Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,363
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 12 ; Sambutan Hari Raya

BAB 12

“Assalaimualaikum.. termenung jauh nampak? Terkenang pakwe baru ker?” gurauku.

“Takde makna nak terkenang pakwe baru lah. Mana ada pakwe baru kat sini.. semua perempuan.. Cuma awak dengan ustaz jer yang lelaki” jawab Sofia.

“Hahahahahahahaha.. tapi kami lelaki yang berkualiti. Apa yang Sofia menungkan tu?”

“Takde apalah bang... biasalah Raya-raya ni.. terkenangkan keluarga. Arwah mak. Hahahahahahahahahahaha... habislah. Jadi rebutanlah yer? Sampai kak Limah pun minat.”

“Hahahahahahahahaha. Cinta itu fitrah manusia. Biasalah tu Raya ini ingatkan keluarga.”

“Yelah.... kenapalah lelaki kat luar ni tak berkualiti macam abang berdua?.”

“Hari Raya ni tak payah nak mengomel. Nak sedih-sedih.. termenung sana,, termenung sini. Ceria sikit. Eh! Kak Haryati dengan anak dialah. Kak Haryati!” Aku memanggil kak Haryati yang mendokong anaknya. Kak Haryati menuju ke arah kami... Sofia bangun.

“Ala comei-comeinya kakak.. meh kek akak.. meh...” Sofia mendepangkan tangannya untuk mendukung anak kak Haryati. Haryati menyerahkan anaknya.. nak pulak budak ni didukung Sofia.

“Kakak dah ada duit Raya?” tanya Sofia kepada anak kak Haryati.. kakak adalah nama manja bagi anak kak Haryati.

“Dah.. atuk ngan nenek dan mak da agi”

“Da agi.. alalalalalala... ni akak agi tau” Sofia menghulurkan angpau yang diambil dari poket... hampir aku terlupa. Aku mengeluarkan angpauku dari kocek seluar dan memberikan kepada anak kak Haryati.

“Ini angpau dari abang tau” anak kak Haryati mengambilnya.

“Abang? Tolonglah.. dah pangkat pakcik abang Hisham ni tau” bantah Sofia.

“Eh.. kita belum kahwin tau. So... bolehlah panggil abang.”

“Cakap apa kakak kat pakcik ngan akak?”

“Mekacih akak.. pakcik”

“Comelnya dia” kata Sofia sambil mencubit hidung anak kak Haryati.

“Jom ambil gambar bersama” ajakku.. aku mengambil kamera dari beg sandangku. Mula-mula mengambil gambar Haryati dengan anaknya. Kemudian gambar Sofia dengan anak kak Haryati. Kemudian gambar Sofia, Haryati dan anaknya. Akhir sekali gambar aku mendukung anak kak Haryati bersama Sofia.

“Ha.. sweetnya... lagi sweet kalau gambar kamu berdua sahaja” Haryati mengambil anaknya dari dukungan aku... kemudian dia berkata ;

“Ok.. rapat-rapat sikit. Ambil gambar berdua” segan sebenarnya aku. Tapi niat hanya sebagai gambar kenangan, aku buat pose istimewa.

“Ha... barulah sweet” Kak Haryati memulangkan semula kameraku. Aku melihat semula gambar kami berdua yang diambil tadi. So sweet.. Sofia mendekatkan dirinya kepada.... kepalanya hampir dadaku.. ni yang rasa lain macam ni. Debarnya lain macam pulak.

“Hensemnya awak” kata Sofia.

“Mestilah.. pakai baju yang awak jahit. Awak pun ayu bertudung.”

“Dah... jangan nak romantik sangat. Oklah.. akak nak masuk dalam dulu. Nak makan... sendiri masak... sendiri belum makan lagi” kak Haryati mengambil anaknya dari pelukan Sofia.

“Bye-bye kakak” aku dan Sofia melambai kepada budak.

“Bye-bye” kak Haryati membawa masuk anaknya ke dalam dewan.

“Comel betul anak kak Haryati. Macam saya masa kecik-kecik dulu.”

“Perasaaan....” kataku lemah.

“Apa?”

“Hahahahahahahahaha.. perasaan!” kataku agak sedikit kuat.

“Saja jekan.. duit raya untuk saya takde?” tanyanya.

“Tak malu... dah besar mintak duit raya” kataku mengejek.

