Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,124
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 36 B ; Sunway Lagoon

Kami sampai di Sunway Lagoon pada pukul 11 pagi.. selepas mengejutkan anak kak Haryati dan menyusukannya.. kami masuk ke Sunway Lagoon. Biasalah hari Sabtu, mestilah ramai orang ( terutama pak arab... pak arab suka betul pergi Sunway Lagoon ni ). Aku membelikan tiket ( aku menolak wang kak Haryati berikan... takpelah.. sesekali belanja dia dan anaknya.. bukannya selalupun ). Masuk ke dalam kami berpecah untuk menukar baju di ruang yang disediakan. Aku mengenakan seluar sukan dan t shirt. Kemudian kami mandi di bahagian kanak-kanak. Aku menemani dan bermain dengan anak kak Haryati.. ternyata kakak riang mandi dan mencuba perlbagai mainan berasaskan air. Manakala kak Haryati lebih suka duduk di pinggir kolam melihat telatah kami berdua.

Aku membelikan pelampung untuk anak kak Haryati. Pukul 1 petang kami setelah puas mandi.... kami menukar baju yang basah aktiviti makan-makan pula. Kami makan di restoran McD kerana restoran ini menyediakan bubur nasi kesukaan anak kak Haryati. Kak Haryati menyuap anaknya makan... sambil makan aku melayan anaknya yang petah berkata-kata. Selepas makan, kami pergi ke mini safari. Anak kak Haryati begitu teruja berada di sini.,, malah dia amat seronok untuk mengusap binatang yang ada seperti burung, kucing, arnab, anak harimau ( macam kucing.. boleh usap-usap dan jinak ) serta ular ( beraninya kakak mengambil gambar ular.. akupun takut-takut mahu mengusap ular sawa.. geli ). pada pukul 4 petang kami balik ke semula rumah. Sepanjang perjalanan anak kak Haryati tidur.

“Lena tidurnya kak”

“Penat agaknya... terimakasihlah kepada Hisham sebab bawa anak akak berjalan-jalan. Sebenarnya kakak sudah bosan asyik duduk di rumah sahaja. Akakpun tidak berkesempatan bawanya jalan-jalan.. maklumlah sibuk sahaja buat kek dan biskut.”

“Tidak apa kak..... lagipun saya sudah janji dengan anak akak. tengoklah tadi, bukan kemain gembira tadi.”

“Sebenarnya akak takut” aku kehairanan.

“Takut apa pulak kakak?” tanyaku.

“Akak takut dia sayang kepada Hisham pula nanti. Susah nanti Hisham” kak Haryati menyuarakan kebimbangannya.

“Sayang kepada saya?”

“Ialah... akak takut nanti dia anggap Hisham sebagai ayahnya pula. Hisham berikan dia kasih sayang sebagai seorang ayah.. Hisham manjakan dia. Selama ini anak akak hanya mendapat kasih sayang atuk dan neneknya.. kemudian kasih sayang ibu.... kini Hisham pula memberikannya kasih sayang seorang ayah. Akak takut dia akan kecewa pula jika Hisham selepas kahwin dengan Sofia.. Hisham akan meminggirkannya pula.”

“Akak jangan bimbang.. walaupun saya sudah berkahwin dengan Sofia. Tapi saya tetap akan menganggap kakak sebagai anak saya. bila ada masa saya akan bawa Sofia jalan-jalan. Mulai hari ini.... kakak adalah anak angkat saya. Saya tahu.. anak akak ini bijak.... beliau tahu kedudukan saya. lagipun saya kesiankan anak akak. biarlah dia menganggap saya sebagai ayahnya... ayah angkat sehingga akak berkahwin lagi. Bila akak sudah berkahwin nanti.... takkanlah saya hendak manjakan kakak lebih-lebih... lebam biji mata nanti. hahahahahahaha” kataku.

“Hahahahahahahahaha. Untung Sofia mendapatkan bakal suami seperti Hisham. penyayang, loving, caring.......”

“Saya bukan yang terbaik akak. tapi saya cuba menjadi yang terbaik untuk Sofia” kami terus berbual-bual. Sampai di rumah keluarga kakak Haryati lebih kurang pukul 5.30 petang. Akak Haryati mendukung anaknya yang masih lena tidur. Aku tidak masuk ke dalam rumah kerana ingin balik segera ke Seremban.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.