Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,114
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 15 ; Bersabar

BAB 15

Allah berfirman “maka bersabarlah ( wahai Muhammad terhadap ejekan golongan kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya” Surah Al-Maaarij ayat 5.

Awal Disember 2012, kami sudah mengetahui keputusan panel Hakim yang bersidang pada bulan lepas. Keputusan undian memihak kepada kak Haryati dengan undian 2-1. Aku cukup yakin bahawa Hakim wanita itu yang mungkin memberikan undi menolak untuk memberikan parol kepada kak Haryati. Kini terserah kepada lembaga Parol untuk memberikan keputusannya. Aku kini di pejabat sedang menunggu bakal pelangganku yang baru di pejabat. Dikatakan ditahan atas kesalahan terlibat menjadi anggota kongsi gelap dan disyaki mengedar dadah.. tetapi disebabkan kekurangan bukti untuk didakwa di Mahkamah.. pihak polis mengambil keputusan untuk memulihkan akhlaknya di pusat perlindungan ini selama 2 tahun. Dikatakan seorang yang ganas dan kasar.. mungkin lebih kasar dari Sofia atau bekas pelanggan aku sebelum ini. Maklumlah, ahli kongsi gelap.. silap-silap pernah memukul atau membunuh orang.

Tepat pukul 12 tengahari, pesalah dibawa ke bilik aku.. wadar memberikan salinan fail pesalah kepadaku.. aku membacanya sepintas lalu. Puan Pengetua telah menandatangi dekri untuk penahanan penghuni ini di sel tahanan sehingga dia berubah. Inilah pertama kali aku rasa selama berkhidmat disini Puan Pengetua menandatangi dekri untuk menempatkan penghuni di sel tahanan yang mana kawalan keselamatannya persis seperti berada di Penjara.. ada CCTV.. pintu bergerigi dan semuanya perlu mengikut peraturan. Kemudian aku memandang pesalah ( baru aku perasaan ada 3 wadar keselamatan mengiringinya.. ganas sangat ke budak ni sampai perlu 3 orang wadar untuk mengiringinya? ).

“Assalaimualaikum Azilah Binti Othman. Saya Hishamudin Bin Said.. kaunselor anda sepanjang 2 tahun anda ditahan disini” aku memulakan sesi suai kenal.

“Ada aku kisah? 2 minggu aku kat sini aku larilah. Ingat hingin sangat ker aku duduk sini?” salamku tidak berjawab... malah mengugut untuk melarikan diri lagi.

“Anda tidak tahu ker? Melarikan diri dari sini maknanya anda seperti lari dari penjara. Jika ditangkap balik.. anda boleh didakwa atas tuduhan melarikan diri dari tahanan.. anda boleh dihukum penjara maksimum 5 tahun. Nak sangat ker duduk penjara? Makan free hari-hari.”

“Kau ingat aku takut?”

“Oi! Kau ni tak tahu hormat orang ker?” tanya ketua wadar kak Hasni yang turut mengiringi Azilah naik berang.

“Biarlah kak.. biasalah hari pertama. Saya nak tanya.. kenapa 3 orang sekali iringi Azilah... dia ni gangster sangat ke kak?” tanyaku kepada kak Hasni.

“Tapi yang ni lain sikit. Tadi Puan Pengetua pun dia tak hormat. Bentak-bentak... marah-marah... kurang ajar. Kami terpaksa ramai-ramai iringi budak sebab budak ni lasak sangat... ada peluang jer.. nak larikan diri.”

“Iyer” aku memandang semula Azilah yang berada di hadapanku. Nampak dari gaya percakapannya tadi ternyata beliau seorang yang agak agresif dan kurang ajar.

“Umur awak berapa?” tanyaku baik-baik.

“Kau tak tengok ke dalam fail tu? Buta ke?” perghhhhh... menyirap betul darah aku mendengar jawapan Azilah.

“Oi! Orang dah tanya tu jawab jelah elok-elok!” kata kak Hasni berang.

“Takpe kak” aku melihat sepintas lalu failnya.. baru berusia 26 tahun..mudanya..

