BAB 47
Dari
Alqamah Bin Abdullah.. Rasulullah saw bersadba yang bermaksud,,,,, “Bahawa roh orang
mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan
bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh
malaikat maut bagaikan mencabut seekor Khimar”
Akhir Januari 2014, keadaan pak Karim semakin teruk. Pak
Karim sudah tidak sedarkan diri dan kini hanya bergantung kepada alat bantuan
pernafasan dan mesin sokongan hayat. Menurut kata Doktor pakar... hatinya 70
peratus telah rosak. Tiada lagi peluang untuk pulih. Setiap kali aku datang..
aku hanya membacakan surah Yassin. Membaca surah Yassin akan mengurang
penderitaannya. Terdapat beberapa fadhilat apabila kita membaca surah Yassin..
antaranyamengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan
Mub'mah (pemberi berita baik) didalam Torah kerana ia mengandungi manafa'at
kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan juga akhirat, ia menghindarkan
penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan
akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang
mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang
yang engkar ( tidak beriman). Menurut satu riwayat Rasul-Ullah s.a.w. bersabda,
"Hatiku menghendaki supaya surah
Yasin berada disetiap hati Ummatku,"
Mengikut sebuah hadith yang lain"
Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan
diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan
kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai
jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya
semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan,
makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi
penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca
keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya."
Begitu banyak fadilat surah Yassin….
Setelah selesai aku membaca
surah Yassin.. aku melihat wajah Pak Karim. Nampaknya seperti sedang nazak...
nafasnya satu-satu, muka keruh, badannya kuning kekuningan, perutnya semakin
membuncit. Aku mengusap rambut pak Karim, sayang.. dia mungkin tidak sempat
melihat hari bahagia kami. Pakcik mungkin tidak sempat menikahkan anaknya
sendiri. Sofia akan bersendirian selepas ini...... sudahlah aku tidak dibenarkan
lagi berjumpa dengan Sofia. Aku berharap agar Sofia diberikan kekuatan untuk menempuh
kehidupan dengan reda jika sesuatu berlau dengan pak Karim.... hidup itu Insya
Allah... mati itu pasti ;
{{{{{{{{{{{{{{{
Besok
paginya, pukul 6 pagi aku menerima satu panggilan dari Hospital. Memang aku
memberi nombor telefon kepada ketua jururawat untuk memaklumkan perkembangan
pakcik Karim kepadaku dan senang untuk menghubungi aku jika sesuatu berlaku
kepada pak Karim. Maklumlah, Sofia tidak dibenarkan memiliki telefon... jadi
aku secara sukarela menjadi waris jika ada perkara yang tidak elok berlaku
kepada pakcik Karim.
“Encik Hisham... saya staff nurse
Norli dari wad 6B Kenanga Hospital Sungai Buluh. Saya nak cakap sikit mengenai keadaan
pak Karim,”
“Kenapa dengan pak Karim staff
Nurse?”
“Dia sudah semakin nazak... Doktor
menjangkakan bila-bila masa sahaja Pak Karim akan meninggalkan kita. Jadi, saya
minta jasa baik Encik Hisham membawakan anaknya ke sini untuk kali terakhir.”
“Baiklah.. saya akan segera beritahu
anaknya... terima kasih Staff Nurse” aku menamatkan panggilan... apa yang aku
hendak buat ni yer.... aduh.... setahu aku penghuni tidak dibenarkan dibawa
keluar di malam hari. Aku mendail bilik ketua penyelia wadar malam..
panggilanku disambut. Malam ini kak Juma yang menjadi penyelia wadar;
“Kak.... saya ada benda nak cakap
dengan akak” aku menceritakan tentang ayah keadaan ayah Sofia.
“Memang boleh hendak bawa Sofia keluar..
tapi kena tunggu Van pusat pukul 8 pagi.. selepas itu Pengetua kena
tandatangani borang kebenaran keluar. Macam biasa. Kalau hendak bawa Sofia
keluar sekarang tidak boleh Hisham.”
“Warden takde ke kak? Tak boleh guna
kuasa warden?”
“Warden mana ada lagi. Ketua Warden sudah
digantung tugas.... timbalan dia dah balik rumah malam tadi. Sekarang ini
tinggal akak jer dekat sini. Akak tiada kuasa Hisham” aduh... sempat ke nak
lawat pak Karim.
“Takpelah.. akak beritahu Sofia..
biar dia bersiap. Lepas tu nanti yang lain saya uruskan.”
“Ok” aku meletakkan gagang.. terus
mandi dan mengambil wuduk. Aku berdoa agar diberi kesempatan supaya Sofia
sempat berjumpa dengan ayahnya. Aku juga mengambil kesempatan membaca Yassin.
