Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,159
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
bab 9 ; tudung biru untuk Ani sofia

BAB 9

Lagi 3 Hari umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilFitri. Aku seperti biasa sibuk dengan kerja..... sibuk dengan sesi kaunseling. Tapi persiapan raya telah aku lakukan awal-awal. Orang bujang... takdelah heboh sangat hendak shopping raya. Beli Tshirt sehelai dua sudah... selipar raya satu... baju melayu sehelai. Yang lain aku bagi wang untuk kepada adik-adikku dan mak untuk buat persiapan Raya. Tahun ini aku bercadang untuk beraya dahulu di Rumah Pusat perlindungan pada Raya yang pertama. Raya kedua baru balik ke rumah nenekku ( belah ayah ) yang terletak di Kuala Pilah. Selama 3 tahun aku bekerja di JKM dimana 2 tahun sebelum ini pada raya pertama aku beraya di pusat perlindungan warga emas dahulu. Aku tak sampai hati pulak nak biarkan orang tua beraya sesama mereka. Sekurang-kurang adanya aku boleh juga aku hiburkan mereka... mendengar keluhan dan kisah mereka beraya dulu-dulu. Selalunya malam Raya.. aku sudah ada di rumah orang tua menemani mereka bertakbir dan bertahmid.. selepas itu.. aku bersama dengan pekerja yang lain yang tidak mendapat cuti untuk balik ke kampung masak apa yang patut. Kacau dodol.. masak ketupat... bakar lemang.... masak rendang bersama penghuni mana yang sihat. Itu semua untuk jamuan raya besoknya selepas solat. Maka suasana akan menjadi sangat meriah.. terhiburlah sedikit kedukaan mereka.

Pada pukul 12 tengahari aku ke bangunan vokasional untuk mengambil biskut dan baju Melayu yang aku tempah pada awal puasa dulu. Mula-mula aku pergi ke bilik masakan untuk berjumpa dengan kak Haryati... kak Haryati kini semakin ceria kerana beliau sudah kerap dikujungi oleh keluarga dan anaknya. Sampai di kulihat Kak Haryati sedang ligat membuat adunan.. aku menegurnya ;

“Assalaimualaikum.. ai kak. Ligat nampak? Masih ada tempahan yang belum disiapkan ker?” tegurku.

“Takla... ini kami buat untuk pusat ni pulak. Tempahan kami sudah habis buat semalam.. dah ambik pun oleh tuan punya pagi tadi. Sibuk buat tempahan sampai sendiri punya biskut masih tak terbuat lagi. Hisham nak ambik biskut ker?”

“Ye kak. Dah siap?”

“Dah.. kejap yer” kak Haryati membasuh tangan di sinki.. selepas mengelap tangannya... dia membuka peti ais besar dan mengeluarkan 2 biji kek.

“Ni ha.... kek coklat cair yang Hisham order tu” kemudian dia mengambil 4 bekas biskut di atas para.

“Ni pulak biskut Almond dan biskut coklat chip Hisham punya”

“Berapa kak?” tanyaku.

“Takyahla Hisham. Ini hadiah dari akak”

“Eh! Mana boleh macamtu kak. Rugilah nanti... banyak ni.. mau dekat seratus lebih ni” aku mengeluarkan wang dari dompet.

“Hisham dah banyak tolong akak. Ambillah” tangannya menolak dompetku.

“Tak boleh kak. Saya tak boleh terima. Ambil kak... ni duit akak.. duit ini nanti boleh digunakan apabila akak bebas nanti. Akak cakap dengan saya akak nak kumpul duit modal berniagakan? Akak ambillah. Serba salah saya dibuatnya” aku tetap menghulurkan not seratus lebih kepada kak Haryati. Akhirnya kak Haryati mengalah dan mengambil wangku.

“Terimakasih Hisham” katanya.

“Sama-sama kak. Banyak untung kak?”

