Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,150
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 22 ; Riak

BAB 22

Allah berfirman dalam surah Al-Maun ayat 4 hingga 6 yang bermaksud “maka celakalah azab bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak”


Akhirnya pada minggu ketiga bulan januari tahun 2013, Puan Pengetua mengakhiri tugasnya di pusat perlindungan ini. Hari ini suasana sedih menyelubungi pusat ini kerana Pengetua yang disayangi oleh semua penghuni akan menamatkan tugasnya dan seterusnya digantikan oleh Pengetua baru ( Datin). Mulai lusa.... mantan Puan Pengetua akan mula bertugas sebagai Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor menggantikan Pengarah sedia ada yang bersara wajib. Pada hari itu pelbagai acara yang dijalankan bagi meraikan Puan Pengetua.. satu majlis khas diadakan di dewan utama. Dimulakan doa yang dibacakan oleh pak ustaz, diikuti pula dengan bacaan selawat dan nasyid oleh penghuni. Kemudian ucapan oleh mantan Tuan Pengetua.. semua berasa sedih apabila dia mahu dia meninggalkan pusat perlindungan ini. Pernah menjadi kaunselor.. seterusnya ketua kaunselor di sini kemudian dinaikkan pangkat untuk berkhidmat di tempat lain. Sebelum kembali semula menjadi Timbalan Pengetua dan seterusnya Pengetua di pusat perlindungan ini. Banyak kenangan pahit manis puan pengetua disini diceritakan di dalam ucapannya.

Selepas itu pula, ucapan yang membosankan dari bakal pengetua.. siapa lagi Datinlah. Memuji-muji puan ( padahal dekat belakang ngutuk-ngutuk ), membangkitkan kenangan berkhidmat dengan Puan Pengetua dan mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. Apabila Datin berucap, semua penghuni buat tidak tahu.. ada yang bercakap-cakap dengan orang sebelah atau rakan-rakan. Kemudian setelah habis ucapan Datin ( aku pun tak tahu apa yang Datin cakap... ambil gambar sahaja di belakang... mengacau penghuni.. tergelak-gelak dan ada penghuni yang mengajuk gaya bercakap Datin ), tibalah majlis memotong pulut kuning yang dimasak oleh kelab masakan. Kemudian sesi memberi hadiah kenangan kepada Puan Pengetua lama.. kelab masakan memberi kek coklat keju kegemaran Puan Pengetua manakala kelab jahitan memberikan satu set jubah lengkap dengan tudung. Kelab kebun yang diterajui Datin memberi satu set buah-buahan import ( macam strawberri dan epal... biasalah.. Datin mana nak jatuh standard.. tapi aku rasa tidak kena pula kelab kebun memberi buah-buah import... sepanjang pengetahuan aku... Datin tidak pernah sekalipun menjejaki atau membantu penghuni di kebun.. hanya wadar senior kak Temah yang amat minat berkebun telah diarahkan oleh Datin untuk menjalankan aktiviti perkebunan ).

Majlis diakhiri dengan sesi jamuan makan tengahari. Kemudian akhir sekali sesi bergambar dengan kakitangan dan semua penghuni pusat jagaan. Tepat pukul 4.30 petang.. tibalah masa untuk mengetip kad kerja yang terakhir. Semua penghuni beratur sepanjang menuju pintu pagar. Setelah Puan Pengetua punch kad buat kali terakhir, tibalah masanya Puan Pengetua bersalaman perpisahan dengan pekerja dan penghuni buat kali terakhir. Inilah sesi yang paling sedih buat penghuni, Puan Pengetua yang dianggap sebagai mama ataupun kakak kini akan meninggalkan pusat perlindngan. Hampir setengah jam jugalah baru Puan Pengetua berjaya melangkah ke kereta BMW yang menunggu. Datin menyingga apabila suami Puan Pengetua yang menjemput menggunakan kereta BMW edisi terbaru ( sebenarnya Puan Pengetua juga seorang Datin... tapi beliau lebih senang semua orang memanggilnya akak atau puan.... aku dapat tahu suaminya seorang ahli perniagaan yang berjaya.. lebih berjaya dari suami Datin.. tapi Puan Pengetua takdelah berlagak sangat macam Datin.. ).

Aku rasa Datin ini riakpun ada...... selalu membanggakan diri. Bila kami berbual-bual.. selalunya Datin akan bercerita kekayaannyalah.... suaminya dapat projek itulah... projek inilah. Suaminya beli kereta barulah. Emas di badan jangan ceritalah..... penuh. Allah cukup benci dengan orang yang riak terutama orang yang riak di dalam ibadahnya. Allah berfirman dalam surah Al-Maun ayat 4 hingga 6 yang bermaksud “maka celakalah azab bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak. Amin. Sementara itu Imam Al-Ghazali mentafsirkan riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada orang lain kepada hal-hal kebajikan yang dibuatnya. Masya Allah.. aku berdoa agar dijauhkan dari sifat riak ataupun takbur.....

{{{{{{{{{{{{{{{{{

Keesokkan harinya.... mesyuarat pengurusan terus diadakan oleh Datin.. mesyuarat diadakan pada pukul 10.00 pagi. Hasil risikan tidak rasmi aku dengan akak-akak senior... kemungkinan besar di dalam mesyuarat ini, beberapa jawatan rasmi dan tidak rasmi akan diumumkan atau dirombak. Begitu juga beberapa rombakan peraturan dan disiplin akan dilakukan. Biasalah, bos baru... mesti ada benda dia nak ubah dari pengurusan lama. Mungkin Datin hendak tunjuk kononnya ada stail pengurusan baru akan diterapkan apabila Datin mengambil alih pengurusan pusat perlindungan ini... dan aku merasakan aku memang akan kena dalam mesyuarat ini.