Kemudian aku bersiap terus ke tempat kerja. Kalau boleh aku mahu secepat
mungkin menyelesaikan proses dokumentasi Sofia. Alhamdulillah Puan Pengetua
datang seawal 7.30 pagi... aku terus berjumpa dengannya dan meminta kebenaran
untuk membawa Sofia keluar. Aku juga meminta kebenaran untuk melawat pakcik
Karim.. syukur permohonan aku diluluskan dengan serta merta. Pukul 7.50 pagi
kami bergerak serta merta ke Hospital Sungai Buloh.... aku melihat Sofia sugul
di belakang... airmatanya mengalir.
“Sabarlah Sofia.. ini qada dan
qadarnya. Insya Allah ayah Sofia akan dapat mengharunginya” aku memujuknya.
“Abang.. sempat ke Sofia jumpa ayah
Sofia.”
“Insya Allah dengan IzinNya.”
“Lepas ini Sofia tiada sesiapa
lagi....”
“Siapa cakap.. abang akan berusaha
cari abang-abang Sofia. Abangkan ada.. lagi setahun abang akan meminang Sofia..
abang akan menjaga Sofia seumur hidup abang”
“Terima kasih abang”
“Dah.. jangan bersedih sangat. Kita
baca surah Yassin” aku mengambil surah Yassin dari dalam poket baju.. aku
menghulurkannya. Kami bersama-sama membaca surah Yassin sepanjang perjalanan.
Kami sampai di Hospital lebih kurang pukul 9.00 pagi dan terus ke wad. Sampai
di sana kelihatan pakcik Karim memang sedang bertarung nyawa. Nafasnya semakin
perlahan, aku menyuruh Sofia mengajarkan kalimah syahadah ke telinga pakcik
Karim..... sementara aku membaca Yassin bersama abang wadar penjara yang sedang
menjaga pakcik Karim. Apabila aku habis membaca Yassin dan berdoa... aku bangun
dan melihat keadaan pakcik. Pakcik sedang nazak.... harap penderitaan pakcik
ini akan berakhir.
“Sofia... janganlah menangis lagi.
Relakanlah ayah kamu ini pergi dengan aman.”
“Sofia terkilan kerana tidak sempat
menjaga ayah Sofia di saat-saat akhir bang.”
“Sekarangkan Sofia sedang
menemaninya.... sabar Sofia.. sabar. Kita buat apa yang patut.. kita berdoa..
kita bacakan Yassin.. kemudian kita mengajar ayah Sofia mengucap. Boleh? Itu
lebih baik Sofia daripada kita meratap tau merasa kecewa. Nanti roh terseksa
hendak keluar dari tubuh” nasihatku.
“Baiklah bang” Sofia dan kak Usmah
bangun ( wadar yang menemani kami )... mereka mengambil wuduk sebelum membaca
Yassin. Apabila Sofia pergi, aku mengusap-ngusap dada pakcik Karim... kelihatan
darah beku keluar dari tiub yang dimasukkan ke dalam perut pak Karim. Aku
melihat mesin sokongan hayat yang menyokong nafas pak Karim sekarang... nadinya
hanyalah 40 kali degup perminit. Manakala tekanan darahnya juga agak rendah
yang mencatatkan bacaan 80/50. Bacaan ECG jantungnya juga tidak berapa
mengagumkan dan sangat lemah. Nampaknya memang benar kata Doktor.... Pakcik
Karim tidak boleh diselamatkan lagi. Hanya menunggu malaikat maut datang
bertandang mencabut nyawa... aku teringat satu Hadis.. dari Alqamah Bin
Abdullah.. Rasulullah saw bersadba yang bermaksud,,,,, “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan
perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan
kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut seekor Khimar”. Allah! Kematian
memang menyakitkan.. terutama ketika nyawa dicabut oleh malaikat... malaikat
akan mencabut nyawa kita berdasarkan amal kita masa lalu. Jika kita selalu
mengingkari perintah Allah... maka Malaikat Izrail akan merentapnya. Jika kita
berbuat baik, Insya Allah malaikat Izrail akan mengambil nyawa kita dengan
selembut mungkin.
