BAB 46
Firman Allah yang bermaksud: "Dan jika dua puak daripada
orang yang beriman berperang, maka damaikan antara keduanya; jika salah satunya
berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawan puak yang zalim itu sehingga ia
kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di
antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adil kamu
(dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku
adil." (Surah al-Hujurat, ayat 9) .
Seminggu
selepas panel siasatan melakukan siasatan., aku telah dipanggil ke dalam bilik
Pengetua. Bukan sahaja aku, malah kak Hashimah juga telah dipanggil. En Azlan
selaku ketua panel akan membentangkan hasil siasatannya di hadapan Pengetua dan
kami berdua. Aku tidak tahu kenapa kak Hashimah turut dipanggil. Tapi aku
merasakan tentu Encik Azlan mahu kami berdua berdamai... aku memang hendak
berdamai dengan kak Hashimah. Buat apa hendak pening kepala bergaduh dengan kak
Hashimah. Malah Allah juga mahu kita sesama Islam ini berdamai.. buat apa
bergaduh.. akhirnya orang kafir akan mengambil kesempatan dari pergaduhan kita
sesama Islam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 9 yang bermaksud.Firman Allah yang bermaksud:
"Dan jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka damaikan
antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka
lawan puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia
kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum
Allah), serta berlaku adil kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah
mengasihi orang yang berlaku adil.".
Tapi masalahnya kak Hashimah yang tidak mahu berdamai dengan
aku, malah selalu mengelak berjumpa dengan aku. Aku pun tidak tahu apa yang aku
hendak buat lagi. Inilah dia apabila emosi dan nafsu telah menguasai diri....
“Baiklah.. hasil siasatan saya Puan
Pengetua.. kami mendapati bahawa semua tuduhan tersebut tidak benar dan
hanyalah fitnah semata-mata kecuali percintaan Encik Hisham dengan salah
seorang penghuni pusat perlindungan ini yang bernama Ani Sofia. Tidak terdapat
pelanggaran mana-mana peraturan ataupun undang-undang yang dilakukan Encik
Hisham. saya ulangi lagi, surat layang ini fitnah semata-mata” tegas Encik
Azlan.
“Jadi... apa tindakan seterusnya”
tanya Puan Pengetua.
“Kami telah berbincang dengan
pegawai atasan... malah kami juga telah berbincang dengan pihak lembaga
tatatertib di Putrajaya. Maka Encik Hisham dilepas dan dibebaskan dari sebarang
tuduhan.. kecuali satu,”
“Apa dia tu cik Azlan” tanyaku;
“Beliau tidak dibenarkan lagi melakukan
sesi kaunseling dengan penghuni bernama Ani Sofia. Malah tidak dibenarkan lagi
untuk berjumpa dengan penghuni ini untuk tujuan rasmi.. tapi kalau tujuan tidak
rasmi boleh... contohnya seperti sambutah Hari Raya ataupun Yang berhormat
datang” alamak... nampaknya aku selepas ini mati kerinduanlah aku. Aku tidak
dibenarkan lagi berjumpa dengan Sofia.
“Baiklah” kataku lemah. Akak
Hashimah ku lihat tersenyum kambing. Puaslah hati dia kot;
“Semasa kami melakukan siasatan
tentang kes surat layang Hisham.. kami sudah mengetahui penulisnya.”
“Siapa?” tanya Puan Pengetua.
“Kak Hashimah” kak Hashimah
terperanjat.
“Ini satu tuduhan yang tidak
berasaskan Encik Azlan.. masa surat itu tersebar... saya bercuti 2 hari. Saya
tidak tahu menahu tentang hal ini.. takkanlah semasa saya bercuti.. saya boleh
datang kesini untuk mengedarkan surat ini. Tiada sebab untuk saya menulisnya”
terang kak Hashimah mempertahankan dirinya.
“Semasa anda bercuti selama dua
hari... pegawai teknikal telah membuka komputer kamu. Kami telah berjaya
menemui bukti bahawa surat layang ini ditulis oleh kamu.. kami ada bukti bahawa
kamu menggunakan komputer tersebut untuk menulisnya” tegas Encik Ghazali.
“Kamu menceroboh hak saya. kamu
tidak meminta kebenaran saya!” marah kak Hasimah.
“Kami tidak memerlukan kebenaran....
komputer itu adalah hak kerajaan Malaysia. Jadi saya sebagai pegawai panel
siasatan ada hak untuk mengeledeh komputer kamu untuk mendapatkan maklumat.