“Oklah kak. Saya pun dah malas nak layan dia ni.. masukkan dia ke sel lah” malas aku lama-lama berbual dengan budak ni.. makin dilayan.. makin menyirap pula darah aku. Sabar Hisham sabar..... kamu perlu sabar untuk melayan karenah Azilah. Aku mengingati satu surah atau ayat yang menyuruh Nabi Muhammad supaya sabar melayan ejekan kaum kafir apabila Rasullullah menyampaikan ajarannya. Maka Allah SWT berfirman maka bersabarlah ( wahai Muhammad terhadap ejekan golongan kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya” Surah Al-Maaarij ayat 5.

“Baguslah.. Puan Pengetua pun arahkan begitu. Masukkan ke dalam sel sampai dia ini ok” kak Hasni memang bersetuju atas tindakan Puan Pengetua mengurung Azilah di sel tahanan.

“Sel? Apa tu sel?” tanya Azilah.

“Sel tu macam penjara. Kau seorang akan ditempatkan ke sel. Wadar 24 jam akan menjaga kau ni... hanya makan dan pada waktu tertentu kau dibenarkan keluar.. itupun ditemani oleh wadar. Kau duduklah di sana sampai neutral.. nak larikan diri kena pikir dua kalilah. Kau tidak dibenarkan keluar dari blok sel sehinggalah kau sudah dineutralkan” kata ketua wadar tegas.. nampaknya kak Hasni betul-betul bengang dengan Azilah.. kata ganti diri sudah bertukar kepada aku dan kau sahaja.

“Mana ci.. aku dengar duduk dalam pusat pemulihan ni boleh bergerak bebas” Azilah membantah.

“Itu kalau yang kes yang tidak kritikal dan mengugut nak lari macam kau ni. Dekri dah ditandatangi Puan Pengetua tadi” jawab ketua wadar.

“Celaka punya perempuan.. nampak baik jer tadi. Kalau aku dapat aku belasah dia tadi” selamba Azilah.

“Tengok tu Hisham.. mulut.. tak tahu hormat orang agaknya. Kurang hajar betul kau ni” kak Hasni memegang kolar baju Azilah.

“Takpe kak. Relaks jer.... akak bawa dia ke sel... nanti saya uruskan dia ni. Insya Allah.. mula-mula je dia ni,”

“Ok.. dah jom” kak warden memegang tangan Azilah.

“Apa ni pegang-pegang? Aku tahulah nak jalan. Ingat aku ni takde kaki ke jalan sendiri?” kata Azilah.. aku hanya menonton sahaja drama tersebut. Selepas Azilah keluar sambil diiringi wadar.. aku pergi ke bilik Puan Pengetua. Hendak tahu lebih lanjut mengenai kes ini. Nampaknya kes ini mungkin mencabar bagi aku..... sampai di bilik Puan Pengetua.. ku lihat pintunya terbuka. Aku mengetuk pintu dan memberi salam. Selepas dibenarkan masuk, aku terus duduk dihadapan Puan Pengetua.

“Akak.. kali ini kes nampak macam susah sikit,”

“Yup.. agak mencabar. Saya pun dimakinya tadi. Kurang ajar sungguh... tapi biasalah. Memang semua penghuni yang datang ke sini pada mulanya akan membawa perlakuan mereka di luar... selepas tu.. tugas kita yang akan memulihkan mereka.”

“Jadi... puan yang tandatangan untuk tempatkan dia di sel?” tanyaku untuk kepastian.

“Ya. Saya rasa dia tak sesuai ditempatkan di asrama. Dia ganas dan garang. Kita tempatkan dia kat situ sampai di lembut. Takut nanti kalau saya tempatkan Azilah di asrama... bergaduh pula dengan penghuni yang lain. Saya dengar laporan dari warden penjara.. dia pernah bergaduh dengan penghuni lain dan pernah cuba untuk melarikan diri. Itu yang saya takut tu.. jadi setelah saya berfikir semasak-masaknya... saya tempatkan Azilah buat sementara di sel. Jadi tugas Hishamlah untuk melembutkannya” Puan Pengetua memberi alasan kenapa dia menempatkan Azilah di sel tahanan.

“Insya Allah, saya akan cuba. Jadi, kenapa dia dimasukkan disini? Kenapa tidak di penjara terus?” tanyaku.

“Kekurangan bukti.. lagipun pihak Polis ingin memulihkan dia dahulu. Jika kita tidak berjaya.. baru mereka menghantar Azilah ke Simpang Renggam. Detention 2 tahun.. kita diberi tempoh 3 bulan Hisham untuk cuba memulihkannya.”