Jadi untuk mengurangkan kesakitan
yang sedang ditanggung oleh orang yang sedang nazak, maka ulamak sepakat bahawa
terdapat beberapa perkara yang dapat dibuat oleh penziarah. Antaranya
membacakan Yassin. Kemudian berdoa... kemudian kita akan mengajarkan kalimah
syahadah ke telinga pesakit. Kak Usmah dan Sofia kembali semua ke katil pakcik
Karim. Mereka duduk dan mula membacakan Yassin. Semoga dengan bacaan Yassin
dapat mengurangkan seksaan sakaratul maut dan juga gangguan syaitan yang sampai
di saat akhirpun akan cuba menyesatkan manusia. Baru separuh bacaan Yassin..
kelihatan pak cik Karim tercungap-cungap... aku segera memanggil doktor.. Sofia
berhenti membaca Yassin..... dia berdiri dan memegang tangan ayahnya. Doktor
bergegas datang... kemudian memeriksa pak Karim... sebentar kemudian ;
“Masanya sudah tiba... ajarkanlah
pakcik mengucap” aku mengangguk... doktor lelaki itu memberi ruang kepada
Sofia.. Sofia memegang tangan ayahnya. Perlahan-lahan dia mengajarkan ayahnya
mengucapnya... nafas pak Mat sebutir-sebutir kelihatan. Akhir selepas 4 kali menarik
nafas.... pak Mat berhenti bernafas... mesin sokongan hayatnya berbunyi....
Sofia menangis
“Ayah... ayah,,,,,, jangan
tinggalkan Sofia ayah... huuuuuuuuuuu” Sofia menghamburkan tangisannya.
Walaupun tidak kuat... tapi tetap dapat didengari.
“Sofia... bersabarlah... sudah
takdir ayah kamu menghadap ilahi” kata Kak Usmah memujuk dan memeluk Sofia.
Sofia yang masih menangis di dadanya ayahnya bangun. Aku memberinya tisu...
sofia mengambil dan mengelap airmatanya.
“Sabar ye Sofia... Sofia beruntung
pakcik Karim meninggal di pangkuan Sofia. Sekurang-kurangnya Sofia ada
disisinya di saat di sedang menghadapi sakaratu maut” pujukku.
“Ayah terseksa bang... ayah terseksa.”
“Kita doakan yang baik yer... jangan
menangis sangat atau merintih. Nanti mayat terseksa.. sabda Rasulullah S.A.W dalam
hadis riwayat al Bukhari dan Muslim..... abdul
Auf bertanya kepada Nabi : dan engkau menangis Rasulullah? Jawab
Rasulullah..... wahai ibn Auf... sesungguhnya itu rahmah (kasih sayang) yang
kemudiannya diikuti yang lain. Kita dibenarkan menangis tetapi tidak dibenarkan
meratap”,
“Encik... benarkan saya untuk
mencabut semua wayarnya... nanti encik boleh terus ke bilik mayat untuk proses
pengebumian dan dokumentasi.”
“Marilah Sofia... biar doktor buat
kerjanya... kita tunggu di luar” Sofia mengangguk... sebelum berlalu pergi dia
mencium dahi ayahnya. Sofia mengesat air matanya. Aku berlalu pergi dan
berjumpa dengan wadar penjara.
“Macamana tuan... bagaimana jasad
ini akan diuruskan” tanyaku.
“Macam inilah cik... selalunya
jabatan Penjara yang akan menuntut, menyembahyangkan dan seterusnya
mengkebumikan mayat ini. Lagipun pakcik Karim meninggal di dalam jagaan kami,
kami yang akan bertanggungjawab.. kecuali jika arwah ada waris hendak kebumikan
di kampung atau tempat asalnya” aku memandang Sofia.
“Macamana Sofia... hendak kebumikan
arwah dimana?” Sofia yang masih sugul memandangku.
“Saudara kami semuanya sudah memutuskan
tali persaudaraan dengan kami encik. Kami tiada siapa-siapa lagi nak uruskan
jenazah. Jika jabatan penjara uruskan.. dimana ayah saya dikebumikan encik?”
aku memandang kembali kepada wadar penjara.
“Ditanam berhampiran penjara Sungai
Buloh.... tempat dimana pesalah tanpa waris dikebumikan” jawab warden penjara
tersebut.
“Encik uruskanlah... pasal duit
untuk batu nisan encik jangan bimbang... saya akan bayar.. janji kubur ayah
saya bertanda” kata Sofia lemah.
“Baiklah.. saya minta izin dulu...
nanti nak uruskan jenazah” kami mengangguk. Kami terus pergi ke bilik mayat
untuk menunggu jenazah pak Karim dimandikan serta dikafankan. Kemudian kami
akan mengikut pihak Penjara untuk menyembahyangkan dan menguburkan pakcik
Karim. Benarlah janji Allah... hidup Insya Allah.. tapi mati itu pasti. Kita
yang hidup ini perlulah bersedia untuk mati.. kerana sesungguhnya mati tidak
kira masa, tempat atau umur