BAB 10
“Katakanlah
kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dari
memandang yang haram dan kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah
mereka memperlihatkan hiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau
bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau
saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,
atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari
orang-orang yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya” surah An-Nur ayat 31.
Selepas solat Asar... giliran aku pula untuk memberikan sedikit
tazkirah.... selalunya giliran ustaz yang memberikan tazkirah tetapi seperti
biasa aku menjadi bidan terjun untuk membuat tazkirah. Baru aku bagi salam
untuk memulakan tazkirah.... seseorang mengangkat tangan.
“Dik Hisham... mana pi
Ustaz Azrul tu?” aku melihat siapa yang bertanya.. rupanya kak Limah.
“Ustaz tu MC kak. Dia tak
datang.. demam katanya. kenapa kak?”
“Saja tanya... besok dia
datang tak?”
“Besok ustazah kot beri
tazkirah. Kenapa kak?”
“Owh... ok. Tak.. saja
jer tanya” aku tersenyum...... sebenarnya aku faham kenapa kak Limah bertanya
kepada ustaz. rindu kot.... susah betul jika orang sudah angau ni..
“Sebenarnya akak Limah ni
rindu dengan ustaz tu” usik seorang penghuni.. deraian ketawa mula kedengaran.
Aku membiarkannya.... aku lebih suka jika suasana lebih santai dalam sesi
tazkirah ini.. suasana ceria akan mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh
penghuni.
“Baiklah. Harini saya nak
tazkirah sikit mengenai aurat wanita. Saya rasa semua orang tahu tentang aurat
wanitakan? Iaitu hanya menampakkan tapak tangan dan juga muka sahaja. Ini
selaras dengan suruhan Allah mengenai aurat wanita di dalam suruh An-Nur ayat
31 iaitu dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dari
memandang yang haram dan kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah
mereka memperlihatkan hiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau
bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau
saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,
atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari
orang-orang yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Amin” aku mengaminkan
terjemahan ayat yang aku baca.
“Jadi akak-akak dan
adik-adik sekelian.. dari terjemahan yang saya baca tadi... apa yang anda dapat
atau faham maksud ayat tersebut?” tanyaku kepada sekelian yang hadir. Aku lebih
suka komunikasi dua arah iaitu yang mana audien memberikan respon kepada aku
berbanding komunikasi satu arah dimana audien hanya mendengar sahaja dan
menerima sahaja tazkirah. Bila adanya komunikasi dua hala.. aku boleh tahu
samada penghuni memahami ceramah yang aku berikan dan sekurang-kurangnya audien
terlibat sama dalam perbincangan. Seorang mengangkat tangan ;
“Maksud ayat tersebut,
Allah memerintahkan kita orang perempuan supaya menutup aurat kepala dengan
memakai tudung” Amy.... seorang penghuni memberikan tafsirannya terhadap ayat
yang aku bacakan tadi.
“Bagus.. betul. Lagi”
tanyaku lagi kepada penghuni.. jawapan Amy hanyalah satu daripada maksud ayat
itu tadi.
“Kita jangan
memperlihatkan barangan perhiasan secara berlebih-lebihan” aku mengangguk.
“Hanya beberapa orang
yang boleh memperlihatkan aurat kita. Macam suami, anak-anak, saudara dan kaum
sejenis kita.”
“Bagus...... tepat sekali
ketiga-tiga makna ayat yang diberikan tersebut.
Dalam ayat tersebut jelas Allah menyuruh kita memakai hijab atau tudung untuk
menutup aurat kita.. jadi saya nak tekankan disini ialah adap dalam pemakaian
tudung. Zaman sekarang, alhamdullilah... ramai anak-anak gadis kita yang
memakai tudung. Tapi mereka memakai tudung bukannya nak mendapat keredaan
Allah. Tapi nak berfesyen. Akhirnya bukan pahala yang dapat tetapi dosa yang
mereka akan dapat” aku memandang semua penghuni.
“Apa maksud abang
Hisham?” tanya seorang penghuni.
“Ada yang memakai tudung
tetapi menampakkan tubuh badan mereka terutama bahagian dada. Dalam surah An
Nur juga ada Allah berfirman... hendaklah
mereka ( perempuan ) melabuhkan kain tudung mereka hingga menutup dada mereka...
ayat 31. Maksudnya disini, dalam pemakaian tudung, seorang wanita itu hendaklah
menutupi dada mereka dari pandangan lelaki,”
“Termasuk juga leher?”
tanya Syira.
“Bagus Syira. Ya,
termasuk juga leher yang juga dikira sebagai aurat. Tapi sayangnya, tudung
sekarang ini lebih kepada fesyen. Ada seorang artis terkenal tanah air selepas
berkahwin ingin berhijrah memakai tudung. Niat itu dah bagus... tapi sayangnya
tudungnya macam skalup sahaja. Hanya menutupi sebahagian rambut di atas.
Sedangkan sebahagian besar rambut lagi nampak oleh pandangan lelaki. Ada juga
yang bertudung tapi fesyennya pula seperti mak datin... hanya selempang sahaja
hinggakan tudungnya jarang sekali. Juga menampakkan anak rambut... tidakkah
mereka tahu bahawa menampakkan anak rambut juga haram seperti mana sabda Nabi
Muhammad S.A.W dalam satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim.... wahai anakku Fatimah, adapun perempuan-perempuan
yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah
mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki
yang bukan mahramnya. Jadi jelas hadis tersebut menyatakan perempuan wajib
menutup aurat rambutnya dilihat oleh mahramnya.”