“Adalah sikit..... tapi tempahan dekat seribu bekas biskut manakala kerepek 3,000 kilo. Kek pula dekat 300 biji. Bolehlah”

“Perghhhhhhh. Banyak jugak tu. Dah macam kilang dah tu. Saya dengar Raya pertama keluarga akak beraya kat sini ker? Betul?.”

“A ah.. beraya kat sini pada raya pertama. Takdelah kebosanan Raya sorang-sorang nanti,”

“Saya pun raya pertama beraya kat pusat ni. Teman mereka semua”

“Yeke Hisham? kenapa?”

“Sejak 2 tahun yang lalu saya memang beraya di pusat. Dulu kat pusat jagaan orang tua.. sekarang ni sinilah pulak. Tahlah kak.. tak sampai hati pulak saya beraya di kampung.. tapi penghuni beraya sesama mereka dalam keadaan kesedihan. Kalau dulu ramai terkenangkan anak dan sikap mereka. Sayu dan pilu hati mereka.. sekurang-kurangnya jika saya ada, terhibur sedikit hati mereka. Itulah saya nak bincang akak mengenai persiapan malam raya nanti.”

“Nak masak lemang dan ketupat ker macam tahun sudah? Ok jer.”

“A ah. Nak masak sikit untuk raya. Petang tu kita masak dodol, ketupat, rendang, kuah kacang dan nasi impit. Duit jangan bimbang... bos dah bagi peruntukkan.. dalam 2 ribu. Cukup tak? Kalau tak cukup saya tambah.”

“Cukup.... lebih dari cukup. Lagipun tabung kami banyak sangat.. bolehlah tampung duit mana-mana yang tak cukup,”

“Akak jadi ketua yer.. lagipun akak ketua batch masakan. Nanti saya lantik orang lain jadi ketua menghias, ketua persembahan dan sebagainya”

“Owh.. ada persembahan yer?”

“Mestilah ada kak. Ada sikit mood Raya nanti. Lagipun ada sanak saudara yang akan datang beraya bersama penghuni.”

“Betul jugak tu... akak masak sedap-sedap nanti. Kamu jangan bimbang Hisham.. semua akak akan uruskan.”

“Oklah kak... saya nak pergi jumpa Sofia kejap.. biskut ngan kek ni kejap lagi saya ambil.. terus simpan kat rumah saya dalam peti ais.. takut cair pulak.”

“Ok” kemudian aku keluar menuju bilik jahitan. Sofia sedang leka menjahit. Aku memberi salam..

“Assalaimualaikum Sofia. Buatpe 2?” aku menegur Sofia.

“Walaikummussalam.... bang Hisham. tengah membasuh kain,”

“Wah! Loyer buruk nampak?”

“Hahahahahahahah.. dah nampak lagi mahu tanya. Tengah menjahit bajulah bang. Baju Raya saya” sambil menunjukkan bajunya... sehelai baju kurung warna hijau.

“Cantiknya.. secantik orangnya” pipi Sofia memerah.

“Mestilah bang.. barulah vogue. Nak melaram jugak”

“Baju vogue abang dah siap?” tanyaku.. kalau tak siap.. mahu aku raya pakai jubah pergi sembahyang ke tahun ni.

“Dah bang.. kejap” Sofia bangun dari meja mesin jahitnya dan menuju ke arah kabinet. Sebungkus plastik dimabil dan dihulurkan kepadaku. Aku membukanya

“Wah! Lawanya.. kemas jahitan Sofia. Macam buat kat butik pulak rasanya. Tahun ni memang hensemlah abang beraya” aku membelek-belek baju melayu yang dijahitkan Sofia.

“Heheheehehheheheheh... kalau sofia buka butik.. Sofia hendak namakannya butik Sofia.”

“Butik Sofia? Komersil nama tu Sofia.”

“Itulah... ingat nak buka butik selepas keluar nanti.”