Selain surat layang ini, kami juga menyiasat tentang kes kamu menyalahgunakan
wang syarikat.... semuanya ada di dalam komputer kamu.. transaksi-transaksi
asal dan yang telah dimanipulasi juga telah kami ambil.”
“Kamu tidak boleh buat itu semua..
kamu tiada hak! Nanti saya minta tolong Datin untuk membatalkan siasatan kamu
ini. Saya akan buat laporan Polis” kak Hashimah semakin berang.. tembelangnya
kini telah pecah;
“Laporan Polis? Buatlah... kami
memang mengalu-alukan kamu membuat laporan Polis. Sebab kami sudah ada bukti
yang kukuh untuk mendakwa kamu dan Datin atas tuduhan menyalahgunakan wang
asrama. Biar Polis siasat tentang perkara ini.... malah Polis ada kuasa untuk
menyiasat akaun kamukan. Lagi mudah kami membuat kerja nanti” gertak Encik
Ghazali.
“Puas hati kau Hisham? puas hati kau
sebab kau ngadu dengan kak Azah. Ngadu dengan Puan Pengarah aku makan duit
asrama. aku tahu kau dari dulu sakit hati dengan akak kan? Kau bodek Puan Pengetua
dulu naikkan pangkat kau. Pastu kau balas dendam dengan aku kan?” aik..
tiba-tiba aku pula yang dituduh... ini sudah lebih;
“Siapa yang busuk hati sekarang ni
kak? Siapa yang buat surat layang? Siapa nak sangat jadi warden? Siapa yang fitnah
saya? siapa? Akak ke saya?” kataku dengan nada sedikit tinggi... sudah lama aku
bersabar dengan akak Hashimah.. tak habis-habis menyusahkan aku.
“Betul kata Hisham tu... sebenarnya
kamulah yang busuk hati dengan dia.
Hisham tidak pernah busuk hati dengan kamu. Apa yang dia buat selama ini
semuanya untuk kebaikan pusat jagaan ini. Tapi kamu menganggap seolah-olah
Hisham ini musuh kamu pula. Kalau kamu hendak tahu, bukan Hisham yang mengadu
kepada pihak atasan atas pengurusan wang asrama.. tetapi sebalik saya yang membuat
aduan” kak Hashimah terdiam mendengar kata-kata puan Pengetua.
“Benar.. Puan Pengetua yang membuat
aduan rasmi kepada kami. Hisham tidak kena mengena dengan kes puan Hashimah”
Encik Azlan menyokong kenyataan Puan Pengetua.
“Saya melihat dan memantau semua
fail akaun. Saya lihat selama 6 bulan Datin menjadi Pengetua... ada banyak
kesilapan dan pengurangan dalam bajet asrama. Begitu juga banyak duit dan upah
penghuni yang dipotong. Saya telah meminta bahagian kewangan untuk
menyiasatnya.. memang benar terdapat ketirisan wang asrama. apa yang kamu buat
ni Hashimah?” tanya Puan Pengetua.. kak Hashimah tertunduk.
“Jadi saya bertanya sekali lagi..
adakah benar kamu yang menulis surat
layang ini” kata Encik Azlan sambil menunjukkan
salinan surat layang.
“Ya saya menulisnya” akhirnya kak
Hashimah mengaku.
“Astafirullah hal azim.. kenapa
kak?”
“Entahlah.. akak rasa, mungkin
disebabkan perasaan cemburu kepada Hisham... akak buat semua ini. Akak rasa
Hisham menggunakan bomoh sehingga semua orang percayakan Hisham. semua orang
sayangkan Hisham. Hisham dinaikkan pangkat melangkui akak. Maafkan akak
Hisham.. maafkan akak. akak terlalu mengikut nafsu Hisham. Encik Azlan... saya
harap Hisham dilepaskan.. saya yang bersalah.”
“Baiklah.. walau bagaimanapun,
penglibatan puan dalam penyelewengan wang asrama tetap akan disiasat dengan
lebih lanjut di peringkat pusat. Kami tidak boleh berbuat-buat apa.. ini
melibatkan wang penghuni dan rakyat” kak Hashimah mengangguk.
“Hashimah.. Hashimah.. kenapalah
kamu buat begini.... tak cukup ker elaun 1500 sebulan yang kami beri” tanya kak
Azah.
“Sebenarnya Datin yang mahu saya
buat ini semua” aku sudah agak.. mesti ini semua atas arahan Datin.
“Kenapa.”
“Suaminya mengalami masalah dalam
perniagaan... terlalu banyak hutang. Perlukan tunai sebagai modal pusingan.
