Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,973
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 33 B ; jubah untuk Hisham

Petangnya pada pukul 2 petang aku berjumpa dengan Sofia.. kali ini ditemani oleh kak Rozita.. kak Rozita yang juga memahami cara aku memberi kaunseling duduk di ruang menunggu di luar bilikku. Kalau Datin serbu, aku peduli apa.. aku bukan buat salah pun.

“Ini Sofia ada jahitkan jubah untuk abang” katanya sambil memberikan aku sebungkus plastik hitam.

“Lah... apa susah-susah ni?” aku membelek jubah tersebut.. cantik.. warna hitam.. tapi jahit pakai benang emas. Sekali tengok macam Imam muda Masjid Negara pun ada ni.

“Berapa upahnya?” tanyaku.

“Saya ikhlas” ini yang malas ni.

“Tak boleh.. abang ada perinsip.. selagi kita takde ikatan yang sah, abang akan tetap membayar upahnya. Tadi baru abang meneegur Pengetua pasal minta Sofia jahit baju... tapi tidak pernah membayar satu sen pu.. pastu mintak Sofia letak lambang butik Akini. Hahahahahahahahahaha”

“Itupun abang bagitahu ker dengan Datin? Pasal lambang tu” kata Sofia terkejut... sebenarnya Akini adalah Butik yang popular di kalangan mak Datin di Shah Alam. Datin telah meminta Sofia meniru lambang Akini untuk baju yang dijahit oleh Sofia untuk Datin. Kononnya supaya orang yang melihat bajunya menyangka ianya ditempah Datin di Butik Akini. Padahal baju tersebut ditempah dengan Sofia yang terkenal dengan kekemasan dalam jahitannya ( sebiji seperti jahitan di Butik ). Paling membengkakkan hati aku ini apabila mendengar Datin satu sen pun tidak mahu membayar kepada Sofia. Bagi aku tidak patut mereka yang mempunyai kemampuan mengerah tenaga penghuni di pusat perlindungan ini. Ini sudah seperti hamba.. sepatutnya tugas kita adalah melindungi penghuni.. bukan menjadikan mereka hamba.

“Hahahahaahahah... takdelah. Tegur pasal dia tidak pernah bagi upah dengan ucap terimakasih. Melampaulah.”

“Saya cuma mengadu jer kat abang. Bukan suruh abang tegur dia.. nanti dia marah sofia pulak.”

“Bagi abang... kalau salah orang tu.. abang akan tegur. Walaupun orang itu lebih tua dari abang tau lebih berpangkat. Abang bukan hipokrit.. Sofia jangan takut.. dia nak pindah dah.. dia takkan usik Sofia. Berapa ni?”

“Datin nak bertukar? Abang bagilah berapa nak bagi” aku membuka dompet dan menghulurkan wang 50 ringgit.

“A ah... dia nak jadi penasihat undang-undang JKM Johor.”

“Banyak ni bang” katanya.

“Ambillah.... simpan untuk kahwin kita” akhirnya Sofia mengambilnya.

“Terima kasih bang.”

“Abang sebenarnya ada benda nak beritahu Sofia ni. Abang semalam jumpa dengan ayah Sofia di penjara Sungai Buloh.”

“Apa? Abang jumpa ayah Sofia? Macamana dia sekarang bang? Sihat?” tanyanya bertalu-talu.

“Abang rasa ayah Sofia sudah bertaubat.”

“Betul ke bang?”

“Betul...” aku menceritakan pertemuanku dengan Sofia semalam....

“Ayah sakit... ya Allah. Abang, Sofia sudah lama memaafkan ayah Sofia. Sofia boleh ker berjumpa dengan ayah Sofia.. keluar dari sini sebentar?”

“Boleh.. tapi masalahnya selagi Datin ada di sini... memang tipislah harapan jika Sofia memohon keluar dari pusat jagaan ini walaupun sebentar. Banyak tanyanya nanti... Sofia tahulah sahaja Datin macamanakan.”

“Habis tu takkan hendak tunggu lagi 2 tahun baru hendak jumpa ayah. Ayah sakit bang.......” kata Sofia sedih.

“Sofia kena sabar sebulan sahaja lagi”

“Sebulan?” tanya Sofia yang masih tidak mengerti.

“Ya.. sebulan...... seperti yang abang katakan tadi... Datin akan ditukarkan ke Johor. Pengetua baru akan bertugas sebaik sahaja Datin berpindah. Jadi abang akan minta tolong Pengetua baru untuk memberi kebenaran kepada Sofia melawat ayah Sofia. Abang janji.”

“Betul ke bang?”

“Betullah. Takkan abang nak tipu pulak.”

“Ha,,, kalau Azilah tahu tentang hal ini.. mesti dia buat parti. Tahulah kepala geng dia tu”

“Azilah tahu ke pasal kita?”

“Tahulah bang. Kami sering kongsi tentang apa sahaja.. tapi abang janji bimbang.. Azilah sudah berjanji dengan saya tidak akan membocorkan rahsia kita kepada orang lain.”

“Masih pakai gelang tu?” aku menunjukkan gelang perak yang aku hadiahkan dulu kepada Sofia.

“Apa yang abang bagi.. Sofia akan hargai dan gunakan.”

“Sayang ye Sofia dengan abang.”

“Abang cinta pertama Sofia... Sofia sangat harap kita akan disatukan”

“Insya Allah. Ok kita terus ke sesi kaunseling” 35 minit yang tinggal aku gunakan untuk mengadakan sesi kaunseling dengan Sofia. Hanya sejam seminggu sahaja aku boleh berjumpa dengannya. Walaupun aku mempeunyai kuasa untuk menjalankan sesi kaunseling selama mana yang aku nak.. tapi aku tidak mahu menyalahgunakan kuasaku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.