“3 bulan????? Singkatnya.”

“Jika Sofia boleh Hisham jinakkan dalam seminggu. Takkan Azilah Hisham tak boleh cuba dalam masa 3 bulan?” Puan Pengetua seolah-olah memberi cabaran kepadaku.

“Saya cuba kak.. Insya Allah kak. Saya akan cuba pendekatan emosi dahulu... kemudian psikologi... atau mungkin pendekatan agak keras sedikit. Pengalaman saya taklah banyak sangat... tapi bak kata orang tua-tua... kerak nasi pun.. jika diletakkan air.. lama-lama lembut juga.”

“Ini rancangan akak... kita biarkan Azilah dalam bilik kurangan dalam masa 5 hari. Biar dia rasa keseorangan.. kesepian.... tertekan sedikit. Maklumlah seorang diri di dalam sel. Pastu Hisham masuk jarum. Ok?” aku memikir-mikirnya. Bunyinya agak kejam tetapi aku merasakan bahawa itulah cadangan yang terbaik

“Ok” kemudian kami terus berbincang mengenai hal-hal lain.

{{{{{{{{{{{{{{{

Seperti yang dirancangkan, selepas 5 hari Azilah ditahan barulah aku berjumpa dengan Azilah. Mula-mula aku dapatkan laporan dari Ketua Warden perkembangan Azilah dua tiga hari ini ( bilik ketua wadar keselamatan terletak betul-betul di sebelah blok tahanan );

“Macamana Azilah kak 2-3 hari ni?.”

“Agak kurang aktif sejak 2-3 hari ini.”

“Yeke? Maksud akak kurang aktif tu macamana?”

“Kalau tak..... suka menjerit dengan wadar, membentak, marah-marah dan suka mengarah. Sabar jela akak melayan karenah dia ni.”

“Dia ada sebut pasal nak melarikan diri atau pasal kegiatan lama dia?”

“Azilah taknak pun berbual dengan wadar. Buat hal dia sahaja. Seperti akak katakan tadi... dia agak pasif dua tiga hari ni, ”

“Ya? Mungkin dia rasa bosan... rasa kesunyian... atau berasa terasing. Maklumlah... dia seorang sahaja dalam sel tu. Hmmmmm... oklah kak. Saya nak jumpa dia ni. Siapa jaga dia sekarang?” aku membuat andaian awal berdasarkan penjelasan kak Hasni.

“Kak Rock kau” perghhhhh... wadar paling brutal di pusat jagaan ini. Kadang-kadang cakap dengan aku pun main lepas jer. Sebab itu digelarkan kak Rock... hati keras serupa batu. Nama sebenarnya Rokiah Binti Alias. Sesuai sangatlah nama gelarannya itu dengan perwatakannya. Aku mengucapkan terima kasih kepada kak Hasni dan berlalu pergi ke blok sel yang terletak bersebelahan. Aku membunyikan loceng... seketika kemudian kak Rock datang dimuka pintu sel yang bergerigi ;

“Nak ape Hisham?” katanya tegas.

“Assalaimualaikum kak. Saya nak jumpa Azilah.”

“Si bangang tu kau nak jumpa? Ok.... tapi jangan bagi muka sangat. Dipijaknya kepala Hisham nanti” kak Rock membukakan pintu grill yang tebal. Aku masuk ke dalam blok.. kemudian aku mengikuti kak Rock memasuki bilik sel.. lagi sekali ada gerigi besi... kak Rock membukanya. Kemudian aku terus ke sel paling hujung dimana Azilah ditempatkan. Sampai di pintu besi selnya, kelihatan Azilah sedang termenung.

“Assalaimualaikum.. Azilah” Azilah terkejut apabila aku memberi salam. Dia memandangku dengan riak wajah yang seolah-olah geram denganku ;

“Puaslah hati korang.. kurung aku dalam sinikan? Sorang-sorang... tercatuk macam orang bodoh. Hari-hari mengadap dinding... dengan nyamuknya lagi” Azilah menyatakan ketidakpuasan hatinya.

“Untuk kebaikan awak dan penghuni yang lain.. inilah yang terbaik” jawabku.

