Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,437
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 43 full ; janji Hisham dengan ayah Sofia

BAB 43

Sudah seminggu aku berulang alik dari pusat perlindungan ke Hospital Sungai Buloh. Sebaik sahaja selepas kerja aku akan bergegas ke sana... selalunya aku membawakan pak Karim bubur nasi ( yang dimasak semasa aku pulang seketika ke rumah pada waktu rehat tengahari ). Pak cik Karim kini tidak lagi lalu untuk makan nasi lagi.. perutnya semakin membesar ( walaupun air dalam perutnya sudah dikeluarkan kelmarin oleh Doktor ). Setiap kali aku datang, aku akan membawanya ke bilik air dan mengelap badannya... kemudian aku akan menyuapkannya bubur yang aku bawa. Pak Karim mengatakan bahawa hanya bubur yang aku masak sebagai penyambung nyawanya.... dia memang sudah tidak larat lagi untuk makan masakan hospital.. malah tidak lagi berselera. Tekaknya loya dan selalu muntah-muntah ;

Hari ini aku datang seperti biasa.. pukul 6.30 petang sudah sampai di katil pak Karim. Aku membawanya terus ke tandas menggunakan kerusi roda... selepas mengelap badannya ( pakcik tidak boleh mandi kerana badan pak Karim telah dipasang pelbagai jenis tiub.. tiub di perut untuk membuang cecair.. tiub membuang air kecil... gari tidak dikenakan ke tangan pakcik Karim apabila aku datang.. ertinya pakcik Karim akan bebas dari belenggu gari selama 3 jam setiap hari aku datang melawatnya ). Selepas itu, aku memakai bajunya dan membawa pakcik Karim kembali ke katilnya.. dengan bantuan wadar penjara yang bertugas.. kami menaikkan pak Karim ke katilnya, kemudian aku menyuapkan bubur kosong dan sup ayam.. semasa aku sedang menyuapkannya ;

“Encik Hisham.... kamu terlalu baik kepada pakcik nak”

“Ini janji saya dengan Sofia pakcik.. saya berjanji dengan Sofia untuk menjaga pakcik. Maklumlah Sofia tidak dapat pelepasan setiap hari untuk melawat atau menjaga pakcik. Dia rasa kecewa tidak dapat menemani pakcik pada saat sebegini.”

“Menyusahkan kau sahaja. Pakcik ini bukannya sesiapa pada kamu. Jauh tu kamu hendak berulang alik dari Klang ke sini.. bukannya dekat.”

“Eh.. takdelah pakcik... ini tangungjawab saya.. membantu sesama manusia. Sebenarnya saya ada benda hendak berterus terang dengan pakcik” tibalah masanya aku berterus terang dengan pakcik Karim mengenai hubunganku denga Sofia.

“Pasal apa Hisham?”

“Pasal saya dengan Sofia”

“Pasal itu pakcik sudah tahu Hisham”

“Pakcik sudah tahu?” dari mana pula pakcik tahu ni?

“Ya.. kan kamu sudah memberitahu pakcik semasa kamu melawat di Penjara dahulu. kamu sudah lupa. Lagipun Sofia juga telah memberitahu pakcik tentang hubungannya dengan kamu. Pakcik mengizinkannya” baru aku teringat semalam Sofia ada melawat ayahnya semalam.

“Tapi apa yang saya buat selama ini semua memang ikhlas pakcik.. bukan disebabkan saya ada hubungan dengan anak pakcik... saya baik sampai begini sekali” aku tidak mahu dianggap kebaikanku ini terhadap pak Mat disebabkan oleh Sofia...

“Ya.. pakcik memang nampak keikhlasan hati kau nak. Malah pakcik memang mengharapkan kau yang menjaga Sofia. Lepas ini, kalau pakcik tiada.. hati pakcik tenang sebab Sofia dapat lelaki seperti kamu nak. Jagalah dia sebaik-baiknya.. janganlah sia-siakan Sofia. Pakcik mungkin tidak dapat menjaganya lagi selepas ini” kata pakcik Karim sedih.. airmata mengalir.

