Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,372
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
bab 11 ; menjelang Hari raya

BAB 11

“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) tas petunjukNya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur” surah Al-Baqarah ayat 185.

Besok Hari Raya...... Hari ini, semua penghuni di pusat jagaan ini memang sibuk untuk membuat persiapan untuk jamuan raya besok. Dari pagi lagi selepas Subuh, penghuni sudah bersemangat untuk membuat persiapan. Masing-masing ada tugas masing-masing, ada yang ditugaskan untuk mengemas dan membuat dekorasi, ada yang ditugaskan untuk memasak, ada yang ditugaskan untuk membersihkan surau dan taman, ada yang ditugaskan untuk menyediakan bahan masakan... dan macam-macam lagilah. Aku ditugaskan untuk menyelia dalam masakan ( aku juga menjadi ketua untuk majlis sambutan Hari Raya besok.... memang sibuklah sehari dua ini membuat persiapan... beli barang apa yang patut ) malah aku juga sibuk mencari buluh dan mencari daun kelapa untuk dibuat ketupat.. nak mengharapkan yang lain? Yang ado.

Kak Haryati merancang untuk memasak lemang, ketupat, dodol dan nasi impit serta rendang. Aku menjadi mangsa untuk mengacau dodol kerana katanya akulah yang paling kuat di situ. Maklumlah dodol apabila sudah keras akan sukar dikacau. Syok jugak melayan telatah diorang ni... yang paling best kacau akak yang melatahlah. Memang menghiburkan hati.. pukul 2 petang aku balik rumah solat dan tidur. Ramai orang kata bahawa tidur dalam bulan Ramadan boleh membatalkan puasa atau makruh. Aku ada jugak menyelidik dan bertanya kepada mereka yang arif...

Menurut mereka, tidur semasa puasa tidak membatalkan puasa kerana tidur bukan tergolong dalam perkara yang membatalkan puasa. Tapi menjadi makruh jika dia hanya tidur sepanjang hari tanpa berbuat apa-apa. Hanya tidur sahaja.. sedangkan bulan Ramadanlah umat Islam harus aktif beribadat atau melakukan kerja. Aku hanya tidur 2 jam sahaja... cukuplah sekadar melepaskan penat setelah 4 jam mengacau dodol tanpa henti ( Nasib baik ada pak guard lelaki tua yang nolong sama.. kalau aku seorang... mampus ).

Pukul 6.30 petang aku kembali semula ke dewan makan. Dewan terhias cantik.... Aku lihat semua masakan telah disiapkan... tapi tidak dihidangkan kerana makanan tersebut akan dihidangkan pada hari esok. Tetapi pihak kantin asrama telah menyediakan masakan istimewa untuk makan malam ini.... rendang tok dengan pulut( maklumlah.. taukenya orang Perak ). Aku berjumpa dengan Kak Haryati ;

“Kak.. macamana? Setel?” tegurku.

“Setel.... terima kasih tolong yer. Beli barang,, kacau dodol.”

“Takde hal lah tu kak. Janji semua bergembira. Hari raya adalah untuk hari bergembira. Walaupun tangan lenguh-lenguh ngacau dodol. Nabi Muhammad pun menyuruh kita memakai pakaian yang paling baik pada hari itu dan menjamu tetamu dengan makanan yang paling baik yang kita ada. Hari Raya adalah untuk kita bergembira. Keluarga datang besok?.”

“Datang.. selepas solat. Lepas Raya sini baru diorang balik kampung mak kat Perak.”

“Alhamdullilah.”

“Inilah hari Raya yang akan rasakan paling bermakna dalam hidup akak. Dah hampir 10 tahun akak tak beraya dengan keluarga akak. Lebih manis ada anak akak sekali. Tak sabar nak tengok dia pakai baju yang akak jahit sendiri.”

“Mesti comelkan?”

“Mestilah.. macam mamanya.”

“Angkat bakul sendiri nampak?”

“Hahahahahahahahahahahaha.”

“Sofia mana?”

“Dia pi basuh kuali.”

“Amboi akak.. kerja ringan akak buat. Dia akak suruh basuh kuali.”

“Hahahahahahahaha.. marah yer gurlfren kena kerja kuat?”

“Kesitu pulak akak ni. Okla kak.. saya nak berbual dengan orang lain pulak... assalamualaikum” salamku berjawab. Aku berbual-bual seketika dengan penghuni di kantin.. tepat pukul 7 suku semua penghuni sudah masuk ke dalam dewan makan. Mengambil dulang makan masing-masing. Harini mewah sikit.. selain ada nasi dan lauk serta buah, setiap penghuni akan mendapat seberkas pulut dan rendang tok. Selepas itu solat Maghrib dan Isyak yang diimamkan oleh imam muda yang kak Limah janda gila-gilakan tu. Selepas mengetahui berita bahawa besok sah Raya, kami mengalunkan takbir Raya. Masa nilah kedengaran lantunan sayu takbir oleh penghuni rumah ini. Nyata penghuni rumah ini mesti sayu kerana beraya tanpa orang tersayang disisi.. ataupun sayu mengenang Raya si pusat tahanan ini seorang tanpa sanak saudara.

