Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,129
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
bab 49 ; membantu Asari

BAB 49

Malamnya.. aku ke Surau untuk bersembahyang Maghrib dan Isyak. Ayah hanya solat di rumah sahaja kerana penat seharian berada di kebun. Selepas berdoa dan bersembahyang sunat ( selepas solat Maghrib ). Aku lihat Asari sedang duduk di belakang saf lelaki menyendiri... aku pergi ke arahnya.

“Kamu seorang sahaja Asari?”

“Ya Sham... aku seorang je.”

“Kamu dah makan?”

“Sudah... makan mee Sham bagi petang tadi.”

“Selalu kamu makan apa Asari? Kamu kerja tak?”

“Selalu makan apa yang ada. Kadang-kadang meggi... kadang-kadang telur sahaja. Saya cari kotak atau botol untuk recycle... kadang-kadang ambil upah angkut barang kat pasar Seremban.”

“Kenapa kamu jadi begini Asari.. bukankah kanmu dulu elok sahaja?” tanyaku. Asari terdiam..

“Ini semua pengaruh kawan kilang.”

“Kawan kilang?”

“Dulu.. selepas SPM.. aku kerja kilang.. maklumlah. Keputusan aku ni teruk.. selalu main. Dari situlah aku mula hisap dadah. Kau tahukan aku kerja kilang besi. Kerja berat... jadi kawan-kawan aku semua menghisap ganja. Katanya boleh bagi tenaga lebih.. mula-mula tu hisap sedikit. Lama-lama syok pula” katanya.

“Kemudian?”

“Aku kena berhentilah. Bila dah stim... badan mana larat hendak kerja. Asyik hendak layan jer. Jadi bila aku kena berhenti kerja... aku duduk rumah. Apa lagi.. aku minta duit dengan mak. Hari-hari minta mana keluarga aku tahan.. akhirnya aku kena halau dari rumah. Itu yang aku duduk rumah Os.. rumah tu memang port penagih di kampung ni. Bukan sahaja aku kena pulau oleh keluarga aku.. seluruh kampung ini pulau aku. Setiap kali ada kehilangan barang dekat kampung ini. Aku yang kena tuduh.. terutama geng si Amat tu. Sedangkan aku mana pernah tibai barang orang kampung ini. Aku beli barang pakai duit aku sendiri. Geng-geng kami semuanya ada kerja. Tak menyusahkan orang.”

“Mungkin keadaan kamu ni buatkan orang tuduh kamu Asari. Kamu tidak mahu bertaubat ker?”

“Taubat.... susah Sham... dadah ni kalau sudah sebati dengan badan. Sampai matilah kau hendak benda tu. Aku ada cuba juga berhenti dalam 2-3 hari.. tapi bila gian datang... kawan aku mesti ngulur benda tu... nak buat macamana.”

“Tapi apa salahnya kita mencubakan,”

“Aku bukan nak katalah.. tapi kawan senasib aku si Dollah yang sama tinggal dengan aku di rumah tu... 3 kali masuk serenti... keluar hisap balik.. keluar hisap balik.”

“Tapi aku rasa kau kuat semangat”

“Kuat semangat?”

“Kau tengok.. bila kau tak gian. Kau pergi surau... masjid. Ertinya semangat kau ni kuat... kau menagih dulu sebab kau hendak mencubakan. Kita cuba pulihkan kau secara Islam. kau nak tak?”

“Tentulah nak.. siapa taknak sihat. Mana kau hendak bawa aku?”

“Kita pergi ke pengasih. Nanti aku cuba tanya kawan aku kerja sana. Hujung minggu depan aku jumpa kau kat sini. Nanti kalau jadi aku terus bawa kau ke pengasih. Boleh?”

“Ok.. aku setuju. Kau jelah yang ambil berat hendak pulihkan aku.”

“Kitakan dah lama kawan.. sejak dari sekolah menengah lagi. Tak sanggup aku biarkan kau begini. Satu lagi.. selepas kau berjaya dipulihkan semula.. tak payahlah kau balik ke kampung ini. Nanti kau bergaul lagi dengan kawan-kawan dadah. Hasil kajian aku.. hampir 70 peratus penagih kembali menagih bila berjumpa kawan-kawan lama. Kau duduk KL... aku akan tolong kau.”

“Betul ker?”

“Betul... Insya Allah” Asari memelukku.

“Sudahlah.”

“Terima kasih Hisham.”

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Isnin… aku pergi ke tempat kerja dari rumahku di Jiboi.. kali ini emak aku mengikutku ke tempat kerja. Katanya hendak melihat bakal menantu… ini peluang untuk aku berjumpa dengan Sofia. Tapi waktu melawat yang dibenarkan hanya pada pukul 10 pagi. Emak akan duduk di rumah aku sebentar sebelum berjumpa dengan Sofia. Habislah.. mungkin aku kena leter dengan mak. Rumah aku agak bersepah... biasalah rumah orang bujang. Tapi aku akan buat tak tahu jer bila mak aku bising. Kami sampai dirumah aku dalam pukul 7.50 pagi... kemudian aku terus ke pejabat. Aku kata kepada makku aku sudah lewat ( sebenarnya nak lari dari kena leter dengan mak ). Sampai pejabat aku terus telefon ketua wadar untuk membuat temujanji bagi sofia berjumpa dengan makku.

