Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,186
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 27 ; fitnah

BAB 27

firman Allah S.W.T dalam surah Al-Qalam ayat 29 yang bermaksud..... “jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah.”

Selepas menelefon Puan Pengarah.... aku kembali mengfokuskan untuk membuat laporan pesakit-pesakitku ( pesakit bermaksud penghuni di bawah jagaan aku untuk memberikan kaunseling ). Walaupun aku rasa kurang senang dengan pengurusan sekarang, tapi aku tetap komited untuk membantu pesakit-pesakitku. Hal lain itu lantak merekalah.. janji kerja aku siap. Baru 15 minit aku khusyuk membuat kerja, telefon bimbitku berbunyi.. aku melihat nombornya.. unknown.. alamak, nombor siapa ni? Takkan orang jual insurans lagi minggu lepas. Tak paham-paham ker? Aku sudah cakap aku sudah ada insurans.. aduyai. Nak tak nak aku jawab je lah ;

“Hello.. assalaimualaikum. Encik.. saya tak mahulah insurans encik tu. Sayakan sudah cakap yang saya sudah ada insurans” kataku.. walaupun aku marah.. tapi kataku tetap lembut dalam berkata-kata.

“Waalaikumussalam. Hi Hisham.... insurans apa ni?” eh! Siapa ni? Ini nombor Hisham ker?” tanya lembut seorang wanita di hujung talian.

“Sorry.. sorry. Siapa ni?” orang lain ni.. bukannya penjual insurans... siapa pula yang memanggil? Tapi suara macam pernah dengar.. tapi dimana ya?

“Ini akak Haryatilah. Amboi.. baru seminggu akak pergi... dah lupa dah” Masya Allah.. kak Haryati rupanya.

“Hahahahahahahahaha.. sorilah akak. akak pakai nombor unknown... saya ingat mamat jual insurans minggu lepas. Hahahahahahaha... apamacam dok luar? Best?” tanyaku.

“Cuti-cuti sudah habis bro” kata akak Haryati meniru dialong filem KL Gangster.

“Hahahahahahaha.... Loratlah akak. hepi je suaranya tu” memang ada nada ceria dalam nada suaranya.

“Mestilah hepi... dah dok dengan anak dan keluarga. Ini akak nak mengajak kau ni,”

“Ajak apa kak? Ajak kenduri makan kahwin ker? Amboi akak,... baru seminggu keluar dah tak sabau-sabau hendak berlaki” gurauku.

“Ish kau ni. Kesitu pulak Hisham. akak nak ajak kau makan kenduri sabtu ni.. kenduri kesyukuran. Buat kat rumah akak di Semenyih ni” kak Haryati menyatakan tujuannya menelefon aku.

“Sabtu malam minggu ini? Oklah.. saya balik kampung kat Seremban. Tapi setakat Semenyih tu oklah.. takdelah jauh sangat. Insya Allah.”

“Kamu sekarang ni tiap-tiap minggu ke balik kampung?”

“Yela kak... sejak saya tidak lagi menjadi warden. Boleh dikatakan saya balik ke kampung di Seremban tiap-tiap minggu. Lagipun rumah dekat jer. Dok rumah ni nak buat apa... mati kutu saya kak” benar.... kalau aku duduk rumah setiap hujung minggu memang mati kutu aku dibuatnya. Dulu jadi warden adalah kerja aku boleh buat setiap hujung minggu... sekarang duduk rumah bosan bai. Kalau balik kampung... boleh aku tolong apa yang patut. Tolong ayah di kebun ker... lepak dengan kawan sekampung.. atau ajak adik aku yang dua orang itu teman aku pergi membeli belah atau menonton wayang.

“Baguslah..... macamana Datin?” malas betul aku hendak menjawab soalan itu.

“Macam tulah kak” kataku malas.

“Sabarlah je lah.. kirim salam dengan Sofia yer. Kamu bagi nombor ni dekat dia. nanti dia dapat telefon akak bila boring-boring. Ini nombor baru akak tau.”

“Insya Allah kak.”

“Kamu jangan lupa datang rumah keluarga akak sabtu ni. Oklah.. anak akak ni sibuk pulak nak menelefon ni ha.”