“Kita belum kahwinlah... lagipun saya nikan adik-adik lagi. Belum bekerja dalam erti kata sebenar.”

“Banyaklah.. tu yang jahit banyak baju-baju tu apa bendanya?”

“Itu lainlah. Kerja kat sini bukannya ada KWSP atau Socso pun” Sofia memandang ke tempat lain dan membuat muka merajuk.

“Alalalalalaal... siannya dia. oklah.. ok. Nah” aku menghulurkan angpau yang memang aku sediakan khas untuk Sofia. Sofia menyambutnya dengan riang.

“Yeeeeee.... dapat duit raya” macam budak-budak.

“Sukalah tu. Duit raya abang takde?”

“Suka ar. Eeeeeeeee... tak malu. Dah kerja mintak dengan orang tak kerja”

“Tapi saya belum kahwin tau” kataku seolah merajuk.

“Mengada... kita bagi jubah tu kira duit rayalah tu.. lagipun mana saya hendak ambil duit kat sini. Bukannya ada ATM.. semua duit kalau hendak pakai.. kena minta pada Timbalan Pengetua. Tandatangan bagai.”

“Heheheheheeheheh.. saja jer guraulah. Tapi awak pakai tudung macamni memang comellah.”

“Saja jer diakan....”

“Betullah.. awak ayu bila bertudung dan memakai baju kurung” kataku jujur.

“Awak pun segak pakai Baju Melayu.. handsome” kata Sofia bersahaja.

“Awak yang menjahitnya” kemudian aku meminta diri untuk balik. Aku perlu balik terus ke kampung kerana berjanji dengan mak dan ayah untuk sampai di rumah sebelum pukul 3 petang. Sekarang sudah pukul 1.30 petang. Bising pulak mak aku karang.

{{{{{{{{{{{{{{{

Sepanjang perjalanan aku ke Seremban tenang sahaja.. maklumlah hari raya.. kalau hari biasa.. memang sesak jalan di Kelang ni. Kereta pun tak banyak. Apabila keretaku keluar dari Bandar Kelang tiba-tiba ingatanku terarah kepada wajah Sofia.. ayu Sofia bertudung...... macam perempuan melayu terakhir. Ish!!!!! Apa pulak wajah Sofia yang terbayang kek mata ni. Aku tidak boleh jatuh cinta dengan Sofia. Aku perlu tahu batas aku dengan Sofia. Sofia adalah pesakit atau pelanggan aku... aku kaunselornya. Malah aku menganggapnya seperti adik.. aku tidak boleh mempunyai perasaan seperti itu. Salah dari segi etika kerja. Aku memperkuatkan radio.. lagu dendang perantau berkumandang.. keinginan aku beraya bersama keluarga semakin membuak-buak.

Aku sampai di kampung dalam pukul 3 petang.... semua ahli keluargaku ada di rumah kecuali adik aku yang nombor dua... angah. Dia beraya di Linggi dahulu sebelum balik ke rumah nenek di lenggeng keesokan paginya. Orang sudah berkeluarga,,, adalah tanggungjawab dia pada mertua pulak. Aku bersalaman dan bermaaf-maaf dengan semua ahli keluarga. Kemudian aku duduk di dapur makan kuah lontong yang emak masakkan. Inilah istimewanya hari raya rumah mak yang memang aku tunggu-tunggu, mak akan masakkan lontong dan rendang sparepart ( rendang organ dalaman lembu seperti hati dan paru) Perghhhhhh.. memang mengancam. Adik-adik aku pun makan lagi bersama aku... masakan mak.... makan banyak kali pun tak jemu.

Selepas makan aku mandi dan bertukar pakaian. Kemudian kami balik ke kampung ayah di Kuala Pilah.... balik hari sahaja. Jumpa nenek... datok dah meninggal 5 tahun yang lalu. Kemudian jalan-jalan sekitar rumah jiran nenek. Besok baru jalan rumah keluarga ayah dan mak sedara yang majoritinya duduk di Kuala Pilah. Sampai di rumah nenek macam biasalah selepas bersalaman ;

“Kamu tak bawak bakal cucu menantu nenek ker?” ini yang malas ni.. tiap-tiap tahun inilah soalan yang nenek aku utarakan... macamlah aku seorang sahaja cucunya yang tidak berkahwin lagi.

“Takde nenek” jawabku acuh tak acuh sambil duduk di sofa.