Selepas takbir penghuni dijamu dengan sedikit jamuan Raya yang disediakan oleh pihak kantin. Ada macam-macam kuih yang dihidangkan. Aku berjumpa dengan Sofia sebentar ;

“Macamana ? penat tadi cuci kuali dan periuk?.”

“Aduh... macam nak tercabut pinggang ni rasanya” gomel Sofia.

“Are you ok? Dari tadi saya tengok banyak diam jer.. masa masak pagi tadi pun diam. Kita buat lawak pun awak macam nak tak nak layan. Awatnya?” aku perasaan Sofia agak lain hari ini.. berbanding hari-hari sebelumnya yang sentiasa ceria.

“Takde apa-apalah... cuma... maklumlah tahun ni saya beraya seorang kat sini. Sedih sikit. Besok lagi syahdu kot.. dengar pulak lagu-lagu raya.”

“Really? Mana ada seorang.... tu.. kan ramai penghuni kat sini yang beraya bersama” aku cuba memujuk Sofia.

“Tapi tak sama beraya di rumah. Walaupun kami tidak macam keluarga normal yang lain. Tapi persiapan Raya tetap ayah sediakan.... jiran-jiran akan datang rumah. Kami turut memasak. Biskut rayapun saya buat tahu”

“Iya.. mesti sedap tu. Awak dah maafkan ayah awak” Sofia mengangguk.

“Baguslah. Alhamdullilah”

“Tiap-tiap kali lepas solat saya berdua agar ayah saya insaf dan bertaubat di penjara. Agar ayah saya dibukakan hidayah dan pintu hatinya oleh Allah.”

“Baguslah begitu. Allah itu maha mendengar,,, apa lagi kalau doa anak terhadap ayahnya. Dah jangan sedih-sedih. Hari Raya adalah hari untuk bergembira.. bukan hendak bersedih.”

“Baiklah bang.... besok jangan lupa tau pakai baju yang saya jahit tu.”

“Tak... saya tak lupa. Awak pun jangan lupa tau pakai saya bagi tu”

“Ok.”

{{{{{{{{{{{{{{{

Allahu hukakbar... Allahukakbar... Alhuakbar.. lailah haillalwah huakbar... laungan takbir bergema dari surau pusat tahanan ini. Aku dan imam muda tersebut bergilir-gilir melaungkan takbir sejak pukul 7.30 pagi tadi. Saf lelaki hanya terdiri daripada satu saf sahaja... kebanyakkan adalah suami dan anak-anak wadar keselamatan perempuan yang tidak dapat cuti pada hari Raya kali ini kerana bertugas pada pagi tersebut. Manakala saf perempuan melimpah keluar hingga ke perkarangan surau. Pukul 8.00 pagi solat Hari Raya dimulakan.. selepas doa... dibacakan pula khutbah Raya yang disediakan oleh pihak Jabatan Islam Negeri oleh ustaz Azrul.

Selepas itu sesi bermaaf-maafan antara penghuni. Kemudian balik kerumah atau asrama masing-masing untuk menukar baju Raya. Aku memakai baju melayu yang dijahitkan oleh Sofia. Hensem jugak aku ni... perasaan tul. Kemudian aku terus ke dewan makan.. aku lihat Puan Pengetua dan seorang orang kanannya ada di dewan ( Yang lain sudah balik kampung.... aku tanya suami pengetua tadi.. dia kata akan balik ke kampung selepas majlis ini berakhir.. balik Melaka jer.. kampung dekat.. dua-dua orang Melaka.. sekampung lagi.. bestnya.. tak payah hendak gaduh-gaduh pasal hendak balik Raya ).

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengetua.. selepas ucapan Pengetua terus kepada majlis makan-makan.. masa makan-makan inilah ada persembahan oleh penghuni. Tapi lagu-lagu rayalah. Ada orang kata nyanyi lagu raya atau menyanyi pada pagi raya tidak boleh. Tapi aku pernah terbaca suatu hadis.. kalau tidak silap riwayat muslim... dari Aisyah r.a. katanya... Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam perang bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka Abu Bakar berkata; kenapa ada seruling syaitan di rumah Rasullulah? Hari itu adalah hari Id. Maka Nabi Muhammad bersadba ; hai Abu Bakar ! setiap kaum mempunyai hari raya dan hari ini adalah hari raya kita.

Jadi berdasarkan hadis di atas... dibolehkan kita bernyanyi apabila kita menyambutnya. Tapi dengan syarat tidak berlebihan-lebihan... dan bersyaratkan Islam. Ini kerana hari raya adalah hari kemenangan umat Islam. Setelah penat menahan lapar dan nafsu selama sebulan... tibalah masa umat Islam untuk merayakannya. Malah sunat bagi kita pada hari raya yang pertama memakai baju yang paling baik ( tidak semestinya baju yang paling baru dan mahal ) dan menjamu tetamu dengan makanan.