“Kirim salam dengan keluarga akak.. assalaimualaikum.”

“Waalaikumussalam” sebaik sahaja panggilan ditamatkan.. pintu bilikku diketuk.. aku menyuruh masuk. Kak Tasya masuk ke bilikku.

“Ada apa kak?” tanyaku.

“Ada surat dari mem besar.”

“Mem besar??? Surat cinta ker?”

“Akak pun tak tahu. Ini surat tulisan tangan Datin... kamu bacalah” katanya sambil menghulurkan sekeping kertas yang dilipat sahaja.

“Terima kasih kak.”

“Sama-sama” kak Tasya menutup pintu bilikku. Aku membuka surat tersebut.. terkejut sungguh aku membacanya. Rupanya memo dari Datin ;

Kepada Encik Hisham,

Saya mengambil keputusan supaya Encik Hisham tidak dibenarkan lagi untuk membuat sesi kaunseling kepada penghuni bernama Ani Sofia Binti Abdul Karim . Ini untuk kebaikan pusat perlindungan ini seterusnya menjaga nama baik pusat perlindungan ini. Adalah merbahaya seorang kaunselor mempunyai hubungan dengan penghuni di sini. Sesi kaunseling bagi Sofia akan diambil alih oleh Puan Hashimah Hashim berkuatkuasa serta merta. Saya berharap agar Encik Hisham dapat menerima dengan hati terbuka atas arahan ini. Sekian.

Nampaknya satu demi satu tugas aku mula diambilalih oleh orang lain. Sepatutnya kuasa autonomi untuk menentukan siapa yang patut aku beri kaunseling sudah diambilalih orang lain. Inikah konspirasi secara terancang hendak menghalau aku dari rumah ini? Ini dah tahap fitnah ni... aku mana ada hubungan cinta dengan Sofia. Aku menganggapnya adik sahaja. Tak lebih dari itu. Siapa yang menebarkan fitnah ini.. tidakkah mereka tahu firman Allah S.W.T dalam surah Al-Qalam ayat 29 yang bermaksud..... jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. Amin. Jadi aku tidak mahu menuduh sesiapa.. aku tidak mahu tergolong dalam golongan yang gemar menyebarkan fitnah kerana fitnah lebih bahaya daripada membunuh ( Al-Baqarah 191 ). Aku kena cari siapa yang menyebarkan fitnah. Aduhai....... cobaan apa yang kau berikan kepadaku Ya Allah. Jauhkanlah aku dari fitnah. Lepas satu satu lagi ujian yang aku terima.

{{{{{{{{{{{{{{{

Petang itu aku menerima kedatangan Azilah ke bilikku. Walaupun tiada sesi kaunseling buat Azilah pada hari ini. Tapi ada perkara yang ingin aku bualkan bersama dengannya.. jangan ada yang bermulut jahat fitnahkan aku dengan Azilah ni pulak. Lagi ganas kalau fitnah meyatakan aku ada hubungan dengan bekas samseng.....

“Kenapa Hisham panggil aku ni” Azilah masih lagi menggunakan kata ganti diri aku.

“Kamu nanti jumpa Sofia... bagi kertas ini kepadanya. Katakan ini nombor telefon kak Haryati. Dan tolong juga bagi surat ini kepadanya juga” aku memberikan secebis kertas dan satu sampul surat untuk diberikan kepada Sofia kepada Azilah.. Azilah kehairanan.

“Kenapa tak beri surat ni kepada Sofia sendiri Hisham?”

“Saya sudah dilarang untuk berjumpa dengan Sofia berkuatkuasa hari ini.”

“Siot betullah Pengetua ni.. Datin konon. Ini mesti kerja kak Hashimahkan? Memang nak kena rembatlah minah tu” katanya sambil mengenggam penumbuk.

“Kamu berilah surat ni. Boleh? Ni saya hendak tanya awak tentang satu perkara.”

“Apadia?”

“Betul ke kamu rapat dengan kak Janaa tu?” Azilah terdiam.