Datin meminta pertolongan saya, jadi saya bersetuju untuk menolongnya kerana
Datin berjanji akan memulangkannya apabila suaminya mendapat bayaran daripada
pihak pemaju. Datin berkata dia akan menolong saya mendapatkan jawatan yang
saya idamkan dengan menendang Hisham dari jawatannya sekarang.. saya akan
dilantik sebagai ketua kaunselor dalam masa setahun” kak Hashimah berterus
terang.
“Assatafirulullah hal Azim.. Datin
ketuanya.. berapa banyak wang yang diambil Encik Azlan?”
“Hasil siasatan kami.... Lebih
kurang 100,000 dalam masa 6 bulan” perghhhhh.
“Masya Allah... banyaknya” kata kak
Azah.. tidak percaya apa yang didengarinya.
“Iya.. satu jumlah yang banyak,”
“Datin sudah disiasat?”
“Sudah... Datin enggan mengakuinya. Katanya Kak Hashimah yang
mengambilnya tanpa pengetahuannya. Dia telah diberi maklumat salah oleh puan
Hashimah. Katanya semua atas tindakan kak Hashimah... dia tidak tahu menahu.
Pengurusan asrama adalah di bawah kak Hashimai.. beliau hanya memantaunya” kata
Encik Ghazali... pandai Datin mengelak.
“Apa! Datin kata saya mengambil wang
asrama seorang sahaja? Dia tidak mengaku salah! Sampai hati dia cakap
macamtu... sedangkan kami sama-sama ambil wang tersebut.. Datin yang suruh
saya! sampai hati dia” bentak kak Hashimah.
“Biasalah Hashimah.. orang yang
sudah bersalah.. mana dia nak hendak mengaku” kataku.
“Sampai hati dia puan cakap saya
seorang sahaja yang mengambil wang asrama. sedangkan Datin yang mengambil semua
wang asrama. saya yang berikan wang itu encik.... boleh dikatakan tiap-tiap
minggu saya ke biliknya... merancang mana wang kami hendak ambil. Akhirnya ini
balasan Datin terhadap saya” kata kak Hashimah kecewa.
“Jadi akak tak mengambil walau satu
sen pun?”
“Tidak Hisham.... satu sen pun akak
tak ambil. Bijak Datin... menggunakan akak untuk kepentingan dirinya...
akhirnya dia terlepas. Akak yang menanggungnya” kesian kak Hashimah.
“Datinkan lulusan undang-undang...
dia tidak buta undang-undang. Dia tahu cara macamana dia hendak lepas dari
tindakan undang-undang. Iaitu mempergunakan Hashimah... dia juga pandai
mengambil kesempatan di atas kemarahan Hashimah dengan Hisham. memang bagus
perancangan Datin.”
“Tak guna punya Datin..pandai dia...
akak jugak yang kena” kata kak Hashimah menyesal.
“Takpelah kak... kami semua akan
tolong akak bagaimana hendak mengheret Datin sama dalam kes ini. Saya ada ramai
kawan peguam.. kita boleh selidik dan cari bukti tentang penglibatan Datin.
Percayalah saya, sebijak mana pun dia... mesti ada kelemahan atau dia terlepas
pandang” aku menghulurkan pertolonganku.
“Walaupun akak buat macam-macam
terhadap Hisham.. kamu masih menolong akak?”
“Itu tangungjawab kak.. akak dalam
kesusahan atas perbuatan orang lain. Saya mesti menolong akak... lagipun
bermaafan itu lebih baik dari bermusuhan. Akak dipergunakan. Saya tidak mahu
akak seorang yang kena.. Datin terlepas. Nanti dia buat perangai lagi di tempat
lain kak.”
“Akak minta maaf atas segala
kesalahan akak Hisham. sesungguhnya kak dikuasai oleh nafsu amarah dan cemburu
terhadap kamu. Akan termakan hasutan syaitan dan Datin.. maafkan akak” katanya
teresak-esak.
“Saya sudah lama maafkan akak.
sudahlah tu kak.”
“Terimakasih Hisham... patutlah kau
ini menjadi kesayangan semua orang di pusat ini.. Hisham terlalu baik dan sedia
untuk memaafkan orang lain. Kau memang layak berada di kedudukan di mana kau
berada sekarang ini Hisham. maafkan akak pasal surat layang tu yer.”
“Ok”
“Jadi Encik Azlan.. bagaimana
kedudukan Hashimah?”
“Sementara waktu.. dia akan
digantung tugas sehingga siasatan tamat. Mulai besok puan Hashimah tidak akan
datang bekerja lagi.. mungkin dalam 2 minggu.. atau sebulan. Kami akan
memberitahu bila kak Hashimah akan datang bertugas semula” kak Hashimah
mengangguk.