu Majah Rasullulah bersabda yang bermaksudDan barangsiapa membuat dan mengajarkan bid’ah tidak redha atasnya Allah (a.w) dan RasulNya, maka sesungguhnya diberatkan(atau dipertanggungkan) atasnya dosa seumpama dosa barangsiapa beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak mengurangi(atau dikurangi) dosa manusia yang mengamalkannya sedikitpun.”

Besoknya pula, pusat perlindungan ini sudah kecoh dengan surat layang yang tersebar di pejabat. Sebaik sahaja aku masuk ke pejabat, Kak Hasni dan pekerja yang lain semua berjumpa denganku untuk memberitahu pasal surat layang. Seketika kemudian aku dipanggil ke dalam bilik Pengetua.

“Kamu sudah tahu mengenai surat layang yang menyentuh tentang diri kamu?” tanya kak Azah.

“Ya,, semasa saya datang pejabat tadi rakan sekerja memberitahu saya pasal surat layang tersebut. Tapi saya belum membacanya.. hanya mendengar cakap-cakap orang mengenai surat layang yang ada berkait dengan diri saya” memang sebaik sahaja aku mengetip kad perakam waktu, kak Hasni ada memberitahu aku mengenai hal surat layang tersebut, aku ada juga meminta untuk membaca surat tersebut,,, tetapi semuanya telah diambil oleh Puan Pengetua;

“Kamu baca surat ini Hisham” kak Azah menghulurkan sekeping surat. Aku mengambil dan membacanya.. masya Allah... banyaknya fitnah terhadap aku dalam surat layang ini...... semuanya tidak benar dan dusta semata-mata tuduhan yang dilemparkan oleh si penulis. Antara isi kandungannya adalah mengenai aku kononnya memberi kuliah agama tanpa tauliah tanpa permit, aku membawa ajaran sesat, aku mempunyai hubungan dengan beberapa orang penghuni dan aku melakukan adegan ringan-ringan dengan Sofia semasa sesi kaunseling dijalankan.. masya Allah. Malah siap ada salinan kepada ( dalam bahasa surat s.k. dimana surat ini turut dihantar kepada Tuan Pengarah negeri dan di Putrajaya... habis reputasi aku selama ini );

“Siapa punya kerja ni kak? Ini semua hanyalah fitnah semata-mata. Mana pernah saya lakukan perkara seperti yang tertulis” tanyaku setelah habis membaca surat tersebut.

“Itu akak tidak tahu.. akak pun tidak percaya Hisham tergamak melakukan perkara terkutuk tersebut. Tapi kita boleh agak siapa.”

“Kak Hashimah” tekaku. Memang tidak ada orang lain yang begitu memusuhi aku di pusat perlindungan ini selain daripada kak Hashimah.

“Yup. Ironinya... dia pun bercuti pada hari ini.. saat surat ini tersebar.”

“Motif kak Hashimah buat surat ini? Kita tidak boleh tuduh sebarangan kak.”

“Tembelangnya semakin pecah di peringkat negeri dan pusat.”

“Ada kes besar ker?”

“Ada..... kak Hashimah didapati menyalahgunakan peruntukan pengurusan asrama”

“Apa! Betul ke ni?” aku terkejut.

“Ya! Saya telah melakukan siasatan dalaman.... saya hairan kenapa pelatih kata bajet untuk pengurusan asrama banyak dipotong atau dikurangkan semasa Datin menjadi Pengetua. Malah wang upah pelajar pun sudah banyak yang hilang atau semakin berkurangan.. pelatih mula merungut mengenai wang yang ada dalam buku bank... mereka kata tidak setimpal dengan perkiraan mereka.”

“Masya Allah.. kenapa boleh jadi macam ni kak?”

“Entahlah. Kenapalah kak Hashimah sudah jauh terpesong.. akak pun tak sangka.”

“Jadi macamana dengan kes saya ini?”

“Akak rasa kamu akan disiasat... tapi akak terpikir satu perkara”

“Apa dia tu kak?”

“Akak rasa Hashimah buat tindakan ini untuk mengalihkan tumpuan terhadap kesnya. Sebenarnya dia sudah mengetahui bahawa saya sudah membuat aduan mengenai perkara tadi kepada peringkat negeri dan Pusat. Jadi, untuk mengelakkan dirinya disiasat dan memberi masa dia menghapuskan bukti.... maka dia cipta satu keadaan di mana kesnya dialihkan untuk memberi tumpuan kepada kes yang lain. Maka dia buat surat layang ini untuk menjatuhkan Hisham.... dan akak rasa bukan dia seorang yang terlibat dalam menulis surat layang ini. Pasti ada lagi orang besar yang terlibat sama yang turut melibatkan diri mengambil wang asrama” relevan juga penerangan kak Azah;

“Ertinya... ada seseorang yang turut terlibat sama dengan kak Halimah.. memberi idea untuk menjatuhkan saya. jadi kes mereka akan diketepikan dahulu untuk siasatan. Kes saya yang akan disiasat dahulu kerana melibatkan perlakuan seksual?”

“Begitulah nampaknya.”

“Datin terlibat sama?”

“Kemungkinan besar... kita berfikir ikut logik. Apa-apa tindakan oleh kak Hashimah terutama hal berkaitan peruntukkan asrama... kamu sebagai ketua warden mesti minta kebenaran Pengetua... atau Pengetua mesti tahu mengenainya. Hatta nak keluarkan wang penghuni sebanyak 10 ringgit untuk membeli tuala wanita pun mesti direkodkan. Dan Pengetua mesti mengetahuinya.. betul tak? Kamukan pernah menjadi ketua warden.”