“Baik aku balik Penjara jer... ada kawan.... boleh gaduh ke apa.”

“Itu yang kami hendak elakkan. Bergaduh dengan penghuni lain.. buat kecoh. Lagipun Penjara lebih bersifat menghukum... disini lebih bersifat memulih dan mendidik. Jika kami rasa awak sudah bersedia.. kami akan pindahkan awak ke asrama. Bukan selama-lamanya awak duduk di sinipun... mengikut peraturan kami hanya boleh tahan kamu maksimum 3 bulan”

“Lepas tu?” tanyanya tidak sabar.

“Selepas itu kami akan hantar kamu samada ke asrama jika kamu berjaya dipulihkan. Kalau tak” aku serba salah untuk memberitahu Azilah;

“Kalau tak kenapa?”

“Kami akan hantarkan awak ke Penjara semula. Mungkin selama 2 atau 3 tahun. Awak akan ditampatkan di Penjara khas di Simpang Renggam atas akta pencegahan khas” aku berterus terang... Penjara khas yang semua banduan tidak mahu masuk... lebih teruk layanannya terhadap penghuni.

“Ada aku kisah masuk mana-mana.. Penjara ker... pusat tahanan ker. Aku dah lama jadi gangster... dah lama hidup cara begini. Terlibat dalam dunia gelap. Nak pulihkan apa lagi. Lepas 2 tahun aku dibebaskan...... aku akan kembali kepada kumpulan aku jugak. Jadi gangster. Itu je yang buat aku seronok. Nak jadi baik? Wanita solehah? Tolonglah” katanya sambil matanya ke atas dan tangan letak di dada. Kelakar jugak budak ni;

“Hati batu seperti Saidina Umar pun boleh dilembutkan. Inikan pula kamu seorang wanita yang memang lembut jiwanya” kataku bermonolog.

“Siapa sebenarnya Saidina Umar tu?” masya Allah.... takkan budak ni tak tahu siapa Saidina Umar. Tapi tidak menghairankan.. Azilah hanya bersekolah setakat darjah 5.

“Kamu tidak tahu siapa dia Saidina Umar al Khattab? Kamu pernah bersekolah? Belajar agama?” aku ingin dapatkan kepastian... nampaknya aku telah berjaya mendapatkan perhatiannya.

“Aku sekolah setakat darjah 5. Pastu aku diberhentikan sekolah.. aku dulu bukan pergi sekolahpun.. asyik memonteng jer. Malaslah aku nak belajar... buat pening kepala jer” katakanya selamba.

“Kenapa kena berhenti?”

“Kena buanglah.. apa lagi. Aku tampar cikgu perempuan sekolah aku. Tapi sebelum tu aku buat banyak kes kat sekolah.... pernah kena gantungpun. Calarkan kereta cikgu, bergaduh, ponteng kelas dan macam-macam lagilah. Tapi aku puas tampar cikgu tu.. ada hati nak cuba ngadu dengan Guru Besar” nampaknya Azilah ni dari kecil lagi ada masalah sosial serta terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat sejak dari sekolah rendah lagi... Masya Allah...

“Selepas berhenti.. kamu buat apa. Jap yer” aku mengambil kerusi plastik yang terdapat dalam bilik tersebut. Aku duduk di hadapan pintu sel Azilah.. letih aku nak berdiri. Azilah pun sudah ada respon dengan soalan aku... mungkin kebosanan melanda dirinya membuatkan ianya mula bercerita.

“Macam biasalah.. ikut kawan-kawan melepak. Masa tu aku dah ada bofren.. budak despacth merangkap mat rempit. Dialah bawa aku jalan-jalan atau keluar” hmmmmmm... maknanya umur 12 tahun sudah terlibat dalam aktiviti kurang bermoral.

“Kemudian... aku jadi pusher. Jual dadah kat budak-budak remaja atau geng mat rempit. Dari geng teman lelaki akulah, aku jadi gengster. Mencuri, jual dadah, berlumba, merompak dan sebagainya. Sehinggalah sekarang... ertinya sudah 14 tahun aku jadi gengster” katanya tanpa rasa bersalah.

“Mana teman lelaki kau sekarang?”