Untuk mengelakkan fitnah... aku juga telah mendapat persetujuan Puan Pengetua. Puan Pengetua bergurau menyuruh emak aku meminang Sofia secepat mungkin. Jadi adalah alasan untuk mendapatkan Sofia Parol secepat mungkin. Kemudian aku menelefon kawanku yang bekerja sebagai kaunselor di rumah pengasih.... alhamdulillah... dia sudi untuk membantu untuk menerima Asari kawanku untuk dipulihkan ( tapi aku perlu menanggung kos selama 6 bulan Asari ditempatkan di sini. Aku setuju sahaja asalkan kawan aku berjaya di pulihkan.. kosnya tidaklah membebankan.... 300 ringgit sebulan.. duit makan sahaja... separuh dari kos yang perlu dibayar,,, separuh lagi dijana melalui sumbangan orang ramai dan sektor korporat ). Pukul 9.45 pagi, aku kembali ke rumah.. masa ini adalah masa rehat. Apabila aku membuka pintu rumah... kelihatan mak aku baru habis mengop lantai rumah.

“Along.. apalah rumah kamu ni bersepah sangat... pinggan tak berbasuh. Rumah berselerak... lantai tak bersapu.. baju..” adui.. mulalah mak aku berleter.

“Ye mak... maaflah. Saya sibuk sangat.. sampai takde masa untuk kemas rumah. Basuh baju je saya sempat” tanyaku.

“Kamu ni.. sama macam adik kamu ni... kalau mak tak buat. Memang bersepah la bilik.”

“Kami ini lelaki mak... pasal kemas mengemas ini memang malas sikit.”

“Ada je jawab kamu ni.”

“Siaplah mak.. kita pergi sekarang” mak aku masuk ke dalam bilik tetamu untuk bersiap. Aku minum air milo yang mak aku sediakan tadi. Kemudian dalam 15 minit mak keluar

“Amboi mak... kemain lagi bajunya. Macam mak Datin.”

“Dah.. kamu jangan mengada.. jom kita pergi jumpa Sofia. Nanti lama pulak Sofia tunggu.”

“Jom” kami keluar dari rumah dan terus menuju ke pejabatku semula dengan berjalan kaki.. di dalam perjalanan ;

“Mak tak sangka... akhirnya mak masuk dalam ni jumpa dengan salah seorang penghuni. Bakal menantu mak pulak tu.”

“Itu namanya ketentuan takdir. Rahsia Allah ini kadang-kadang saya sendiri pun tak tahu... mak larat tak jalan ni?”

“Kamu ingat mak ni dah tua sangat ker long? Setakat 200 meter itu takdelah letih sangat. Mak sejak ayah kau menuai hasil ni.. tiap-tiap hari mak tolong ayah kau kutip sayur. Siap angkat lagi.”

“Banyak ke hasil tahun ni mak?”

“Boleh tahan.. menjadi pulak... lagipun ayah pajak tanah sebelah dalam 2 ekar lagi. Subur betul tanah tu... ayah kau tanam sayur sahaja.”

“Perghhhhhhhh...... masyuk tu.”

“Jadilah duit nak pergi Haji sekali lagi.”

“Bila tu mak?”

“Setahun lagi.. lepas kamu menikah kot. Itu rancangan mak.. kali ini ikut pakej pulak. Tak larat nak ikut tabung Haji.. hendak juga merasa naik Haji pakai pakej. Manalah tahu jumpa artis pula. Artiskan selalu ambil pakej Haji yang mahal-mahal ni” aku tahu emakku bergurau.

“Ha sampai pun..... ikut mak lah..duit mak. Apa yang saya boleh tolong.. saya tolonglah sikit-sikit.”

“Kita nak jumpa Sofia dekat mana?”

“Dekat pejabat saya mak.. privisi sikit” mula-mula aku membawa emakku ke bilik Pengetua... untuk mengenalkan Pengetua dengan makku... kemudian aku membawa emak ke dalam bilik. Sampai di bilik, aku menelefon ketua wadar untuk membawakan Sofia ke dalam bilikku. Selepas aku meletakkan telefon;

“Mak cakap apa dengan ayah datang sini?”

“Mak cakaplah nak jumpa Sofia.”

“Ayah tak marah ke mak?”

“Nak marah apanya.. mak cakap benda yang ebtul.. bukan menipu pun. Kalau mak menipu.. barulah dia marah. Ayah kamu tu.. kalau kita cakap benda yang benar. Takkan dia hendak marah.”