“Iye. Baguslah... kak Haryati buka kedai biskut dan kek.. Sofia buka butik. Nanti abang jugak yang senang. Dapat diskaun tak?”

“Tentulah..... harga spesel. Orang lain Sofia mintak upah 50 ringgit untuk buat baju. Abang Sofia mintak seratus. Boleh?” guraunya.

“Seratus? Mahalnya. Itu bukan diskaun tu, itu riba namanya. Ingat hantar kat Sofia dapatlah kurang sikit... 10 ringgit ke sepasang.”

“Hahahahahahaha.. nasiblah. Amboi.. upah 10 ringgit sepasang... bankraplah Sofia.”

“Heheheheheehheeh.... ni apa pulak jubah ni” aku mengeluarkan sehelai jubah lelaki yang ada di dalam plastik tersebut.

“Itu saya buat istimewa untuk abang” aku membelek jubah tersebut.

“Itu abang? Kenapa susah-susah ni?”

“Sebagai ucapan terima kasih Sofia kepada abang. Sebab abanglah Sofia berubah dan kembali ke pangkal jalan. Sebab abanglah yang memimpin Sofia dan memberi kekuatan kepada Sofia. Untuk abang takdelah susah sangat” jelasnya.

“Cantik jubah ni....... secantik orang yang membuatnya” kataku memuji... Sofia tersipu malu.

“Ngada abang ni. Nanti solat pakailah yer.. Sofia tengok setiap kali abang solat jemaah disini.. abang pakai jubah. Itu yang Sofia buatkan untuk abang.”

“Ok.. terawih malam ni abang pakai.”

“Amboi.... tak sempat nak basuh dulu ker? Terus pakai.”

“Hahahahahahahaha... kalau Sofia buat, abang memang tak sabar nak memakainya. Lagipun cantik jubah Sofia ni.”

“Ishhhhh abang ni. Kesitu pulak.”

“Sofia... abang nakberi Sofia sesuatu” aku menghulurkan plastik yang aku pegang sejak dari tadi kepada Sofia. Sofia mengambilnya dari tanganku.

“Apa ni bang?” tanya Sofia.

“Bukalah” Sofia membukanya.. terdapat sehelai tudung yang aku beli kelmarin semasa mencari lampu Raya di Uptown.. entah macamana hati aku tergerak untuk belikan tudung biru tersebut untuk dihadiahkan kepada Sofia.

“Cantiknya tudung bang, kenapa abang beli untuk saya? mesti mahal tudung ni bang,”

“Ambillah. Abang tak tahu nak bagi apa kat Sofia. Abang nampak tudung ni cantik... terus abang teringat dekat Sofia. Sofia pakailah semasa Raya nanti”

“Terimakasih abang”

“Sama-sama kasih. Eh! Kesitu pulak. Sofia, abang gurau je. Berapa upah jahit baju ni?”

“Ye, tahu. Abang bergurau.... alamak... macamana yer. Abang ambik jelah.”

“Ni sorang lagi ni. Nak bagi abang baju free,,, sama macam kak Haryati. Abang taknaklah asyik dapat free. Nanti orang kata abang ambil kesempatan pulak terhadap penghuni. Semua nak free... nak taknak Sofia ambil jugak duit abang” aku mengeluarkan not 50 dan memberi kepada Sofia.

“Saya memang betul-betul ikhlas nak bagi abang.. ambillah bang” Sofia menolak tanganku.

“Tolonglah.. ambil wang ini. Sofia penat jahitkan untuk abang. Tolong Sofia.. kalau tak abang tak pakai baju ni nanti. Tak sedap abang hendak pakai baju ini nanti. Tolong Sofia” Sofia serba salah bila aku menggugut tidak mahu memakai baju yang dijahitnya.

“Yela bang” akhirnya Sofia mengambil wang dari tanganku.

“Macamtu lah. Oklah, abang nak balik rumah kejap.”

“Nak makanlah tu.”