“Mati sebab terlebih dadah 5 tahun yang dahulu... kemudian aku jadi gundik dan pembantu Apit. Pengganti teman lelaki aku.... tapi dia pun kat dalam sekarang.. kena tangkap. Aku pun kena tangkap.. sekarang aku kat dalam ni.. hahahahahahahahahaha. Semua orang dalam kumpulan kami kena tangkap” macam orang gila pula si Azilah ni... ketawa seorang diri.

“Ertinya kau tiada asas dalam agama langsung?”

“Takde..... kan aku sudah berhenti sekolah... lagipun aku dulu selalu ponteng sekolah” jawab Azilah.

“Ayah kau dimana? Keluarga kau? Ada lagi?.”

“Aku larikan diri dari rumah ikut teman lelaki aku masa umur aku 12 tahun. Aku tinggal kat rumah dia... sejak itu aku tidak ambil tahu tentang keluarga aku.. entah hidup.. entah mati” masya Allah... umur 12 tahun dah tahu pasal seks.

“Ayah atau mak kau tak pedulikan kau ker masa kau membesar?”

“Ayah aku penagih.. mak aku pulak bangsa yang tak kisah pasal anak-anak. Siang malam bekerja sebab ayah aku selalu minta duit beli dadah. Mereka juga selalu gaduh. Aku bosan duduk rumah.. belajar.. sebab itu aku keluar..... cari hiburan yang boleh menenangkan saya. Jadi budak-budak rempitlah yang boleh puaskan apa yang aku nak. Aku rasa seronok sangat bila bersama diorang.”

“Kau main dadah?”

“Main jugak... tapi aku sekarang sudah bersih.. kat Penjara mana nak dapat dadah beb.”

“Ada tak perasaan menyesal dalam jiwa kau.. perasaan bersalah ker? Atas semua yang berlaku ni?”

“Menyesal? Bersalah? Bro... benda ini seronoklah bro. Nak menyesal apa? Apabila aku berada dengan kawan-kawan aku jer aku merasa seronok. Yang lain tolak ketepi... malas aku hendak beratkan kepala aku pikir pasal perkara lain.”

“Kau rasa marah ke tidak dikurung disini?”

“Marah.. aku rasa sudah sampai tahap bosan gila aku duduk disini. Seorang. Tapi mengamuk pun tak guna.. bukan ada orang dengar pun.. atau nak melayan aku. Macam orang bodoh pulak aku rasa” aku mengangguk.

“Nah.. kau ambil buku ni” aku menghulurkan buku yang aku bawa dari tadi untuk dibaca oleh Azilah. Azilah bangun dan mengambilnya dari aku....

“Buku apa ni? Buku pelajaran ker?”

“Kau bacalah... kau boleh membacakan? nanti taklah boring sangat duduk dalam ni” Azilah membelaknya.

“Buku agama jer? Buku cerita takde ker? Mangga ker... Mastika” bahan picisan juga Azilah ni minat.

“Lah.. kan ada juga himpunan kisah-kisah wanita.. mastika pun ada gak tu. Bacalah” Azilah mengambilnya. Aku mengambil kerusi semula dan letakkan pada tempatnya... sesi bersama Azilah sudah tamat. Objektif aku untuk mengetahui latar belakang Azilah tercapai.

“Kau dah nak balik dah ker?” tanyaAzilah.

“A ah.. aku ada banyak kerja di pejaba. Ada beberapa lagi penghuni yang hendak aku jumpa. Aku tak dapat lama-lama dalam ini.”

“Bosanlah aku kalau macamni” Azilah mengeluh.

“Tu.. akak wadar ada. Aku dah bagi buku lagi”

“Akak singa betina tu? Taknak aku.. nak minta pergi tandas pun ditengkingnya. Kalau lambat sikit mandi ke... marah-marah,”

“Akak tu bila kerja sel sahaja tegas dan garang. Kalau kat luar dia baik. Azilah suka melawan,,, sebab itu akak tu tegas. Cuba relaks.. ikut arahan. Kalau dua-dua keras... memanglah jadi begitu” aku cuba menasihatinya. Azilah hanya terdiam.. mungkin berfikir kebenaran kata-kataku tadi.

“Saya keluar dulu ye.. Assalaimualaikum”

“Ye ar. waalaikumussalam” aku keluar dari blok sel tersebut... nampaknya Azilah sudah mula berlembut. Alhamdullilah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.