“Betul tu...semasa saya jadi warden dahulu... apa-apa yang ingin dibeli atau dikeluarkan.. kak Badariah mesti tahu.. setiap bulan saya mesti masukkan dalam laporan kewangan untuk diteliti oleh kak Badariah.. jika ada kesalahan data walaupun seringgit... tugas saya adalah untuk mencari kemana wang seringgit itu berada. Kak Badariah sangat cerewet dalam kira-kira kerana baginya itu semua amanah dari pelatih.. wang pelatih” memang benar.. malah aku pernah dimarah oleh kak Badariah semasa aku mula menjadi ketua warden kerana kesalahan dalam membuat akaun asrama..

“Betul.. semasa mesyuarat bulanan pengurusan asrama di bawah Pengetua baru untuk membentangkan laporan penghuni dan hal-hal lain, pernah tak Datin meminta laporan kewangan asrama dan menyuruh kak Hashimah membentangkannya di dalam mesyuarat?” aku mengitar semula memori.. mengingat mesyuarat yang pernah dipengerusikan Datin... betullah..tidak pernah. Memang tidak pernah kak Hashimah membuat laporan kewangan asrama.. yang dia tahu bentang berapa ramai yang kena tahan di sel tahanan. Kenalkan peraturan baru.. pastu perli aku. Memang terbaiklah bila masa dia perli aku tu. Sabar jelah.

“Jadi.. apa yang saya kena buat atau apa tindakan yang pusat akan ambil terhadap saya?” tanyaku.. aku agak mesti aku digantung tugas untuk tempoh beberapa hari bagi melakukan siasatan.

“Saya akan lakukan siasatan dalaman dahulu. Tadi Ketua Penolong Pengarah kamu Encik Azlan ada telefon saya.. petang ini dia akan datang dengan pasukannya... hanya melakukan sesi soal jawab santai. Dia akan tanya kamu mengenai tuduhan yang ada terhadap surat layang ini. Dan saya terpaksa menggunakan kuasa saya buat sementara ini merehatkan kamu dari melakukan tugas-tugas rasmi.”

“Hmmmmmm... jadi saya tidak perlu datang ke pejabat? Bertemu pelanggan-pelanggan saya”

“Kamu masih perlu datang ke pejabat. Hanya tidak boleh melakukan tugas rami seperti memberi kaunseling,,, sehingga siasatan selesai.”

“Jadi buat apa saya datang ke pejabat kalau duduk-duk sahaja kak?” bosan gila jika tiada kerja rasmi yang dapat aku lakukan.

“Kamu hanya datang ketip kad kedatangan dan balik. Selain itu buat kopi atau termenung” gurau kak Azah.

“Hahahahahahahaha.. really? Saya sudah biasa bekerja... kalau dok pejabat sesaja.. mahu mati kutu saya.”

“Apa nak buat.. undang-undangnya memang begitu.. kamu nak tahu satu perkara lagi?”

“Apa tu? Macam menarik sahaja bunyinya kak” kataku ingin tahu.

“Kak Hashimah sudah meletakkan jawatan sebagai warden dan meminta pertukaran serta merta ke Johor.”

“Johor? Dekat dengan Datin... hmmmmm. Hanya mereka berdua yang saling memahami antara satu sama lain. Lingkuplah JKM Johor kalau mereka ada... tapi akak kata kak Hashimah tidak boleh meletakkan jawatan sebagai warden?”

“Daripada memeningkan kepala akak... baik dia berpindah.” Aku tersenyum.

“Jangan lupa... Encik Azlan dengan pegawai undang-undangnya akan datang ke sini petang ini untuk menyiasat surat layang ini.”

“Petang ni? Cepatnya... apa saya hendak buat yer?”

“Jadi kamu bersedialah yer. Encik Azlan dan pegawainya akan menyiasat siapa penulis surat layang dan tuduhan yang ada di dalam surat layang tersebut. Kamu hendak takut apa? Jangan risau.. saya dan pekerja dan penghuni akan mempertahankan awak. Percayalah cakap saya ini. Kamu banyak berjasa dan berkorban untuk pusat ini Hisham. Baguslah cepat Encik Azlan menyiasat.. cepat habis cepat kamu bekerja seperti biasa. Taknak ker jumpa Sofia lagi?” ini betul-betul mengejutkan aku. Kak Azah tersenyum;

“Mana kak Azah tahu?”

“Adalah.. kamu jangan bimbang.. hal peribadi kamu selagi tidak menganggu fokus kerja kamu. Saya akan menyokongnya.. malah kamu patut dijadikan contoh. Berapa ramai lelaki yang sanggup mencintai penghuni pusat ini setelah mereka keluar dari sini. Malah ada penghuni yang terus disisihkan masyarakat. Saya bangga dengan kamu.. kamu memang seorang lelaki yang baik.. kat Malaysia ni berapa kerat lelaki seperti kamu Hisham. takde.... ” kembang pula aku dipuji oleh kak Azah;

“Cinta tidak mengena siapa kak. Malah kerana cinta ada yang sanggup membelakangkan keluarga. Pada pandangan saya Sofia kini adalah seorang muslimah dan emnepati ciri-ciri yang saya inginkan. Terima kasih kak Azah atas sokongan” kemudian aku meminta diri untuk kembali ke bilik.. nampaknya 3 hari selepas ini kerja aku jawab soal jawab oleh panel siasatan dalamanlah. Bosanlah... apalah kesalahan yang aku telah buat sangat sampai sanggup kak Hashimah and the gang buat surat layang.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.