Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,975
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
bab 41 ; Sofia kena kuat hadapi dugaan ini

Besoknya Sofia datang ke bilik aku untuk menghadiri sesi kaunseling.. setelah kak Usmah keluar dari bilik ;

“Abang sudah beritahu keluarga abang tentang Sofia” aku memulakan perbualanku.

“Iya... apa kata mereka bang?” kata Sofia teruja.

“Emak abang ok jer... tapi masalahnya ayah abang. Dia kurang bersetuju kita disatukan” kataku perlahan. Sofia menunduk..

“Kalau bapa abang tak setuju takpelah.. Sofia sedar diri Sofia. Memang tidak layakpun menjadi menantu ayah abang. Abang carilah perempuan yang lebih baik daripada Sofia” kata Sofia lemah.

“Sofia.. apa yang Sofia cakap ni? abang baru cakap sekali dengan ayah abang. Abang akan cuba memujuk ayah abang dengan penuh hikmah. Insya Allah ayah abang akan menerimanya... bak kata orang tua-tua dulu... kerak nasi jika diletakkan air.. lama-lama akan lembut juga. Nabi Muhammad pun dahulu menyeru orang mekah masuk Islam pun ambil masa juga tau.. contohnya Umar.. memang menentang dakwah Nabi dahulu... bila dia tahu sahaja adiknya memeluk Islam... dipukulnya adik perempuan dan adik iparnya. Malah Umar mahu membunuh Nabi... tapi dengan sepotong ayat-ayat al Quran.. akhirnya hati Umar lembut. Dia memeluk Islam.”

“Tapi Sofia rasa.. ayah abang tidak akan menerima Sofia sampai bila-bila bang. Sofia ni kan...” aku memotong kata-kata Sofia....

“Tengok tu.. bersifat negatif. Sofia... insya Allah.. Allah akan menolong kita. Kita buat benda baik... tugas sekarang ini.. berdoa kepada Allah. Allah mendengar suara umatnya yang meminta. Sofia ikhlas mencintai abangkan?” Sofia menyapu airmata dengan tisu yang ada di atas meja aku. Sofia mengangguk...

“Sofia mencintai abang setulus hati Sofia”

“Alhamdulillah.. abang pun begitu juga.. mencintai Sofia setulus hati abang. Anggaplah ini semua cabaran untuk kita.... abang akan berusaha untuk memujuk ayah. Insya Allah.. lama-lama dia kan menerima Sofia” kataku.

“Baiklah bang.”

“Dah.. jangan nangis lagi. Sofia kena kuat... Sofia kuat.. abang pun akan kuat. Tak comellah Sofia menangis. Buruk....”

“Ngada...” kemudian aku meneruskan dengan sesi kaunseling kami.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.