“Aku bukan apa beb.... sejak peraturan yang bukan-bukan itu dikuatkuasaakan... aku tertariklah nak masuk kumpulan kak Janaa... tapi aku gitu-gitu jer. Menentang ketidakadilan dan memperjuangkan hak kami.... kak Hashimah tu terang-terang nak memusuhi kami. Takkan kami diam jer.. kenalah lawan.”

“Tapi kak Janaa tu ganas sikit. Suka melanggar peraturan.. nanti takut Pengetua ambil tindakan. Dia akan gunakan kuasanya.. kamu semua juga yang akan susah nanti. Kamu semua hendak sangat ke masuk sel tahanan selama 3 bulan” aku cuba menasihati Azilah.

“Ada aku kisah? Aku cuma pertahankan hak... ini lawan sikit masuk sel 2 minggu. Apa ni? Patutnya perempuan sesama perempuan tahulah hati budi perempuan. Ini buat kitaorang macam lelaki apahal. Lagipun aku join ni disebabkan kau” aku pulak?

“Asal saya pulak?” tanyaku kehairanan.

“Kitaorang lebih suka kau jadi ketua warden. Aku tanya kak Janaa, sepanjang kau jadi ketua warden... kitaorang semua agak bebas. Rasa disayangi dan dihargai.. kebajikan kami semua dijaga. Sel tahanan kosong... kau ambil pendekatan psikologi dan manusiawi. Sekarang ni apa dah jadi? Ini pendekatan terhadap banduan bro... ini bukan pemulihan tetapi hukuman. Ini sudah lebih bro.”

“Aku dah naik pangkat.. nak buat macamana.. lagipun kak Hashimah tu yang ye ye benar nak jadi ketua warden. Ini arahan Pengetua.. lain orang lain caranya.”

“Tapi ni dah tahap kejam bro. Lagipun ramai dah setuju dengan kak Janaa.. bila-bila masa sahaja nak meletup. Warden pun kebanyakkannya tak suka dengan kak Hashimah. Macam di pula Pengetua di sini. Pangkat Hisham lebih besarkan?”

“Takdelah. Pangkat Pengetua lebih besar. Kamu tahukan kak Hashimah adalah pekerja kesayangan Datin.. jadi apa yang kak Hashimah buat.. semuanya akan dipersetujui oleh Datin . saya tidak boleh buat apa-apa. Jadi Apa perancangan korang?”

“Nanti kalau Hisham tahu... Hisham akan gagalkan rancangan kami.”

“Memang niat saya tadi mahu mengagalkan rancangan korang. Tapi selepas abang dapat memo ni...... “ aku menghulurkan memo yang ditulis oleh Datin.

“Dapat je memo ni.. saya rasa sudah melampau pulak mereka ni. Sudah lama saya bersabar. Tapi kali ini mungkin rancangan kamu semua nanti akan mengubah kembali pusat ini kepada keadaan asal... untuk kebaikan kamu semua juga. Tapi janganlah kamu semua sampai bakar pula pusat ini” pujukku.

“Wah... ni sudah melampau beb. Sampai kau tak boleh jumpa lagi Sofia. Bakar pusat ini??? Takdelah sampai begitu sekali kot. Pusat ini banyak membantu kami.”

“Baguslah kamu tidak bakar pusat ini. Nanti mana pulak saya hendak kerja. Bukan setakat itu sahaja..... saya sekarang ni buat sesi kaunseling pun dalam bilik ini jer. Dah tak boleh lagi dah buat sesi secara santai. Malah aku juga sudah dilucutkan jawatan ketua warden...”

“Tak patutlah Datin buat macam tu... asal ha... dulu ok jer Pengetua sebelum ini. Ini semua nak tukar. Apa masalah datin tu?? Kepala dia masuk air yer???” tanya Azilah kepadaku

“Tak tahulah.. lagipun tidak baguslah kita main cakap jer. Nanti fitnah pulak... kau boleh tahu sendiri.”

“Entahlah.. tapi sian kau tak dapat jumpa Sofiakan”

“Kamu pun rasa saya dengan Sofia ada apa-apa ker? Saya anggap dia sebagai adik sahajalah”

“Eleh... macamlah aku tak tahu” ejeknya.

“Oklah. Nanti beritahu pelan korang tu yer”

“Iye”.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.