“Amboi! Mulut.. sekarang ni masa rehat. Nak hantar baju dengan kek serta biskut abang tadi ler. Nanti cair pulak kek coklat abang.”

“Hehehehehehehe. Ingat puasa yang-yang yuk. Manalah tahu... balik rumah.. buka periuk. Maklumlah duduk sorang-sorang.”

“Amboi.. tak baik tau tuduh abang macamtu. Lagipun abang hendak studi sikit untuk kuliah malam ni.”

“Iye? Dah lama abang tak bagi kuliahkan. Walaupun kuliah abang ni ringkas... tapi padat.. senang faham” kembang pula bila Sofia memuji aku.

“Biasa-biasa sahaja. Apa yang abang tahu.. abang kongsikanlah dengan penghuni. Hendak lebih-lebih macam ustaz Kazim itu tak bolehlah. Lagipun abang ni ustaz bidan terjun.. ustaz terawih kita demam harini.”

“Hahahahahahahahaha. Ustaz demam ke bang? Saya tahu kenapa ustaz hensem tu demam,”

“Kenapa pulak?” kataku kehairanan. Kenapa Sofia gelak?

“Kenal tak kak Limah janda yang gemuk tu?” aku memutar ingatanku untuk mengingati yang mana satu kak Limah janda gemuk.

“Yang selalu beli biskut dan jajan banyak-banyak masa outing tu?” penghuni yang ditahan akibat didera ataupun yang dirogol dibenarkan untuk keluar ke pekan untuk membeli makanan. Kawalan ke atas mereka agak kurang ketat sedikit berbanding dengan tahanan yang ditahan atas perintah mahkamah atas salah laku sosial. Selalunya penghuni atas tuduhan pemerdagangan manusia akan memesan barangan kepada mereka ini kerana penghuni kes tersebut tidak dibenarkan keluar dari pusat perlindungan.

“Ha. Akak tula, dia ngorat ustaz muda tu. hehehehehehehehehehehe.”

“Ha! Mana Sofia tahu ni?”

“Ala. Ada orang berceritalah. Kak Limah bagi surat cinta dengan ustaz tu,, hari-hari bagi setiap kali selepas terawih. Siap boh gambar Kak Limah masa muda.. bergetah. Tu ustaz demam terkejut. Hahahahahahahahahahha.”

“Amboi.. puasa-puasa pun sempat bergosip nampak? Biasalah. Cinta itu fitrah manusia. Mungkin akak tu kesepian”

“Hehehehehehehehe.... kalau abang kena ngurat dengan penghuni ni macamana?” tanya Sofia.

“Wow! Soalan tu macam susah nak dijawablah. Tapi kalau berlaku juga... abang akan cuba menolaknya. Tugas abang disini adalah membantu penghuni disini. Bukan nak cari isteri.. tapi kalau jodoh nak buat macamanakan. Abang terima sahaja... tapi kalau sahaja datang sini niat untuk mengurat penghuni di sini... takdelah.”

“Tapi.. orang yang sebaik abang tentu mendapat jodoh yang baikkan. Abang dah ada makwe?” tanyanya.

“Belum lagi.. lambat lagi kot. Abang baru 27 tahun. Tapi adik abang dah kahwin tau”

“Really? Cepatnya. Kira langkah bendullah ni yer?”

“Hehehehehehehehehe. Adik abang tu kenal isterinya sejak dari Universiti lagi. Ayah abang cakap jangan lama-lama sangat berkawan.. nanti mendatangkan fitnah. Selepas setahun kerja, mereka berdua disatukan,”

“Bagusnya. Cepat-cepatlah cari bang.. kahwin,”

“InsyaAllah. Oklah Sofia,,, abang nak hantar barang kat rumah. Assalaimualaikum.”

“Waalaikummussalam” aku beredar kembali ke bilik masakan untuk mengambil kek dan biskut Raya untuk disimpan...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.