Aku juga mengambil kesempatan untuk merasa makanan yang dimasak semalam. Perghhhhh... memang enak gila. Memang kak Haryati mempunyai bakat memasak. Aku juga terhibur dengan persembahan oleh penghuni. Ku lihat kak Haryati tiada di dewan ini... mungkin keluarganya sudah datang untuk berjumpanya. Apabila aku sudah makan... aku keluar dewan untuk mengambil angin, ku lihat kak Limah janda sugul di wakaf keseorangan.... apahal lak ni? Aku pergi berjumpa dengannya wakaf ;

“Assalaimualaikum. Seorang je kak? Dah makan?” tegurku. Kak Limah mengesat airmatanya.. lah... kenapa pulak ni?

“Wassalam.. oh Hisham. takde apa. Saja ambil angin” kak Limah memberi alasan.

“Akak ni jangan nak sorok dari saya. Akak sedih pasal apa? Raya-raya ni kenapa nak sedih-sedih pulak?” kak Limah senyap sebentar.

“Tentu Hisham dah dengar gosip akak dengan ustaz kan? Yang akak kononnya terhegeh-hegeh sangat dengan ustaz Fauzi tukan?”

“Ya... saya pernah dengar. Jadi napa?”

“Malunya akak. Akak seorang sahaja tergilakan dia.. sedangkan dia dah bertunang. Nampak sangat akak macam terhegeh-hegeh dengan dia. malunya. Akak siap bagi surat cinta dengan kek” Aku mengangguk faham.

“Akak nak malu apa... biasalah rasa cinta tu terbit dari dalam diri seseorang. Sayang kepada seseorang. Itu semua fitrah manusia... ini semua telah dijelaskan Allah di dalam al-Quran tak silap saya surah Ar-Rum ayat 21 maksudnya.... dan di antara kekuasanNya adalah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari kalanganmu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kamu yang berfikir. Amin... jadi apa yang akak nak malu?”

“Tapi akak ni yang tak sedar diri.. umur dah 30 lebih tapi terhegeh macam pucuk muda... macam kata teman seasrama akak.”

“Dia gurau tu je kak. Jangan ambil hati sangat. Apa yang akak malu meluahkan isi hati akak... akak tentu ingat kisah Siti Khadijah isteri pertama Rasulullah. Dia meminang Rasulullah. Walaupun umurnya jauh berbeza dengan Rasullullah... tapi kerana tertarik dan terbitnya rasa cinta kepada kekasih Allah. Tidak ada salahnya kak... bukannya terhegeh-hegeh. Cuma adat kita orang melayu ni sahaja yang mengariskan lelaki meminang perempuan.. hingga ada perumpuan dibuat... perigi mencari timba. Perkahwinan adalah perkara yang dituntut dalam Islam. Benda yang halal... tidak kiralah wanita atau lelaki yang meminang. Tujuannya sama.... untuk menghalalkan benda yang haram. Benda yang baik.”

“Lega akak mendengarnya atas nasihat Hisham tu. Takdelah akak rasa rendah diri sangat.”

“Dan tak semua yang yang kita hendak tu kita dapat kak. Macam harini... saya percaya bahawa akak tentu atau berhajat nak beraya dengan keluarga.. tapi tak dapat. Begitu juga hajat atau niat akak dengan ustaz. Mungkin tiada jodoh... mungkin jodoh ustaz tersebut dengan tunangnya.. mungkin jodoh akak dengan orang lain. Percayalah cakap saya kak... kadang-kadang rahsia Allah kita tak tahu kak dalam menentukan sesuatu” akak Limah mengangguk.

“Terimakasih dik. Adik ni sepatutnya jadi ustaz.... pandai adik berceramah tentang hukum hakam.”

“Saya hanya menasihatkan akak menggunakan psikologi Islam. Apa yang saya tahu saya kongsi sikit-sikit. Saya tidak layak menjadi ustaz.. ilmu yang saya ada adalah ilmu yang asas sahaja. Saya tidak belajar dengan lebih mendalam.... cuma apa yang saya baca dan faham saya sampaikan. Kalau saya tak tahu saya tak berani hendak memandai-mandai kak..” kataku jujur. Apabila aku menoleh.. aku melihat Sofia sedang duduk termenung... aku rasa nak menegurnya. Apa yang Sofia fikirkan tu? Mesti ingat pasal ayahnya ni.

“Oklah kak.. saya nak jumpa Sofia sebentar” kak Limah mengangguk

“Terimakasih yer Hisham. err.... Hisham dengan Sofia tu ada apa-apa ker?” pertanyaan itu mengejutkan aku.

“Takdelah kak.. saya anggap Sofia tu adik sahaja. Tak lebih dari tu”

“Kalau ada jodoh apa salahnya. Lagipun akak tengok Sofia dengan Hisham sweet sangat. Sesuailah.. bila Sofia memakai tudung dengan baju kurung.. sweet sangat. Lagipun akak tengok Sofia itu macam suka dengan Hisham” aku mengakuinya.

“Takpelah kak. Saya pergi dulu yer. Assalaimualaikum” salamku berjawab.. aku pergi ke arah Sofia yang sedang duduk di bangku.. apahal termenung ni

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.