Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,126
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 35 ; banyak ingat mati & baca Al quran

BAB 35

Dalam satu hadis daripada Ibnu Umar r.a...... seseorang sahabat bertanya kepada Rasulullah... “Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air... jadi bagaimana menghapuskan karat itu?” Rasulullah menjawab “ banyakkan menyebut mati dan membaca Al-Quran”.

Aku sampai di Seremban lebih kurang pukul 12.30 tengahari ( pecutlah.. apa lagi )... ayahku seperti biasa menunggu aku di beranda rumah.. duduk di kerusi malas dan membaca Al-Quran. Persis seperti arwah atukku dahulu.... ayah atuk begitu suka membaca Al-Quran di beranda rumah setiap hari. Aku pernah bertanya kepada atukku kenapa dia setiap hari membaca Al-Quran tanpa jemu malah boleh dikatakan atuk aku akan khatam setiap bulan membaca Al-Quran. Atuk aku menjawab..... Along..... rumah yang sentiasa dihiasi dengan ayat-ayat Al-Quran akan sentiasa dirahmati Allah dan disinggahi oleh para malaikat. Malah rumah kita akan sentiasa dijauhi oleh para iblis dan syaitan. Malah hati atuk akan berasa lebih tenang apabila membacanya. Dalam satu hadis daripada Ibnu Umar r.a...... seseorang sahabat bertanya kepada Rasulullah... “Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air... jadi bagaimana menghapuskan karat itu?” Rasulullah menjawab “ banyakkan menyebut mati dan membaca Al-Quran”.Apabila terlihat aku balik, ayah akan memberhentikan bacaannya. Aku membawa bekas bahulu dan beg pakaian.. dan juga beg laptop. Aku bersalaman dengan ayah aku...

“Macam kuih baulu jer.. kamu beli dekat mana long?” tanya ayahku apabila melihat bungkusan yang aku bawa ;

“Bukan beli ni yah,,,, kawan saya buat ni.. dia beri tadi semasa saya singgah di rumahnya” jawabku.

“Oh.. yeke. Kamu masuklah dulu.. mak kamu dari tadi mengomel kamu lambat balik.”

“Biasalah mak ayah. Saya lambat sebab saya singgah rumah kawan saya ni dulu.”

“Adik mana? Senyap jer?”

“Alang pergi umah kawannya.. usu mak suruh pergi kedai,,,, beli ais.”

“Ooooo.. patutlah senyap sahaja... kalau tidak riuh rumah ini dengan mereka. Saya masuk dululah ye ayah” ayah mengangguk.. aku meletakkan beg dalam bilik. Kemudian aku terus menuju ke dapur, ibu sedang sibuk mengacau sesuatu... aku peranjatkan mak aku.

“Masak apa tu mak?” kataku separuh menjerit.. mak aku melatah

“Oh masak kau.. masak dinosur.. masak biawak goreng... eih biawak goreng....masak kari kari... bertuah punya anak” mak mengetuk sudip ke kepalaku.

“Aduh... sakitlah mak” nasib baik mak aku ketuk tidak kuat.. kalau tak... mahu berbenjol kepala aku ni.

“Sakit ker? Sori-sori...... mak tak sedar tadi” mak aku mengosok kepalaku.

“Takpelah mak... salah saya. biawak goreang??? Resipi baru ke mak?” gurauku.

“Hahahahahahahahaha.. itulah, kalau sudah melatah macam-macam yang mak sebut. Itulah... lain kali bagi salam. Dah tahu mak melatah.. mak bukan sedar pun apa yang mak buat. Nasib baik senduk.. kalau pisau tadi.. nanti tidur hospital lak kamu” marahnya.

“Hahahahahahaha.. saya minta maaf mak. Mak masak apa ni.. macam bubur jer” aku membuka periuk.

“Ini ada bubur kacang. Adik kamu balik petang ni”

“Angah balik mak.... lama betul saya tidak berjumpa dia.”

“Orang sudah beristeri. Dia ada tanggungjawab lain... lagipun isterinya kerja syif kilang Nestle Chembong tu.. susah sikit nak mintak cuti. Kalau isterinya itu juga cikgu... entah-entah selalu balik ke rumah ni. Kami besok carilah isteri yang jadi cikgu ke... senang nak balik kampung cuti.”

“Iyolah mak oi.. ini ada kuih baulu kawan saya bagi. Ala kak Haryati... yang pernah saya ceritkan dulu tu” aku menghulurkan bekas bahulu kepada mak ;

“Oh budak tu... cantik kuih dia buat.”

“Banyak tempahan dia dapat mak. Bukan sahaja cantik dia buat.. sedap mak. Saya dah rasa tadi masa singgah dekat rumah dia mak. Kek dia pun sedap.”

“Kamu pergi rumah dia tadi? Patutlah lama? Kamu berdua sahaja ke tadi?”

“Masya Allah mak.. tentulah dengan keluarganya ada sekali... kalau takde.. saya duduk luar sahaja mak. Mak jangan bimbang... saya tahu lagi batas-batas saya dengan yang bukan muhrim mak.”

“Nanti kamu letak dalam satu piring.. lepas makan nanti.. boleh makan baulu pencuci mulut.”