“Jadi.. berkuatkuasa mulai hari ini. Saya akan mengambilalih pengurusan pusat jagaan ini dan menjadi Puan Pengetua di sini. Panggilan Datin dikekalkan.. sila panggil saya Datin.. bukan Puan” tepukan kedengaran.... mesti set-set demo tu..... gembiralah itu bila Datin ambil alih... lepas ini pekerja yang rapat dengan Datin yang akan selamat. Cuma pekerja yang tidak rapat Datin tidak menepuk tangan termasuklah aku. Ala.... nak jugak sebut pasal Datin tu.. tinggi sangat ke pangkat Datin ni. Allah tak pandang pangkat manusialah.. yang Allah pandang amalan dan ketakwaannya. Kenapalah riak sangat dengan pangkat ni.

“Jadi... disebabkan kenaikan beberapa pangkat peringkat dalaman serta tertinggi. Maka ada beberapa jawatan yang kosong akan diisi oleh beberapa orang yang saya rasakan layak dan benar-benar berkebolehan. Jawatan yang pertama.. jawatan saya dahulu sebagai Timbalan Pengetua akan disandang oleh bekas ketua Kaunselor.. Puan Nira Yaya Bt Husam” selagi lagi tepukan bergema.

“Manakala jawatan ketua kaunselor pula, akan disandang oleh Encik Hishamuddin. Satu kejutan” aku menggangguk. Satu kejutan??? Apa yang kejutannya???? Mungkin dia terkejut kak Hashimah yang sepatutnya dilantik ke jawatan ini tetapi tidak dilantik. Aku terpandang kak Hashimah...... Kak Hashimah memandangku dengan pandangan yang menyinga. Nampak sangat riak cemburunya.

“Selain rombakan pengurusan.. saya ingin juga merombak beberapa tugasan sambilan. Sebagai contoh.. ketua warden akan disandang oleh Puan Hashimah berkuatkuasa serta merta. Saya rasa warden perempuan lebih memahami kehendak perempuan” ini mengejutkan aku. Tiba-tiba sahaja menukar ketua warden tanpa ada surat rasmi atau pertanyaan. Tapi aku hanya pendamkan sahaja,,,,,,,,,, mungkin aku buat kerja sebagai ketua warden dengan tidak bagus. Tapi dulu kak Hashimah jugak yang menolak.. tidak mahu jadi ketua warden atas alasan keluarga. La ni nak pulak...... macam ada sesuatu komplot sahaja.

“Berkuatkuasa serta merta juga.... semua aktiviti rasmi dan tidak rasmi perlulah dilaporkan kepada saya. Hatta hendak memberi kaunseling di luar waktu pejabat” wah! Memang kaw-kaw aku kena hari ini. Kemudian sesi mesyuarat seterusnya sangat membosankan aku.. takde lain selain ubah itu dan ini. Semua sekarang kembali kepada buku dan peraturan.. tiada lagi pengurusan bersifat terbuka. Hendak buat itu ini semua kena berdasarkan peraturan.. bosan. Habis mesyuarat aku dipanggil ke bilik Pengetua...

{{{{{{{{{{{{{

“Saya ada sesuatu nak beritahu Encik Hisham ni” aku berdiri di hadapan Datin... tidak disuruh duduk pun.. aku melihat sekeliling... cepat pula Datin ini meletakkan barang-barangnya di dalam bilik Pengetua.

“Ada apa tu Datin” tanyaku.

“Ada beberapa perkara yang Encik Hisham buat tahun lepas perlu ditamatkan serta merta. Saya rasa tidak sesuai dengan keadaan semasa” aku agak tentang cara aku memberikan kaunseling kepada penghuni.

“Perkara apa yang Datin hendak saya ubah atau tamatkan dengan serta merta?” tanyaku buat-buat tidak tahu.

“Pertama.... Hisham tidak dibenarkan lagi memberi kaunseling atau berjumpa dengan penghuni sama ada di dewan makan, bilik vokasional atau pun di taman. Tempat itu kini larangan bagi kakitangan lelaki seperti yang sebutkan dalam mesyuarat tadi” aku mengangguk lemah.

“Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan di dalam bilik sahaja... ini sesuai dengan status terbaru Encik Hisham sebagai ketua kaunselor. Lagipun sekarang ni beban kerja encik Hisham mungkin bertambahkan” terang Datin.

“Ok” jawabku malas.

“Kedua... Encik Hisham tidak dibenarkan lagi berjemaah dengan penghuni atau memberi tazkirah kepada penghuni. Jika tiada orang lain pun Encik Hisham tidak dibenarkan menggantikannya. Ketua agama pusat ini iaitu ustazah akan mencari orang lain yang lebih sesuai. Takut nanti ada orang pertikai kelayakan Hisham dalam memberi kuliah.. takpun takut Encik Hisham salah atau tersilap dalam memberikan pemahaman mengenai Islam yang sebenar.”

“Ok” sabar Hisham.. sabar.

“Saya rasa itu sahaja apa yang saya hendak beritahu Encik Hisham. Tahniah kerana dilantik sebagai ketua kaunselor yang baru menggantikan Puan Yaya. Semoga Hisham dapat berkhidmat dengan cemerlang di bawah saya” cemerlang? Kaki tangan aku terikat apabila aku mahu melaksanakan tugas aku. Mahu cemerlang bagaimana? Aku keluar dari bilik Pengetua dengan perasaan yang jengkel. Maka, bermula hari tersebut..... aku hanya akan melakukan sesi kaunseling di dalam bilik sahaja.. memang membosankan. Tetapi aku masih lagi menjalankan sesi kaunseling dengan pendekatan yang relaks dan santai.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.