“Janganlah cakap begitu pakcik. Insya Allah pakcik akan sihat,,, setiap penyakit ada ubatnya,”

“Ubatnya tukar hati Hisham... dah takde cara lain. Pakcik dah tua.. Doktor pun kata tidak mahu buat.. risikonya tinggi. Dengan keadaan pakcik yang uzur ini.. pakcik tidak akan mampu melaluinya.”

“Doktor kata tidak mahu atau pakcik yang tidak mahu?”

“Takkanlah aku hendak mengambil hati anak aku sendiri. Kalau berjaya oklah.. kalau tidak berjaya buat membazir jer. Nanti Sofia pula yang sakit. Lagipun risikonya tinggi Hisham... pakcik rela jika Allah hendak mengambil nyawa pakcik.. ambillah. Mati itu pasti.. hidup Insya Allah. Cuma cara mati sahaja kita tidak tahu” aku terus menyuap pakcik Mat.

“Dahlah Hisham... pakcik sudah kenyang. Sudah tak lalu lagi.... kenyang. Inipun dah banyak pakcik makan. Tentang hubungan kamu dengan Sofia.. pakcik merestuinya. Pakcik berharap sangat agar pakcik sempat untuk melihat kamu berdua berkahwin. Bila kamu hendak meminangnya?”

“Saya rasa setahun lagi apabila Sofia mendapat parol dan keluar daripada pusat perlindungan itu.. saya akan terus berkahwin dengannya” itulah rancanganku.

“Baguslah.. pakcik ok sahaja. Tapi tidak tahulah pakcik ada lagi ke tidak waktu tu. Kalau kamu hendak Sofia free pun takpe.. tak perlu bagi wang hantaran. Kamu tahulah kenapakan?”

“Tidak pakcik.. saya akan tetap memberinya wang hantaran. Saya mampu memberinya pakcik.. itu adalah hadiah dari saya”

“Keluarga kamu macamana pula? Boleh ke menerima Sofia” aduh... ini soalan yang susah hendak aku menjawabnya.

“Emak saya merestui.. tetapi ayah saya.. dia tidak bersetuju dengan keputusan saya. dia menentangnya” jawab aku berterus terang.

“Dia tidak dapat menerima kisah Sofia pada masa lalu?”

“Saya berterus-terang dengan ayah siapa sebenarnya Sofia. Saya tidak pandai untuk menipu. Nyata ayah saya tidak dapat menerimanya” pakcik karim mengangguk.

“Takpelah... kamu ambillah masa untuk memujuknya. Orang lelaki ni memang begitu... keras hatinya. Tetapi di dalam keras..ada kelembutannya. Lama-lama ayah kamu akan lembut hatinya untuk menerima Sofia. Pujuklah dia dengan penuh berhikmah. Pakcik juga akan berdoa kepada Allah agar ayah kamu akan menerima Sofia. Jangan kamu buat tindakan yang melulu atau ikut perasaan... restu ayah kamu penting untuk perkahwinan kamu nanti. Dengan restu orang tua Insya Allah hidup kamu selamat.”

“Insya Allah. Pakcik tidak mahu hirup sup?” pakcik mengelengkan kepala.

“Ada lagi... sikitlah hirup pakcik. Penat saya masak.. saya masak ni masa rehat tengahari tadi” aku menyuapkan sup ayam ke mulut pak Karim. Akhirnya cik Karim menhirup juga sup yang aku suapkan ;

“Sedap kamu masak.. aku ni nasi hospital kurang sikit nak makan.. dahla tekak kita ini loya. Dia boleh masak bubur nasi tak taruk garam. Lagilah bertambah sakit pakcik ni.”

“Hahahahahahahahaha... biasalah pakcik.. hospital.. mana boleh letak garam bebanyak. Naik tekanan darah semua pesakit nanti” aku terus menyuap pakcik Karim sup ayam sehingga habis... kami berbual-bual sambil makan. Pukul 8 malam waktu melawat habis aku terus balik ke rumah. Sebelum balik pakcik Karim memelukku... katanya aku sangat baik kepada keluarganya. Dia menganggap aku sebagai anaknya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.