“Mak masak apa hari ni mak?” kalau aku balik rumah ni.. tak tanya mak masak apa.. memang tak sah ;

“Gulai rebung dengan sambal ikan bilis petai”

“Perghhhhh... ini yang terangkat ni”

“Sejak kamu balik ini.. terpaksalah tiap-tiap minggu mak masak sedap-sedap. Kesian kamu makan masak sendiri.. makan kedai tu bukannya bagus sangat pun. Kamu ni bila lagi nak ada tukang masak ni?” ni yang malas ni... aku bukan taknak berterus terang... tapi bagi aku bukan masanya sekarang untuk aku berterus terang. Nantilah dulu.. aku belum ada kekuatan lagi.

“Eh budak ni..... orang bercakap dengan dia.. dia termenung pulak. Ingatkan makwe ker?”

“Eh! Takdelah mak.. saja malas nak jawab soalan mak.”

“Budak ni bertuah betullah. Kita tunggu adik kamu dulu.. jap lagi baliklah tu.”

“Saya dah tak sabar nak baham nasi mak ni” kataku manja.

“Jangan nak mengada... tak lari lauk tu. Mana adik kamu ni.. suruh beli ais... tak balik-balik lagi. Beli ais ke buat ais.”

“Kalau adik su tu,,,, pasti dia tengah melantak ais kepal dulu sebelum beli ais”

“Hmmmm.. nanti mak telefon adik-adik kamu” mak mengambil telefon bimbitnya dan mula menelefon adik-adikku... kedengaran suara leter mak mahu anaknya segera pulang. 10 minit kemudian adik-adikku pulang ke rumah. Apalagi.. makanlah.. kami makan amat berselera kerana makan masakan istimewa ibu. Pencuci mulutnya kuih bahulu.. mak memuji kuih bahulu kak Haryati.. katanya lembut dan berlemak. Selepas makan kami solat berjemaah.. selepas itu aku melayan adik-adikku bermain permainan bola video konsol PS3. Kami berhenti bermain sebelum Asar.. kemudian aku mengikut ayah ke surau.

Di surau aku berjumpa dengan 2 orang kawan aku yang turut balik sama ke kampung.. aku mengajak mereka minum ke kedai kopi wak Juki untuk berbual.. maklumlah sudah lama tidak berjumpa.... kadang-kadang aku balik kampung.. diorang tidak balik.... tentu banyak perkara yang hendak dibualkan sambil mengenang kisah-kisah lama. Seorang sudah berkahwin.. manakala seorang lagi masih solo. Kami berbual tentang kerja dan keluarga masing-masing... mengimbau kenangan masa dulu. Pukul 6 petang aku meminta diri untuk balik. Aku berjalan kaki sahaja balik ke rumah kerana jarak ke rumahku dari kedai ke rumah lebih kurang 300 meter. Apabila sampai di rumah, kelihatan Saga merah kepunyaan angah di sebelah keretaku. Sudah balik adik aku ni... aku memberi salam. Salamku berjawab.. angah bangun dan bersalam denganku;

“Gemuk kau sekarang ni.... perutpun dah ke depan” kataku sambil mengosok perutnya yang semakin ke depan.

“Heheheheheehheehhe.. biasalah long” isterinya juga bersalaman denganku.

“Macamana ayah? Sihat?”

“Sihat”

“Kamu pergi mana along.. lambat balik”

“Along minum kedai wak Juki tadi.”

“Apalah kamu membazir duit pi minum kedai wak tu. Rumah ni berapa banyak air” sanggah ayah.

“Saya jumpa Aki dengan Apang tadi... kebetulan diorang pun balik kampung. Berbual-bual dengan mereka tadi. Maklumlah.. dah lama saya tak jumpa” jelasku.

“Oooooo... ingatkan kamu saja jer melepak. Manalah tahu kamu terpikat dengan anak daranya pulak,”

“Anak dara? Anak dara yang mana satu ni mak? Takde pulak tadi saya nampak.”

“Alah.. anak dia yang nombor 2 akhir tu... si Effa tu.. sekarang tolong ayah dia kat gerai tu. Mungkin tadi dah balik agaknya. Kalau tak.. ramai kutu dalam kampung ni lepak kat kedai tu.. nak ayat anak wak tu” jelas makku.

“Ooooo yeke.. si Effa tu. Effa lawa.”

“Along.. jomlah minum.. saya beli kuih ni” angah menghulurkan cawan yang telah diisi air.

“Tima kasih” aku menghirup teh o panas. Kemudian aku mengambil pisang goreng. Kami berbual-bual.. kemudian pukul 7 petang aku meminta diri untuk mandi. Kemudian aku solat maghrib sendirian.. ayah sudah pergi ke surau dengan mak... selalunya selepas solat isyak kami akan makan malam. Lagipun aku rasa kenyang lagi. Tadi kat gerai sudah makan mi goreng spesel wak... pastu makan kuih lagi. Selepas solat aku membuka TV melayan Doraemon.. walaupun umur aku sudah 26 tahun.. tapi bagi kepala aku ringan sikit layan Doraeman ni... kadang-kadang Sin Chan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.