“Dia bagi pulak yer.”

“Ayah kamu tu mula-mula je marah.. mak pujuk-pujuk lembutlah dia. Alah.. mak dah 30 tahun kahwin dengan ayah kamu. Tahulah mak feelnya.. anginnya. Pandailah mak pujuknya.”

“Mak rasa... ayah boleh terima Sofia ke mak?”

“Insya Allah” kemudian pintu bilikku diketuk. Aku menyuruh masuk, Sofia ditemani kak Zaitun ( wadar baru ) masuk ke dalam bilik. Kemudian aku meminta kak Zaitun menunggu di sofa luar.. aku katakan aku telah mendapat kebenaran Pengetua untuk berjumpa dengan Sofia.. ada hal peribadi.. kak Zaitun mengangguk dan keluar dari bilik dengan perlahan menutup pintu.

“Mak.... ini Sofia yang saya ceritakan itu” kataku pada emak... emak bangun dari duduknya dan menuju ke arah Sofia.

“Ooooooo.... ini Sofia yang kau kata tu yer. Betina ini yang kamu gial-gilakan tu yer?” aku terkejut.. mak aku bertukar nadanya.. kenapa mak aku tiba-tiba bertukar nada ni? Tadi elok jer.. ah sudah!

“Ye makcik” Sofia cuba untuk bersalam dengan emak.. tapi mak aku tidak menyahut salam Sofia. Aku terkedu... mak telah bertukar 360 darjah dalam sekelip mata!

“Nama Sofia yer.. pandai kamu yer. Ubat guna-guna apa yang kamu pakai sampai anak aku terpikat dengan kamu? Jampi apa yang kamu pakai? Sampai dia nak sangat kahwin dengan kamu... sampai Hisham tak pandang perempuan lain dah.”

“Mak.....”

“Hisham... biar Sofia yang jawab. Kamu jangan nak menyampuk,”

“Makcik... saya sedar siapa diri saya makcik.. memang dari dulu saya tahu saya memang tidak layak untuk abang Hisham. saya tidak guna apa-apa makcik untuk memikat abang Hisham. saya mencintai sepenuh hati saya makcik. Buat apa saya guna jampi serampah untuk memikat anak makcik. Semua iu syirik makcik... syiirik.. tak cium saya bau syurga makcik” jawab Sofia;

“Betul kamu suka Hisham?” Sofia mengangguk.

“Betul kamu sudah bertaubat?”

“Betul makcik.”

“Kamu mencintai dan menyayangi anak aku ni sepenuh hati?”

“Ya makcik.. saya menyintai dan menyayanginya sepenuh hati,”

“Baiklah.. makcik menerima kau nak” mak memeluk Sofia.... perghh lega.

“Maafkan makcik kerana berkasar dengan Sofia tadi. Makcik sengaja menguji kau nak. Makcik hendak lihat sejauh mana ketulusan hati kau menerima anak makcik” rupanya mak aku hanya berlakon sahaja untuk melihat samada Sofia benar-benar mencintai aku atau tidak.. buat saspen je mak aku nilah;

“Takpe makcik” Sofia mencium tangan emakku.

“Mari duduk nak” mereka duduk di kerusi terdapat di bilikku.

“Patutlah anak makcik suka dengan Sofia. Lemah lembut, sopan, cantik pulak tu” puji mak.

“Biasa saja makcik” kata Sofia malu dipuji begitu.. pipinya memerah.

“Takziah ayah kamu meninggal.. Hisham baru bagitahu makcik kelmarin. Jangan sedih sangat.. jangan risau... makcik dengan Hisham selepas ini akan menjaga kau..... anggaplah kami ini keluarga kamu sendiri.”

“Terimakasih makcik.”

“Hisham..... mak akan cuba sedaya upaya mak.. satukan korang berdua. Sofia... tentang masa lalu kamu.. mak tidak kisah... kamu telahpun bertaubat. Mak lihat kau ada ciri-ciri wanita solehah. Mulai hari ini.. kau panggil mak yer. Jangan panggil makcik lagi.. anggaplah mak seperti mak kandung kamu sendiri” alhamdulillah.

“Terima kasih mak” Sofia memeluk emakku seerat-eratnya....

“Selepas kamu keluar sahaja.. mak nak kamu berdua disatukan... tidak mahu tangguh-tangguh lagi. Lagipun Hisham sudah berumur 28 tahun. Kalau boleh kiranya keluar sahaja.. kamu nikah dahulu.. terus duduk umah makcik. Persandingan bila-bila masa sahaja boleh kita buat.”

“Ayah mak?” tanyaku...

“Pasal ayah kamu jangan bimbang.. pandailah mak menguruskannya. Isya Allah ayah kamu akan bersetuju” kemudian mereka meleraikan pelukan dan duduk kembali. Setengah jam selepas itu Sofia dan emak terus berbual-bual.

Next: Bab 50

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.