“Adik kamu dah kahwin tahun lepas. Kamu bila lagi.. dah langkah bendul namanya tu. Kalau takde calon.. nenek carikan. Dalam kampung ni ramai jugak anak dara yang solo” dah mula dah nenek aku ni.

“Saya belum sedia lagi nenek.”

“Belum sedia apanya. Umur kau dah berapa. Kerja dah bagus.... duit banyak. Dah mampu pun. Nenek umur 15 tahun dah kahwin tahu.. umur 20 dah 2 anak. Ayah kau ni ha.. masa habis training terus nenek kahwinkan dengan mak kau. Boleh jer hidup. Dulu gaji berapa sen jer pegawai.”

“Nenek... dulu lain.. sekarang lain. Sekarang orang nak cari sendiri jer. Takde lagi orang tua tukang cari jodoh. Dulu lainlah nek oi.”

“Hmmmmm.. yelah. Aku ni bukan apa.. nak tengok Along ni kahwin. Dulu aku yang besarkan dia masa ayah kamu duduk Sarawak dulu. Agaknya bilalah tercapai hasrat aku ni” aku tukar topik la.

“Nenek... gula kelubung ada tak?”

“Ada kat dapur tu ha. Memang aku simpan untuk kamu.. pergi ambil kat peti ais. Aku tahu tiap-tiap pagi raya itu along cari dulukan?”

“Sayang nenek” aku bangun lantas mengambil gula kelubung di dalam peti ais. Satu tupperware besar nenek simpan. Aku mengakui akulah antara cucu kesayangan nenek dan arwah atuk. Nenek dan arwah atuk menjaga aku dari umur aku 6 tahun hingga ke umur 12 tahun. Aku dijaga oleh mereka berdua kerana ayah dinaikkan pangkat dan bertugas di Sarawak. Walaupun aku duduk dengan nenek tetapi aku tidak dimanjakan. Arwah atuk sangat tegas, seperti anaknya juga.... buat silap memang kenalah aku jentik dari arwah atuk. Aku juga tidak dibenarkan bergaul dengan budak-budak kampung.. jadi jangan haraplah nak mandi sungai, jejalan naik motor tanpa lesen, ambil buah orang, menebeng kat simpang.. kalau tak siaplah aku kena libas dengan tali pinggang ( tali pinggang Mekah beb ).

Memandangkan arwah atuk aku merupakan Imam residen di Masjid Besar Lenggeng, maka aku telah diasuh oleh arwah atuk dengan pendidikan Islam secukupnya. Bayangkan umur aku 10 tahun aku telah hafaz al-Quran. Sebab itulah sehingga sekarang aku berkebolehan untuk memetik ayat-ayat al-Quran. Sehingga kini aku menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai rutin rutin harian aku. Selalunya selepas solat Maghrib aku akan membaca satu juzuk Al-Quran sementara nak menanti waktu Isyak. Pesan arwah atuk, Al-Quran ni macam kekasih kita,,, hari-hari nak kena jumpa dan baca. Kalau tak lama-lama kita takkan ingat.. Al-Quran takkan jumpa dengan kita lagi. Tapi aku terkilan dengan ibubapa sekarang.... hanya suruh orang lain mengajar nak mengaji. Dah khatam cukup... lepas tu tak kisah nak mengulang atau bertadarus sama. Tentang maksud al-quran tak peduli langsung. Sedih!

Nenek aku pulak lebih penyayang dan ihsan kepada aku. Nenek aku dari dulu memang lemah lembut. Kalau lepas aku kena sebat dengan arwah atuk, dia akan memujuk aku. Kadang-kadang sapukan minyak kat bekas rotan. Atuk aku pun pujuk jugak... tapi besoknya itu selepas aku kena libas.... atuk akan belanjakan aku makan. Samada roti canai kesukaanku.... atau dia belikan goreng pisang. Aku tahu, walaupun atuk aku garang.. tapi dia sayangkan aku. Dia tegas bertempat, itu semua sebab nak jadikan aku orang. Aku bersyukur kerana hasil didikannya aku berjaya.. berbanding rakan sebaya aku di kampung yang semuanya kini majoritinya samada kerja kampung, jadi buruh, kerja kilang, motong getah ataupun jadi mat pit. Sedihnya........ aku menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah atukku.. semoga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. amin

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.