“Masya Allah bang...
sampai begitu sekali seksaan Allah terhadap mereka yang memperlihatkan
rambutnya” tanya Sofia.
“Ya. Nak berfesyen boleh.
Tapi ikutlah suruhan Allah.... melabuhkan tudung dan menutup leher dan dadanya
serta tidak menampakkan anak rambutnya. Janganlah kita berfesyen seperti orang
kafir hingga melanggar batas-batas seperti yang telah ditetapkan oleh Allah.
Kadang-kadang saya tengok... bertudung seperti Sister gereja pula..... alasan
fesyen... masya Allah” aku mengelengkan kepala.
“Bagaimana jika kita
telah bertudung lengkap tapi berpakaian yang ketat? Saya dengar juga tidak
boleh?” tanya Sofia. Bagus Sofia...
“Memang trend orang-orang
muda sekarang.. pakai tudung tapi baju ketat.. suar ketat. Pakai baju baby T
atau seluar legging. Menampakkan bentuk tubuh. Itu pun salah sebenarnya.
Menampakkan tubuh badan untuk tatapan para lelaki. Sabda Rasullullah S.A.W. , sesungguhnya... sebilangan ahli neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong kepada
maksiat.. yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan
maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga atau mencium bau syurga.. riwayat
Bukhari dan Muslim. Ulama telah sepakat.. telanjang disini merangkumi pakaian
yang membuka bahagian tertentu, nipis, ketat, yang membentuk tubuh badan dan
jarang. Tapi sayangnya ramai anak muda sekarang pakai tudung tapi
memperlihatkan bentuk tubuh badan. Tak gunalah pakai tudung.. baik bogel terus..
sama sahaja pakai ketat dengan berbogel” disusuli ketawa oleh penghuni. Mungkin
ada yang terkena batang hidung sendiri. Tapi bagi aku adalah untuk
menyedarkan... bukannya menjauhkan maruah mereka;
“Jadi.. ada artis tu
pakai seluar legging salahlah bang Hashim?” tanya seorang penghuni.
“Yup.. menampakkan
auratnya. Saya teringat satu surah berkaitan kewajipan memakai pakaian yang
labuh. Tak silap saya surah Al-Ahzab ayat 59..... Hai Nabi-Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan
isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai jilbab iaitu baju yang labuh dan
longgar... yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka
tidak diganggu. Allah maha pengampun dan maha penyayang. Amin.... maka,
menjadi kewajipan anda semua untuk memakai pakaian longgar dan labuh.”
“Habistu? Kami tidak
boleh berfesyen?” tanya seorang lagi penghuni.
“Boleh.. siapa kata tak
boleh. Sekarang ni banyak busana muslimah yang banyak dijual diluar sana.
Semuanya menepati syarat seperti yang dituntut dalam Islam. Cantik-cantik
belako... ayu apa bila seseorang perempuan bertudung dan berpakaian seperti
itu. Allah hendak menjaga kehormatan dan kesucian wanita. Melindungi mereka
supaya tidak membuat dosa kering. Hanya suami sahaja yang layak melihat tubuh
badan seseorang wanita. Allahualam.”
“Bagaimana dengan
mencukur bulu kening?” tanya seorang hadirin.
“Haram.... walau apapun
tujuannya. Seperti untuk nampak cantik atau cun. Ini berdasarkan hadis sahih
Bukhara dan Muslim..... Allah melaknat
wanita yang memasang rambut palsu, wanita yang mencuku bulu alis, dan wanita
membuat tattoo. Ini bagi membezakan wanita Islam dengan wanita kafir.”
“Pakai rambut palsu pun
haram Hisham? walaupun rambutnya botak?” tanya kak Haryati.
“Pakai sahaja tudung kak.
Kan senang... tak payah beli rambut palsu” kataku disambut dengan deraian
ketawa penghuni.
“Apakah hukumnya mencukur
bulu kaki?” aku terdiam seketika.. soalan ini susah untuk dijawab. Aku tidak
mengetahui tentang hukum perkara ini.
“Bagi soalan yang itu
susah saya nak jawab.. ada ulamak yang kata boleh... ada yang kata tak boleh.
Contohnya ada ulamak kata.... kalau menyerupai lelaki... harus dicukur. Jadi
soalan itu saya gantung dulu. Tanyalah mereka yang lebih berilmu... saya tak
berani bagi nasihat atau kuliah benda yang saya rasa samar-samar tentangnya.”
itulah rumusan aku. Soalan yang aku rasa was-was nak jawab.. aku akan minta
ditanya yang lebih pakar..... aku taknak buat rumusan sendiri. Takut nanti
salah jawab.... berdosa pulak.. niat hendak bagi ilmu... tapi berdosa sebab
salah bagi tafsiran pula.
“Baiklah.. sampai disini
sahaja kuliah kita. Mungkin lepas ni saya akan jadi bidan terjun lagi.. takut
ustaz tu demam berpanjangan..... saya akhiri dengan majlis kita dengan bacaan
doa” aku membaca doa dan menamatkan kuliah pada hari itu.