Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,406
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 40 ; menyakinkan emak menerima Sofia

BAB 40

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan” Amin.. surah Al-Maidah ayat 90.

Akhirnya pada cuti krismas hujung bulan disember tahun 2013……. cuti 2 hari tersebut aku mengambil peluang untuk balik ke kampung. Kali ini aku sudah nekad untuk memberitahu keluargaku tentang Sofia. Perkara ini tidak boleh dipendamkan lagi…. sampai bila aku hendak berahsia daripada pengetahuan keluargaku tentang Sofia. Lagipun aku juga sudah mendapat kekuatan dari Sofia untuk memberitahu keluargaku. Tetapi emak adalah orang pertama yang akan diberitahu olehku tentang Sofia. Ayah? Aku bukan tidak mahu memberitahunya… tapi aku masak benar dengan perangai ayah aku…. agak berhati batu. Ayah juga pasti akan menyelidik latar belakang bakal isteriku nanti sepertimana dia pernah menyelidik latar belakang isteri adikku dulu. Siap temuduga lagi tu.. kalah orang perempuan. Emak relaks sahaja. Jadi lebih baik jika aku memberitahu mak aku dahulu.. kemudian mak akan memberitahu ayah pula.. selalu ayah akan cair dengan pujukan mak. Petang hari Krismas itu selepas adik aku pulang semula di rumah mertuanya di Linggi manakala ayah ke surau…. Aku memberanikan diri berbual dengan emakku yang sedang mengemas di dapur ;

“Mak.. sebenarnya along ada satu benda penting yang hendak beritahu mak ni” aku beranikan diri juga untuk bercakap dengan emakku pasal Sofia…. Jantung aku berdegup kencang.

“Apa dia?” kata emakku sambil membasuh pinggan di dapur.

“Along sebenarnya sekarang sedang dalam proses untuk mengenali seseorang…. Mengenali hati budi masing-masing mak” emak berhenti membasuh pinggan secara mendadak.. dia melapkan tangannya yang basah dengan tisu gulung yang terdapat di dapur. Emak duduk di meja makan berhadapan denganku.

“Siapa dia yang telah berjaya buat anak mak ni jatuh cinta. Orang mana? Kerja apa long?” makku menanyaku dengan bertubi-tubi.

“Orang KL jugak… tapi soalan mak yang lain itu yang menjadi masalah untuk along menjawabnya. Sebenarnya sudah hampir setahun saya along telah mengenalinya. Tapi baru hari ini along baru berani nak beritahu mak dengan ayah. Saya takut berterus-terang selama ini disebabkan keadaannya yang mungkin mak tidak suka untuk menjadikannya sebagai menantu mak” mak aku terdiam.

“Bakal menantu mak ini cacat ker? Atau dia pekak atau bisu. Jika kamu sudah suka dan saling mencintai….. mak terima sahaja kekurangannya. Mak tidak kisah.. janji dia sayang dan dapat menjaga anak mak yang seorang ni” aduh.. berat betul untuk aku berterus-terang.

“Tak mak… kawan saya ni tidak cacat” emak memandangku dengan wajah yang kehairanan.

“Habis tu… kenapa?”

“Mak jangan marah atau terperanjat jika saya berterus-terang. Perkara ini mungkin akan memeranjatkan mak dan ayah.”

“Cakaplah apa dia.. buat orang saspen sahaja. Cakaplah.. apa kena dengan menantu mak tu?”

“Sebenarnya saya jatuh cinta dengan orang pusat tu juga” kataku.

“Baguslah.. sama-sama kerja. Nanti boleh tinggal rumah along duduk sekarang. Pergi kerja senang.. balik senang. Tak payah susah-sudah hendak kejar pergi kerja.” aduh… silap interpresi pulak mak aku ini.

“Bukanlah mak.. bukan kawan sekerj. Sebenarnya… sebenarnya…. Saya jatuh hati dengan salah seorang penghuni pusat perlindungan itu” mak aku menunjukkan reaksi terperanjat… dia mengeleng-gelengkan kepala. Satu isyarat badan yang menandakan emak aku benar-benar terperanjat dan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Along ini biar betul… betul ke apa yang mak dengar ni? Along jangan bergurau dengan mak. Ini hal kahwin hal yang tidak boleh dibuat main-main” tegas mak yang tidak mempercayai kata-kataku tadi.

“Ya mak.. apa yang mak dengar tadi memang betul dan benar. Along mencintai seorang penghuni rumah perlindungan itu mak, Sofia namanya,”

“Astafirullahalazim.. astafirullahazim.. betul ke apa yang mak dengar ni Hisham. Kamu sedar tak apa yang kamu buat ni….. kamu sedar tak penghuni pusat tu siapa dia” emak mengurut-ngurut dadanya.

“Saya sedar mak.. sebab itulah saya berterus terang dengan mak.. benda inilah membuatkan saya sukar untuk memberitahu mak. Saya tahu mak mesti terperanjat punya.. sebab itulah saya beritahu emak dahulu” jelasku.

“Budak Sofia itu ditahan atas kesalahan apa?” aduh… berat nak jawab soalan ini. Tapi aku perlu jujur dalam memberikan jawapan. Lambat laun emak akan tahu juga tentang Sofia;

“Dia terlibat dalam aktiviti pelacuran mak” jawabku lemah.

“Ya Allah.. apa kena dengan kamu ni? Sudah tiada perempuan lain ker kamu nak jatuh cinta. Dekat Malaysia ini berapa ramai perempuan yang bujang-bujang long… dekat kampung ini berdozen perempuan boleh mak pinang. Kenapa dengan bekas perempuan jalanan kamu nak bercinta? Kamu ini dah kena guna-guna ker?” seperti dijangka.. mak aku tidak akan setuju dengan pilihan aku kali ini.

“Saya benar-benar ikhlas mencintai dirinya. Dia juga ikhlas mencintai diri saya…. sayapun sudah membuat solat istikarah.. ternyata Allah telah menunjukkan dia jodoh along” mak aku memicitkan kepalanya.. ternyata emak sukar menerima pengakuan aku tadi.

“Keturunannya?”

“Ayahnya berada di penjara sekarang mak” aku sengaja tidak memberitahu ayah Sofia adalah bapa ayam dan yang merogol Sofia. Jika tidak lagi haru nanti… mau mak aku mengamuk.

“Ya Allah.. apalah ujian yang sedang kau berikan kepadaku ini. Hisham.. jika kau nak berkahwin sangat.. ramai anak dara yang mak kenal. Mak boleh pinangkan untuk kau…. Semua keturunan baik-baik. Ini apa yang along ambil bekas orang jalanan dan bapanya duduk dalam Penjara. Nanti keturunan hang pun ada yang tersesat nanti.. ayah mesti tidak setuju dengan pilihan along ni. Kamu bukan tidak tahu tentang peel ayah kamu tu.”

“Mak ini seolah-olah meramalkan anak cucu saya turut sama akan jadi seperti keluarga mereka. Itu salah mak kita meramalkan sesuatu yang tidak pasti….Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan. Amin.. surah Al-Maidah ayat 90” aku membetulkan tanggapan salah emakku tadi

“Assatafirullah hal azim.. mak bukan meramal.. kita ini keturunan baik-baik. Mak tidak mahu kamu susah nanti di kemudian hari along.”

“Sofia telah bertaubat mak… dia sudah menjadi muslimah yang sejati. Dia tidak akan mengulangi kesilapannya dulu. Dulu dia buat kerja ini dahulu kerana terpaksa mak.. kini dia betul-betul telah insaf mak. Dia berjanji tidak mengulanginya lagi. dia telah bertaubat mak.. seudah kembali ke pangkal jalan. Percayalah cakap saya ni mak” aku bersungguh-sungguh meyakinkan emakku.

“Berat hati mak hendak menerima keputusan kamu ini nak. Sekalipun mak boleh menerima Sofia…. Ayah kau mesti tentang habis-habisan. Kau bukan tidak tahu ayah kau tu… anginnya kadang-kadang ok… kadang-kadang katanya sahaja kita hendak dengar. Lagi pulak pilihan kau macam ni. Aduh… pening betul kepala mak memikirnya.”

“Mak cakaplah lembut dengan ayah.. ayah pasti mendengar cakap mak. Kalau along cakap.. pasti nanti dia memang tidak setuju.”

“Mak pun tidak setuju long..”

“Mak tidak setuju?” aku kecewa.

“Benar….. kali ini mak memang membantah pilihan along. Carilah orang lain… tolonglah long. Janganlah kamu malukan keluarga kami nak.”

“Along mencintai dia mak.”

“Mak dan ayah kamu pun tidak mencintai antara satu sama lain. Kami diperkenalkan oleh ayah masing-masing.. lepas 6 bulan merisik terus kahwin. Bahagia sampai sekarang…cinta boleh dipupuk long.”

“Itu saya tahu mak… tapi saya telah jatuh cinta dengannya. Emak tidak mahu ke melihat saya bahagia dengan orang yang saya cintai mak?” emakku terdiam;

“Kamu tetap dengan keputusan kamu untuk mengambil Sofia sebagai isteri kamu?” aku bangun dan memeluk emakku.

“Benar mak… hati saya memang tulus mencintai dirinya. Sebab itulah saya memberitahu mak.. saya berterus-terang dengan mak. Saya ingin mendapatkan restu mak dan ayah agar kami disatukan. Berkat ibubapa penting untuk kami melayari bahtera perkahwinan. Mak taknak ke tengok saya bahagia di samping orang yang saya sayang mak?” kataku kepada makku.. mak aku mengesat airmatanya.

“Jika itu keputusan kamu mak menerimanya. tapi mak perlu berjumpa dengan Sofia.. mak nak pastikan dia telah bertaubat dan sesuai untuk kamu. Walaupun emak bersetuju.. tetapi sekarang ini terpulang kepada ayah kamu. Mak tidak boleh buat apa-apa jika ayah kamu tidak bersetuju. Keputusannya kini terletak di tangan kamu… jika ayah kamu tidak bersetuju.. mak tidak dapat memaksanya” Alhamdulillah… akhirnya mak aku menyatakan persetujuan.. ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia…..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.